CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: girlwearsgucci

hujan petang

[Copy link]
 Author| Post time 29-9-2011 02:39 AM | Show all posts
Kepada pembaca yang dikasihi sekalian,

Regarding post #17, erm hopefully korang boleh search kat you tube or 4 shared lagu Yuna-Rocket bagi mereka yang tak tahu macam mana lagu tu. Kat sini saya dah attach dia punya lyrics lagu ni. Harap sangat korang search and dengar lagu ni so that we share the same feeling. Nak letak kat sini but wifi slow. -.-" Harap korang suka. Thanks.

You’re like a rocket in my mind
That’s waiting to define everything about me no one knew
And you stick like a poster on my wall
As if you dont wanna move

I got no money in my pocket
Nobody to rock with but you
But you know me I don’t seem to roll
Somehow we managed to get through

People come and people go
And people gonna come some more
They pick a fight
But it’s alright
At least I get to see you tonight
Tonight

I can’t believe we almost got famous for nothing baby
You came the last minute of panic to save me
I can’t believe we almost got paid for nothing baby
Cause even if they go away
I got the feeling that you’re gonna stay

It’s like I’m picking up a miracle off the sidewalk
Like kitten in the box
Don’t contemplate yourself, you say
Cause you’re all you’ve got
I’m a sad and pathetic
At the same time unlike you

Baby you’ve got no move
And you think I’m good at what I do

People come and people go
And people gonna come some more
They pick a fight
But it’s alright
At least I have you home tonight
Tonight

I can’t believe we almost got famous for nothing baby
You came the last minute of panic to save me
I can’t believe we almost got paid for nothing baby
Cause even if they go away
I got the feeling that you’re gonna stay

You’re like a rocket in my mind
Waiting to define everything about me
You’re like a poster on my wall
Sticking, don’t wanna fall
As if you dont wanna move
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2011 10:57 PM | Show all posts
homo sapien tue afiq an???
mcam ea je...
girl!!!
x saba nak taw ap yg akn jdy pas ney..
jgn lpr smbg..erk??!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2011 02:25 AM | Show all posts
#18 last day is the new beginning?


Hari terakhir kat Kolej M dah jadi macam pesta. Sana sini bising.

Malam terakhir semua orang passing sarung bantal dan sign kat atas sarung bantal tu.

Ada yang sampai passing cadar katil.

Pergi jumpa lecturer and group mate for the last time.

Seriously rasa sayang nak tinggal Kolej M. Walaupun cuma setahun aku kat sini, tapi dah cukup banyak pengalaman kat sini.

Sad things, happy moments.

Syakir.

Afiq.

Owh ya. AFIQ.

Aku tak jumpa dia langsung sepanjang exam sebab berlainan tempat exam.

Aku text, dia tak reply. Call, tak nak jawab.

Merajuk kalah orang perempuan.

Tengah packing, tiba-tiba ada text masuk.

‘ Reni, jumpa kejap jom.

Boleh pulak letak smiley kat hujung tu. Dah sejuk kot.

Aku turun bawah, nampak dia terpacak kat bawah pokok rendang.

“ Ingatkan dah tak nak jumpa.”

Afiq sengih. “ Marah eh?”

“ Tak adalah tuan putera. Tak ada sebab aku nak marah. Kau tu yang merajuk kalah budak kecik.”

Afiq senyum. He’s staring at me.

Aku buat-buat belek daun pokok.

“ Nah.”

A small cute sheep. Ala-ala teddy bear but a sheep. Comel gila.

“ Apa ni?”


Afiq gelak. “ Anak kambing.”

Mata bergerak ke atas dan ke bawah. “ Tahulah anak kambing, but why give me this?”

“ Friendship gift. Haaa... Jangan cakap kau tak nak.”

Belum sempat aku buka mulut Afiq dah potong cakap aku.

“ Thanks. Comel.” Aku picit muka sheep tu sambil sengih.

Diam.

Bila aku angkat muka Afiq is scrutinising me.

Aku cepat-cepat berdehem. Control.

But he looked cool. In fact dia macam tergelak kecil.

Dang! Dia sedar aku gelabah.

“ So kau balik pukul berapa ni?” Afiq tanya. Tiba-tiba serius.

“ Tiga. Kau?”

“ Kejap lagilah. Parent aku dah dekat nak sampai.” Afiq still tengah tengok aku.

Don’t look into the eyes, Reni. Don’t look at them.

Speechless.

“ Aku pergi dulu. Banyak lagi yang tak pack.”

Afiq mengangguk je.

Aku terus jalan sampai blok. Tak ada lambai-lambai. Tak ada saying goodbye. Tak ada wishing each other take care semua.

Mungkin sebab aku still boleh contact dia lagi kot.

Tapi kenapa aku rasa sedih?

Jumpa Aisyah kat tangga. Dia dah usung beg pun.

Berpeluk cium dengan Aisyah.

“ Eh, cute gila. Siapa bagi?” Muncung mulut Aisyah tengok sheep comel.

“Ohh... Afiq la.”


Aisyah ternganga.

“ Kami semua dapat teddy bear, kau dapat anak kambing? Ada makna lain ke?”Aisyah angkat-angkat kening.

