CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: produkherba

Raya nanti kita kahwin -[U]

  [Copy link]
 Author| Post time 6-9-2011 06:14 PM | Show all posts
Lepas asar Yasmin mula ke dapur menyediakan tempahan Ungku Hadi.  Yasmin mengikhlaskan dirinya untuk memasak buat saudara seislam yang mungkin merindui masakan ibunya.  Bawang, bawang putih dan halia yang siap dikupas mula dihirisnya sebagai penumis nanti.  Dikeluarkannya pekkak dan kayu manis untuk ditumiskan sekali dengan bahan hiris.  Sebaik bahan-bahan untuk menumis siap Yasmin mula menumis dan dimasukkannya beras basmathi, daun pandan, air dan susu cair.  Bila kering airnya barulah Yasmin jadikannya nasi hujan panas.

Sambil menunggu nasi masak Yasmin menyediakan bahan -bahan untuk memasak kurma ayam dan paceri nanas.  Sebaik kurma ayam dan paceri nanas siap Yasmin masakkan lengkong kastad pula.  Kira-kira jam 6 siap semua tempahan Ungku Hadi.  Yasmin baru berkira-kira nak menelefon Ungku Hadi memintanya datang menjenput tempahan yang telah siap tapi telefonnya berdering terlebih dahulu.

"Assalamualaikum Cik Timah, bila boleh saya datang menjemput order pagi tadi?" soal Ungku Hadi dengan gembira.  

"Dah siap ni Ungku, dah sampai bawah Ungku miscall nanti saya turun" Jawab Yasmin.  Yasmin ke dapur semula mengisikan order Ungku dalam tepen sederhana besar yang dibeli di Saaka Nilai.  10 minit kemudian Yasmin terdengar telefonnya berdering menandakan Ungku Hadi telah sampai di bawah rumah. m Yasmin menyarung jubah hitam dan tudung bu Arini sebelum turun ke bawah.

Sampai di bawah, Ungku Hadi sedang santai bersandar di Fairlady hitamnya.  Yasmin hanya memerhati sahaja dari sebalik dinding.  Ungku Hadi pada pandangan matanya memang segak bergaya.  Dengan bentuk badan mesomorf tidak ada yang tidak menjeling lebih dari sekali.  Kaya pulak tu.  Yasmin tiba-tiba merasa sebak.  Lelaki yang kacak untuk wanita yang cantik wahai Yasmin.  Kau hanya tukang masak pada pandangan matanya.  Yasmin menarik nafas dan melangkah ke arah Ungku Hadi untuk menyerahkan tempahan nasi hujan panas, kurma ayam, paceri nanas dan lengkong kastad.

Ungku Hadi melemparkan senyuman ke arah Yasmin yang menuju ke arahnya.  Ungku Hadi bagaimanapun hairan kerana Yasmin tidak membalas senyumannya tetapi seakan ada sendu di wajahnya.  

"Ni makanan yang Ungku tempah pagi tadi" ucap Yasmin pendek tanpa memandang wajah Ungku Hadi sambil menyerahkan tepen ke tangan Ungku Hadi.

"Timah, ni upah yang saya janjikan.  Terima kasih ya masakkan apa yang saya minta" ucap Ungku Hadi bersungguh.

"Takpelah Ungku.  Ambillah, saya tak perlukan duit tu.  Saya naik dulu" tanpa menunggu balasan Ungku Hadi Yasmin melangkah menuju ke lif.

Ungku Hadi hanya memandang Yasmin yang melangkah masuk ke dalam lif.  Hatinya digaru rasa hairan dengan sikap Yasmin sebentar tadi.  

