Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Tak lama, akan menjelma lagi
Setelah sebulan menahan diri
Dari makan dan minum disiang hari
Berpuasa lah juga jasad luar dan dalam diri
Dari segala perbuatan yang tidak disukai ilahi
Saya mengambil kesempatan ini
Memohon maaf dari hujung rambut hingga kehujung kaki
Jika selama ini
Ada membuat kesilapan yang tidak saya sedari
Terhadap semua kenalan-kenalan di CARI
Yang sangat hormati dan sangat saya sayangi
Saya sentiasa mendoakan
Agar semua akan dilindungi Tuhan
Dari segala bencana yang membahayakan
Diri, keluarga, kawan-kawan dan kenalan
Tuhan
Hanya kepada MU lah sahaja kami serahkan
Segala ketentuan
Lindungi lah kami disepanjang perjalanan
Sewaktu kami sedang dalam menjalankan
Amanah yang KAU pertanggungjawabkan
Ziarah menziarah tetamu dan sanak saudara yang kami rindukan
Jadikanlah perjalanan kami ini satu ibadah kepada MU, Tuhan
Satukan kami semua dengan penuh keberkatan
Dan kerahmatan
Ampunkan dosa-dosa kami selagi kami bernama insan
Mudah-mudahan
Kami masih dihidupkan oleh MU Tuhan
Dan bertemu kami dilain tahun MU, Tuhan
Selamat Hari Lebaran
Nukilan Mr Hubby
diambil dr FB
di edit skit sana sini
bg kesuaian di forum cari