CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

AKASIA: SOFFIYA [MULAI 21 SEPT 2011, ISNIN HINGGA KHAMIS, 7 MLM] - TV3

   Close [Copy link]
Post time 21-9-2011 09:17 PM | Show all posts
Reply 152# hijau88


3 kriteria comply
- TIZ
- PINK
- OCTOBER

soooo kategori wajib beli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2011 09:29 PM | Show all posts
mmm... ruma tu ruma Cikgu Talib dalam Gemilang. yay.
hijau88 Post at 21-9-2011 20:32



umah sewa cikgu saif & cikgu umar pon ada...


by the way...masa scene balik mengaji tadi....aku ingatkan nuraini balik mengaji tunggu asyraf tolong antarkan balik,rupa2 nya yaya ngan muiz..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 09:36 PM | Show all posts
Reply 162# orang_kampong


    huru hara sudah

focus...focus... tu Soffiya anak Doktor bukan anak ustaz ngaji

tapi baju tu memang pinjam baru Nuraini pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2011 09:48 PM | Show all posts
Reply  hijau88


    Kasut Cikgu Asma
cikara Post at 21-9-2011 21:04



psl tu. hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 10:11 PM | Show all posts
sama la...
ungu_merah Post at 21-9-2011 08:26 AM



    naper laa tak ambil actor lain je......fahrin ke???
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 10:30 PM | Show all posts
[img][/img]

comel!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2011 10:33 PM | Show all posts
Dialog favorite : "Cikguuuu ada orang nak mengorat saya".

Dialog seram : "Ada apa ayah?" "takde apa apa"
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 11:17 PM | Show all posts
hampehh..lupa tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2011 02:14 AM | Show all posts
Kesian Soffiya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 07:48 AM | Show all posts
yaya ni anak kandung ke anak angkat? sanggup bapak tu buat kat anak kandung sendiri... jahat betul!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 08:01 AM | Show all posts
Reply 166# itayiruz


    kurusnya badan TZ
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 08:11 AM | Show all posts
Reply 166# itayiruz


    Aduhai seeelimmnyerrrr ... jelezzzz

If only dikembali ke zaman itu..... haishhh!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 08:13 AM | Show all posts
naper laa tak ambil actor lain je......fahrin ke???
eddlisa_uyuk Post at 21-9-2011 22:11



    betul tu......
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 08:53 AM | Show all posts
yup. nmpk kurus kan. tp, ok la, takde la kurus sgt kan.
hihi.
hijau88 Post at 21-9-2011 08:23 PM


yup.. still cantek...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:37 AM | Show all posts
koranggggg............

smlam x tgk...org kat umah nak tgk bola
so...terpaksalah mengalah.....

lah2....jadik lauk 2-0........
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by Yen_Aireena at 22-9-2011 10:57

CINTA SIAPA YANG BERTAKHTA DI HATI SOFFIYA?
Drama Bersiri Soffiya Lakonan Fizo Omar, Tiz Zaqyah, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan  


Bagaikan dihanyutkan di dalam lautan yang tiada penghujung, tergapai-gapai si gadis mencari arah tuju hidupnya. Nekad untuk bangkit semula daripada sejarah hitam yang telah menghancurkan impian dan masa depannya, si gadis enggan lagi menoleh ke belakang dan terus mengorak langkah ke hadapan.

Begitulah kitaran nasib si gadis malang yang bernama Soffiya, lakonan hebat Tiz Zaqyah dalam drama bersiri terbaru selepas berakhirnya drama bersiri “KASIH ALIA” di slot Akasia. Turut dijayakan oleh Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan, drama bersiri SOFFIYA bakal bersiaran bermula hari esok (21 September 2011), setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.

Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd, diarahkan oleh sutradara Joeza Rasidi dengan nukilan skrip oleh Eenaz Mokhtar dan Tommy CT Loh. Ikuti kisah Soffiya (Tiz Zaqyah) yang dikenali sebagai Yaya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman (Hilal Azman) seorang doktor dan ibunya, Aishah (Aisyah Atan), yang sering menghadapi masalah kesihatan.