-----  nak balik, nanti sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 06:18 PM | Show all posts
terima kasih.. sebelum abis syawal, ungku ngan timah kawin ek
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 08:47 PM | Show all posts
whuaa...aa... nak lagi!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 01:08 AM | Show all posts
arrrggghhhh... tak cukup... sambung panjang2 esok tau...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 11:12 AM | Show all posts
best la cite nie.... sambung la cepat2.....
tak sabar nak tunggu mereka kawin.... {:1_137:}
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 11:53 AM | Show all posts
sambungla lagi....best gak citer ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-9-2011 01:57 PM | Show all posts
Baru abis meeting, ni herb sambung sikit.

momod : herb nak buat cerpen aja tapi tak tahu la kalau terjadi novel lak

------------------------------------------------

Malamnya selepas bertarawikh 8 rakaat aja di Masjid Al-Muqarrabin depan rumahnya dan sesi mengulang nasi hujan panas, Ungku Hadi tersandar kekenyangan.  Ungku Hadi teringatkan Timah yang kelihatan agak sedih semasa menjemput ordernya.  Apa agaknya yang merunsingkan fikiran Timah ya.  Bos dia nak buang kerja ke?  Kalau susah2 aku offer dia kerja kat opis aku aja, dekat pun dekat takdelah dia penat sangat travel ke tempat kerja.  Ish, tetiba aja concern semacam apahal lak aku ni Ungku Hadi menyoal dirinya.  Aku sukakan dia?  Uish, biar betul.  Yang pastinya aku suka masakan dia.  Takkan nak ofer dia jadi tukang masak aku, tak mana dia naknya.  Jadi cleaner dia ada life, kalau kerja kat rumah aku ni ngadap dapur aja la jawabnya.  Ungku Hadi teringatkan nasihat nendanya tak lama dulu.

"Hadi, kalau nak kahwin kena cari isteri yang pandai masak, pandai ngemas rumah.  Ni karang harap muka aja cantik tapi bab memasak, mengemas rumah takleh harap" Ungku Maimunah menasihatkan bila dilihatnya Ungku Hadi asyik menucri pandang Syarifah Hishmah yang cantik bergaya dan baru saja menamatkan pengajian sarjananya.

"Kalau pandai masak dan ngemas aja tapi tak cantik dan tak educated takpe ke nenda" tanya Ungku Hadi sambil menduga hati nendanya.

Ungku Maimunah tersenyum bila mendengarkan soalan Ungku Hadi.

"Cantik akan luput.  Ilmu boleh dicari.  Tapi kemahiran dan kecekapan datang dari hati yang ikhlas.  Isteri yang taat pada agama akan membahagiakan kamu.  Carilah isteri yang ikhlas dan taat, insyaallah cucu nenda akan selamat dunia akhirat" nasihat Ungku Maimunah lagi.  Ungku Hadi cuma diam dan cuba memahami apa yang ingin disampaikan nendanya.

Nasihat nendanya membuatkan bibirkan membuahkan senyuman.  Ungku Hadi tahu apa yang patut dilakukannya.

------------------------------------

"Kak Min, Ungku ada call tak?" tanya Hana yang baru sampai di rumah.  Yasmin yang sedang berhidang hanya menghadiahkan pandangan pelik kepada Hana.  

"Betul ni takde?" soal Hana tidak puas hati.  Hana berdiri di sebelah Yasmin yang sedang menyediakan sirap bandung kegemarannya.  Tangan Yasmin ligat mengacau campuran ais, susu cair dan sirap yang sedang dituang ais kirim soda agar tidak berkeladak.  Selesai air ais kirim soda, Yasmin menambah sedikit esen vanila bagi mewangikan air sirap bandungnya.  Bau air sirap bandung menyebabkan Hana lupa pada soalannya.

"Ni Hana tanya akak pasal Ungku Hadi call, sebab apa pulak?" soal Yasmin sambil membawa jag air sirap bandung ke meja makan.  

"Takdelah kak, tadi Ungku Hadi kata dia nak minta tolong akak masakkan sebab ada orang nak datang berbuka kat rumah dia.  Betul ke dia tak telefon akak?" soal Hana meminta kepastian.  Yasmin hanya menayang muka pelik apabila mendengar penjelasan Hana.

