CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37432|Reply: 91

Kisah Seram dan Misteri dari Pemandu Teksi

[Copy link]
Post time 5-9-2011 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Kisah seram pemandu teksi

Salam all porummers,arini aku nk bercerita pasal kisah seram yang dialami oleh pemandu teksi...aku takda la banyak cerita sangat so sapa2 yang ada pengalaman dari pakcik ke,makcik ke abang2 ke or mana mana adik beradik leh la campak dalam thread aku ni ye..
ok aku mulakan dulu..kisahnya bermula macam ni,kisah ni aku dengar dari pemandu teksi tersebut En Said B..(bin apa tah) dia ni bapa kawan laki aku..
Dia ni stay kat Kamunting, Perak dan skarang dah bersara dari jadik driver teksi ni..Dia citer dulu masa kawasan Pondok Tanjung (jalan dari Kamunting nak ke Kuala Kurau),tak berapa ramai nak lalu kat situ,kawasan ni jalan nya masih bengkang bengkuk,dan jalan nya pun agak kurang menarik..skarang jalan dah takla belok2 sangat..
Dulu sapa2 yang dari naik bas dari K L ke,Kb ke or sapa2 yang naik train dan nak balik ke Selama, Perak memalam memang takda bas..kalau tak silap aku yang dah lama tak naik bas la kan..bas last ke Selama dalam pukul 7 malam kot...so sapa sapa
yang nak balik ke Selama terpaksa relala amek teksi or keta sewa..masa tu Pakcik Said kenakan caj dalam Rm 50 darik stesen bas Kamunting ke Selama..
Masa tu dia crita dalam area 10 ke 11 lebih tah..aku pun dah tak ingat...so masa nk p tu bertemankan,takdala rasa apa apa kan tapi bila dah nak balik ke Kamunting, pakcik Said sorang sorangla yang drive teksi tu..
Selepas hantar penumpang tadi ke Selama, pakcik Saidin pun standby la nak balik ke Kamunting semula..Masa ni baru dia terasa seram pasal dah nak dekat tengah malam dan dia sorang sorang lak tu..so kawasan Selama ni pekan kecik je,dah sampai ke jalan masuk Pondok Tanjung,dia drive la sampai tengah2 jalan Pondok Tanjung..kawasan tu hutan simpan kan...so memang sunyi je..dulu jalan2 kat situ siap berkabus lagi kalau tengah tengah malam...
Dah sampai kat jalan Pondok Tanjung tadi,tetiba je enjin teksi dia mati..Pakcik Said cuba start enjin teksi dia semula..nasib baik hidup balik...Pakcik Said pun tekanla pedal minyak..malangnya teksi tetap tidak bergerak...bunyi enjin mengaum di tengah tengah hutan Pondok Tanjung tersebut..
Tetapi teksi tetap tidak bergerak macam ada benda yang memegang badan teksi tersebut..serentak dengan bunyi enjin mengaum, hidung Pakcik Said terbau sesuatu yang wangi, macam bau bunga kemboja...tapi dia tak berani nak pandang belakang risau ternampak sesuatu yang pelik2,so dia pusingla cermin pandang belakang tu.
Sambil dia tekan minyak,dia bertakbir dalam teksi kat tengah2 utan Pondok Tanjung,kawasan Pondok Tanjung ni tak banyak kenderaan yang lalu di kawasan tersebut..Selepas habis je dia azan,teksi dia dia leh bergerak smula.. Pakcik Said tak tunggu lama dah,pecut balik ke rumah dia...nasib baik lepas tu
takda benda yang follow sampai ke rumah..citer macam panjang je ye..sorila kalau tak menyeramkan...
Karang aku sambung citer balik pasal salah seorang kawan (driver teksi jugak) Pakcik Said jumpa Cik Pon...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2011 04:18 PM | Show all posts
TT izinkan sy berkongsi citer yg penah sy bc kt mastika ni...