Sulaiman kecewa apabila sering ditolak oleh Aishah untuk bersama. Akibat tidak dapat menahan nafsu, Sulaiman sanggup menodai anak sendiri. Sejak hari itu, Yaya tidak dibenarkan untuk bersekolah dan dikurung dalam rumah. Sulaiman memberitahu orang kampung bahawa Yaya mula berubah sejak ibunya sakit kononnya Yaya terjebak dengan dadah. Yaya putus harapan untuk mendapatkan bantuan kerana tiada sesiapa yang akan mempercayainya.

Kawan baik Yaya, Muiz (Syazwan Zulkifli) berasa sangsi dan cuba menyelidik. Namun usaha Muiz untuk menyelamatkan Yaya gagal apabila dia terbunuh sewaktu bergelut dengan Sulaiman. Selepas ibu Yaya meninggal dunia, Yaya telah melawan Sulaiman kerana tidak tahan diperlakukan sebagai hamba seks lagi. Yaya bertindak untuk mempertahankan diri dan menikam Sulaiman secara bertubi-tubi. Sulaiman terbunuh.

Yaya dibicarakan dan dibantu oleh seorang peguam muda, Ilyas (Fizo Omar). Yaya didapati bersalah dan ditahan di pusat juvana. Di sana, Yaya sering menjadi mangsa buli. Dalam mengharungi keperitan dalam hidupnya, Yaya berpaut kepada kasih sayang Ilyas yang tidak pernah berputus asa berikhtiar untuk membebaskannya daripada hukuman.
Kebahagiaan tidak berpanjangan bagi Soffiya apabila Ilyas terpaksa akur dengan kehendak tunangnya Fiona (Izara Aisyah) untuk mengikutnya ke New York. Soffiya ditinggalkan tanpa sebarang pesanan. Selepas 3 tahun, Soffiya dibebaskan dan mahu memulakan kehidupan baru dengan nama Sofi.

Sofi yang masih mencari arah tuju dalam hidupnya telah bertemu dengan Kak Ton yang aktif dengan aktiviti badan bukan kerajaan (NGO). Kebaikan Kak Ton berjaya mendapat kepercayaan Sofi untuk menerima bantuannya. Kamal (Azhar Sulaiman) yang sering mengunjungi warung Kak Ton tertarik dengan keayuan Sofi dan mahu mengenalinya secara dekat.  
Sofi bersikap dingin dan meragui niat sebenar Kamal kerana enggan dilukai dan dikhianati lagi. Dengan berkat Kak Ton, akhirnya keikhlasan Kamal berjaya membuka pintu hati Sofi dan menerima lamarannya. Sofi dilimpahi dengan kasih sayang Kamal dan sangat terharu apabila Kamal telah merealisasikan impiannya dengan menubuhkan sebuah pertubuhan amal untuk berbakti kepada gadis-gadis yang teraniaya sepertinya dahulu.

Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya, Ilyas muncul sebagai suami kepada anak tirinya, Fiona. Fiona enggan menerima Soffiya sebagai pengganti tempat ibunya dan sering mencari jalan untuk menjatuhkannya. Melalui seorang kenalan lama Soffiya, Fiona mula menyiasat latar belakang Soffiya. Ilyas pula tidak dapat membendung rindu dan cintanya apabila bertemu kembali dengan Soffiya.  Fiona dan Ilyas selalu bertengkar kerana Ilyas selalu membela Soffiya.
Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya? Soffiya dibelunggu sama ada untuk menerima Ilyas cinta pertamanya, atau Kamal, suami yang telah memberi kasih sayang tanpa tolok bandingnya? Jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri hebat, SOFFIYA menerusi slot Akasia mulai 21 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam, hanya di TV3!  
Kini, anda juga boleh menonton siaran TV3 menerusi saluran Astro 103 atau layari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my / www.tonton.com.my. Ikuti program-program kegemaran anda menerusi telefon pintar anda dengan mendaftar masuk ke m.tonton.com.my.






kredit: budiey

siannye hidup soffiya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2011 11:15 AM | Show all posts
Reply 175# adifrs

alala. ko cari je kat tonton. ada dah. hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 11:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 22-9-2011 11:22

Reply 176# Yen_Aireena

aku konfius ni...
bini 1st Fizo ni same nama ngan anak die ker?

