CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11626|Reply: 29

Cerpen - Kau Pergi Kerana Suka (U)

[Copy link]
Post time 6-9-2011 12:26 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by tasha19 at 9-9-2011 15:47

Hujung minggu itu ramai kenalan En. Aziz datang ke rumahmemeriahkan majlis perkahwinan anak
perempuannyayang sulung. Pelamin indah dihiasi dengan warna ungu cair menyerikan majlispada petang itu. Shahila yang kelihatan anggun berkebaya labuh berwarna ungugelap setia menyambut tetamu yang datang silih berganti bersama En. Aziz danPn. Hanim. Tiba-tiba Shahila terpandang tiga orang jejaka muda yang sedangbersalaman dengan En Aziz. Salah seorang daripada mereka mengenyitkan matanyakepada Shahila. Shahila tersipu malu dan hanya melarikan pandangannya ke tempatlain.


“ Hakimi, kenalkan anak saya yang bongsu, Shahila..” ujar EnAziz memperkenalkan Shahila kepada Hakimi.


Hakimi yang sudah terpikat dengan Shahila mula tersenyumsendiri.


“ ni Hakimi.. student ayah kat UTM” beritahu En Aziz kepadaShahila. En aziz merupakan seorang pensyarah matematik di UTM.

Hakimi merupakanseorang pelajar yang rapat dengan En aziz.


Shahila menghadiahkan segaris senyuman lalu mengorak langkahmembawa Hakimi ke meja untuk menjamu makanan yang terhidang. Sejurus kemudianShahila melangkah kembali untuk mendapatkan Pn Hanim namun ditahan Hakimi.


“ Awak.. duduklah sini berbual dengan saya” ujar Hakimi. Kelihatandua orang sahabatnya sudah tersenyum melihat gelagat Hakimi.


“ eh, saya ada kerjalah.. awak berbual lah dengan memberawak tu” Shahila bersuara. Segan apabila diajak berbual dengan lelaki yang barudikenalinya.


“ kalau macam tu, nak fon number awak boleh?” Tanya Hakimitanpa rasa malu. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih rapat lagi. Entah kenapapertama kali memandang Shahila, hatinya rasa berdebar.


“ hah? Err.. tak payah kot.. kalau awak nak contact lah ayahsaya” ujar Shahila sambil tergelak. Dia mula terasa malu apabila perasan Hakimicuba mengoratnya. Dia terus berlalu meninggalkan mereka bertiga.


“ kau apsal? Tetiba je mintak no fon dia.. malulah dia”tegur Azam, best friend Hakimi. Dia dan seorang rakan mereka tergelak melihatkelakuan Hakimi.


“ entahlah.. aku rasa semacamlah bila nampak dia tadi..macamdah fall in love” hakimi bersuara sambil ketawa. Walaupun nada percakapannyaseperti bergurau, tetapi dia benar memaksudkannya.


Malam itu, wajah Hakimi terbayang di fikiran Shahila. Tak dapatdinafikan lelaki itu memiliki wajah yang tampan, yang mampu mencairkan sesiapayang melihatnya. En Aziz memerhatikan anaknya yang sedang leka termenung disofa. Baru saja dia mahu menghampiri Shahila, handphone di poketnya berbunyi.


“ Assalamualaikum, kamu Hakimi.. ada apa telefon sayamalam-malam ni?” En Aziz bersuara apabila mendengar suara di talian.


“ takde apa En Aziz.. Cuma saya nak cakap sekejap denganShahila boleh?” ujar Hakimi walaupun tergagap.


“hah? Kamu ada hal penting ke nak beritahu dia? Kalau yepun, call lah no. dia” ujar En Aziz lagi. Dia terus memberikan no. Shahila. Diamerasa rimas jika Hakimi menelefonnya semata-mata hendak bercakap denganShahila. En Aziz tidak melarang anaknya hendak berkawan dengan mana-mana lelakiasalkan mereka menjaga batas masing-masing. Tambahan pula Shahila hanya tinggalsatu semester lagi pengajiannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 12:46 AM | Show all posts
cite baru lagi... produktif ler tasha ni... sambung lagik panjang2 ekk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 04:03 PM | Show all posts
Selepas menamatkan perbualannya dengan En Aziz, dia cuba mendail no fon Shahila pula. Shahila yang leka termenung tersentak apabila mendengar telefonnya berbunyi. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik untuk menjawab panggilan.

