CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: produkherba

Raya nanti kita kahwin -[U]

  [Copy link]
 Author| Post time 22-8-2011 02:59 PM | Show all posts
Reply 20# sakurakuri


    Insyaallah... herb cuba.  Kat rumah tak sempat.  Tadi pun meeting.  Herb try update petang ni... nak cite kisah diorang gi pasar kat pekan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2011 04:04 PM | Show all posts
la....ingat dah ade....{:1_146:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2011 04:14 PM | Show all posts
sori... sambungan ni boring sikit... sebab tengah boring dengan sorang bos ni.



Suasana dalam kereta Ungku Hadi sunyi sepi sebab baik Ungku Hadi mahupun Yasmin kedua-duanya takde apa nak dibualkan.  Tambah pula kedua-duanya tidak pernah kenal satu sama lain sebelum ini.  Suasana yang senyap membuatkan Yasmin memikirkan mesyuarat dan beberapa tugasan pejabat yang perlu disiapkan Isnin nanti.  Yasmin sengaja memikirkan hal kerja pejabatnya bagi menghilangkan rasa pelik duduk di dalam kereta lelaki yang tidak dikenalinya.  Ungku Hadi pula sibuk dengan anggapan melampaunya - Timah si perisik.  

Biasanya perisik ni slim aja, tapi si perisik sorang ni debab lak.  Macam mana nak larikan diri nanti.  Ungku Hadi mula mengarut dengan anggapan melampaunya.  Dijelingnya Yasmin yang kelihatan serius berfikir sambil memegang dagunya.  Mak ai, tak pernah aku jumpa part time maid yang tak sudah-sudah berfikir.  Agaknya dia tengah fikir macam mana nak selongkar bilik aku.  Tu yang serius sangat rupanya.  Entah apa agaknya yang dia nak ari aku.

Sampai di Pekan Sungei Besi, Ungku Hadi mengeluh kerana keadaan trafik yang sesak dan asyik berpusing-pusing mencari parking.  Melihatkan wajah Ungku Hadi yang mula bosan dengan keadaan yang sesak, Yasmin menawarkan diri untuk turun seorang membeli barang-barang untuk memasak petang nanti.  Ungku Hadi memberhentikan Yasmin di depan pintu pasar yang mengadap kedai kasut Hypershoe sambil memberitahu Yasmin agar menelefonnya bila siap nanti.  Yasmin pantas melangkah ke dalam pasar dan menuju ke gerai ikan lelaki cina yang biasa dikunjunginya.  Selesai membeli belah Yasmin menunggu Ungku Hadi di simpang jalan untuk balik semula ke rumah Ungku Hadi.

-------------------------------------------------------------------------

Sebaik memberitahu Yasmin yang dirinya akan ke bazar Ramadhan Tasik Permaisuri Ungku Hadi terus keluar.  Yasmin hanya menganggukkan kepala sambil meneruskan kerja menggosok pakaian Ungku Hadi.  Selesai menggosok, Yasmin teringat yang dia perlu menukar cadar katil Ungku Hadi.  Hana telah berpesan agar mengambil cadar bersih dalam almari sebelah kanan sekali dalam bilik Ungku Hadi.  Yasmin menuju ke bilik Ungku Hadi untuk menukar cadar di bilik Ungku Hadi.  Tanpa disedarinya setiap gerak-gerinya diperhatikan oleh Ungku Hadi dari bilik air yang terletak bersetentang dengan almari pakaian Ungku Hadi.  Dilihatnya Yasmin membuka almari paling kanan sambil membongkok... wow, mantap.  Serentak dengan itu, Ungku Hadi beristighfar mengingatkan dirinya sedang berpuasa dan telah membuat zina mata.

"Awak buat apa dalam bilik saya ni?" sergah Ungku Hadi bagi mengelakkan dirinya dari berdosa lagi.  

Yasmin yang kehairanan bercekak pinggang memandang ke arah Ungku Hadi yang agak merah telinganya.  Ni apa kes lak tiba-tiba naik suara.  Tadi kata nak ke bazar Ramadan.  Posisi Yasmin yang sedang bercekak pinggang memberi kesan yang semacam kepada Ungku Hadi.  Ungku Hadi menelan liur pula melihatkan Yasmin yang berkekak pinggang.  Daripada bercekak pinggang, Yasmin berpeluk tubuh pula mengadap Ungku Hadi.  Tapi, mengingatkan dirinya cuma seorang part tima cleaner Yasmin pantas menjatuhkan tangannya.

