CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: paler kembang

★APPLE; IPHONE, IPAD & IPOD - II★-DISCUSS HERE

   Close [Copy link]
Post time 13-9-2011 04:09 PM | Show all posts
Reply  anasue

Akak kena pakai app utk buat semua tu. Saya sajes yg mudah dan murah adalah camera ...
bacteria82 Post at 13-9-2011 14:41



    thanks.......dah installed ...tq tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2011 04:38 PM | Show all posts
Reply 120# bacteria82

ios 5 beta boleh jailbreak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 09:10 PM | Show all posts
Aku suka apps SoundHound.. Detect lagu kat radio or any speaker.. Just bagi iPhone "dengar" lagu ...
bacteria82 Post at 11-9-2011 08:17 AM



   

kalau nyanyi sendiri pun dia boleh detect lagu apa

minggu lepas dengar muzik best tapi tak sempat nak rakam, pastu buat bunyi lebih kurang last2 dapat gak soundhound ni detect lagu Chicken Dance


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 01:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by zonan4 at 14-9-2011 01:40

berapa korang kena yer kalau buat jaibreak kat kedai? aku konpius sebab aku tak yah jailbreak pun... beli jer apps yg harga 0.99 tu slow slow tungg masa diskaun ... rm3 henget jer satu aplikasi... jgn dgr cakap tokey kedai suh jailbreak... buat abis duit jer+sakit hati... fikir fikirkan lah... aku pun sengkek gak... tapi beli sikit sikit lelama jadik bukit... fikir fikirkanlah...
nak tau apa apps popular tgh diskaun install la Appshopper tiap tiap ari dia advertise...... bukan hebat pun kalau jailbreak nih... buat susah jer kalau ada problem...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:33 AM | Show all posts
Reply 122# paler kembang

Boleh tapi tethered.. Dan kalau jailbreak, nanti x boleh update ke beta seterusnya melalui over the air (OTA) tanpa melalui itunes.. Beta ios 5 keluar every 2 weeks skang nih.. Sekarang dah iOS 5 beta 7.. Jumaat ni akan keluar beta 8 dan dijangka minggu seterusnya keluar GM version (final) a.k.a pelancaran iOS 5
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 08:37 AM | Show all posts
Reply 124# zonan4

Kami jailbreak sendiri, x perlu hantar ke kedai.. Byk tutorial jailbreak sendiri kat blog.. Ada byk aplikasi (lebih tepat dipanggil tweak/mod) yg mengubah cara iOS berfungsi yang terdapat hanya di Cydia a.k.a perlu jailbreak. Anda boleh tgk sendiri kat youtube kelebihan-kelebihan jailbroken idevices (bukan sekadar utk dapat app free tp lebih daripada itu.)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2011 08:40 AM | Show all posts
Reply 123# buDak_gaTaL

Ahahaha.. Maknanya anda menyanyi mengikut pitching dan nada yg tepat dan betul.. Boleh masuk AF10  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 03:04 PM | Show all posts
Reply  zonan4

Kami jailbreak sendiri, x perlu hantar ke kedai.. Byk tutorial jailbreak sendiri k ...
bacteria82 Post at 14-9-2011 08:37 AM



    Jailbreak ni walaupun boleh buat sendiri, masih banyak yang takut untuk lakukan sendiri. ini disebabkan banyak gulungan yang sangat takut untuk mencuba sekaligus hanya mengharap kepada pihak yang lain.  Sementara satu pihak tidak memahami dengan betul apakah itu Jailbreak, sehinggakan ada yang menyangka jailbreak hanya sekadar untuk mendapatkan apps percuma.  Walaupun berjuta-juta idevice telah dijailbreak dan menikmatinya dengan mencapai tahap kepuasan maksimum, tapi ianya adalah satu tamparan hebat kepada pihak apple sendiri.  Apple sentiasa memperbaharui iosnya untuk menghalang dari pencerobohan petualang jailbreak namun setiap kali ios baru dikeluarkan dengan ciri2 keselamatan yang makin kukuh, pihak petualang jailbreak sentiasa dapat merobos masuk ke dalam sistem. Kesungguhan apple menghalang perbuatan jailbreak ini menunjukkan apple masih mau tabungnya tetap diisi walaupun pengguna sudahpun membeli idevice. Sayangnya apple tidak pandai meneroka daya kehendak pengguna.. banyak ciri2 tertentu tidak tersedia dalam ios asal dari apple.. inilah kesempatan yang diambil oleh pihak devteam dengan tweak yang diserapkan ke dalam sistem ios apple.  Sesungguhnya apple banyak ketinggalan dalam menghiburkan kehendak pengguna sehinggalah devteam men'tweak'kannya.  

Di hari-hari kemudian setelah kesedaran dari pihak apple sendiri akan helah-helah dari tweak yang tersedia dalam cydia, maka dengan tidak rasa malu sedikitpun kita dapat melihat akan apple terus-menerus meniru apa yang dicipta oleh devteam. Hampir setiap kali ios baru dikeluarkan, setiap kali itulah segala macam tweak baru yang asalnya dari cydia telah diterima dan disediakan ke dalam iuos barunya dengan nama yang teersendiri.. namun pihak apple tetap juga seperti dulu masih berusaha dengan gigih menghalang agar iosnya tidak dapat dijailbreak. Beginilah apple, yang ssentiasa mahu meniru dari cydia tapi sentiasa berusaha agar iosnya tidak boleh dicerobohi oleh cydia dan tidak ingin melihat cydia terus hidup.