“ Assalamualaikum Shahila..” Hakimi bersuara apabila panggilannya berjawab.

“ Waalaikumsalam.. siapa ni?” soal Shahila apabila dia tidak mengenali suara itu.

“ ni Hakimi laa.. awak tengah buat apa tu? Kita kawan boleh?” Hakimi terus memberitahu keinginannya. Dia mengharapkan Shahila sudi berkawan dengannya.

“ ohh.. awak.. kawan? Boleh je..” balas Shahila pendek. Sejak perkenalan mereka tadi memang dia sudah tertarik dengan lelaki itu Cuma dia tidak mahu dia yang memulakan dulu.

“ janganlah malu-malu.. saya ikhlas nak kawan dengan awak.. petang tadi awak nampak cantik gila” puji Hakimi ikhlas.

“ hehe.. awak pun apa kurangnya.. saya ni biasa-biasa je” bicara Shahila dengan rasa rendah diri. Padanya, akaknya Sharina lebih cantik berbanding dirinya.

“ oklah awak.. nanti kita berbual lagi.. saya harap perkenalan kita tak berakhir lagi” kata Hakimi sebelum mematikan panggilan. Shahila tersenyum sendiri apabila mendengar kata-kata Hakimi. Dia yakin hatinya mula membuahkan bibit-bibit suka kepada Hakimi.

************************************

Keesokan harinya..

“ Adik..! Sarapan” Pn Hanim dari dapur memanggil Shahila untuk bersarapan bersama.

“ ye mak.. Wah sedapnya mee goreng” ujar Shahila apabila terpandang mee goring yang masih panas di atas meja.

“ malam tadi student ayah tu call adik ke? Apa dia nak? Beria-ria nak cakap dengan adik” En Aziz memulakan perbualan. Sharina dan suaminya, Zul hanya tersenyum mendengar. Mereka dapat mengagak apa yang Hakimi mahu. Sharina teringat kenangan ketika dia dan Zul berkenalan.

“ takde apa ayah.. saja nak berbual.. ayah bagitau nombor adik eh.. bengang adik tau” balas Shahila malu.

“ apa salahnya adik.. mak tengok dia budak baik.. dengar cerita dia dah bekerja.. jadi CEO kat syarikat papa dia lagi tau” Pn Hanim mengusik anak bongsunya. Shahila sudah masuk 23 tahun tapi tiada calon yang diperkenalkan kepadanya untuk menjadi calon menantu.

“ akak and abang Zul pun suka.. lagipun adik takde boyfriend lagi” usik Sharina pula. Dia memang suka menyakat Shahila.

" Adik dengan dia kawan jela.. lagipun baru je kenal" sekali lagi Shahila terasa pipinya mula memerah. Malu dengan usikan keluarganya.

Sejak peristiwa itu, Hakimi dan Shahila menjadi semakin rapat. Masing-masing meluahkan perasaan cinta apabila genap 4 bulan mereka berkawan rapat. Walaupun Shahila sibuk untuk menghadapi peperiksaan akhirnya dan Hakimi pula sibuk bekerja namun itu tidak menghalang mereka untuk berjumpa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 04:18 PM | Show all posts
Pagi itu Hakimi bangun seperti biasa untuk ke pejabat. Badannya yang lemah sejak dari semalam membuatkan dia untuk pergi ke klinik. Dia meminta Azam untuk membawanya ke klinik. Di klinik, Hakimi menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui apa punca badannya lemah dan terasa hendak demam.

“ saya sakit apa doctor?” soal Hakimi berdebar-debar. Dia berdoa agar dirinya sihat-sihat saja.

“ saya harap En Hakimi bersabar.. En Hakimi menghidap kanser darah atau nama saintifiknya leukemia. Dalam jangkaan saya masa En Hakimi untuk bertahan hanya dalam 6 bulan saja” jelas doctor itu.

