CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: produkherba

Raya nanti kita kahwin -[U]

  [Copy link]
 Author| Post time 8-9-2011 02:06 PM | Show all posts
Selesai memasak, Yasmin pantas mengemas apa yang patut agar kelihatan kemas.  Yalah kan, manalah tahu tetamu Ungku menjengah ke dapur panjang pula ceritanya nanti.  Yasmin teringatkan Hana yang berjanji akan datang menolongnya di rumah Ungku Hadi, jam di tangan dikerlingnya.  Dah pukul 6 lebih budak bertuah ni masih tak sampai-sampi lagi.  Nasib baik la aku mula awal kalau tak berbuka dengan air teh o aja la tetamu pakcik sorang ni.  Yasmin mula rasa ada yang tidak kena dengan kehadirannya di rumah Ungku Hadi sebagai tukang masak.  Memikirkan masa berbuka yang tinggal tidak sampai sejam Yasmin melangkah ke bilik belakang untuk membersihkan diri sebelum tetamu Ungku Hadi sampai.

Di dalam bilik, Ungku Hadi menyiapkan dirinya dengan berbaju Melayu siap bersampin dagang dalam.  Nendanya cukup tidak berkenan jika Ungku Hadi bercekak musang dengan sampin dagang luar.  Orang Johor la katakan, pakaian pun mesti mencerminkan asalnya.  Sambil bersiap, Ungku Hadi terfikir alangkah baiknya kalau dia menetapkan tema warna untuk Yasmin juga.  Barulah sedondon bisik hati kecilnya.

Selesai mandi Yasmin mengeluarkan baju yang dibawanya.  Buntang matanya apabila melihatkan baju kurung yang dibawa tertinggal kainnya.  Ish, takkanlah nak pakai dengan kain batik pulak, alahai letih macam ni.  Yasmin termenung seketika bila melihatkan kain batik ditangannya agak lusuh.  Mengingatkan dirinya cuma tukang masak dan juga cleaner di rumah Ungku Hadi, Yasmin sarungkan juga kain batik yang ada untuk dipadankan dengan baju kurung yang dibawanya.  Melihatkan dirinya yang siap berpakaian menimbulkan rasa lucu pula.  Enggan melayan rasa hati Yasmin keluar untuk berhidang.

Bunyi loceng yang bertalu-talu menghentikan kerja Yasmin di dapur.  Memikirkan Ungku Hadi mungkin masih dalam bilik air, Yasmin ke depan membuka pintu.  Sebaik pintu dibuka kelihatan seorang wanita dalam lingkungan umur 70an berdiri di depan pintu.  Di belakang wanita tersebut ada sepasang suami isteri agaknya dalam lingkungan umur 50an.  Mengagak tetamu di depannya adalah jemputan Ungku Hadi, Yasmin membuka gril mempersilakan mereka masuk.  Yasmin menundukkan kepala tanda hormat dan menghulurkan tangan untuk bersalam.  Sebaik mereka masuk, Yasmin mengunci pintu dan mempersilakan mereka duduk sebelum ke dapur semula.  Tanpa disedari Yasmin, Ungku Hadi memerhati dari lorong bilik tidurnya.

Aiseh, apasal la dia pakai macam tu.  Tak semenggah aja rupanya, ada ke baju hijau dengan kain batik biru.  Tudung dah la kaler hitam.  Ungku Hadi tak sudah-sudah merungut dalam hati.  Fail la gamaknya kejap lagi.

"Hadi, apasal berdiri kat situ?  Belum apa2 dah lupakan tetamu ke?" panggilan Ungku Maimunah menghentikan apa yang difikirkan Ungku Hadi.

"Jap nenda" tergesa-gesa Ungku Hadi ke dapur.

"Cik Timah" suara Ungku Hadi yang bunyi seperti orang menahan geram menghentikan Yasmin yang sedang mengeluarkan pinggan makan dari kabinet. Yasmin hanya diam memandang Ungku Hadi menunggu apa yang bakal diluahkan oleh Ungku Hadi.

"Tak boleh ke awak pakai semenggah sikit? Ni baju kaler lain, kain kaler lain, tudung pun kaler lain.  Apa cite?" marah betul suara Ungku Hadi pada Yasmin.  Yasmin terpinga-pinga apabila mendapati Ungku Hadi memarahinya.