Jailbreak kaedah terkini dari jaailbreakme.com adalah satu tamparan hebat apple.  Keseluruhan programmer besar dunia merasa amat terkejut dengan keupayaan jailbreakMe iaitu satu kaedah hebat terbaru untuk mencerobohi sistem ios apple yang sentiasa dikemaskini. Semakin kejap sistem pertahanan ios ciptaan apple, semakin mudah dicerobohi dengan kaedah jailbreak terbaru. Apple ternyata sudah kebingongan dan mengumpan pihak musuh ini menyertai pasukannya. Penyertaan musuh apple ke dalam apple dengan tawaran lumayan diharap akan banyak menyelesaikan maasalah ketandusan dalam ios keluaran akan datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 03:15 PM | Show all posts
Tu la, mamat comex yg buat jailbreakme pon dah masuk apple sebagai praktikal.. Agaknya nanti akan terus serap jadi staff Apple..

Tapi comex dalam temu bual bagitau dia dah serahkan semua kod2 jailbreak kepada muscle nerd di devteam.. Hopefully ios 5 kluar nanti, akana dapat untethered jailbreak dalam masa ringkas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 03:18 PM | Show all posts
Jailbreak itu:
1. Bukan sekadar mendapatkan apps free
2. tapi membentuk semula system agar ianya sesuai dengan ciri kehendak pengguna.
3. apps yang tersedia dalam cydiapun setengahnya perlu dibayar. tweak yang hebat semuanya cydia sediakan dengan kadar bayaran tertenttu.
4. Banyak pengguna yang men'jailbreak'kan 'idevice'nya merupakan pihak yang masih sanggup mengeluarkan wangnya untuk membeli tweak hebat dari cydia.
5. Apps dari apple tidak semuanya berharga $0.99, apps yang hebat ada yang $14.99, ada yang $99..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 04:10 PM | Show all posts
berapa korang kena yer kalau buat jaibreak kat kedai? aku konpius sebab aku tak yah jailbreak pun... ...
zonan4 Post at 14-9-2011 01:38



Hang nak kompius pa? Haha jailbreak sendiri sudah. Tweak tu yg paling best psl jailbreak. Ish mmg best lah tweak ni. Mcm2 tweak yg best ada. Contohnya buat tweak untuk buka applikasi camera terus dengan menekan button sound! Tak payah susah2 nak slide pastu pi tekan symbol camera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2011 04:51 PM | Show all posts
6 juta iphone - jailbreak
2 juta ipad 2 - jailbreak (ipad 1 lagi byk)
3 juta ipod - jailbreak
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:11 PM | Show all posts
Reply  buDak_gaTaL

Ahahaha.. Maknanya anda menyanyi mengikut pitching dan nada yg tepat dan betu ...
bacteria82 Post at 14-9-2011 08:40 AM



   
kene nyanyi 3-4 kali baru dapat detect



Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:11 PM | Show all posts
Jailbreak ni walaupun boleh buat sendiri, masih banyak yang takut untuk lakukan sendiri. i ...
paler kembang Post at 14-9-2011 03:04 PM



   
fulamak ulasan yg mantap dari otai



Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:12 PM | Show all posts
berapa korang kena yer kalau buat jaibreak kat kedai? aku konpius sebab aku tak yah jailbreak pun... ...
zonan4 Post at 14-9-2011 01:38 AM



   

tak menyusahkan pun...lagi menyenangkan ada ler lepas jailbreak


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:58 PM | Show all posts
Hmmm terpulanglah pada kehendak individu... Tapi aku suka cydia dan android... Sebab dorang membuatkan apple menambah baik ios dia sentiasa... Tu la comex dah masuk apple.... Sekali Apple kata dia kasi. 1 juta usd suh comex tutup semua lubang... Lagi lambat la cracker nak jailbreak lps nih terutama ios5... Kesian korang... Bagi aku tak yah jailbreak pun dah ok function yg sedia ada dalam ipad aku... Semua aku nak dah ada... Steve job plak dah berenti adeh aku harap apple tak merudum lps nih... Aku tau jailbreak kita boleh tweak ios utk release certain function... Tapi lama lama sure bosan... Bila xde apa nak tweak dah... Si Apple kalau kuar ipad 3nanti mesti apps baru utk ipad 2 makin kurang.... Mcm biasa la dia suh kita beli baru huhuhu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2011 09:51 AM | Show all posts
Apa yang kita harap, ios 5 nanti dapat dijailbreak dengan mudah sekali.. Dan apple harus mengangguk di atas pentas persaingan ini. Kerananya ios sentiasa berkembang dan pengguna sentiasa puas hati. Sekali merasai kenikmatan jailbreak, jika memegang iphone/ipad/ipod tanpa jailbreak.. Terasa tawar dan tak bermakna langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 09:56 AM | Show all posts
Just nak bagitau, game Asphalt 6 utk iOS sedang ditawarkan secara percuma hari ni with limited time only. Sila download segera di App Store
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 04:14 PM | Show all posts
Nak tanya, kenapa lepas jailbreak ipod touch bila buka iTunes tak boleh nak click kat apps yg ada kat dalam ipod tu lagi?  Lepas tu keluar popup pasal purchased item utk di transfer, rasanya takda lak purchase ape2 pun.  Tolong ye, saya budak baru belajar
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 07:16 PM | Show all posts
Just nak bagitau, game Asphalt 6 utk iOS sedang ditawarkan secara percuma hari ni with limited time  ...
bacteria82 Post at 15-9-2011 09:56


tq uols...iols tgh dload nih....
sbb free kn
last week games fifa II, tiger woods, n byk lagi 99 cents jah
promo kembali ke skolah katanye.....
iols tak jailbreak pon sbb dh terupdate...
pastu iols rajin carik yg promo
byk gak la iols dpt harga promo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.059180 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list