“ Ya Allah.. 6 bulan saja? Takde cara lain untuk sembuhkan penyakit ni doctor?” soal Hakimi lagi. Dia seakan tidak percaya dengan berita yang baru didengarinya. Sekelip mata muncul wajah Shahila di benaknya. Dia teringatkan janji mereka bahawa dia akan membahagiakan Shahila sehingga ke akhir hayat.

“ ye.. itu cuma jangkaan saja.. kita bertawakal saja pada Allah.. mungkin En Hakimi boleh buat kemoterapi” cadang doctor itu. Hakimi hanya mengangguk lemah dan melangkah keluar dari bilik doctor setelah urusannya selesai.

Dia mengambil ubat dan mendapatkan Azam lalu menceritakan semuanya. Azam terduduk mendengar cerita Hakimi. Sejurus kemudian, dia memberikan semangat kepada Hakimi agar terus bersemangat untuk hidup dan tidak berputus asa.

Selepas Hakimi mengetahui berita itu, dia seakan mengelak dari Shahila. Dia tidak mahu berjumpa mahupun bercakap dengan Shahila. Dia tidak mahu gadis yang amat dicintainya sedih dengan keadaan dirinya sekarang.

Kimi.. kenapa awak semakin jauh dari saya sekarang? Pls reply.. I need your explanation

Mesej yang dikirim Shahila ditatap. Air matanya bergenang apabila membaca mesej itu. Sudah seminggu dia tidak berhubung dengan gadis itu. Rasa bersalah semakin menghimpit dirinya. Dia cuba berfikir apa yang terbaik untuk masa depan mereka berdua.

Shahila merenung handphone miliknya. Sudah sejam berlalu namun langsung tiada balasan dari Hakimi. Dia cuba bersikap positif dan menenangkan dirinya. Dia tahu Hakimi mempunyai alasan kenapa dia berbuat begitu.

**************

Setelah beberapa hari berfikir, Hakimi yakin itulah keputusan yang paling terbaik. Dia memohon petunjuk kepada Allah dan keputusan itu yang dicapai. Dia bergegas ke rumah Shahila untuk berjumpa En Aziz. Kebetulan En Aziz mengambil cuti untuk bersantai saja di rumah memandangkan sekarang sedang cuti semester.

“ Hakimi..masuklah.. Shahila takde.. dia jumpa kawan sekejap” jemput Pn Hanim apabila melihat Hakimi dip agar rumah.

“ takpe makcik.. saya datang nak jumpa En Aziz” ujar Hakimi. Hatinya sedikit lega apabila Shahila tiada di rumah. Senanglah untuk dia berbincang dengan En Aziz.

Dia melangkah masuk ke ruang tamu. Pandangannya tertancap pada En Aziz yang sedang duduk membaca suratkhabar.

“Ada apa kamu nak jumpa saya? Dengar cerita kamu dah jarang jumpa Shahila.. kenapa?” soal En Aziz sejurus Hakimi duduk. Nada suara En Aziz seperti marah kerana Hakimi seperti mempermainkan Shahila.

“ err.. saya ada masalah sikit haritu.. tapi saya serius dengan Ila.. saya datang ni saya ingat saya nak kahwin dengan dia dalam masa terdekat ni..boleh?” jelas Hakimi tenang. Dia tekad dengan keputusannya. Dia mahu hubungannya dengan Shahila sebagai suami isteri jika dia sudah tiada lagi di dunia ini.

“ hah? Biar betul.. dia tu kerja pun tak dapat lagi.. kenapa kamu nak menikah awal sangat?” bantah En Aziz. Dia terkejut apabila Hakimi menyatakan hasratnya kerana anak sulungnya baru saja melangsungkan perkahwinan hampir lima bulan yang lalu.

“ takpe.. saya janji saya akan bertanggungjawab.. saya takkan sia-sia kan dia.. saya taknak tunggu lama lagi dah.. saya harap En Aziz setuju” balas Hakimi pula. Dia berharap sangat En Aziz bersetuju.

“ hurm.. kalau macam tu.. saya tanya Shahila nanti.. kalau dia setuju, bolehlah korang bernikah dalam dua minggu lagi. Majlis sanding tu nanti kita rancang” ujar En Aziz. Dia tahu Hakimi akan manjaga anaknya dengan baik dan kerana itulah dia bersetuju dengan keputusan Hakimi.