"Ish, Hana... akak ni bukannya tukang masak.  lagi satu buatnya akak busy masa tu macam mana?  karang dia ingat akak membohong lak" jawab Yasmin.  Hana bukannya tak tahu yang Yasmin ada masanya kena outstation atau kerja hari cuti tapi dia begitu berharap agar Yasmin setuju dengan permintaan Ungku Hadi.

"Ala kak, kalau akak ada hal, Hana cover la" pujuk Hana.

"Ish, kamu ni.  Yang part time kat rumah dia Hana bukannya akak.  Apahal pulak akak yang kena masak.  Akak ni bukannya katerer.  Takat 10 orang makan boleh la akak masak kalau ramai-ramai tak larat la" jelas Yasmin.

"Tak ramai la kak, dalam 4-5 orang aja rasanya.  Boleh ya kak, nanti Hana confirmkan dengan Ungku" pujuk Hana sambil memeluk bahu Yasmin.  Yasmin menggeleng kepala melihatkan kerenah Hana.  Walaupun hatinya terdetik rasa musykil namun Yasmin mendiamkannya sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 02:29 PM | Show all posts
cepat la.....cepat la......dah nak separuh syawal dah nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 03:34 PM | Show all posts
Salam bila nak kahwinya..raya aji ke....he he
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 03:52 PM | Show all posts
Best2..

Cepatlah sambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 03:58 PM | Show all posts
Pagi Sabtu Yasmin bersiap-siap nak ke pasar Pekan Sungai Besi bersama Hana.  Yasmin bawa sekali reusable bag besar untuk memudahkan dia memikul barang-barang yang bakal dibelinya.  Dilihatnya Hana masih lagi berbaju kelawar sedangkan jam dah menunjukkan pukul 7.30 pagi.

"Ni apahal tak siap-siap lagi?  Kang tinggal yangtak fresh aja kat pasar tu.  Siap la cepat sikit" gesa Yasmin apabila Hana kelihatan meleceh-leceh aja.

"Kak, Hana tak ikut la.  Ungku dah sampai kat bawah.  Akak naik la kereta dia.  Ungku kata dia hantarkan akak ke pasar" jelas Hana sambil membaringkan dirinya di sofa depan tv.

"Ai, sejak bila lak bos Hana tu ambil berat dekat katerer.  Untung siapa jadi katerer dia, siap berhantar ke pasar.  Tak pernah dibuat dek orang.  Hana cakap aja la akak gi sendiri" arah Yasmin sambil duduk di depan tv.  Memandai mandai aja budak sorang ni rungut Yasmin dalam hati.  Yasmin tidak jadi turun bila dia tahu Ungku Hadi ada menunggu di bawah.  Hana serba salah sebab dia dah bersetuju dengan cadangan Ungku Hadi yang mahu menghantar Yasmin ke pasar.

Ungku Hadi seakan dapat mengagak yang Yasmin enggan menaiki kereta bersamanya lantas menghubungi Hana.  Tidak lama kemudian Ungku Hadi menaiki lif menuju ke rumah Yasmin.  Ditekannya loceng rumah Yasmin.  Hana bingkas bangun membuka pintu yang sekaligus menambah rasa hairan di hati Yasmin.  Bila dilihatnya Ungku Hadi terpacak depan pintu Yasmin tambah hairan.  Dalam pada itu sempat juga Yasmin terfikir... takkanlah diorang ni berpakat kot.  Ish, macamlah aku ni lawa sangat nak dipadukkan dengan pakcik sorang ni.  Nak tergelak pula Yasmin dengan apa yang difikirkannya itu.  dah la Yasmin oi, ni mesti ada tamu penting sebab tu la khidmat kau diperlukan.  Kalau tak jangan harap la pakcik ni pagi-pagi gini dah sampai.]

"Kak, Ungku dah sampai ni.  Kata nak cepat tadi" gesa Hana bila dilihatnya Yasmin seperti berfikir sambil matanya mengadap tv yang tidak bersiaran.  Yasmin malas nak berdrama di pagi hari lantas menyangkutkan kembali reusable bag yang berada di sebelahnya.  Tanpa sepatah kata Yasmin memakai sandal Clarks dan menuju ke lif.