Aku cepat-cepat geleng. Cuba tahan senyum.

Terus naik tangga. Sampai bilik kemas apa yang patut. Salam dan peluk cium dengan roommates.

Tinggal sorang-sorang dalam bilik.

Ambik sheep dan usha lama-lama.

Maybe I need to name it.

Bleep.

‘ Tengah fikir nama apa nak bagi kat sheep eh?’

Kepala bergerak ke seluruh bilik. Dia ada pasang CCTV ke?

‘ Kau stalk aku eh?’

Dua minit. ‘ Aku pasang video cam kat sheep. Hahaha.’

Tak reply message.

‘ JK la Reni. Aku teka je. Kau nak namakan dia apa?’

Laju type message. ‘ Tak tahu. Tapi of course bukan nama pemberi dia la.

‘ Erm, how about ReFi? You know, REni and aFIq... ‘

Kening terangkat sebelah. ‘ Aku rasa aku ada tulis tadi tak nak letak nama orang yang bagi tu.’

‘ Sedap apa nama tu. ReFi the sheep’.

‘ Okay Refi the sheep...’

Aku mengakulah nama tu sesuai dengan sheep.

‘ No. You spell it wrongly. ReFi. Capital F.’

Mata menjeling. ‘ Fine. ReFi. ReFi. ReFi.’

‘ Good. I like it.

‘ Afiq.’ Aku type message. ‘ Thanks for ReFi and thanks for everything. Maybe dah tak jumpa lagi lepas ni. Mintak maaf semua okay.  Take care. All the best.’

Lima minit. Sepuluh minit. Dua puluh minit.

Afiq call.

“ Hello.”

“ Kenapa cakap goodbye? Macam tak jumpa dah lepas ni.”

“ In case tak jumpa...”

“ Mana tahu kita satu university nanti?” Afiq potong cakap aku.

“ Kalau macam tu tak apalah. Okay apa satu U.”

“ Not okay. Kau cakap macam tak nak jumpa dah. So kau kena denda. “

“ Macam budak sekolah pulak kau ni nak denda-denda.”

Nilah padahnya layan Afiq sangat-sangat.

“ Kalau kita satu U, aku nak kau buat something.”

Nada suara Afiq macam lain.

“ Apa?” Afiq dah gila agaknya.

“ Be my girlfriend.”

Okay. Afiq memang dah gila.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 02:30 PM | Show all posts
Reni: er er er .... ok ....

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 02:54 PM | Show all posts
reni...plz say YES!!!
yes!!!
confirm homo sapien tue afiq..
afiq chumelll n sweeeeeeeeeet sgt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2011 10:25 PM | Show all posts
#19 hilang


Dah dua minggu duduk kat rumah doing nothing. Makan, tidur, online.

And hang out dengan Dalia.

Exactly cari kerja dengan Dalia.

“ Kau nak kerja apa ni Dalia?” Aku tanya sambil kepala terteleng-teleng tengok shops dekat shopping complex.

“ Kerja yang kita berdua dapat kerja sekali. Terharu tak?” Dalia sengih macam selipar koyak.

So that day kami masuk kedai-kedai yang ada vacancy.

“ Kami ada satu je kosong, dik.” Abang badan tough rambut tegak-sebab-letak-minyak-rambut-tiga-kati cakap.

Kami terangguk-angguk.

“ Abang tadi tough kan?” Dalia menggedik sambil toleh-toleh kat abang tu.

“ Standard la dah kerja dekat kedai barang-barang fitness.” Aku balas.

“ Habis tu yang kerja kat fast food tu kena gemuk-gemuklah ya?”

Kening hampir bertemu. “ Sebab?”

“ Nak kerja dekat fast food restaurants kena minat makan fast food sampai gemuk. Tu definition kau.”

Aku jungkit bahu. Malas layan Dalia. Aku dah faham kenapa dia study Law.

Last-last apply kerja kat kedai buku P. Fortunately, dapat.

Dapat je kerja Dalia excited and keep mumbling about what to do with her first salary.

That’s Dalia. My two weeks also filled with...

‘ Sayang.’

Dia dah text dah.

‘ Kau salah text.’

Dua minit kemudian. ‘ Nak call boleh?’

Tak reply.

Lima minit lepas tu dia call.

“ Kenapa call aku?” Feeling annoyed.

“ Aku tanya kan tadi. Kau tak reply pun. Orang tua cakap, diam tandanya setuju.” Afiq gelak.

Rolled eyes. “ Ala, even kalau aku reply cakap tak payah call pun, kau call jugak kan?”

Afiq gelak lagi. Apa yang lucu entah?

“ Tak jemu ke call hari-hari? Tak rasa sayang kredit ke?”

“ Firstly aku call kau dua hari sekali, and secondly charge call kau murah,”

Whatever Afiq.  Aku diam je.

“ Sayang?” Suara dia lembut.

“ Sapa sayang kau?” Tanya garang. “ Kita tak masuk satu university lagi pun okay?”

“ So, kalau kita satu U kau jadi girlfriend aku lah?” Afiq tanya. Happy gila suara dia.

“ Aku tak ada cakap pun yang aku setuju dengan denda kau tu.” Your stupid denda.