Hakimi tersenyum mendengar kata putus En Aziz. Keinginannya untuk memperisterikan Shahila akan tercapai. Setelah bersalaman, dia pulang ke rumahnya dan ingin memberitahu hajat kepat ibubapanya pula. Orang tua Hakimi memang tidak menghalang keputusannya kerana dia merupakan anak tunggal dalam keluarga mereka. Segala kehendak pasti akan dipenuhi.

p/s: komen kwn2 sume amat sy harapkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 04:33 PM | Show all posts
apa pasai cite tasha semua sedih... hat ni pun mesti sad ending juge kan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 05:44 PM | Show all posts
saya pun kurang suka citer yg sad ending nie. penat tau nak nangis.. teringat citer Lily untuk Najah.. sedih giler... banyak kali baca pun nak kena nangis gak. letih tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-9-2011 11:00 PM | Show all posts
hehe..nt tasha try wt cite klkr eh..skang tau buat cite sedeh je..hee
apa apa pon tengs korg..sudi bace..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 04:26 PM | Show all posts
Dua minggu berlalu akhirnya mereka selamat dinikahkan. Kenduri yang dibuat hanya ala kadar tetapi meriah dengan kehadiran saudara mara dan teman rapat. Selesai menunaikan solat isyak, Shahila dan Hakimi beriringan melangkah ke dapur. Aroma ayam masak merah menusuk ke dalam hidung sebaik saja duduk di meja makan. Pn Hanim tersenyum melihat mereka berdua. Akhirnya kedua-dua anaknya telah berkahwin dan bahagia dengan pilihan masing-masing. Terasa sebak apabila teringat sewaktu dia melahirkan kedua anak perempuannya.

“ Apa rancangan kamu berdua lepas ni Hakimi?” soal En Aziz memulakan bicara mereka ketika masing-masing sedang enak menjamu selera.

“ saya ingat nak bawa Ila pergi honeymoon kat Cameron Highland esok.. lagipun saya amek cuti seminggu” balas Hakimi tersenyum. Dia tidak mahu melengahkan lagi masa berbulan madu mereka berdua. Takut tidak sempat jika dilambatkan. Sempat dia mengerling kepada Shahila yang juga membalas senyumannya.

“ Cameron? Eloklah tu.. mak nak tanya ni.. lepas kahwin ni kamu berdua tinggal kat mana? Macam Rina dia tinggal dengan mak” soal Pn Hanim pula. Dia faham jika menantunya mahu tinggal berasingan darinya.

“ Abang Kimi kata nanti kitaorang duduk dengan papa dan mama.. bolehkan mak? Lagipun adik tak risau sebab Abang Zul and Akak ada jaga mak” ujar Shahila pula. Tidak dapat dinafikan hatinya berat untuk meninggalkan Pn Hanim. Selama ini dia tidak pernah berjauhan dari maknya. Maklumlah anak bongsu.

“ takpe.. Ayah faham.. sekali sekala baliklah sini ye.. lagipun rumah Hakimi tu sejam je dari sini.. dekat je” pesan En Aziz sambil memandang mereka. Hakimi mengangguk faham.

“ Adik jangan risaulah.. akak ada.. kalau ada apa-apa nanti akak telefonlah adik ok?” Sharina bersuara. Sebelum dia dan Zul berkahwin, mereka memang merancang untuk tinggal bersama En Aziz dan Pn Hanim.

*********************************

Keesokan harinya mereka bertolak ke Cameron Highland. Sesampai mereka di tempat peranginan, mereka menuju ke hotel untuk membersihkan diri dan merehatkan diri seketika. Shahila benar-benar rasa bahagia kerana apa yang diimpikan sudah tercapai. Dia tidak pernah menjejakkan kaki di kawasan itu. Padanya Hakimi pandai memilih tempat bulan madu mereka kerana dia teringin ke tempat sejuk itu. Handphone berbunyi dan mengejutkan Shahila dari lamunannya. Segera dia menjawab panggilan dan melangkah ke balkoni hotel manakala Hakimi cepat-cepat menelan ubat yang diberi doktor. Perihal penyakitnya itu langsung tidak diketahui oleh Shahila.

