CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2497|Reply: 6

Siapa Peduli: Usaha Artis Popular Bantu Rakyat Palestin

[Copy link]
Post time 22-8-2011 03:11 PM | Show all posts |Read mode


Teks: Syafiqah Jalil

KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2011: Ramai artis dan penyanyi popular bergabung dalam menjayakan album mengenangkan kesusahan rakyat Palestin berjudul Siapa Peduli anjuran Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Antara penyanyi yang bersama-sama menjayakan album amal tersebut tanpa mengharapkan apa-apa bayaran adalah seperti Mawi, Jay Jay, Azhan Atan, Liza Hanim, Hafiz, Alyah, Mila, Syafinaz dan Kumpulan Putra.

Setiausaha Agong MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pelancaran album ini adalah suatu usaha mengumpul dana untuk tabung Gaza- MAPIM bagi menjayakan beberapa projek membantu pemulihan Gaza khasnya pembinaan Hospital Kanak-kanak.

"Album ini adalah sebagai satu usaha untuk mendidik dan mengembangkan kesedaran secara meluas kepada masyarakat di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya mengenai perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa.

"Seluruh hasil penjualan album ini, kami akan salurkan untuk projek utama iaitu pembinaan sebuah Hospital Kanak-kanak di Gaza," katanya pada sidang media pelancaran Album Siapa Peduli, di De Palma Hotel baru-baru ini.

Selain penyanyi-pepnyanyi popular yang menjayakan album 10 trak ini, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said juga turut menyumbangkan sebuah puisi yang dideklemasikan sendiri khusus mengenai Palstin dalam pelbagai sejarah perjuangan Palstin.

"Kami berterima kasih kepada artis-artis yang sudi merakamkan lagu dalam album ini dan menghargai semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

"Kami mendoakan agar seluruh sumbangan tersebut akan menjadikan amalan soleh yang akan diperhitungkan dan diberi ganjaran dari Allah S.W.T terutama di bulan Ramadan yang penuh barakah dan rahmat ini," jelasnya lagi.

Kesemua lagu dan lirik digubah khas menyentuh peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Palestin seperti Nakbah, Deir Yasin, Sabra Shatila, Al Aqsa dan serangan ke atas Gaza. Album Siapa Peduli akan berada di pasaran mulai minggu ini dengan harga RM 25.90.




Credits to murai.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2011 03:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by Ulquiorra at 22-8-2011 15:21
Siapa Peduli

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
[email protected]

KESENGSARAAN rakyat Palestin terus mendapat perhatian dunia. Bantuan demi bantuan dihulur tetapi kemelut yang melanda tidak pernah berpenghujung. Kekejaman terus beraja hingga ramai mangsa terkorban.

Paling menyedihkan, nyawa warga emas, wanita dan kanak-kanak umpama di hujung senapang. Tiada siapa mampu menduga selama mana mereka mampu menyedut udara dunia.

Peka dengan kesengsaraan golongan tidak berdaya ini, lapan penggiat seni menyahut lamaran merakam suara untuk album Siapa Peduli? yang tidak berteraskan keuntungan, sebaliknya hasil jualan disumbang ke tabung Pembinaan Hospital Kanak-kanak di Gaza.  

Album amal ini adalah projek khas Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Sheikh Qalam Records, One Scream Studio.

Artis yang terbabit dalam merealisasikan hasrat murni ini adalah Mawi, Syafinaz Selamat, Liza Hanim, Jay Jay, Hafiz, Mila, Alyah dan Azhan Atan.

Pengarah Urusan Sheikh Qalam Records, Othman Mahmood, berkata idea penghasilan album ini dicetuskan oleh MAPIM yang sebelum ini bergiat aktif menghulurkan bantuan di bumi Palestin. Semua pihak yang menjayakan pembikinan album ini bekerja keras dan memberi komitmen terbaik bagi memastikan objektif program ini dicapai.  