kisah nye simple je, tp menarik. pasal sorg pemandu teksi ni, die dpt offer utk hantar sorg exec muda lelaki, hensem. mengikut pakcik tu la, hantar ke utara selatan ke selatan utara, tak ingatla tp tmpt tu mmg jauh la....

nk dijadikan citer, diorg ni berenti la kt satu perhentian, minum2. ntah mcm mane pas minum patutnye segar bugar, tp pakcik ni ngantuk plak. jd pakcik ni mintak izin nak tidur kt tepi hi way kejap.

bile pakcik ni terbangun, die terperanjat sbb die dah tak pakai baju, tinggal boxer je. tido sorg2 dlm teksi tu. tp pakcik ni tak kene rompak plak, sbb barang2 die suma ade lg....exec yg die bawak tu hilang la plak

sorryla TT kalau citer ni tak seram, tp for me mcm lawak+misteri pun ade gak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 04:24 PM | Show all posts
Reply 2# annehuda


   huhuhuhu..sila2,mari kita beraya sambil melayan citer antu...kesian pocik tu...seb baik tak kena rampok..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 04:30 PM | Show all posts
Reply  annehuda


   huhuhuhu..sila2,mari kita beraya sambil melayan citer antu...kesian pocik t ...
tenderfly Post at 5-9-2011 16:24



    mungkinkah pakcik tu kene liwat dek org?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 04:32 PM | Show all posts
adoi kesian pocik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 04:53 PM | Show all posts
Mmm... kesah popular pasal pemandu teksi neh.. dari sekolah agie .. seperti yg diceritera oleh rakan2 sebaya... biasanya....

-Pemandu teksi bawak pompuan dukung anak (heboh pasal antu susu 1 masa dulu).. bila2 dh turun... nenok2 dia tinggal baby dia lam teksi... rerupanya baby itu adalah batu nisan

- Pemandu teksi yg menemui gadis cantek wangi tengah2 malam.. then benti kat kawasan sunyi atau mmg kononnyer kawasan perkampungan.. dibayar ngan duit... nenok2 siangnyer... duit bertukar jadi daun... tempat yg dihantar semalam lak... rupanya tempat perkuburan...

Itu la kesah2 popular masa dulu... hehehe...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2011 05:57 PM | Show all posts
mungkinkah pakcik tu kene liwat dek org?
annehuda Post at 5-9-2011 16:30


Neyh citer dalam mastika kan??Executive neyh tak silap chinese look kan??Nasib baek ada orang ketuk cermin tingkap teksi pak cik neyh..Bangun2 dah separuh berbogel..

Penumpang tue plak dah ghaib entah ke mana..

Persoalannya,siapakah dia?Ke mana dia?Adakah dia tue ada mental problem??
Takut oo kalau jumpe spesies macam neyh..Kalau dia mengganaslah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 06:00 PM | Show all posts
Mmm... kesah popular pasal pemandu teksi neh.. dari sekolah agie .. seperti yg diceritera oleh rakan ...
BabeYSHa Post at 5-9-2011 16:53


Satu lagi gangguan Perempuan Bermisai Itam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2011 09:05 PM | Show all posts
alamak...dah kul 9 mlm plak,dulu ada org bg nasihat untuk penakut2 cam aku ni..jgn dok bercerita memalam...so aku sambung sok2 la...dah mlm ni..td bawak anak kecik aku p pasar mlm..dia dok sakit perut lak..adoi...esok k...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 09:11 PM | Show all posts
Neyh citer dalam mastika kan??Executive neyh tak silap chinese look kan??Nasib baek ada orang ke ...
7teen Post at 5-9-2011 17:57


ntah aku pun ingat2 lupe.....

ah ade satu part dlm citer pakcik tu, die kate masa die tgh drive tu, penumpang tu tiba2 pegang paha die plak.  hahaha ngan pakcik teksi pun jadi
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 10:30 PM | Show all posts
ntah aku pun ingat2 lupe.....

ah ade satu part dlm citer pakcik tu, die kate masa die tgh dri ...
annehuda Post at 5-9-2011 21:11