“ Dah nama pun denda. Aku tak perlukan kau setuju ke tak. Kalau polis saman orang drive kereta, ada dia tanya dulu awak setuju ke tak dengan saman ni? Tak kan?”

Mencebik. “ Dahlah. Tak payah call aku. Babai.”

“ Okay. Say hi to ReFi.”

“ ReFi!” Aku jerit sikit. “ Your tak-reti-bahasa tuan say hi.”

“ Ohh...  Tak reti bahasa eh?”

Nak start merajuk la tu.

“ Yep.” Aku jawab jugak.

“ Apa lagi?”

“ Annoying.”

“ Lagi?”

“ Suka menyibuk.”

“ Okay. Fine. Tak call dah.”

“ Ya ka?? Entah-entah...”

Tuttttttttttttttttttttttt.

Dia letak telefon sebelum aku sempat habis cakap.

Biarlah dia merajuk. Aman aku.

But telefon bunyi lagi. Call lagilah tu.

“ Beb, esok datang pick up aku. Kereta rosak.”

Dalia.

“ Yela.”

“ By the way, budak-budak kelas aku ajak pergi jalan-jalan nanti. Jom ikut aku.”

Dahi berkerut. “ Aku bukan kenal pun budak kelas kau.”

“ Ala, temankan lah. Diorang bawak gak kawan-kawan yang tak kenal.”

Mengeluh. “ Fine. Bila?”

“ Next week. Time kita off day.”

Aku baru ingat nak tidur time tu.

“ You’re just interrupting my sleeping-whole-day-long plan.”

Dalia terkekeh. “ Aku support semua. Kau nak tak nak?”

“ Kalau tak nak kau paksa jugak kan?”

“ Yeay! Aku ambik kau nanti.”

“ Nak naik kereta kau ke?” Suspicious. “ Tak rosak lagi?”

“ Aku dah hantar bengkel. Okay punya nanti.”

“Hmmm...”

“ Reni. Mr Pian dah deactivate FB la.”

Surprised.

“ Kau stalk Mr Pian eh?”

“ Kau tahu tak kau ada persaingan sihat kat sini?”

“ Mr Pian’s not your type.” Mendatar je aku jawab. Walaupun aku tahu Dalia’s just teasing, but aku tetap rasa jealous.

“ Mana kau tahu? Jealous la tu..”

Aku mendengus. Dalia gelak.

Search FB Mr Pian. Memang dah tak wujud.

Buka blog dia. No updated post.

Ke mana dia menghilang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-10-2011 12:26 PM | Show all posts
#20 keep appearing


Three days Afiq tak text aku.

First day tak heran.

Second day tertengok-tengok jugak handphone.

Third day, rasa nak text tapi...

“ Call dia terus senang.” Penasihat cinta bagi idea.

Aku duduk atas lantai, susun novel baru kat shelves. “ Tak nak ah. Nanti makin kembang la si Afiq tu. Sah dia ingat aku suka dia.”

Dalia tarik satu novel. Tengok synopsis kat belakang novel. “ Ke kau takut kau suka dia?”

Aku menjeling. “ Tak payah nak takut. Aku memang tak suka dia pun.”

“ Eleh.” Dalia menjelirkan lidah. “ Kau ingat aku tak tahu kau dok usha handphone kau every 30 minutes the last 3 hours? Dan dalam dua jam ni kau asyik pegang handphone kau je.”

Aku buat bodoh.

“ Tengok tu.” Dalia muncungkan mulut. “ Letak handphone kat sebelah kau. Tunggu sapa lagi. Afiq la tu.”

Kalau ada masking tape lama dah aku tape mulut Dalia neh.

“ Esok aku pick up kau pukul 10 pagi.” Dalia tukar topic.

“ Kita nak pergi mana sebenarnya?” Mata bergerak ke tepi.

“ Waterfall apa entah. Konvoi ramai-ramai esok.”

“ Kau nak...”

“ Dalia!”

Dengan aku sekali toleh tengok lelaki yang panggil tu.

Abang Wan. Our supervisor.

“ Kaunter bayaran tak ada orang.”

“ Okay bos.”

Dalia sempat cakap tanpa suara kat aku bila Abang Wan dah blah.

“ Call Afiq.”


Renung skrin handphone. Capai handphone.

Unlock phone. Klik contact.

Search nama Afiq.

Usha lama nombor phone Afiq.

Tekan button call.

Jantung dub dab dub dab.

Dengar bunyi tutt. Tak sampai dua kali bunyi.

“ Hello.”

Letak telefon. Cepatnya dia jawab phone!

Peluh sejuk meleleh.

But Afiq tak call balik.

Lega. Tapi pelik.

Malam tu aku tak dapat tidur. Walaupun hati cakap biarlah dia nak call ke tak, but aku still tak boleh tidur.

Pagi esok bangun dengan mata panda. Terpaksa bangun bersiap jugak.

Dalia call pukul 9.30 pagi.

“ Reni, aku lambat lagi lah. Pukul 12 baru aku boleh amik kau.”

Mata kuyu tahan mengantuk. “ Kenapa pukul 12 pulak?”

“ Mak aku ada hal. Aku kena tunggu dia kejap. Boleh eh?” Dalia macam kalut.