"Maaf Ungku, saya cuma nak tukarkan cadar.  Hana pesan kena tukar sebelum saya balik.  Katanya lagi cadar yang bersih ada dalam almari ni" Yasmin menjelaskan kepada Ungku Hadi yang pada pandangan matanya agak pelik dengan telinga yang kemerah-merahan.  

Ungku Hadi cuma keluar sebaik mendengar penjelasan Yasmin.  Dia perlu bertenang dengan godaan si perisik.  Huh, kalau dah namanya perisik, tahu aja mencari kelemahan lelaki macam aku ni.  

Sambil menukar cadar Yasmin pelik memikirkan sikap majikan Hana.  Personality disorder agaknya pakcik sorang ni... orang nak tukar cadar pun kena jerit.  Kang ada gak aku suruh dia masak sendiri.  Selesai menukar cadar dan mengemas bilik Yasmin ke bilik belakang untuk solat asar.  Dia perlu segera sebab kena memasak asam pedas ikan parang seperti yang diminta Ungku Hadi.

Yasmin membersihkan hati dan hempedal ayam sebelum direbus.  Lepas periuk kecil dijerang, Yasmin ambil beras 2 pot untuk dijerang.  Sambil membasuh beras Yasmin berselawat dalam hati dan air beras dicurahkan dalam bekas berisi ikan parang.  Yasmin mula menyediakan bahan-bahan untuk menumis asam pedas ikan parang daun kesum.  Yasmin memanaskan periuk dan menuang minyak untuk menumis.  Perlahan-lahan dimasukkanya halba, bila wangi sahaja Yasmin mencurahkan perencah yang telah diblender.  Bau perencah yang ditumis merebak ke bilik Ungku Hadi dan menyedarkannya dari lamunan yang panjang.  Di dapur Yasmin mula menyiang kacang panjang untuk ditumis bersama hati dan hempedal yang direbus tadi.  Tiba-tiba Yasmin terfikir elok juga kalau dia masakkan lengkong sebagai pemanis mulut.

Akhirnya tepat jam enam, Yasmin siap memasakkan lauk berbuka Ungku Hadi.  Asam pedas ikan parang daun kesum, kacang panjang rencah hati dan hempedal ayam, ikan kering goreng dan lengkong merah... mcam-macam ada untuk Ungku Hadi berbuka jam 7.30 nanti.  Yasmin aturkan pinggan dan mug serta lauk pauk selain asam pedas di atas meja bersekali dengan air teh o panas dalam carafe.  Setelah siap Yasmin ke bilik belakang untuk menukar baju.  Yasmin perlu cepat takut-takut nasi ambeng di bazar ramadan desa tasek habis lagi.

Yasmin lihat Ungku Hadi tiada di ruang tamu lantas dia berdiri hampir di pintu bilik Ungku Hadi untuk memberitahu yang dia ingin pulang dan makanan telah ada di atas meja.  Yasmin turut berpesan agar asam pedas dipanaskan semula supa ya tidak sejuk masa makan nanti.  Ungku Hadi hanya mendengar dari dalam biliknya dan tidak terasa ingin keluar.

--------------------------------------------------

Azan maghrib berkumandang....