Takutnyerk..Dah desperate sangat agaknya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 07:03 AM | Show all posts
Wokeh,dah menjelang pagi..aku sambung balik citer aku pasal kisah seram darik pemandu teksi...;)
Kali ni dari kawan Pak cik Said plak..tapi tetap la Pak cik Said yang crita...kisah ni pun berlaku sebelum Sekolah Teknik Taiping/ Kamunting ada..kira lama dah la kan..
Dulu, kawasan sekolah ini hutan sebelum  sekolah teknik ini wujud..
Macam biasa la kan..kita bagi nama kawan Pak cik Said ni, Pak Abu,dia amek penumpang dari area Aulong ke mana tah..tak perasan plak aku..penumpang tu perempuan,bertudung
dan sedang dukung anak..penumpang tu mintak Pak Abu hantar dia ke Kamunting..masa tu Kamunting bukan macam sekarang ni,masih lagi kawasan hutan belukar..ada certain2 tempat je yang baru dibangunkan...
Pak Abu ni kebetulan baru lepas hantar penumpang ke Auluog dan nak balik ke Kamunting..masa tu dalam area kul 10 malam,kira awal lagila..kepala dia plak tak terpikir yang dia bakal bertemu dengan pengalaman yang menakutkan...niat hati dia ikhlas la nak hantar perempuan tu ngan anak kecik dia balik..dan bleh gak buat kawan teman balik..
Sepanjang perjalanan dari Aulong ke Kemunting, perempuan tu dengan anak dia dok kat belakang..macam biasala, takkan nak dok kat depan pulak..
Pak Abu ada ajak perempuan tu berbual bual,tapi perempuan tu senyap je cuma kedengaran suara bayi perempuan tersebut merengek sekali sekala..perempuan tu tak bawak beg cuma dukung anak dia je.. Sesekali Pak Abu,jeling cermin pandang
belakang tengok muka perempuan tu..muka dia sayu je tapi cantik..
Pak Abu pun terus la memandu hingga sampai di kawasan Kemunting.." Pakcik,berenti di sini.." tiba tiba perempuan tu bersuara mengarahkan Pak Abu berhenti secara mengejut..(dah mengalahkan karangan SPM dah aku ni).. serentak dengan itu, Pak Abu pun memperlahankan teksi dan berhenti.. "tapi cik.kat sini mana ada kawasan perumahan" balas Pak Abu..Perempuan tu terus keluar dari teksi Pak Abu..dan terus terbang ke udara sambil ketawa mengilai ngilai..
Pak Abu tak tunggu lama lagi,terus dia pecut teksi sambil terketar ketar...balik rumah, Pak Abu demam seminggu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 07:18 AM | Show all posts
Sambil sambil bercerita ni,aku nak selit kisah misteri...misterila gamaknya kot...kisah test mengetest ilmu pukau..
Masa tu siangla..bukan malam, Pak Zahar cam biasa meronda ronda kat kawasan stesyen bas Kamunting untuk mencarik penumpang..ronda punya ronda dapatla seorang penumpang ni, dia pakai smart,muka pun nampak baik..
Penumpang tersebut mintak Pak Zahar hantar dia dari Kamunting ke Kampung Boyan, eh bukan bukan..dia suruh hantar ke Simpang..
Penumpang tu dok kat belakang dan yang peliknya dia terus tanya Pak Zahar tambang ke Simpang darik Kamunting..tak silap aku Rm 10 kot..dapat je Pak Zahar duit tu,terus dia tak ingat apa dah cuma dia terus memandu sehingga ada orang tepuk bahu dia..rupa rupanya yang tepuk bahu Pak Zahar tu Polis daerah Kuala Kangsar..terkejut Pak Zahar bila tengok teksi dia atas pagar simen depan balai polis Kuala Kangsar,dan dia pulak tengah tekan pedal minyak..