Menguap. “ Aku tak kisah. Kau la. Tak terlepas konvoi ke?”

“ Kena pergi sendiri la nampaknya. “

Dahi berkerut. “ Kau tahu jalan ke Dalia?”

“ Alah, GPS ada.”

Dalia. Memang suka ambik benda mudah.

Aku sempat tidur lagi sejam lebih.

Aku sedar je Dalia dah ada kat depan rumah. Tengah membebel.

Segar gila lepas bangun.

Dalam kereta tak bergosip tak sah.

“ Eh, Dalia. Betul ke jalan ni?” Aku tanya Dalia bila nampak kiri kanan pokok getah dan hutan je. Dan jalan raya agak lengang.

“ Betullah.”

Aku pandang Dalia.

“ Kot.” Dalia jawab slow.

“ Aku dah agak dah.” Kadang-kadang geramlah dengan Dalia ni.

“ Ala, kawan aku suruh aku ikut jalan ni. Ikut jela. Kalau sesat tanya orang.” Dalia try to be cool.

“ Kejap aku pasang GPS.” Aku keluarkan phone. Tunggu signal.

“ Err. Reni. Aku tak rasa dapat signal GPS kat sini.” Dalia looked innocent. Dia memang pakar benda macam ni.

Aku diam je. Hopefully tak jadi apa-apa.

Sejam berjalan tiba-tiba kereta tersekat-sekat.

Aku tengok Dalia, Dalia tengok aku balik.

Ah, sudah!!!

Kereta berhenti tepi jalan.

“ Dalia. You better don’t make me shout at you now.” Aku cakap perlahan.

“ Seriously Reni aku tak tahu apa masalah kereta ni. Aku baru je repair.” Dalia pulas kunci kereta banyak kali.

“ Minyak ada tak?” Aku tanya.

“ Ada je.” Dalia cuak. Dia duduk bersandar dan tarik nafas panjang-panjang kemudian ketuk stereng kereta.

Aku keluar dari kereta.  Kiri kanan ada ladang getah. Rumah pun tak ada.

Angin sejuk. Aku tengok langit. Mendung.

“ Hee....” Dalia peluk tubuh. “ Dah macam scene dalam ghost story je. Tak pun yang bunuh-bunhuh tu.”

Aku pandang Dalia tajam. “ Kau ni mulut celupar betul.”

Dalia datang buat muka seram kat aku.

“ Eh, kau dah call mechanic tak?”

“ Dah.” Dalia tunjukkan I phone. “ Tapi tak clear sangat lah. Line tak ada sangat. Hopefully dia faham la apa yang aku cakap.”

Aku diam je.  Dalia dah nampak nervous. Pegang handphone all the time.

Siapa yang aku nak text?

Aku tak nak risaukan parents aku.

Syakir dah jadi laki orang.

Afiq?

Aku text jugak Afiq. Tak adanya nak fikir panjang.

‘ Kereta rosak. On a trip with Dalia.

Emoticon tu entah kenapa aku rasa over pulak.

Aku padam emoticon tu. Then send je.

Pending pulak.

“ Eh, Reni.”

Dalia panggil dan pandang ke jalan.

Ada satu kereta buruk datang. Slow je dan berhenti belakang kereta Dalia.

Ada dua orang lelaki.

Yang driver keluar. Pakai baju kotor. Tall and muscular. Bawak tool box. Obviously dia tu mechanic.

Dalia cepat pergi kat dia. They talked something.

Yang sorang lagi keluar. But he looked clean and smart.

And he smiled widely.

Mata aku terbuka luas.

Afiq?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 12:55 PM | Show all posts
i like afiq.....hahahhaha.....
go afiq go....n musti depa same U kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2011 12:59 PM | Show all posts
sukaaaaa cerita ni....  sukaaaaa banyak banyak

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 08:48 PM | Show all posts
suka cerita gini...tak terlalu berat, tak terlalu banyak konflik yg bikin potong mood nak baca...teruskan menulis ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 02:24 AM | Show all posts
#21 it's written


Semasam masam mempelam muda.

Masam lagi muka aku.

Dalia was on the phone with her mum.

Mr Mechanic or Abang Adi tengah repair kereta Dalia. He’s such a nice and cool guy.

Afiq?

Sengih tengok aku sambil bersandar kat kereta Dalia.

“ What are you doing here?”

Soalan pertama yang keluar dari mulut aku.

“ Ikut Abang Adi repair kereta. Kenapa?” Buat muka tak bersalah.

Aku pandang Afiq as if looks can kill.

Aku duduk bersila atas rumput tepi kereta Dalia. Sesekali Dalia datang and duduk dengan aku. Tak pun bercakap dengan Afiq.

“ Dia okay la beb!” Dalia bisik kat aku waktu Afiq dipanggil Abang Adi.

“ Okay ke benda? Entah-entah dia ikut aku tak?” Suspicious. Tapi ridiculous.

Dalia cubit lengan aku. “ Kau ni kan mesti baca buku thriller banyak sangat kan? Lepas ni diorang buat apa? Bawak kita tengah hutan dan sembelih kita?”

Aku jeling Dalia.