“ siapa call tadi?” soal Hakimi sambil duduk di sebelah Shahila yang baru saja menamatkan panggilannya.

“ Akak..” balas Shahila pendek. Dia menghidupkan TV dan kembali duduk di sofa bersama Hakimi.

“ ohh.. rindu sangat ke kat adik dia ni sampai telefon.. baru sehari kita kat sini” gurau Hakimi. Dia tahu Shahila memang rapat dengan akaknya.

“ takdelah..hehe.. akak kirim strawberry.. biasalah abang.. mengidamlah tu” beritahu Shahila panjang. Sharina memang sedang berbadan dua dan kini hampir mencecah 6 bulan kandungannya.

“ bestkan diorang dah nak dapat anak.. erm.. sayang nanti nak berapa orang anak?” soal Hakimi lembut. Jari jemarinya memegang tangan Shahila. Bahagia terasa sehingga dia hampir melupakan sakitnya buat seketika.

“ hah? Kita baru je kahwin.. abang tak sabar eh?” soal Shahila pula sambil tersenyum nakal. Sengaja dia tidak menjawab soalan Hakimi. Dia memang belum terfikir untuk mempunyai anak lagi.

“ apa salahnya.. takut abang tak sempat ke..” kata Hakimi. Senyuman Shahila mati mendengar kata-kata suaminya. Dia mengagak maksud suaminya.

“ apalah abang ni.. kenapa cakap macam tu?” Shahila mula menarik muncung.

“ masamnya muka.. ok.. abang tak cakap lagi ye.. senyum sikit sayangku” pujuk Hakimi. Kesal apabila terlepas cakap. Shahila berpaling dan tersenyum. Dia meletakkan kepalanya di bahu Hakimi.

“ I love u abang” kata Shahila separuh bisik. Ucapan manis itu dibalas Hakimi dengan senyuman. Namun jauh di sudut hati, dia memikirkan keadaan Shahila nanti apabila ketiadaannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2011 02:41 PM | Show all posts
sambungla lagi......................
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 02:59 PM | Show all posts
xsnggup nak bce ending dia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 04:45 PM | Show all posts
haiyooo... ini lagi satu cite sad ending...huhuhuuu tak sanggup akak wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 09:26 AM | Show all posts
x semua laukemia jangka hayat pendekkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 11:25 PM | Show all posts
huhu..tengs sudi bace..sorilaa da lame x smbg..bz ckit bile da start stdy..insyaAllah weekend ni smbg balek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2011 01:56 AM | Show all posts
Sepanjang mereka berada di Cameron highland, mereka melawat pelbagai tempat yang sangat popular di kalangan para pelancong. Mereka banyak menghabiskan masa di ladang strawberry dan cactus valley. Mereka tak henti-henti mengambil gambar berdua atas permintaan Hakimi. Shahila hanya menurut dan hanya menganggap itu satu perkara biasa jika pasangan pengantin sedang bercuti. Lagipun dia boleh menyimpan kenangan mereka berdua. Tiba seminggu mereka pulang ke rumah Hakimi selepas singgah sebentar di rumah Shahila. Kedatangan Shahila di rumah mertuanya disambut baik.

“ balik pun anak menantu mama ni..ingat nak tinggal sana terus” gurau Pn Ara mama kepada Hakimi ketika melihat kelibat anak tunggalnya itu.

“ macam tak suka je kitaorang balik” Hakimi pura-pura merajuk. Dia memang sudah biasa dengan gurauan mamanya.

“ masuklah Ila.. buat macam rumah sendiri.. papa pergi jumpa kawan-kawan dia” bicara Pn Ara sambil menarik lembut tangan Shahila. Dia tidak mahu menantunya merasa kekok di rumahnya. Hakimi senang melihat perkara itu. Sekurang-kurangnya sewaktu ketiadaannya nanti, ibubapanya boleh menjaga Shahila dengan baik. Dia tersenyum sendirian walaupun sedih terasa.