Nasib baik tak jadi apa apa dekat Pak Zahar,duit, pakaian Pak Zahar semua ok..cuma Pak Zahar tak ingat yang dia memandu dari Kamunting ke Kuala Kangsar..
Nasib baik tak langgar dengan lori ke apa ke masa kat highway...rabak jugakla duit Pak Zahar Rm 300 ++ nak kena membayar semula kerosakan pada pagar balai polis tadi..penumpang teksi tadi plak memang tak dapat dikesan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 07:32 AM | Show all posts
Yang ni pulak pengalaman seram lucu bagi Pak Said...hehehe,bukan berdepan dengan hantu..tapi berdepan dengan orang gila..
awal 80 an 90 an dulu kan..glemer ngan fun fair..So Pak Said amekla seorang penumpang wanita di kawasan fun fair Kamunting..perempuan tu macam biasala,nampak normal
muka pun lawa je takda nampak comot comot cam orang gila..dia naik teksi Pak Said dan mintak di hantar ke kawasan Kampung Boyan..
Pak Said pun suruh la naik dan dia pun bawak la perempuan tadi ke Kampung Boyan..
Sekali bila dah sampai Kampung Boyan,perempuan tu tanak turun dan terus cakap dia nak kawen malam tu jugak dengan Pak Said..
Pak Said mati akal la,kalau paksa turun kang perempuan tu menjerit plak..dah la dah malam kan,kang tak pasal pasal orang cakap dia nak buat jahat..
Pak Said pun dah mati akal nak bagi perempuan gila ni turun,so dia bawakla perempuan tu tadi meronda..pusing punya pusing, Pak Said dapat idea nk bagi perempuan tu turun..dia terus drive ke Trong sampai ke kawasan balai polis..
Sampai di depan balai polis, Pak Said lambai anggota polis dalam balai tersebut suruh datang ke teksi dia..sampai je anggota polis tadi kat teksi Pak Said, Pak Said bagitaula yang perempuan belakang ni takmau turun..dia cuma nak turun kalau Pak Said kawen dengan dia..
Anggota polis tadi pun tengokla ke belakang dan sebaik je polis ni nampak perempuan tersebut..terus polis tadi tepuk dahi dan cakap "ang bawak dia ni
ka?ehehehe "dan terus polis tu tergelak gelak dan suruh perempuan tu turun..
"Perempuan tu bini askar,dia gila meroyan..memang selalu dia buat perangai camni..takpala,ang tinggal dia kat sini..sakgi kami suruh keluarga dia mai amek" kata
polis tadi..
Pak Said pun terus balik rumah malam tu.heheh,rugi ja malam tu takda tambang..abeh duit minyak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 07:45 AM | Show all posts
Ijinkan aku melencong sikit. Macam aku jarang naik teksi. Biasanya bas jadi pilihan sebab tambang murah.
Pemandu bas pun banyak cite serem. Ada sorang pemandu citer satu hari dia memandu bas shift terakhir melalui rawang ke kundang.
Masa tu penumpang pun dah turun semua jadi pemandu tu nak kestesyen bas meletak kenderaan. Destinasi pemandu tu melalui hutan. Tengah2 memandu dia lihat cermin belakang. Rupanya ada lagi penumpang tak turun.  Penuh pulak satu bas.
Pemandu ni tak tau apa nak buat selamba terus pandu
sampai keluar kawasan hutan.
Tetiba bas kosong semula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 08:51 AM | Show all posts
Reply 15# shanshero