Tiba-tiba botol air kecil muncul depan muka. Hampir kena batang hidung. Aku pandang muka pemberi botol tu.

Senyum.

Aku ambil botol tanpa tengok dia.

“ Haih.” Dia mengeluh. Duduk sebelah aku. Aku beranjak sedikit.

“ Tak sangka kan jumpa kat sini?”

Tak payah tengok. Aku tahu dia tengah senyum.

Buat bodoh. Cabut rumput keliling aku.

“ Marah ke?”

Cabut rumput lagi banyak.

“ Nak lepas geram kat rumput buat apa? Orang tu kan ada depan mata?”

Aku pandang dia dengan muka tak puas hati.

“ Kau ikut aku eh?” Aku terus tanya.

Muka blur. Then dia gelak. “ Kau ingat aku stalk kau eh? Ikut je kau mana kau pergi?”

Aku terus pandang dia. Dia pandang mata aku balik.

Aku tunduk balik dan cabut rumput.

Tak nak dia sedar aku tengah blushing.

“ Aku ikut Abang Adi je. Abang Adi cakap ada kereta rosak kat kawasan ni. Dia ajak aku temankan. Aku ikutlah.”

“ Pergilah tolong Abang Adi.” Jari telunjuk aku tunjuk ke arah kereta Dalia. “ Yang kau duduk sini pakai lawa buat apa?”

“ Aku temankan dia je. Bukan aku nak tolong repair.” Dia pun dah ikut cabut rumput. “ Lagipun lama-lama kau kat sini best jugak. “

Terus bangun dan pergi kat Dalia.

“ Kau ni muka merah menyala kenapa? Matahari pun tak ada.” Dalia tengok awan yang mendung.

Aku geleng-geleng.

Tersedar yang Afiq ada kat belakang sambil senyum-senyum.

Exactly dia tengah tahan gelak.

“ Macam mana ni bang?” Aku tanya Abang Adi.

“ Nak jalan sekejap sampai bengkel abang bolehlah. Kena masuk bengkel jugak ni.” Muka Abang Adi berkerut.

“ Agak-agak boleh siap hari ni tak bang? Mak dah call banyak kali ni.” Dalia risau habis.

“ Tak berani janji la. Tapi lagi cepat kita gerak, Insha ALLAH lagi cepat siap la.”

Aku dengar je.Dalia diam. Dahi dia dah kedut-kedut.

Kalau Dalia berfikir memang macam tu.

“ Kejap eh bang.”

Dalia tarik aku.

“ Macam mana Reni?” Dalia bisik kat aku.

“ Aku tak tahu. Kau la. Trip tu lagi. Macam mana?”

“ Aku dah cakap cancel kat diorang. Aku cuma nak balik je ni.”

“ Ikut kaula Dalia. I’m with you.”

Dalia angguk and discuss lagi dengan Abang Adi.

“ Macam nila. Afiq drive kereta Dalia okay?”

Afiq angguk. Senyum.

Bila aku tengok dia, dia angkat-angkat kening.

-.-“

“ Kau naik dengan aku jela.” Afiq tahan aku masa aku nak ke kereta Abang Adi.

“ Tak nak.” Aku jalan jugak.

Sampai kereta buruk *memang buruk gila* Abang Adi, aku buka pintu belakang.

Belakang tak ada seat.

Cuma ada ruang besi yang kosong.

“ Reni naik dengan Afiq la. Lupa nak cakap.” Abang Adi gelak tengok muka blur aku.

Dalia pandang aku dan gelak.

Aku still berdiri kat situ dan pandang je kereta buruk Abang Adi jalan.

Kenapa semua kena jadi hari ni?

Aku toleh tengok Afiq.

Dia tergeleng-geleng tengok aku dan bukakan pintu passenger’s seat kereta Dalia. Aku jalan slow pergi ke pintu kereta.

“ Silakan tuan puteri.”

Aku senyum plastik.

Dalam kereta dia asyik senyum je.

“ Agaknya la kan. Muscle muka kau dah longgar kot?”

“ Kenapa?”

“ Senyum je dari tadi.”

Afiq tak pedulikan ayat aku.

“ How’s ReFi?”

“ Fine.” Aku jawab sambil tengok keluar.

“ Tuan dia?”

Aku diam je.

Aku sepatutnya tak ada sebab nak marah. Tak ada sebab nak merajuk.

Yet I still feel mad at him.

Crap! Crap! Crap!

“ Tuan dia tak okay la tu.” Afiq jawab perlahan.

Diam.

“ Abang Adi tu sapa?” Aku buka mulut.

“ He’s a mechanic.”

“ I don’t need Standard One punya answer. Who is he to you?”

Dia diam balik. Nampak cool bawak kereta.

“ He’s my brother.”

Aku angguk.

Kami sampai satu kawasan pekan. Tiba-tiba ada ringtone message.

It’s Afiq’s.

Dia  keluarkan handphone dari poket dan serah kat aku.

“ Bacakan.”

Aku ambik jugak handphone dia. “ Girlfriend kot?”

“ Girlfriend ada kat sebelah je. Tak payah nak texting.”

Sigh.

Unlock phone. Baca message tadi.


It’s from Chenta.

What a weird name.

Tengok message tu.