Sedapnya air teh o ni... tak pahit, tak manis sangat... itu komen Ungku Hadi bila dia meneguk air teh yang telah disediakan Yasmin petang tadi.  Dicapainya lengkong yang nampak berair... sedap jugak... lembut dan manis-manis buah aja rasanya.  Selepas itu, Ungku Hadi menceduk nasi ke pinggannya untuk acara utama... memakan asam pedas ikan parang daun kesum.  Dihirupnya kuah asam pedas... mak ai... pedas, masam semuanya secukup rasa.  Baunya sahaja sudah cukup menyelerakan.  Ungku Hadi tenggelam dalam keasyikan menikmati asam pedas ikan parang daun kesum, bersayurkan kacang panjang berencah hempedal dan hati ayam dan bertemankan ikan kering cekik leher.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 04:55 PM | Show all posts
perghhh ..posa posa baca pasal makan nih ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 10:11 PM | Show all posts
pandainye yasmin masakkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 09:15 AM | Show all posts
alamak.. sedapnyaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2011 09:37 AM | Show all posts
pergh.....berbaloi-baloi
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 09:50 AM | Show all posts
sambungan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2011 10:15 AM | Show all posts
aper kerja si ungku hadi nie yg dia dok ingat yasmin tu spy? pelik sungguh aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2011 01:57 PM | Show all posts
Sori, baru balik meeting... Ni tgh buat report jap.  Kalu sebab herb update cite ni.  Makin nak ray amakin banyak lak meetingnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 03:18 PM | Show all posts
eh mcm best plak cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 03:50 PM | Show all posts
As salam herb... permulaan yang baik... i like....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 08:35 AM | Show all posts
mana e3? nk raya dah ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2011 08:15 AM | Show all posts
best citer ni sambung cepat2 ya
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2011 09:43 PM | Show all posts
Uwah dah raya ke 5.... dah berkahwin ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 08:33 PM | Show all posts
Reply 1# produkherba


    salam PH... selamat hari raya.. ni cerpen ke novel? rate apa? nak hias skit.. byk rumah tak bercat kaler2 musim raya ni..
momod sibuk beraya sakan smpaikan tak smpat nak jenguk sini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2011 12:13 AM | Show all posts
Raya tahun bila nak kawin ni?

Please sambung ye...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 03:13 PM | Show all posts
dah raya ke 7 nih... bila nak kawen??? kalu dah abis bulan syawal tak kawen2 gak... nampak gayanya ke tunggu raya taun depan plak ler....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 05:15 PM | Show all posts
mahap la... cite sambung untuk puasa 6.  puasa gak kan?
-----------------------------------------------------

jam 5 pagi di rumah Yasmin....

yasmin yang telahpun selesai bersahur sedang membelek-belek majalah Saji tahun 2008 sambil duduk depan tv yang sedang menayangkan cerita Chef Iran.  Yasmin cukup khusyuk menelek setiap resepi yang ada dalam majalah yang dipegangnya sambil sesekali meneguk air neslo berkoko.  Dia berkira-kira untuk membuat biskut cindirella selepas solat subuh nanti... bahan-bahan untuk membuat biskut tahun lepas masih elok disimpan dalam peti sejuk.

jam 5 pagi di rumah Ungku Hadi....

Ungku Hadi masih lagi bersungguh-sungguh meratah ikan parang asam pedas semalamnya.  Nasi pun dah 2 kali ditambah... entah mengapa irasakan asam pedas air tangan Yasmin sungguh enak sekali.  Boleh buat bini ni, komennya dalam hati.  

"Buat bini?" Ungku terjerit di subuh yang hening dengan komennya sendiri.  Ish, takkanlah sebab makan nasi bertambah-tambah terus nak buat bini.  Abis tu, kau nak bini yang tak reti masak ke Hadi oi.  Sambil tangannya lincah membuang tulang ikan parang hatinya terus berkata-kata.  Hmm... Timah tu muka okay aja, badan aja yang terlebih vitamin.  Tapi bumper mantap weh.  Ada gaya macam bos2 lak tu.  Perisik pun perisik la, janji hati dah berkenan.  Ish, apa la aku ni tengah bersahur pun boleh fikir yang bukan-bukan.  Kurus pahala sahur ni.

Agak-agak kalau aku minta dia masak lagi untuk buka nanti dia sanggup tak... memikirkan tentang harapannya yang menggunung tinggi membuatkan Ungku Hadi bangun mencapai telefon dan mendail telefonnya.

Bunyi telefon yang berdering-dering menyebabkan Yasmin memendekkan masanya di tandas.  Walaupun hatinya geram kerana diganggu subuh buta Yasmin capai juga telefon yang ada di atas tv.  Yasmin lantas menjawab telefon walaupun tidak mengenali nombor yang tertera pada telefonnya.

"Assalamualaikum Timah" sapa suara yang menelefonnya dengan penuh mesra.

Yasmin tidak menjawab pada mulanya kerana lupa akan dirinya dipanggil Timah oleh majikan Hana.  