“Album ini sangat istimewa kerana dibuka dengan alunan sajak sasterawan negara, Datuk A Samad Said berjudul Anak-anak Palestina diikuti sembilan lagu iaitu Siapa Peduli, Mimpi Gaza, Deir Yassin Bercerita Pedih, Illusi dan Fantasi, Di Malam itu... Sabra Shatila, Apa lagi Yang Tinggal, Masjid Al-Aqsa, Nakbah Tidak Akan Berulang Lagi dan Who Does Really Care?.

“Ia bukan saja dijayakan penyanyi terkenal tetapi turut membabitkan ramai komposer dan pemuzik hebat termasuk Kusham, Along Exist dan Itolara.  

“Secara peribadi, saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan barisan artis. Mereka mahu sumbangkan suara tanpa bertanya soal bayaran.

“Album yang mengambil masa tiga bulan untuk proses pembikinan ini siap sepenuhnya minggu lalu dan berada di pasaran seluruh negara minggu depan.

“Universal Music bertanggungjawab sebagai pengedar dan album ini boleh didapati di semua gedung muzik seluruh negara selain boleh dibeli daripada laman web MAPIM.

“Jika tiada aral, selepas sambutan Aidilfitri, kami akan menganjurkan konsert bagi tujuan mengutip derma tetapi tarikhnya masih dalam perbincangan.

“Kami akan menggunakan segala medium komunikasi bagi menghebahkan program amal ini dan diharap rakyat Malaysia bermurah hati menderma dengan membeli album ini.

“Sudah lama penduduk Palestin tertindas, paling kasihan kanak-kanak. Ramai yang sakit, cedera dan memerlukan rawatan. Bantulah mereka dengan menyumbang bantuan menubuhkan hospital yang lengkap dengan kemudahan perubatan,” katanya.

Tambahnya, ketika dihubungi baru-baru ini, MAPIM akan ke Gaza selama 10 hari dalam waktu terdekat untuk melawat hospital sedia ada dan melihat tapak sesuai untuk pembinaan hospital baru.




Credits to murai.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2011 03:49 PM | Show all posts


MAPIM telah menerbitkan sebuah album berjudul 'Siapa Peduli?' yang dilancarkan pada 6 Ogos 2011. Penciptaan lagu istimewa ini dikenali album Siapa Peduli? diusahakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Zaira Aziz dan KuSham (penerbit eksekutif album) One Scream Studio, Sheikh Qalam Records Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia selaku pengedar. Penghasilan album itu juga adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembinaan hospital kanak-kanak di Gaza. Album "Siapa Peduli boleh didapati di pasaran dengan harga RM25.90.

Album yang mengandungi 10 buah lagu ini menampilkan barisan artis ternama negara seperti Mawi, Alyah, Jay Jay, Mila, Syafinaz, Liza Hanim, Hafiz AF7, Azhan dan Kumpulan Putera. Turut dimuatkan, deklamasi sajak berjudul 'Anak-Anak Palestina' oleh Sasterwan Negara, Datuk A. Samad Said.

Antara lagu yang dimuat dalam album adalah Siapa Peduli? (ramai), Mimpi Gaza (Mawi), Deir Yassin Bercerita Pedih (Alyah), Illusi dan Fantasi (Hafiz), Di Malam Itu...Sabra Shatila (Jay Jay), Apa Lagi Yang Tinggal (Mila & Putera), Masjid Al Aqsa (Liza Hanim) dan Nakbah Tidak Akan Berulang Lagi (Azhan).
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 06:25 AM | Show all posts
x sabar nak dgr lagu hafiz..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 09:06 AM | Show all posts
x jumpa lagi CD nih.....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 11:15 AM | Show all posts
x sabar nak dgr lagu hafiz..
September14 Post at 23-8-2011 06:25



kan..x sabar nk dgr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2011 11:17 AM | Show all posts
x jumpa lagi CD nih.....huhu
Along_XX Post at 23-8-2011 09:06



nk beli gak..tp x jmp lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.122089 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list