"Tukar baju boleh tak?  Malu saya dengan awak ni" statement Ungku Hadi menyebabkan Yasmin blur sekejap.  Sempat juag Yasmin lihat telinga Ungku Hadi kemerah-merahan macam minggu lepas.

"Ungku, saya ni takde uniform.  Saya cuma tukang masak dan part time cleaner menggantikan Hana.  Kalau nak yang beruniform, Ungku cari la kat mana cleaning agency" serentak dengan itu juga Yasmin bangun meninggalkan Ungku Hadi untuk menyusun pinggan atas meja.  Statement Yasmin menyebabkan Ungku Hadi terdiam.  Bila difikirkan, salahnya juga kerana rancangan yang diatur tidak cukup rapi.  Sudahnya Ungku Hadi pergi menyertai tetamu jemputannya.

"Cucu nenda ni kenapa?  Ingatkan nak tengok wajah yang berseri-seri tapi ni berkerut-kerut aja kenapa?" soal Ungku Maimunah walaupun sebenarnya dia dah terdengar apa yang berlaku di dapur tadi.

"Kalau kita sukakan orang, terima dia seadanya.  Kalau diubah lain jadinya nanti" bisik Ungku Maimunah lembut enggan didengari Pak Aman dan Mak Simah yang ikut menemaninya.  Teguran Ungku Maimunah menyedarkan Ungku Hadi atas kesilapannya sebentar tadi.

Tiba waktu berbuka, Ungku Hadi mempelawa Ungku dan pemandu serta orang gaji nendanya berbuka sama.  Bagaimanapun, Ungku Hadi tidak tahu cara nak mempelawa Cik Perisik duduk sama berbuka setelah apa yang berlaku tadi.  Cik Perisik dilihat masih menjalankan tugasnya seperti biasa bagi memastikan tetamu dilayan sempurna.

Ungku Maimunah yang menyedari keadaan Ungku Hadi mempelawa Yasmin duduk berbuka sekali tetapi ditolak dengan sopan kerana Yasmin sedar dirinya cuma tukang masak di situ. Selepas minum secawan teh o panas dan menjamah kurma, Yasmin ke bilik untuk solat maghrib.  Senangnak berkemas nanti, fikirnya.

"Hmm... sedap-sedap makanan yang terhidang, pandai Ungku cari tukang masak" seloroh Pak Aman.  

"Nenda beri markah penuh" sambung Ungku Maimunah.  Mak Simah cuma mengangguk tanda setuju.

Komen nenda mengembalikan semangat Ungku Hadi yang mula suram.  Itu tandatanya Nenda setuju dengan pilihan hati Ungku Hadi.  Ish, macam mana la nak pujuk Cik Perisik ni.  Mesti dia kecik hati tadi.  Ungku Hadi mula mengatur strategi nak memujuk Cik Perisik.  

Ketika tetamu Ungku Hadi bersolat, Yasmin sibuk mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk.  Yasmin cuma mahu cepat selesaikan kerjanya agar dia dapat balik ke rumahnya.  Seronok dapat berbuka dengan keluarga fikir Yasmin.  Yasmin telah lama tidak merasai keseronokan berbuka bersama keluarga sejak ibu bapanya meninggal dunia di Mekah ketika dia berumur 20 tahun.

"Cik Timah dah makan?" soal Ungku Hadi lembut.  Bukan main laju dia bersolat sebab nak memujuk Cik Perisik.  Sudah la pahala puasa kurus, sekarang pahala solat pun kurus sama.  Takpe fikirnya, nanti bila dah bina masjid, pahala jamaah dengan Cik Perisik lagi besar.  Angan Ungku Hadi membuahkan senyum dibibirnya.  Kebetulan pula Yasmin yang sedang menoleh berasa hairan kerana Ungku Hadi tersenyum sorang-sorang.  Letih aku tengok pakcik sorang ni... tadi bukan main marah lagi, ni tetiba aja buat suara lemah lembut lepas tu senyum sorang-sorang.  Apa la masalah pakcik sorang ni agaknya.  Tanpa mengendahkan UNgku Hadi, Yasmin meneruskan kerjanya mengelap pinggan-pinggan yang telah dibasuh.  Berdiri di sebelah Cik Perisik  membuatkan Ungku Hadi terbau wangian syampu Rejoice di kepala yang berbungkus tudung kaler hitam.  Ditariknya nafas sedalam mungkin bagi menghidu bauan yang amat wangi di deria baunya buat peneman di malam hari.  Yasmin yang perasan kedudukan Ungku Hadi yang terlalu hampir pantas ke sinki mengambil periuk untuk dilap.

