CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 110|Reply: 0

Fragmen: KL patut menyatukan seni, budaya Malaysia

[Copy link]
Post time 25-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PADA 15 hingga 18 Julai lalu, Unit Hiburan Berita Harian (HIP) dan Berita Minggu (Bipop) mengadakan lawatan kebudayaan ke Bangkok. Antara atur cara lawatan ini adalah menyaksikan persembahan muzikal berjudul Siam Niramit - The Enhance Journey di Kompleks Thai Village di tengah-tengah Bangkok. \rMuzikal Siam Niramit - The Enhance Journey cukup menarik bagi mereka yang kali pertama menyaksikan persembahan pentas. Sangkaan awal bahawa persembahan yang sangat kaya dengan nilai seni, budaya dan warisan Thailand mungkin membosankan, menjadi sebaliknya. \r\n\n\n\n\rIa adalah persembahan yang cukup mengagumkan kepada penonton asing. Pentas yang luas dan canggih lengkap dengan lorong air untuk membolehkan pelakon menyelam, mandi malahan mendayung sampan.\r\r\n\n\n\n\nTurut menjadi ‘pelakon’ apabila gajah, kambing dan ayam turut di bawa masuk ke panggung yang boleh memuatkan 2,000 penonton. \rSiam Niramit adalah satu persembahan yang merangkumi sejarah, budaya dan kehidupan rakyat Thailand dan ia diangkat dalam satu persembahan bertaraf dunia. Menariknya muzikal ini tidak menggunakan dialog, memadai dengan tarian, muzik dan kesan bunyi khas. \rKemudian diperkuatkan dengan set dan program yang memang mempersonakan, busana pelakon yang teliti selain koreografer dan tarian bertenaga. Dalam keghairahan untuk menjadi satu persembahan bertaraf dunia, Siam Niramit tetap mengekalkan keaslian seni budaya orang Thailand yang jelas dilihat pada seni tari, pakaian, props.\rDialognya ringkas tetapi dituturkan dalam bahasa Thai yang memang tidak difahami oleh orang asing, tetapi ia bukanlah masalah untuk memahami perjalanan cerita dalam Siam Niramit yang sekeping tiket untuk menontonnya berharga RM100 atau kira-kira 1,000 Bhat.\r\n\n\n\n\rCeritanya dibahagikan kepada tiga babak. Babak pertama mengenai perjalanan sejarah, asal usul dan latar belakang Thailand. Babak kedua mengenai Thailand di luar pemikiran manusia biasa yang membayangkan kehidupan di neraka, syurga dan alam mistik, manakala babak ketiga, kegembiraan dan festival. \rKetika menyaksikan Siam Niramit - The Enhance Journey, terfikir mengapakah agaknya Kuala Lumpur tidak boleh melakukan perkara yang sama seperti dilakukan oleh Bangkok?  \rMengapa Kuala Lumpur atau di Putrajaya diwujudkan satu tempat dinamakan sebagai Malaysia Village atau Perkampungan Malaysia di mana dalam kawasan ini dibina sebuah panggung yang khusus mementaskan persembahan muzikal dan teater bercirikan kebudayaan Malaysia. \rKita memang bangga dapat mempersembahkan makyung di seluruh dunia. Tetapi daripada kita datang kepada mereka, kenapa tidak ada usaha untuk mengajak mereka datang ke Malaysia? Pun begitu kita akui, kalau mereka datang hendak melihat tarian makyung  atau persembahan kebudayaan di Kuala Lumpur, di manakah tempatnya? Bila ia diadakan? \rBukan saja tidak tempat yang khusus untuk mengadakan persembahan kebudayaan Malaysia tetapi jadual persembahannya pun tidak menentu, malahan tidak ada langsung. Jadual persembahan yang ada pun, nampaknya lebih menjurus untuk menarik penonton domestik. \rPada masa sama, masyarakat kita iaitu orang Malaysia lagi kurang menghargai dan menilai sesebuah persembahan seni dan kebudayaan, melainkan hanya menganggap ia sebagai hiburan serta membuang masa semata-mata. \rKita selalu melaung-laungkan Malaysia mempunyai pelbagai seni dan budaya kerana kononnya penduduk pelbagai kaum. Tapi di mana kita hendak melihat semua persembahan budaya itu? Memang ada tetapi bersepah-sepah. Kalau hendak melihat persembahan ghazal, kena mencarinya di Johor. Hendak mencari makyung atau dikir barat kena pergi ke Kelantan. Hendak mencari budaya keroncong mungkin perlu menjelajah ke Melaka pula. Nak tengok tarian Sumazau Kadazan kena terbang ke Sabah. Begitu juga kalau hendak tengok tarian Ngajat perlu pergi ke Sarawak untuk mencarinya. \rKuala Lumpur memang gak kerana kepesatan pembangunannya yang setanding dengan beberapa kota raya dunia lain. Tetapi itu kejayaan daripada aspek fizikal. Kuala Lumpur harus ada rohnya sendiri. Roh sebagai kota budaya. New York berbangga dengan Broadway, London terkenal dengan aktiviti muzikal dan teater di West End, Paris pula dikenali dengan seni bina ala Arc de Triomphe, Tokyo juga dikenali dengan teater Kabuki selain Jakarta dengan Taman Seni Ismail Marzuki. \rBahkan Singapura juga sudah menemui ‘rohnya’ apabila semakin agresif dengan mengembangkan aktiviti kebudayaan dan kesenian menerusi kewujudan Panggung Esplanede dan Happy World. \rKuala Lumpur juga harus mempunyai identiti sendiri di peta dunia dengan seni dan budayanya tersendiri. JKKN, Istana Budaya bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Pelancongan dan agensi atau kementerian yang berkaitan harus melihat perkara ini dengan lebih serius. \rKita ada banyak persembahan kebudayaan sama ada tarian, muzikal atau teater tetapi rasanya tidak ada satu yang berkelas dunia, menjadi satu persembahan yang ditunggu atau dicari-cari oleh pelancong asing sehingga mereka sanggup membuat tempahan awal untuk menontonnya. - [email protected]

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.585877 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list