CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

Program khas sempena Ramadan

[Copy link]
Post time 29-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
TV3, TV9 siar kandungan bercorak ilmiah, teladan, keinsafan dan sedikit hiburanSETIAP tahun, perancangan awal dilakukan oleh setiap stesen televisyen dalam menyediakan pelbagai program menarik khusus untuk menantikan Ramadan. \rSetiap tahun, persediaan yang dilakukan bagi memberi kelainan kepada setiap penerbitan yang pasti menitikberatkan kepada pengisian.  Sudah tentu sajian program yang menerapkan nilai mulia seperti ilmiah, teladan, keinsafan dan hiburan tidak terkecuali dipaparkan.\r\n\n\n\n\rSebagai menantikan satu-satunya bulan yang paling mulia di sisi penganut Islam di dunia, ia pasti menjadi tanggungjawab sosial yang harus dititikberatkan di dalam penyampaian mesej berguna kepada penonton.\r\r\n\n\n\n\nInilah yang dilakukan oleh TV3 dan TV9 dalam menyusun pelbagai program menarik sepanjang Ramadan.\rKetua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar berkata, keprihatinan dan kepekaan kehendak penonton menjadi tuntutan pihaknya bersedia dengan strategi lebih awal di dalam penjadualan program sepanjang Ramadan.\r“Dalam merangka jadual penerbitan program istimewa pada bulan Ramadan ini, kita sentiasa menitikberatkan kepada pengisiannya yang bersesuaian dengan bulan yang penuh mulia ini.\r“Kebanyakan program yang disiarkan tidak akan melalui pertindihan dari segi genrenya. Kalau ada pun pertindihan itu, ia tidak begitu banyak dan hanya berlaku pada waktu tertentu saja.\r\n\n\n\n\r“Namun, perkara itu tidak menjadi masalah besar kerana setiap penonton mempunyai cita rasa tersendiri untuk memilih program pilihan mereka,” katanya majlis sidang media pengumuman program Ramadan baru-baru ini.\rJika diperhatikan penyusunan jadual program setiap stesen TV tempatan, memang tidak akan lari daripada disajikan dengan program yang dianggap klise. Umpamanya program masakan, siri penjelajahan tempat bersejarah dan lokasi menjamu selera dan berbuka puasa, drama air mata, konsert dan sebagainya.\rMajlis itu dihadiri semua penerbit dan selebriti yang turut menjayakan semua program Sesuci Fitrah dan Ramadan Di Hatiku.\rMenurut Ahmad Izham, untuk mengelakkan program Ramadan dianggap klise, tanggungjawab itu seharusnya dipikul pada setiap individu di dalam produksi termasuklah bahagian pengurusan, produser, penulis skrip, bakat, pereka set dan banyak lagi.\r“Memang kita tidak boleh lari daripada menyiarkan program yang mempunyai elemen sedih, ia bagi meningkatkan kesedaran kepada kita sendiri dan penonton. Program umpama ini amat bersesuaian dengan bulan yang penuh mulia ini agar kita tidak sentiasa leka dengan hiburan semata.\r“Sebagai stesen TV, kami turut terpanggil untuk sama-sama memberi sesuatu yang amat bernilai kepada penonton dan ianya bukan saja pada bulan Ramadan tetapi pada bulan lain.\r“Menariknya program Ramadan kali ini, kita akan menyiarkan siri Jejak Rasul 17 di dalam format definisi tinggi (HD) yang boleh ditonton oleh semua penonton,” katanya.\rDaripada keseluruhan program Ramadan terbitan MPB, dianggarkan 50 hingga 60 peratus adalah program terbitan dalaman dan selebihnya daripada produksi luar. Persaingan dengan stesen tv lain tidak sesama sekali dipandang rendah di dalam menyediakan program Ramadan.\rKata Ahmad Izham, persaingan itu bagus untuk meningkatkan lagi mutu kerja mereka dan sentiasa mengkaji kekuatan stesen TV lain. Namun tidak dinafikan persamaan antara mereka di dalam penerbitan program sedikit sebanyak itu tetap ada. \rAntara program menarik disiarkan dalam Sesuci Fitrah TV3 iaia Sirah Nabi (1 Ogos, 9 pagi),  Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W Di Eropah Tengah (bermula 1 Ogos, 6 petang), Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara (3 Ogos, 6 petang), Iktibar (3 Ogos, 11.30 malam) dan Biskut Apa? (6 Ogos, 5.30 petang).\rManakala antara program yang disiarkan menerusi Di Hatiku TV9 pula ialah Ini Kisahku (3 Ogos, 6.30 petang), Skrin; Jiman (3 Ogos, 8.30 malam) dan Sekilas Qalbu (10 Ogos, 8.30 malam).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.054287 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list