Kebahagiaan tidak berpanjangan bagi Soffiya apabila Ilyas terpaksa akur dengan kehendak tunangnya Fiona (Izara Aisyah) untuk mengikutnya ke New York. Soffiya ditinggalkan tanpa sebarang pesanan. Selepas 3 tahun, Soffiya dibebaskan dan mahu memulakan kehidupan baru dengan nama Sofi.

Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya, Ilyas muncul sebagai suami kepada anak tirinya, Fiona. Fiona enggan menerima Soffiya sebagai pengganti tempat ibunya dan sering mencari jalan untuk menjatuhkannya. Melalui seorang kenalan lama Soffiya, Fiona mula menyiasat latar belakang Soffiya. Ilyas pula tidak dapat membendung rindu dan cintanya apabila bertemu kembali dengan Soffiya.  Fiona dan Ilyas selalu bertengkar kerana Ilyas selalu membela Soffiya.


Apa yg aku dpt simpulkan, Tiz dh kahwin ngan Azhar tp masih menaruh cinta kt Fizo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2011 11:23 AM | Show all posts
itu la. kesiannya kehidupan Soffiya ni. mlm ni, 7-8, Soffiya, lepas tu, settlekan kerja2 lain. yay.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 11:28 AM | Show all posts
Siapa tidak kenal gadis jelita ini? Tiz Zaqyah, 23, mula dikenali ramai melalui filem Gol & Gincu dan juga drama yang berjaya menarik ramai penonton, Nur Kasih. Tiz akan muncul dalam drama terbaru bertajuk “Soffiya” terbitan Filmscape dan digandingkan bersama Fizo Omar.

Dalam drama ini, watak Soffiya yang dibawakan oleh Tiz Zaqyah adalah watak yang mengalami banyak masalah dan pernah dirogol oleh bapa kandung sendiri. Ditanya apakah perasaan ketika menjalani penggambaran drama ini, Tiz menjawab, “Saya selesa membawa watak Soffiya sebab bagi saya, watak yang mencabar memberikan saya kepuasan untuk berkarya.”

Pertama kali membintangi drama sebagai mangsa rogol, Tiz memberitahu kami, “Watak rogol adalah watak yang agak susah untuk didalami. Saya perlu menghayati scene itu dan bagaimana reaksi saya apabila dirogol oleh ayah sendiri. Saya perlu agresif dan mengawal emosi sebaik mungkin menggunakan imaginasi saya.”

Dia turut mengaku bahawa dia terpaksa menonton kembali filem-filem yang mempunyai adegan dirogol agar dia dapat memberikan 100% usaha dan dia juga berterima kasih kepada pengarah dan krew-krew filem yang memberikannya tunjuk ajar.

Apabila ditanya adakah drama ini akan mendapat sambutan seperti drama Nur Kasih, Tiz menambah, “Saya percaya kalau jalan cerita menarik, orang akan tengok cerita itu. Bukan atas dasar lakonan seseorang kerana setiap pelakon ada peranan masing-masing untuk menghidupkan sesebuah cerita.”

Sebelum ini, Tiz telah memadam akaun Twitter-nya dan meninggalkan followers-nya tertanya-tanya. Dia terpaksa memadam akaun tersebut kerana  dia takut jika terlampau banyak pujian, dia akan hilang fokus dan over-confident.

“Saya padam akaun twitter saya kerana saya mahu lebih fokus terhadap kerjaya saya. Sebab twitter inilah saya pernah digosipkan sebagai artis yang selalu dengan telefon. Pada hal saya sibuk ber-tweet bersama peminat-peminat saya.” katanya sambil ketawa.

Jika ada peminat yang ingin mengetahui perkembangan Tiz Zaqyah, ikuti Facebook Fan Page Tiz sekarang!



sian semalam kene rogol...

yang moskil ader ker doktor pakai wira jer??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.087541 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list