   slalu camtula...pocik2 teksi dan drebar bas ni mmg berhati kering kan..drebar bas jarak jauh xpe gak...ada gak co pilot..kalau pocik teksi ni...ha ngadap la sorang2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 09:40 AM | Show all posts
Cerita ni san baca somewhere.

Seorang pemandu teksi ni, satu malam, dalam pukul 10 lebih gitu, ditahan sepasang penumpang di The Mall. Masa tu Yaohan tu masih wujud.

Mula2 pemandu teksi tu memang nak amik penumpang tu, sebab malam tu tak ramai sangat penumpang. Lelaki dan perempuan tu pun masuk teksi, pastu lelaki tu cakap nak pegi kampung pandan. Dari gaya cakap, orang Indonesia.

Pakcik ni terus bagi alasan, dia tak lalu ke jalan tu, sebab dia dah nak balik ke rumah, dia cari penumpang yang nak balik ke area kawasan umah dia.

Penumpang ni tadi pun keluar la dengan pasangannya tu.

Menurut pemandu teksi ni tadi, dia buat alasan begitu sebab dia tengok cermin hadapan, perempuan yang bersama lelaki tu tadi takda kepala, leher macam kena penggal. Jadi dia tak jadi bawa dan terus memecut balik ke rumah selepas itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 10:14 AM | Show all posts
nak share lagi citer gakle...tp bukan pengalaman pemandu teksi, tp ade kaitan la ngan naik teksi.

- Sorg kawan aku masa zaman uni dulu die duduk kt hostel luar, yg kt dpn pasar bangi tu.  nak dijadikan citer, satu malam tu die balik kg, sempat la kejar komuter terlast for the day. smpi kt stesen komuter bangi cam biasa tahan teksi nak balik ke kampus tu. tgh syok2 sembang2 ngan pakcik teksi terlebih peramah tu, dr jauh die nampak ade sorg lelaki berdiri tgh jalan, betul2 kt laluan diorg.  kawan aku ni nampak jd die suruh pakcik tu elak. tp pakcik tu siap cakap relaks dik, terus tekan minyak dan langgar lelaki tu!  tp yg ajaibnye takde impak ape pun. mcm langgar angin.  kawan aku ni terkedu semacam.  pakcik tu relaks siap ckp 'pakcik dah biasa dah jumpe benda tu...takde  mendelah'

- rumah aku ni dkt ngan plaza tol sg 2.  ade sorg ni keje kt plaza tol tu jd pengutip tol.  satu pagi yg hening dlm pkl 3-4 pg org takde, ade satu teksi tu berenti kt booth die. duk hulur tiket tak mo amek, kalih tepi teksi tu takde driver!  enjin hidup lg ni. setelah berdoa dlm hati cukup2 teksi tu pun bergerak la pegi tnp pemandu.... teksi remote control la tu kot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 10:57 AM | Show all posts
Mod Santeira..aku cam penah baca je kisah tu..tp x prasan lak kat mana...heheheh
annehuda,kalau tanya jurutol memang macam macam kisah seram2 kita leh dengar kan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 11:17 AM | Show all posts
aku pon nk kongsi gak ah.......


kisah dia camnih........ ade sorag pakcik ni...... bila da pencen keje dia bawak teksi...
dia duk kat area kl ni jer....tp kalau dia rajin....bila ada penumpang yg nak pergi jauh sket dia ok jek..... contoh macam ade sepasang org cina ni nak mintak dia antar gi genting....bayar RM300, so dia ok jer sbb bayaran kira lumayan kan.......

ade 1 hari tu..... masa tu da malam, dalam pukul 8 lebih mcm tu..... teksi dia ditahan oleh seorang lelaki....... katanya nak ke sekinchan ke tg karang kalau tak silap....nak balik kg katanye.... so lelaki tu pun naik la, tapi lelaki tu dok kat tpt penumpang kat belah belakang....dia tak nak duk kat sebelah pakcik tu

bila da sampai kat kawasan yg lelaki tu nak pergi..... pakcik tu tanya nak masuk mana??....lelaki tu kata terus jer lagi.... bila tanya lagi...dia kata terus je lagi.... sampai la derang kat satu kawasan gelap...takde penempatan org da...... pakcik tu tanya lagi kat lelaki tu...nak gi mana ni??? tetibe takde jawapan dr lelaki tu...senyap jer..... bila pakcik tu toleh ke belakang, lelaki tu da ghaib taktau da pergi mana..... tpt duduk belakang tu kosong......

pakcik tu telan air liur...... pusing balik ..... terus pergi dr situ......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.119466 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list