-------------saolat jap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 02:39 PM | Show all posts
uuuiiiitttt...ungku hadi sudah gila bayang!!! very da ekspress la... ngayat ungku hadi jangan tak ngayat si timah perisik tuh... mau cik timah jatuh pingsan sat gi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 02:39 PM | Show all posts
nak lagi pleaseeee... dah jatuh centa ngan cik timah sama ungku hadi punya cite...heheheeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 03:07 PM | Show all posts
Reply 63# asyriqa


    herb sebenarnya nak buat cerpen, ni dah jadi cerpan & silap2 jd novel lak.  hari rasa mcm tak best aja cite ni... nak dipendekkan makin panjang jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 03:05 PM | Show all posts
wahhh..best..bestt...sambung lagii...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 03:44 PM | Show all posts
"Timah duduk di mana?  Jauh ke dari rumah Hadi?" soal Ungku Maimunah yang tiba-tiba ja muncul.  Ungku Hadi garu kepala melihatkan Nenda datang ke dapur.  Alahai Nenda ni, orang baru aja nak pujuk Cik Perisik ni, terbantut jadinya.  Ungku Maimunah tahu kalau tidak ditolongnya cucu yang seorang ni sampai bila-bila pun Ungku Hadi membujang.  

"Tidak jauh puan" jawab Yasmin sambil tangannya menyusun pinggan mangkuk yang siap dilapnya.

"Hah, Hadi nanti tolong hantarkan Timah balik" Ungku Maimunah mengarah cucunya yang masih tak kahwin-kahwin walaupun umur dah mencecah 35 tahun.  Arahan Nenda disambutnya dengan senang hati.  Bijak betul nenda ni, senang sikit nak pujuk nanti.

"Takpelah puan, saya boleh balik sendiri" jawab Yasmin sopan.

"Eh, takde takpe-takpenya.  Tunggu kami balik tarawikh, lepas tu Hadi hantarkan Timah pulang.  lagi satu, tak payah berpuan-puan, panggil aja Nenda kan senang" tegas Ungku Maimunah lalu berlalu dari dapur untuk bersiap ke masjid.  Punah harapan Yasmin untuk cepat berehat di rumahnya.

"Hmm... Timahh.  Saya minta maaf pasal petang tadi.  Saya, saya..." tergagap-gagap Ungku Hadi nak menerangkan punca dia geram sangat petang tadi.  Yasmin cuma memandangnya dengan pandangan pelik.  Sejak bila la pakcik ni jadi gagap pulak fikirnya.  

Ungku hadi pula sedang bergelut dengan perasaannya apabila melihatkan reaksi Timah yang seperti tiada perasaan kepadanya.  Sedangkan dia beria-ia nak menyampaikan hasarat hati.  Akhirnya...

"Sayang tolong masakkan bubur kacang, balik nanti abang hantar" Ungku Hadi dengan pantas meninggalkan dapur sebaik menyampaikan hasrat hatinya.  

Di pihak Yasmin pula....

Laa, nak minta tolong masakkan bubur kacang pun sampaikan gagap.  Siap bersayang, berabang lak pakcik sorang ni.  Nasib baik la aku ni bukan cepat perasan kalau tak maunya dah jadi pengsan tadi.  Mengingatkan stok kacang hijau yang agak banyak dalam fridge, Yasmin lantas mengeluarkan stok tersebut.  Yasmin mengagak Ungku Hadi peminat bubur kacang hijau sebab itu dalam fridgenya ada stok kacang hijau.