‘ Kereta rosak. On a trip with Dalia.’

Dayuummmm! It’s my message!

“ Apa dia? Sapa?” Afiq tanya.

“ Kawasan yang kereta rosak tadi tak ada line eh?” Aku tanya.

“ A’ah. Selalunya masuk pekan baru ada line.” Balas Afiq. “ Kenapa?”

“ Tak ada apalah.”

Cari ‘delete message’.

“ Hei, sapa hantar tu?”

Afiq dah terjenguk-jenguk.

Mana pulak delete message ni?

Tiba-tiba kereta berhenti.

Traffic light merah.

Okay, klik ‘delete message’.

Afiq rampas handphone dia.

Jantung dub dab.

“ Delete this message?”

Afiq baca. Mata terbuka luas.

Dia gelak.

Aku pandang dia pelik.

“ Dalia plan semua ni ke?” Aku jadi suspicious. Tak ada idea.

Nak sorok malu sebenarnya.

Afiq pandang aku dengan pandangan yang buatkan jantung aku nak terkeluar.


“ Maybe it’s written.”

Mujur lepas tu lampu tukar jadi hijau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 11:52 PM | Show all posts
Reply 51# girlwearsgucci


    suke suke ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2011 12:45 AM | Show all posts
dear readers,

maapla sebab korang kena tunggu weekend ni untuk sambungan cerita sebab saya menjadi commitee utk satu event universiti. harap maklum. trimas.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 12:38 PM | Show all posts
aduyaiiiii.... kena tunggu lagik ler nih... tarak boleh tahannn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 01:20 AM | Show all posts
#22 moving forward


Dalia’s car kena masuk bengkel and have to stay 2 3 days.

Afiq in charge on sending me and Dalia back home.

Bukan dalam kereta buruk Abang Adi, in a bigger car.

Expensive too.

Afiq asyik sengih dari tadi. Aku duduk sebelah dia buat muka menyampah.

Dalia kat belakang dah sampai London.

“ Agaknya lepas ni ada kot yang masuk wad gila.”

Afiq gelak.

“ Okay. Aku tak gelak dah. Senyum pun tak.”

Hakikatnya dia senyum jugak bila aku toleh tengok dia.

Aku pandang ke luar.

“ Talk to me.”

Aku pandang Afiq dengan kening terangkat sebelah.

“ Talk something serius with me. Aku janji aku tak senyum,”

Aku diam je.

“ Waiting...”

“ Okay.” Aku betulkan duduk. “ Kau bukan dari keluarga kaya ke? Kenapa Abang Adi kerja mekanik je?”

Afiq senyum. But this time senyum dia tak adalah senyum gatal macam tadi.

“ Erm, semua orang boleh buat apa yang diorang suka. So does Abang Adi.”

Aku terangguk-angguk.

Dia jeling aku sekilas.

Sunyi.

“ I have no other questions, but aku tak nak kau sengih macam kerang busuk.”

“Kalau macam tu aku tanya kaulah pulak.”


Aku bulatkan mata.

“ Kenapa kau tak nak terima aku?”

Mata bergerak ke kiri dan kanan. “ Ada kau tanya sebelum ni?”

“ Aku dah bagi banyak hint. Kau je tak nampak.” Selamba je Afiq jawab.

“ Hmmm...”

“ Hmmm je?”

Afiq betul-betul testing aku.

“ Dah kau tak pernah tanya betul-betul?”

“ So selama ni kau ingat aku main-main la?”

Aku nak mengaku, but aku takut dia marah.

“ Let say, if I ask you once more. Will you accept?”

Diam je.

“ Reni?” Panggilan dia lembut tapi tegas.

“ Aku tak cakap aku nak jawab soalan kau kan? So...”

Dia ketawa paksa.

We are like playing games right now.

“ Tak apa. Aku still ada denda.”

Denda?

Ohh. THAT denda.

Dayum!

“ Bila eh result U nak keluar?”

Buat-buat tak tahu. Better buat-buat tak tahu.

“ Tak tahu.”

“ Eleh, aku tahu kau tahu. Kau post kat FB kan?”

Kantoi.


But?

“ Eh, kau kata kau tak ada FB?”

Serius muka Afiq berubah terus.

“ Bila masa pulak aku cakap aku tak ada FB?”

“ Aku ingat. Kau cakap dulu. Masa kita kat library.” Aku dah tunjuk-tunjuk jari kat muka dia.

Dia blushing. “ Mana ada. Aku cakap aku deactivatelah. “

Aku kecikkan mata dan pandang dia.

Dia tergelak. “ Serius Reni. Kau balik pergi check FB aku. Type nama aku. Ada punya.”

Fine.  Aku pandang balik depan.

Diam balik. Aku pandang seat belakang.

Wah, Dalia ni bukan takat London, dah sampai Antartik agaknya.

“ Why name me Chenta?”

“ Hmm?”

Aku tak tahu dia buat-buat tak dengar atau dia memang tak dengar.

“ Why name me Chenta? Nampak dalam phone kau tadi.”

“ Sebab you are my Chenta.”

Ke’selamba’an jawapan Afiq had made me rolled my eyes.

“ Kenapa bukan Cinta? Sayang? “ Afiq sengih. “ Baby ke?”

