CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3644|Reply: 10

Jaga Aurat

[Copy link]
Post time 29-7-2011 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Psikologi
Niat utama penulis adalah untuk menegur dan menasihat wanita-wanita Islam kita, tetapi mungkin bagi segelintir pihak ia kelihatan 'keras' dan 'terus-terang'.Namun, motifnya satu iaitu untuk MENDESAK wanita-wanita Islam menjauhkan diri dari fesyen-fesyen mencemarkan.

Sumber grafik di blog ini adalah hasil carian di ruang-ruang internet.

Gambar-gambar di dalam blog ini bukan bertujuan untuk mengumpat mana-mana individu. Sebaliknya, penulis memikirkan perlu untuk meletakkan bukti-bukti yang bersifat realiti supaya pembaca-pembaca jelas dan faham akan mesej yang cuba diperjuangkan blog ini dan untuk membuktikan bahawa penyakit aurat ini adalah benar-benar berlaku di dalam masyarakat Islam. Dari segi kebekersanan penyampaian mesej pula kita tidak dapat menolak bahawa gambar-gambar adalah lebih mudah difahami dan diingati berbanding kata-kata. Ambil pengajaran.
(بَلِّغُوْا عَنِّي وَِلَوْ آيَة) - رواه البخاري

Maksudnya : “Sampaikanlah (apa-apa yang telah kamu perolehi) daripadaku walaupun hanya sepotong ayat”.
(H.R. Bukhari)
AsSalam,
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "ada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

kongsi2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 12:32 PM | Show all posts
Psikologi
Niat utama penulis adalah untuk menegur dan menasihat wanita-wanita Islam kita, tetapi m ...
MATBAGERO Post at 29-7-2011 10:16


aku suka topik ni...bg aku zaman skg ni ramai org dah tutup aurat, cume tak berapa sempurna...
lihat saja berapa ramai wanita yg sudah menggunakan jilbab tp tidak dilabuhkan sehingga dadanya...
mmg kita boleh berfesyen, asal saja ia tidak melanggar hukum2 agama...aurat perempuan sume orang tau, tapi ramai yg buat2 x tau...tutup aurat mase majlis tertentu sahaja..nauzubillah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 04:44 PM | Show all posts
Terkedu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 03:01 PM | Show all posts
perempuan sekarang terlalu bebas untu berpakaian... tengok jer fesyen ape muslimah semua boleh pakai... cuma auratnyer tidak dijaga dgn sempurna... masih bertudung tapi baju ketat.. tak kurang yg singkat... baju pulak melekat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 06:09 AM | Show all posts
tak boleh nak cakap apa2
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 06:09 AM | Show all posts
tak boleh nak cakap apa2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2011 06:11 AM | Show all posts
tapi pada pandangan saya,,,,  muslimah yang pandai buat baju bukaklah butik yang menjual baju yang menutup aurat.... Senang untuk sesiapa yang ingin bergaya tapi tetap nak menutup aurat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 10:51 AM | Show all posts
mcm mana plak nk jaga aurat bila ramai2 dgn sedare mare time kenduri/raya...sy slalu pening pk hal ni..bcoz sbb time2 mcm ni ramai org kt rumah org tua kita...klau tido tu camne plak...x kan nk tido kt hotel plak...coz sy klau blk rumah PIL, mesti tido kt hall jer, hubby x mau tido kt bilik+bilik pun x cukup...ade sesape blh share pandangan n cara mengatasinye dgn sy x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 10:32 PM | Show all posts
same la..
dulu i pernah tanya dgn my mother kenapa tak buat bilik bnyak2..
yela my siblings ada 9 but bilik cma 3..
skrg anak dah kahwin tergagau nak tido kat mana,,,
huhuhu,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 10:27 AM | Show all posts
mcm mana plak nk jaga aurat bila ramai2 dgn sedare mare time kenduri/raya...sy slalu pening pk hal n ...
azliela Post at 13-9-2011 10:51


Saya kalau time kenduri nih kadang-kadang tuh kalau pakai tudung tuh saya pakai anak tudung je.....memang bab nak jaga aurat nih kadang-kadang malas jugak nak beriya-iya sangat...asalkan jangan bukak anak tudung....bab tidur ramai-ramai kat hall selalunya anak-anak je yang saya kerah tido kat hall dengan suami saya sekali dengan pak sadera mereka tuh semua......saya je yg tido dalam bilik....tu sebab time nak balik kampung bawak siap baju lengan panjang dan seluar sleck....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 02:29 PM | Show all posts
respect dgn pompuan yg boleh menjaga aurat tak kira masa, situasi dan tempat. Susah nak beristiqomah sebenarnya, syaitan sentiasa mengajak supaya bertabarurruj dan membuka aurat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066421 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list