Selesai tarawikh, Ungku Hadi rasa berdebar bukan kepalang apabila memikirkan masa makin hampir untuk berjumpa kembali dengan Cik Timah Perisik.  Apa agaknya rekasi Cik Perisik bila melihatkan dia pulang... merah ke pipinya atau mengelak dari bertentang mata dengannya.  Ungku Hadi menarik nafas dalam-dalam.  Gelagat serba tak kena Ugku Hadi cuma diperhatikan Ungku Maimunah dengan senyuman yanbg tidak putus-putus.  Sebenarnya Ungku Maimunah sengaja berdiri di sebalik dinding dapur selepas meninggalkan dapur.

Sampai di rumah, Ungku Hadi teragak-agak untuk ke dapur sebab segankan Nenda yang berada di sebelahnya.  Nenda yang faham gelodak hati Ungku Hadi, menolak lembut badan Ungku Hadi tanda menggalakkan Ungku Hadi ke dapur berjumpa Cik Perisik.  Bagaimanapun Ungku Hadi tidak berjumpa dengan Cik Perisik.  Yang ada cuma nota Cik Perisik tertampal di fridge menyatakan bubur kacang dah terhidang di meja makan dan Ungku Hadi diminta membasuh sendiri pinggan mangkuk yang digunakan.  Alangkah kecewanya hati Ungku Hati kerana tidak dapat memandang wajah pujaan hati sebelum tidur.  Dia malu agaknya fikir Ungku Hadi, memikirkan yang Cik Timah yang malu membuatnya harapanya menggebu kembali.

Sampai di rumah, Yasmin tidak nampak kelibat Hana.  Letih yang amat rasanya menjadi tukang masak tak bertauliah buat Ungku Hadi.  Lepas ni kalau si Hana minta tolong lagi aku tak sanggup dah.  Menangis air mata darhpun takdenya aku layan.  Kepenatan membuatkan Yasmin segera mandi dan bersolat sebelum tidur.  Panggilan Ungku Hadi lewat jam 12 tidak disedarinya kerana tidur yang nyenyak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2011 03:48 PM | Show all posts
"Sayang tolong masakkan bubur kacang, balik nanti abang hantar" Ungku Hadi dengan pantas meninggalkan dapur sebaik menyampaikan hasrat hatinya.  

ahahahahaa... gelak guling2 akak ngan ungku hadi nih... kelakar n lurus bendul betul lar
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 03:50 PM | Show all posts
Reply 65# produkherba

best apa cite nih... tak dak halnye lagi panjang lagi bagus...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 03:50 PM | Show all posts
lawakk laa..cik timah dan ungku ni.duk tergelak sorang-sorang depan PC
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 03:54 PM | Show all posts
Reply 67# asyriqa

tapi kak, yasmin tak faham lagi.  dia anggap ungku hadi cakap camtu sebab nak minta tolong masakkanbubur kacang aja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 04:06 PM | Show all posts
ungku tersasul la pulak..hehehehe..kelakar pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 04:14 PM | Show all posts
ungku tersasul la pulak..hehehehe..kelakar pulak...
ovina Post at 8-9-2011 16:06



takde tersasulnya, memang tu yang nak dicakapnya.  tapi dah tu malu lak.  tu yang yasmin takleh tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 04:19 PM | Show all posts
kasi sambung lg tuan tanah..kita kasi kawinkan cepat2 ungku ngan timah nie...ehehhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 04:32 PM | Show all posts
Pagi itu Yasmin yang merupakan Pengarah Sumber Manusia sibuk menantangani beberapa dokumen bagi tujuan pengesahan perkhidmatan pegawai.  Dia perlu menyiapkan beberapa tugas berstatus segera sebelum mengetuai sesi temuduga kerani sambilan.  Sesekali matanya melirik ke arah jam bagi memastikan temuduga dapat bermula tepat jam 9.

Yasmin melangkah keuar dari biliknya menuju ke bilik temuduga.  Seperti biasa mata Yasmin hanya fokus ke temapt yang menjadi arah tujunya sahaja dan tidak perasan yang lain.

