CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Selebriti, artis meriahkan Karnival 10,000 Langkah

[Copy link]
Post time 22-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
ARTIS dan selebriti bakal memeriahkan lagi Karnival 10,000 Langkah Sehari MY Sihat di Presint 2, Dataran Putrajaya (di hadapan Istana Kehakiman), pagi esok. \rAntara yang sudah mengesahkan penyertaan adalah pelakon jelita, Rozita Che Wan selain Zain Saidin dan Tasha Shila. \rBagi Zain, senaman sudah menjadi aktiviti mingguannya untuk menjaga kesihatan termasuk pergi ke gimnasium tiga hari seminggu bagi memastikan kecergasannya dapat dikekalkan. \r\rTasha pula berkata, Karnival 10,000 Langkah Sehari adalah program yang sungguh menarik, tambahan pula berjoging adalah satu kemestian sejak zaman sekolah selain acara merentas desa. \r\n\n\n\n\n\rSementara itu, Rozita pula berasakan kesibukan dengan aktiviti penggambaran drama tidak menghalang dirinya menyertai program berbentuk kesihatan seperti Karnival 10,000 Langkah MY Sihat.\r“Apabila ada waktu terluang, saya memang suka habis masa itu dengan aktiviti bersukan. Sebab itu, apabila Berita Harian tanya saya mengenai program 10,000 Langkah, saya terus terima sebab inilah masanya juga untuk saya bersenam,” katanya kepada Hip. \rSeniman veteran, Datuk Aziz Sattar juga tidak ketinggalan untuk menyertai program bercorak riadah dan kesihatan ini. Beliau bersama kira-kira 15 rakan-rakannya daripada Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia menganggap faktor usia bukanlah halangan untuk turut serta dalam cabaran 10,000 langkah atau berjalan sejauh kira-kira 6.5 kilometer.\rTurut serta dalam program ini adalah penulis novel Jutawan Gedik yang disiarkan secara bersiri dalam Berita Harian, iaitu Ain Maisarah. Malahan Ain turut mengajak peminatnya dalam laman sosial Facebook menyertai program itu di Putrajaya, esok. \r“Kadang-kadang kita kurang motivasi apabila melakukan aktiviti seorang diri, tetapi sudah bertukar menjadi menyeronokkan apabila berjalan kaki beramai-ramai dalam program yang mempunyai matlamat murni ini,” katanya. \rSelain penyertaan untuk aktiviti 10,000 Langkah Sehari MY Sihat, karnival ini turut dimeriahkan dengan kemunculan penyanyi yang diundang bagi menghiburkan orang ramai dan peserta aktiviti ini. \rIni termasuk kemunculan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Hafiz bersama-sama dengan Farhan, Farawahida, Izwan Filus kumpulan VIP dan Adam. \rKarnival 10,000 Langkah Sehari MY Sihat adalah anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MY Sihat) disokong Berita Harian dan Kementerian Kesihatan.\rPendaftaran untuk menyertai program 10,000 langkah ini dibuka seawal jam 6 pagi esok. Jam 8 pagi sesi regangan dan memanaskan badan, manakala pelepasan peserta pada jam 9 pagi. Turut serta menyertai program itu nanti ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. \rBorang penyertaan dan aktiviti lebih lanjut boleh didapati dalam akhbar ini.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039592 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list