Ew. I don’t want that.

“ Kau prefer nama-nama tu eh?”

“ Aku tak cakap pun. Aku tanya kau je.

Afiq diam.

“ Kalau satu U, kau jadi girlfriend aku eh?”

Afiq buat muka flirting.

“ Aku tak cakap aku nak.”


“ Dan kau tak cakap kau tak nak.”

“ Aku tak nak.”

“ Whatever. Nama pun denda.”

Afiq terkekeh. Muka aku masam balik.

“ Okay, what if kita satu U, I’ll ask you properly to be my girlfriend and you’ll be my girlfriend? Boleh?”

Aku diam je.

“ Diam tandanya...”

“ Ada banyak gila IPTA kat Malaysia ni. Tak masuk IPTS lagi. What makes you convince that kita ni satu U nanti?” Aku potong ayat dia.

Tak nak dengar perkataan setuju.

“ Kan aku dah cakap.” Dia tengok aku. “ Maybe it’s written.”

“ Tengok depan ya.” Aku halakan tangan aku ke depan.

Afiq senyum. Better way this time.

Actually, I like this kind of smile daripada senyum sengih gatal tadi.

Stop staring Reni!

Kami sampai rumah Dalia sebelum Maghrib.

“ Aku hantar kau baliklah.”

Muka Afiq serius time ni.

“ Tak apalah. Aku turun kat rumah Dalia je and suruh parents aku datang ambikkan.”

“ Haih. Tak payah. Aku hantar sampai rumah kau je.” Afiq insisted.

Aku malas nak argue. Aku angguk je.

Sempat jumpa Dalia.

“ Kau okay ke balik dengan dia?”

Aku angguk je.

“ Ala, kau kan Chenta dia. Okay kot.”

Aku pandang Dalia tajam. Mulut melopong.

“Mana kau tahu...??”

Dalia sengih. “ Mata aku je tutup. Telinga bukak.”

Aku sempat dengar jeritan Dalia bila berjalan ke kereta.

Penampar siam kat bahu.

Afiq and I prefer to stay quiet along the way. Aku cuma bercakap time bagi arah je.

Arrived home safely.

Ajak dia masuk jumpa parents semua.

“ Naa... Next time. Baju tak appropriate.”

“ Pakai baju apa yang appropriate?”

“ Baju Melayu.”

I quickly turned my back then walked to the house. Terdengar dia ketawa.

He honked and waved.

Waved back.

Malam on FB.

Type ‘ Afiq Asyraf’.

He’s FB’s there. Maybe betul dia just deactivate hari tu.

Klik bookmarked blog Mr Pian.

No updated post.

Maybe I should forget Mr Pian.

Time to move on.

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 09:11 AM | Show all posts
Mr Pian = Afiq ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2011 03:56 PM | Show all posts
Mr Pian = Afiq ....
hotmum Post at 7-10-2011 02:11


definately... kannnn...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 02:27 PM | Show all posts
tengkiu girl... nanti bila free sambung lagik yer... pian = afiq?? betul la tuh...:re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2011 12:22 PM | Show all posts
#23 lying


Dalia call.

For the sixth time.

Aku mengeluh dan jawab call Dalia.

“ I am going to your house now. Aku tak tahan lagi dah.”

Belum sempat aku reply, dia terus letak telefon.

Aku pandang laptop.

Aku klik lagi refresh button.

Lima belas minit lepas tu  Dalia sampai.

“ Aku tension betullah. Tak jalan langsung kot. Letih klik refresh button.” Dalia duduk atas katil bilik aku.

Aku tengok je skrin laptop. Memang kosong page aku.

“ Sabar jela Dalia. Bukan kita je yang apply U, ada beratus ribu kau tahu.”

Dalia duduk melopong.

“ Kenapa kau rileks je? Aku dah berpeluh-peluh nervous bagai. Kau boleh je rileks?”

Dalia dah nak start membebel.

Mencari ear plug dalam laci.

Lagu Rocket fills the air.

“Wuuu... Letak ringtone lagu Rocket.” Dalia buat muka gatal.

Aku mencebik dan terus capai phone.

Tengok caller’s name.

Dah agak.

“ Hmmm?”

“ Assalamualaikum.”

Aku jawab salam. “ Ye, Mr Afiq. Ada apa?”

“ Aku text kau, kau tak balas pun.”

“ Aku busy reloading page untuk check result U. “

Aku tak ada mood nak bercakap selagi result U belum dapat.

Tensi.

“ Kau bagi aku no. IC kau. Aku tolong checkkan.”

Suara Afiq sounds considerate. Tapi aku tak nak dia tahu results aku.

“ If you wanna check, mind to check Dalia’s? Dia dah terguling-guling kat atas katil ni.”

Dalia terus duduk bila aku cakap macam tu. Dia buat mulut tanya siapa.

“ Afiq. Kau nak tak?” Aku tanya Dalia.

Dalia angguk macam budak kecik.

Aku pass handphone kat Dalia. Aku balik menghadap skrin laptop. Still reloading.

Letak tangan dekat dagu. Waiting.

Tengah sedap termenung Dalia terjerit-jerit.

“ Reni! Aku dapat sambung UiVM jugak. Alhamdulillah.”

