|
dr murai.
Edra Rafael Cinta Hati Elmida Rosmila, Adlin Aman Ramlie
KL, 1 OGOS 2011: Dalam diam-diam,pasangan selebriti Elmida Rosmila & Adlin Aman Ramlie rupa-rupanya sudah pun mempunyai cinta hati. Namanya, Edra Rafael dan kini dia sudah pun berusia 5 bulan.
Murai Batu dapat tahu pun setelah diberitahu oleh Ketua Editor murai.com.my, Ellyna Ali (Elly) yang berkesempatan menghadiri Majlis Sambut Puasa serta Akikah yang dilakukan oleh produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman di kediamannya di Taman Ukay Perdana, pada malam Jumaat lalu.
Majlis Sambut PUasa itu dibuat sempena kedatangan bulan puasa manakala Majlis Akikah itu dibuat untuk cucu pertamanya, Muhmmad Akid iaitu anak kepada pengarah Shadan Hashim dan Puteri Suraya iaitu anak perempuan sulung Raja Azmi dan pemian badminton negara, Jailani Sidek.
Khabarnya, meriah jugalah majlis tersebut. Siap ada marhaban lagi. Tetamu yang datang pun ramai juga termasuklah Elmida Rosmila dan Adlin Aman Ramlie. Masa itulah Elly terjumpa dengan mereka dan Edra Rafael.
Comelnya Si Edra tu. Lepas tu, tak takut orang pulak tu. Yang penting, Adlin Aman Ramlie tu nampak sayang betul dengan Edra. Anak kecil itu asyik ditatangnya ke sana sini...
Sayangnya, demi menghormati permintaan Elmida Rosmila, Murai Batu tak dapat nak paparkan gambar mereka dengan si kecil yang menjadi buah hati pengarang jantung mereka.
Murai Batu diberitahu, ada sebab-sebab mengapa Elmida mahu berbuat demikian. Namun, pada waktu yang sama, Elmida beritahu, bila tiba waktunya, dia akan kongsi juga gambar Edra dengan semua pihak wartawan.
MURAIBATU: Lepas raya, Adlin Aman Ramlie akan mula shoot filem pertamanya... |
|