“ ok mama.. kitaorang naik atas dulu ye..penat drive dari Cameron tadi tau” ujar Hakimi. Selepas melihat anggukan dari mamanya, dia memimpin tangan Shahila ke biliknya. Pn Ara hanya tersengih melihat kelakuan Hakimi. Romantic sungguh anaknya, fikir Pn Ara sendirian. Shahila pula tersipu malu apabila Pn Ara melihat perbuatan Hakimi.

“ abang.. layanan mama baik sangat kat Ila.. terharu Ila..” Shahila bersuara sambil meletakkan pakaiannya di dalam almari.

“ baguslah.. lagipun mama teringin nak anak perempuan.. bila abang dah kahwin ni, dia rasa happy sangat sebab hajat dia nak ada anak permpuan tu tercapai” Hakimi berkata sambil merebahkan badannya di atas katil. Tubuhnya terasa lemah sedikit berbanding hari-hari yang lain.

“ yeke..erm, abang dah start kerja esok kan? Abang nak pakai baju mana?” ujar Shahila sambil membelek-belek beberapa pakaian Hakimi. Dia mahu menggosok segera supaya tidak terlupa.

“ hurm.. abang teringin nak pakai baju biru langit ni.. present Ila time kita bercinta dulu” balas Hakimi. Dia segera melangkah ke arah Shahila dan memeluk tubuh itu dari belakang. Shahila yang sedikit terkejut membalas kembali pelukan itu.

“ abang rasa buat masa ni Ila tak payah kerja ye.. abang nak sayang sentiasa ada bila abang balik kerja nanti” Hakimi bersuara lagi. Dia menyatakan hasratnya yang tidak mahu Shahila bekerja dahulu.

“ hah? Kalau macam tu, Ila ikut jela.. ayah ada pesan, bila dah kahwin kena dengar cakap suami” kata Shahila walaupun dia mahu bekerja selepas berkahwin. Dia tidak mahu bergaduh hanya kerana perkara remeh seperti ini. Hakimi mengeratkan lagi pelukannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2011 04:45 PM | Show all posts
Setelah lima bulan bergelar seorang isteri, banyak yang Shahila pelajari untuk menjadi yang terbaik di mata Hakimi. Selama ini jugalah Shahila belum mengetahui penyakit Hakimi. Sejak kebelakangan ini muka Hakimi semakin pucat. Apabila ditanya pasti banyak alasan yang akan diberikan. Namun itu tidak mengubah kebahagiaan rumah tangga mereka.

“ Assalamualaikum” bicara Hakimi sewaktu melangkah masuk ke dalam rumah selepas pulang dari pejabat. Shahila yang sedang khusyuk melayan facebook segera meyambut Hakimi. Selepas itu dia ke dapur dan kembali dengan membawa secawan teh. Itulah rutin Shahila apabila Hakimi pulang dari bekerja.

“ banyak kerja hari ni abang? Pucat muka sayang Ila ni” ujar Shahila sambil membelai wajah Hakimi yang sedikit pucat. Dia juga bimbang dengan keadaan itu. Apabila diajak ke hospital, pasti ditolak Hakimi.

“ macam biasalah sayang.. abang letih sikit.. tu yang pucat muka ni.. mama mana?” soal Hakimi selepas menyedari tidak terlihat ibunya itu.

“ mama pergi jumpa kawan dia.. papa main golf.. Ila sorang je kat rumah ni” Shahila berkata dalam nada manja. Memang tabiatnya suka dimanjakan oleh Hakimi.

“ laa.. kesian sayang abang.. ni hadiah untuk Ila..” ujar Hakimi sambil mencium pipi Shahila. Hakimi tersenyum melihat reaksi Shahila. Comel.

“ Eee..busuklah.. pergi mandi dululaa..” Shahila mengejek suaminya lantas mereka berdua tertawa. Shahila segera bangun dan memimpin Hakimi ke bilik mereka.

************************************************************

Pn Hanim menyambut kedatangan anaknya petang itu. Shahila jalan beriringan dengan emaknya masuk ke dalam rumah. Kelihatan Sharina sibuk mendodoikan Damia, anak sulungnya yang baru berusia dua bulan.