Ungku Hadi turut diam semasa di dalam lif.  Ungku Hadi perasan yang Yasmin menyarung sandal Clarks semasa keluar dari rumah.  Kagum juga Ungku Hadi kepada Cik Timah cleaner yang bersandalkan Clarks.  Mungkin dia berjimat nak merasa sandal berjenama fikir Ungku Hadi.  Ada taste juga cik cleaner ni fikirnya sambil tersenyum.

Melihatkan bibir Ungku Hadi yang tersenyum membuatkan hati Yasmin sedikit kecewa.  Agaknya dia teringatkan tetamu istimewanya malam nanti.  Takpelah Yasmin, sekurang-kurangnya kau membantu orang mendirikan masjid pujuk hatinya.  Masjid kau pula siapa nak tolong bina ya, Yasmin menyoal dalam hati.  Yasmin menghela nafas sedalam-dalamnya bila soalan itu terdetik dalam hatinya.

Ungku Hadi perasan Yasmin seperti menanggung sesuatu melalui cara dia bernafas sebentar tadi.  Air muka Yasmin yang seperti tidak berbedak nampak sedikit keruh tapi sekejap sahaja.  Ungku Hadi seperti dapat menelah Yasmin sedang cuba mengawal perasaannya.

Tiba di pasar, Yasmin menuju ke arah gerai ayam.  Dipilihnya ayam yang paling besar dan dimintanya agar dipotong kepada 20 bahagian.  Selepas mengorder ayam, Yasmin menuju ke gerai sayuran kampung.  Ungku Hadi yang setia sebagai pengiring di belakangnya tidak diendahkan.  Yasmin sedar yang dia tidak patut terlalu ramah mesra dengan Ungku Hadi kerana dia cuma tukang masak.  Yasmin memilih 2 ikat sulur keladi yang mempunyai ubi untuk dimasak asam rebus nanti.  Selesai memilih, Yasmin minta makcik gerai untuk membungkus sekali 2 ikat daun kesum dan 2 keping tempe.

Selesai di gerai sayuran kampung, Yasmin membeli bahan-bahan untuk memasak sambal Jawa tanpa menghiraukan Ungku Hadi.  Ungku Hadi cuma memerhatikan Cik Timah perisiknya membayar barang-barang yang dipilihnya.  Banyak juga duit cik Timah perisik cum cleaner ni fikirnya.  Ungku Hadi nampak ada beberapa keping not RM50 dalam purse Cik timah perisik.  Pendapatan sebagai perisik agaknya kot fiir Ungku Hadi.  Kalau dia perisik memang patutpun dia berduit, mahal gaji perisik ni fikirnya lagi.

"Saya nak balik rumah dulu, nanti saya datang dengan Hana.  Ungku tolong bawa balik barang-barang yang dibeli tadi" usai memberitahu Ungku Hadi, Yasmin melangkah ke teksi yang berderet di depan kedai kasut Hypershoe.  Ungku Hadi tidak sempat menahan Yasmin hanya memerhatikan Yasmin yang sudahpun di dalam teksi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 04:07 PM | Show all posts
tak lama lagi kahwin la agaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 04:19 PM | Show all posts
Reply 52# sang_arjuna


