|
MENGIBARKAN bendera, menyertai larian serta menyanyikan lagu-lagu bertemakan patriotik antara aktiviti yang diisi oleh pemilik nama Siti Adira Suhaimi atau Adira sepanjang bulan kemerdekaan muncul sejak usia remaja lagi.\rGadis kecil molek kelahiran rancangan realiti televisyen ini ketika ditemui pada Majlis Perasmian Kempen Negaraku: The Best of 1Malaysia, berkata sudah menjadi tradisi bagi keluarganya di Kundasang, Sabah untuk mengibarkan lebih daripada 50 bendera kecil di sekeliling rumah.\r\n\n\n\n\r“Sejak dari kecil lagi, saya dan ibu sering menggantungkan bendera kecil di sekeliling rumah. Tidak cukup bendera kecil, kami juga akan meletakkan beberapa bendera besar di hadapan rumah bersama bendera negeri Sabah.\r\r\n\n\n\n\n“Kiranya sesiapa yang mahu mencari rumah saya di Kundasang pada bulan Kemerdekaan ia adalah perkara yang mudah kerana rumah kami paling banyak menggantungkan bendera,” katanya yang memberitahu semangat menyambut kemerdekaan sudah disematkan di jiwa dia dan adik beradiknya yang lain oleh ibu tersayang sejak kecil.\rGadis yang dilahirkan pada 19 September 1991 ini, turut memberitahu kenangan ketika menyertai acara larian yang dianjurkan sekolahnya sentiasa menjadi kenangan paling mengusik jiwa sebagai pelajar satu ketika dulu.\r“Bukan saja menyertai larian, saya juga menyertai pertandingan koir, puisi dan sajak bertemakan kemerdekaan di sekolah.\r“Pengalaman itu tidak sesekali saya lupakan malah sehingga kini jika ada masa lapang, saya akan pastikan dapat menyertai acara larian kemerdekaan yang diadakan kerana ia sungguh menyeronokkan,” kata anak kelahiran Ranau ini bersemangat dan terkenal aktif menyanyi dan menyertai kumpulan nasyid ketika sekolah lagi. \r\n\n\n\n\rMalah, Adira sebelum ini pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian di Sabah dan pernah menjadi juara dalam Pertandingan Karnival Budaya 2008.\rWalaupun masih belum menginjak usia dewasa, gadis petah berkata-kata ini mempunyai semangat patriotisme yang tinggi walaupun perwatakan peribadinya dilihat lebih kepada sifat kebudak-budakan.\rKatanya, sebagai rakyat Malaysia, dia sungguh teruja apabila pada tahun ini sebagai Muslim, dua peristiwa besar hadir dalam hidupnya.\r“Ini adalah penghormatan besar buat saya apabila kali pertama bakal menyambut kedatangan Syawal dan Hari Kemerdekaan secara serentak.\r“Namun sebagai artis, kehadiran dua hari besar ini memberi makna kepada saya. \rKalau ada kelapangan, saya juga seperti orang lain mahu bersama-sama meraikan hari kemerdekaan ini dengan menyertai acara sambutan yang diadakan,” kata gadis Kadazan Dusun ini.\rBerkisar kepada kisah sambutan raya pula, anak kepada Suhaimi Rajiman serta Rujinah Suringin, ini berkata sempena Syawal yang dinanti penuh debaran ini, dia bercuti selama seminggu untuk pulang ke kampung halamannya di Sabah.\r“Ini kali kedua beraya sebagai artis dan tahun ini saya bersyukur kerana dalam kesibukan bekerja, saya masih berpeluang kembali ke kampung halaman di Kundasang walaupun pada 30 Ogos ini mungkin jatuh pada hari raya.\r“Saya tidak sabar mahu berjumpa ahli keluarga dan rakan di sana,” katanya tersenyum mungkin membayangkan saat-saat indah beraya di kampung halaman.\rMenanti kemunculan Sakura\rPernah terpilih antara selebriti EH! 20 YANG ANGGUN 2010, Adira yang mempunyai hobi mendengar radio dan suka berangan ini, berkata bergelar penyanyi membuatkan sedikit sebanyak kehidupan dan sambutan raya berbeza daripada sambutan sebelum ini.\r“Tentunya berbeza sambutan raya saya setelah bergelar artis. Jika dulu berada dengan keluarga di kampung dan membantu ibu memasak juadah berbuka di kampung, semuanya itu tidak dapat lagi saya rasakan kini kerana kesuntukan masa memenuhi jadual sebagai artis\r“Di sini, jika tidak berbuka dengan kakak, saya hanya berbuka seorang dan hanya membelikan hidangan siap sahaja,” katanya sambil memberitahu hidangan bubur ayam, bubur kacang serta mi sup adalah air tangan ibu yang tidak dapat dilupakan sempena Ramadan ini.\rBercerita berkenaan negeri tanah tumpah darahnya itu yang terkenal sebagai kawasan bukit bukau dan pergunungan, Adira berkata, selalunya dia terpaksa meredah sehingga dua jam setengah untuk sampai di rumah keluarganya itu.\r“Jika jalan berkabus masa yang diambil agak panjang kerana pemandu perlu berhati-hati. Maklumlah kawasan di sana berbukit.\r“Disebabkan itu juga saya jarang ke bazar Ramadan di sana dan lebih selesa makan apa yang ibu masak. Jika mahu ke bazar saya perlu menaiki bas bagi memudahkan perjalanan,” katanya yang memberitahu akan menyarungkan pakaian raya berwarna biru mengikut tema keluarganya pada tahun ini.\rIstimewanya, gadis ini memberitahu, dia amat menyukai kuih batang buruk yang dihidangkan ibunya pada setiap lebaran untuk anak-anak dan saudara-mara yang datang bertandang.\r“Saya tidak akan lupakan kuih batang buruk yang dibuat ibu kerana ia lain daripada yang biasa dijual di sini. Ibu tidak menggunakan serbuk yang menjadi ramuan untuk membuat batang buruk sebaliknya menggunakan serbuk Nestum. Rasanya berbeza, sedap dan unik, “ katanya yang turut menggemari minuman teh ais.\rDia yang turut meminati Fasha Sandha serta Scha Alyahya sebagai ikon dalam industri seni, berkata ini adalah tahun kedua baginya sebagai artis untuk mengadakan rumah terbuka buat peminat dan keluarga.\r“Mungkin saya akan mengadakan rumah terbuka pada 6 atau 16 September. Seronoknya mengadakan rumah terbuka apabila dapat berkumpul bersama-sama keluarga dan peminat,” katanya yang sangat teruja pada warna seperti putih, biru dan hitam.\rBeralih kisah perkembangan diri, Adira yang cintakan muzik Pop Punk, memberitahu dia baru selesai menjalani program raya bertajuk Akustik Ria di Danau Kota, baru-baru ini bersama Hazama dan beberapa rakan artis lain.\rDia juga akan melahirkan single ketiga pada September ini yang ditangani komposer terhebat, Audi Mok.\r“Judul single ini adalah Sakura dan jika dengar tajuknya juga kita sudah mampu mengagak yang ia mengarah kepada muzik Jepun dan dalam genre balada.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|