"Cik Timah?  Saya Ungku Hadi" sebaik mendengar nama pemanggil barulah Yasmin menjawab kerana dia malas nak melayan orang yang bukan-bukan.

"Oh, Ungku.  Maaf la, saya cuma pelik sebab gelap-gelap subuh telefon saya dah berbunyi.  Ingatkan panggilan dari Balai Polis" sindir Yasmin.

"Err... Timah dah habis sahur ke?" soal Ungku Hadi lembut.  Namun kelembutan suara dan soalan Ungku Hadi membuatkan Yasmin rasa bertambah pelik.  Pakcik sorang ni jenis gatal ke? fikirnya.  Tapi Hana tak pernah lak mengadu pasal kegatalan pakcik sorang ni.  

"Dah Ungku, dah masuk imsak ni.  Ada apa Ungku call saya gelap subuh ni?" soal Yasmin sedikit geram.  Namun mendengarkan suara Yasmin membuatkan hati Ungku Hadi kembang setaman jadinya.

"Cik Timah, saya sebenarnya nak minta tolong.  Saya harap sangat Cik Timah tolong saya.  Saya tahu hari ni Cik Timah tak datang kerja rumah saya tapi saya terdesak sangat ni" Ungku Hadi mula mengarang cerita.  Maka Yasmin dengan suara yang boring pun bertanya apa pertolongan yang diminta oleh Ungku Hadi.  Sebaik mendengar permintaan Ungku Hadi Yasmin rasa angin satu badan.

"YM Ungku.  Saya ni part time cleaner bukannya tukang masak.  Bazar Ramadhan punyalah banyak, Ungku pergi aja la beli apa yang Ungku teringin nak makan" suara Yasmin yang mula meninggi di subuh hari menyebabkan Ungku Hadi terdiam.  

"Cik Timah, saya teringin sangat nak makan masakan rumah.  Keluarga saya jauh di JB.  Cik Timah aja tempat saya minta tolong" rayu Ungku Hadi.  Sengaja disayukan suaranya agar Yasmin lembut hati.

"Nanti saya bayar la upahnya" pujuk Ungku Hadi lagi.

"Yalah tu, yang semalam pun hutang lagi.  Ada hati nak tambah hutang" sungut Yasmin tapi jelas kedengaran di gegendang telinga Ungku Hadi.

"Saya minta maaf Cik Timah, saya lupa.  Nanti saya bayar" Ungku Hadi sebenarnya bukan taknak bayar apa yang telah dijanjikannya petang semalam tapi dia tak sanggup nak mengadap Yasmin selepas peristiwa dia membuat dosa kering yang silap-silap boleh membatalkan puasanya.

"Saya tak janji" serentak itu Yasmin meletak telefon.  Jawapan Yasmin tidak menyinggung perasaan Ungku Hadi kerana hatinya pasti yang Yasmin akan memasakkan makanan yang dimintanya.

-----------------------------------------------------------------

Hati Yasmin puas apabila melihatkan biskut cindirellanya berhias cantik dengan aising berwarna biru berselang putih.  Bergaya sungguh nampaknya biskut raya tahun ini.  Sambil menyusun biskut-biskut ke dalam balang Yasmin tersenyum-senyum melihatkan hasil tangannya itu.  Kedua-dua balang kuihnya diseal dengan selotape agar biskut tak lemau.

Sebaik selesai, Yasmin menyidai kain di balkoni rumahnya yang mengadap matahari.  Menjelang petang nanti keringlah kain-kain yang disidainya.  Sambil membersihkan peralatan membuat kuih Yasmin teringat permintaan Ungku Hadi untuk berbuka nanti.  Bika difikirkan apa salahnya dia menurutkan aja permintaan Ungku Hadi takdelah membazir memasak untuk makan sorang.  Memikirkan itu, hatinya terasa sendu... entah sampai bilalah dirinya akan berseorangan.  Yasmin sedar dirinya tidak mempunyai wajah atau fizikal yang menarik.  Namun Yasmin malas memikirkan perkara yang menyedihkan dirinya lantas peti sejuk dibuka untuk bahan-bahan memasak dikeluarkan agar kurang bekunya apabila nak dimasak nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 05:29 PM | Show all posts
wah ada sambungan.... makin best ler cite nih...sambung lagi nanti yer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.087708 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list