ni tgh merempit nak kahwinkan diorang.  harap-harap dalam bulan syawal gak kalau tak kena tukar tajuk lepas raya kita kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 04:27 PM | Show all posts
ahahahaaa... napa aku rasa gelihati sangat kat ungku hadi n yasmin nih... dah ternampak2 dorang duk bersanding di pelamin sambil jeling menjeling...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 04:28 PM | Show all posts
besttt arrr nak lagi ler... serasa tak cukup jek...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 04:43 PM | Show all posts
sambung lagiiii....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 04:45 PM | Show all posts
ala nak lagi.. sambung la.. baca cerita ni hilang stress buat keje yg menimbun ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 05:53 PM | Show all posts
Yasmin menunggu feeder bus untuk ke rumah Ungku Hadi di bawanya sekali baju spare dan telekung sebab dia pasti yang khidmatnya diperlukan untuk membasuh pinggan mangkuk dan mengemas rumah selepas tetamu Ungku Hadi pulang.  Hana pula hanya dapat datang lepas asar nanti.  Dalam hatinya geram juga dengan Hana memandangkan pagi semalam Hana juga yang beria-ia menyakinkan dirinya akan membantu Yasmin di rumah Ungku Hadi.  Sampai di bus stop, Yasmin melintas untuk masuk ke kawasan rumah Ungku Hadi.

Yasmin membunyikan loceng rumah Ungku Hadi sambil tangannya menukar mode telefon kepada vibrate.  

Ungku Hadi baru lepas mandi apabila loceng rumahnya berbunyi.  Dia pasti Cik Timah Perisik dah sampai, di sarungnya singlet pagoda dan tracksuit 3 suku sebelum ke depan membuka pintu.  

Yasmin memberi salam sebaik pintu dibuka.  Suara Ungku Hadi begitu gembira menjawab salamnya.  Agaknya dia happy sangat tukang masak dia sampai agaknya fikir Yasmin dalam hati.  Yasmin menuju ke bilik belakang untuk bertukar pakaian kerja meninggalkan Ungku Hadi yang masih tersenyum memandangnya.  Kehadiran Yasmin amat melegakan Ungku Hadi kerana dia sebenarnya agak risau Yasmin menukar fikiran untuk tidak datang ke rumahnya.

Yasmin memulakan kerjanya dengan membersihkan ayam yang diletakkan atas sinki.  Ayam yang telah dibersihkan dilumurkan garam kunyit sedikit sebelum petang nanti digoreng berlada.  Seingat Yasmin, menu berbuka nanti sulur keladi asam masak asam rebus, ayam goreng berlada, sambal Jawa, telur dadar dan lengkong.  Suka sangat pakcik sorang ni makan lengkong patutnya dia belajar masak lengkong boleh la siang malam makan lengkong.  Yasmin terkenang pada resepi lengkong yang diperolehnya daripada arwah Mak Ngah.  

"Nanti Min rendam lengkong tu sampai kembang.  Lepas tu toskan.  Min masukkan dalam mangkuk.  Banyak mana lengkongnya banyak tu la gulanya.  Kalau taknak manis sangat sukat dalam 3/4 mangkuk tu.  Airnya pulak dalam 2-3 mangkuk.  Letak daun pandan" terang arwah Mak Ngah panjang lebar.  Seingat Yasmin, air tangan arwah Mak Ngah memang tiada tandingan.  Seri mukanya, kuih kocinya, kuih genggang, semuanya sedap-sedap belaka.

Ungku Hadi berdiri di sebelah Yasmin, niatnya untuk membantu memandangkan banyak juga yang diordernya untuk berbuka nanti.  Diperhatikan wajah Yasmin yang seperti teringatkan sesuatu yang menggembirakan dalam diam.  Air muka Yasmin yang relaks mendamaikan hatinya.

"Eh, Ungku!"jeritan kecil Yasmin menyedarkan Ungku Hadi yang terleka memandangnya.  Yasmin mempamerkan muka cuak bila dirasakan Ungku Hadi terlalu hampir di sebelahnya.

"Er, saya nak tolong Cik Timah sebenarnya.  Tapi rupa Cik Timah lebih kurang macam jiran saya di kampung" buat dosa kering lagi aku ni.  dengan Cik Timah perisik ni abis la pahala puasa aku... asik kurus aja.

"Takpela Ungku, saya boleh buat.  Ungku pergilah buat kerja Ungku" halau Yasmin secara halus.

"Takpe, saya tolong.  Saya dah banyak menyusahkan Cik Timah" bersungguh-sungguh Ungku Hadi mengoffer dirinya.  Yasmin hairan juga memikirkan sikap caring tak bertempat bos si Hana.  Tetiba terfikir Cik Timah untuk memberikan kerja kepada Ungku Hadi.  