Dalia terlompat-lompat.

Terasa dahi aku memang berkerut teruk ni.

“ So, kau nak check tak?” Suara Afiq dengar happy je bila Dalia pass balik handphone.

“ Thanks but no thanks.” Aku jawab bila tengok page dah dapat. Aku type IC dengan slow dan steady.

Berpeluh-peluh dah.

“ Macam mana internet kat tempat kau laju?”

Afiq gelak je. Tak jawab soalan aku.

“ Kau dapat U mana?” aku tanya lagi.

“ Kau?”

Aku rasa nak marah je mamat ni. “ Kalau dah boleh check, dari tadi aku bagitau.”

“ Kalau macam tu, aku tunggu kau check dulu. Kau bagitahu aku, baru aku begitahu kau.”

Afiq memang nak kena sembelih.

Dan dia sempat lagi ingatkan aku pasal denda.

--“

Half an hour later aku dapat result U.

UniX.

Mulut Dalia melopong. “ UniX?”

“ Kenapa kau?” Aku tersenyum-senyum.

Lega.

“ UniX kan susah masuk.”

Aku jungkitkan bahu tanda tak tahu.

Afiq call lagi.

“ Hello.”

“ Sayang.”

Aku rasa jantung aku berdegub cepat. Goosebumps.

“ Jangan panggil macam tu boleh tak?”

“ Okay, honey.”

Aku diam je. Afiq tergelak-gelak.

“ Kau dapat mana?” Afiq tanya.

Sibuk sangat nak tahu.

“ Kau bagitau dulu.”

“ Tak nak. Kau dulu.”

Tak larat lah aku nak main-main dengan dia ni.

“ Tak nak bagitau sudah.”  Aku nak letak telefon.

“ Fine. Aku call kau sampai kau bagitau.”

Stubborn.

“ Aku off handphone.”

Afiq letak telefon dulu.

Merajuk lagi la tu.

“Eh, Afiq dapat U mana?” Dalia tiba-tiba tanya.

“ Tak tahu. Dia tak nak bagitau.” Aku duduk sebelah Dalia atas katil.

“ Kalau korang satu U, korang couple eh?” Dalia buat muka gatal.

Macam pervert pun ya jugak.

“ Tak... tahu?”

Aku terus baring atas katil.

“ Reni! Not again. Kau suka dia tapi kau tak nak ngaku?”

“ Aku tak rasa aku suka dia la Dalia.”

“ Are you sure?” Dalia angkat-angkat kening.

Silence. Tarik nafas panjang-panjang.

“ Kalau dah suka go on jela.”

Aku pandang Dalia.

“ Let say kitorang bukan satu U. Nak buat apa?”

Dalia diam. Berfikir. “ I think he’ll ask you jugak no matter what’s the result. Kalau dia confess and cakap pasal couple, that means he really loves you.”

Aku pulak diam.

“ Macam mana nak buat?”

“ Jangan bagitau kau dapat UniX. Kau cakaplah kau dapat U lain.”

Dalia’s risky idea.

Rocket fills the air once more. Aku cepat-cepat jawab.

“ Aik, cakap nak off phone?”

Afiq’s voice always sounded like he’s happy.

“ Seriously, kau dapat U mana?” aku tanya lagi.

“ Kau la bagitau dulu.”

Mata bergerak bulat. “ Fine. Aku nak off phone.”

“ Okay. Okay.” Aku dapat dengar dia.

Letak balik handphone kat telinga.

“Aku dapat UniZ.”

Kata-kata Afiq buatkan aku terdiam.

“ Main-mainlah tu.”

“ Tak. Serius. Aku dapat UniZ.”

“ Course?”

“ Engineering.” Selamba Afiq jawab.

Aku rasa dia main-main. Tapi...

“ Reni. Kau diam kenapa? Kau mesti dapat UniZ jugak kan?” Afiq sounds happy.

I’m supposed to be happy. But I’m not.

“ Erm. Tak. Aku dapat UniS.”

Aku berbohong.

“ Owh.” Afiq diam.

Aku bohong sebab aku takut Afiq bohong.

But what if Afiq really enters UniZ?

What if Afiq is telling me the truth?

“ So. Tak dapatlah nak denda kau.” Suara Afiq mendatar terus.

Oh, no.

Please say that you want me to be your girlfriend.

“ Course apa? Medic eh?” Afiq macam kena paksa bercakap.

“ Hmm.”

Please say that you still want me to be your girlfriend. Please.

“ Grats! Kita kawan lagi kan? Contact-contact lah lepas ni.” Afiq sounds happy.

Ke dia buat-buat?

“ Kau jugak. Sure.” Aku balas macam nak tak nak.

Why don’t you say we’re going to make it. Ask me Afiq.

“ Tak apalah Reni. My mom called.”

Ask me, stupid!

“ Assalamualaikum.”

Bila aku jawab salam, Afiq dah letak telefon.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 12:33 PM | Show all posts
Reply 59# girlwearsgucci

alaahhhaaaiiiiii ... apa la korang niiii .... cakap je laahhh ...

isk isk isk... geram nya aku  ..... ... suka kata suka ...

nak lagi nak lagi ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.070637 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list