Ungku Hadi ternampak kelibat seorang wanita seperti Cik Timah Perisik.  Dilajukan langkahnya bagi memastikan apa yang dilihatnya itu adalah kelibat orang yang dirinduinya.  Tepat seperti yang diagak wanita yang berpakaian kurung Riau kain polos berwarna kelabu dan tudung bercorak abstrak itu Cik Perisik idaman hati.  Tampak berbeza penampilan Cik Perisik berbadning semasa bekerja di rumahnya.  Berkasut sarung hitam bertumit dan langkah penuh yakin membuatkan hati Ungku Hadi makin terpaut.  Fahamlah Ungku mengapa Cik Perisiknya selalu nampak serius dan asyik berfikir, rupa-rupanay Cik Perisik ni bos besar di pejabat.  Banyak benda yang perlu difikir dan dirancang.  Ungku Hadi tahu apa yang perlu dibuatnya sebentar lagi.

Sesi temuduga yang dikendalikan Yasmin berjalan lancar dan beberapa orang calon disenaraipendek bagi tujuan lantikan.  Sebaik melangkah keluar dari bilik temuduga Yasmin terpandangkan Ungku Hadi yang sedang melemparkan seyuman ke arahnya.  Apa pula dibuat dek pakcik ni kat opis aku.  Rasanya takde lak dengar admin nak buat renovation.  Ish, kang dia terpanggilkan aku Timah tak ke haru puas la budak2 opis ni gelak kat belakang.  

"Assalamualaikum Cik Yasmin.  Boleh kita jumpa sekejap" tegur Ungku Hadi dengan yakin sebaik melihat nametag Cik Perisik.  Dalam hati Yasmin berasa lega kerana Ungku Hadi tidak memanggilnya Timah si cleaner.  Dengan isyarat mata, Yasmin meminta Ungku Hadi mengikutinya ke bilik perbincangan yang terletak 2 meter dari tempat mereka berdiri.

"Ya Ungku, apa yang boleh saya bantu?" soal Yasmin walaupun diharapkan jangalah Ungku minta dia jadi tukang masak lagi.

"Abang nak ajak sayang buka di luar malam ni" bersungguh bunyinya Ungku Hadi mempelawa Cik Perisik idaman hati.  Kalau perempuan lain berdegup kencang jantungnya, Yasmin pula berdenyut-denyut kepala.  Lantas dipicitnya kepala yang mula nak berdenyut.

"Sayang?  kenapa ni?" Ungku Hadi risau pula melihatkan Yasmin yang memicit kepala.

"Ungku, kalaupun nak minta saya jadi tukang masak takyah la berabang bersayang bagai.  ada gak yang kena cepuk kejap lagi" suara geram Yasmin jelas di gegendang telinga Yasmin.  Melihatkan rekasi Yasmin, Ungku Hadi sedar dia tida boleh bertangguh sehingga malam nanti.

"Sayang, abang nak sayang jadi tukang masak untuk abang sampai bila-bila.  Bukan sekadar itu, abang nak sayang sentiasa di sisi abang sampai bila2" lega rasa hati Ungku Hadi sebaik meluahkan perasaannya kepada Yasmin.  Yasmin cuma diam tak berkutik.

"Abang balik dulu, nanti abang ambil sayang di rumah" Ungku meninggalkan Yasmin yang masih diam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 04:37 PM | Show all posts
Masjid Al-Muqarrabin - Bos kat rmh suka solat kat sini.....
Pasar sungai besi...hu hu hu hari ahad sesak x ada parking....
skrg org suka gi pasar segar dan supermarket hero yg baru dibuka tu........
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 04:49 PM | Show all posts
very stret 2 da poin la ungku hadi... terkujat cik timah perisik... suka la pakwe mcm gini... kelakar plus romantik lorrr....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 04:50 PM | Show all posts
tak sabo nak nunggu dorang dating.... sambung ler lagik... alang2 herb tengah rajin nih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 04:52 PM | Show all posts
perghhh direct terus.terror laa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 05:08 PM | Show all posts
Cik Herbs.. sambung la lagi....nak tengok cik perisik gabra ke tak gabra
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 05:16 PM | Show all posts
best...best...best....{:1_147:}{:1_147:}{:1_147:}{:1_147:}

kelakar betul ungku hadi nih.....wat aku tersengih sorang-sorang depan pc .....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.304027 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list