"Okay, Ungku duduk sini.  Tolong kopekkan ikan bilis"  Yasmin meletakkan setengah kilo ikan bilis di atas kertas surat khabar yang dibentangnya atas lantai.  Diletakkannya mangkuk untuk mengisi ikan bilis yang telah siap dibelah nanti.  Selepas itu, Yasmin mula menyiang sulur keladi.  Dari ekor matanya Yasmin nampak Ungku Hadi terkial-kial memegang ikan bilis sederhana besar.  Sekejap dipegang kepala ikan bilis, sekejap dipegang perutnya dan lepas ekornya pula.  Yasmin rasa nak tergelak pun ada tapi ditahannya saja dan diteruskan kerjanya menyiang sulur keladi.

"Er, hmm... Cik Timah" panggil Ungku Hadi.  Yasmin yang sedang menjerang periuk untuk merebus sulur keladi menoleh ke arahnya.  

"Saya sebenarnya tak tahu nak kopek ikan bilis" perlahan aja suara Ungku Hadi memberitahu Yasmin.  

Agak dah, tak mana dia retinya buat kerja macamni.  Yasmin meninggalkan periuk yang baru dijerangnya.  Sampai di depan Ungku Hadi, diambilnya seekor ikan bilis dan diangkatkan tinggi sedikit.  

"Mula-mula picit perutnya, lepas tu kopekkan macam ni, korek buang tulangnya.  Boleh?" tanya Yasmin sambil memandang Ungku Hadi yang nampak beria-ia nak belajar mengopek ikan bilis.  

"Adoi!" terjerit Ungku Hadi bila tulang ikan bilis yang dikopeknya terbenam dalam hujung jari telunjuknya.  Trekial-kial Ungku Hadi cuba mengeluarkan tulang yang menyakitkan jarinya.  Yasmin menggelengkan kepala melihatkan apa yang berlaku.  Tulang ikan bilis yang halus menyukarkan Ungku Hadi untuk mencabutnya, lantas ditanggalkan cermin mata bagi membolehkan matanya memfokus kepada tulang yang melekat.  Yasmin rasa tak sampai hati pula, kalau dibiarkan ada yang jadi cagu pula fikirnya.

"Ungku, biar saya tolong" Yasmin menawarkan diri.  Ungku Hadi rasa tak percaya pula dengan tawaran Yasmin.  Disangkanya Yasmin akan buat tak peduli.  Yasmin melapikkan tangan kirinya dengan tuala kecil dan perlahan-lahan dipegangnya tangan Ungku Hadi dengan tangan yang berlapik.  Ditinggikan dan didekatkan sedikit tangan Ungku Hadi dengan matanya mencari-cari kedudukan tulang ikan bilis.  Hembusan nafas Yasmin hangat menampar tangan Ungku Hadi dan satu perasaan aneh dirasakan.  Tanpa menyentuh kulit Ungku Hadi, mudah sahaja Yasmin menanggalkan tulang ikan yang terlekat tadi.

"Dah tanggal Ungku. Ungku pergilah berehat" pinta Yasmin sambil mengangkit sulur keladi yang telah empuk.

Dengan segera Ungku Hadi bangun meninggalkan dapur risau Cik Timah perasan akan dirinya yang mula rasa lain.  Kalau tak disuruh pun dia sendir memang rasa dia tak boleh dekat dengan Cik Perisik.  Bukan sahaja hembusan nafas Cik Perisik yang menghangatkan jiwanya tetapi bau semulajadi tanpa perfume Cik Perisik membuatkan dirinya tak keruan.  Adoi, kurus lagi pahala puasa dirinya fikir Ungku Hadi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 06:01 PM | Show all posts
lama2 -ve la pahala puasa ungku, asyik tergoda ngan cik timah je
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 07:47 PM | Show all posts
alahai ungku dan cik timah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.088143 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list