“ adik sorang je? Kimi mana?” soal Pn Hanim apabila melihat anaknya datang seorang diri.

“ sorang je mak.. abang Kimi ada hal” beritahu Shahila jujur. Kata Hakimi dia ada hal dan hanya menghantar Shahila ke rumah mertuanya. Sebenarnya Hakimi mahu ke hospital untuk memeriksa keadaan dirinya.

“ adik sihat? Macamana duduk rumah kat sana?” soal Pn Hanim lagi. Dia sangat mengambil berat tentang anaknya walaupun sudah berumah tangga. Sharina hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka berdua.

“ sihat..ok..mama layan adik baik sangat” balas Shahila.

“ bila nak bagi akak anak buah ni?” Sharina mencelah.

“ belum rezekila kak..” jawab Shahila sedikit perlahan. Dia sedikit terusik apabila ditanya hal itu. Ramai juga yang bertanyakan hal itu termasuklah mertuanya sendiri walaupun usia perkahwinan mereka belum setahun.

“ takpela adik..adalah tu..emak pun dah tak sabar nak main dengan cucu” pujuk Pn Hanim. Dia sedar anaknya mahu mempunyai zuriat seperti Sharina. Shahila mendengar dan hanya tersenyum. Hatinya sedikit lega apabila mendengar pujukan emaknya.

************************************************************

Sebulan selepas itu, kesihatan Hakimi semakin tak menentu. Dia sering demam dan tidak bermaya. Kadang-kadang dia mengambil cuti kerana tidak larat untuk bekerja. Shahila semakin risau mengenangkan suaminya kerana selain demam, Hakimi juga semakin kurus kerana tidak mempunyai selera makan.

“ mama risau tengok kamu ni Kimi.. pergi klinik taknak.. biar je demam tu..” tegur Pn Ara ketika Hakimi berehat di taman bunga rumah mereka.

“ takde apalah mama.. esok lusa baiklah nanti” balas Hakimi lemah. Dia masih merahsiakan penyakitnya sehingga kini.

“ esok kalau Kimi tak sihat lagi.. mama tak kira..Kimi kena pergi klinik juga” arah Pn Ara. Dia tidak mahu bertangguh lagi kerana dia tidak mahu penyakit itu semakin melarat.

“ mama.. abang..minum dulu” Shahila muncul dengan membawa teko teh dan sepinggan karipap. Belum sempat dia duduk di sebelah Hakimi, pandangannya terus kabur dan rebah di tubuh Hakimi.

“Ila!!” serentak dua beranak itu menjerit nama Shahila. Pn Ara terus memapah Shahila ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital. Hakimi hanya melangkah masuk ke dalam kereta kerana tidak berdaya untuk mengangkat isterinya. Timbul kerisauan di hatinya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:42 PM | Show all posts
haaa!!!... mesti ila preknen nih...kan..kan..kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2011 01:05 AM | Show all posts
Berita yang disampaikan oleh doktor petang tadi membuatkan Hakimi tersenyum. Dia bakal menjadi ayah tak lama lagi kerana Shahila disahkan mengandung dua bulan. Namun senyuman itu terhenti apabila dia terkenangkan keadaan dirinya. Dia dapat merasa yang ajal bakal menjemputnya tak lama lagi.

“ abang.. kenapa termenung tu?” soal Shahila setelah selesai menunaikan solat isyak. Shahila menuju ke katil selepas selesai melipat kain telekungnya.

“ thank you so much sayang.. abang gembira hari ni” balas Hakimi. Tangannya mencapai tangan Shahila dan diletakkan bersama di perut Shahila. Kalau boleh setiap masa dia mahu berbuat begitu kerana takut tidak sempat jika dia sudah dijemput ilahi.

“ Alhamdulillah.. Ila pun happy.. termakbul juga doa kita kan” ujar Shahila. Dia tidak henti mengucapkan syukur apabila disahkan berbadan dua.

“ janji pada abang ye jaga anak kita baik-baik nanti walau apa yang terjadi” pinta Hakimi merenung tepat ke mata Shahila. Shahila mengangguk perlahan. Ada sedikit kelainan dalam kata-kata Hakimi. Senyuman tergaris di bibir Hakimi apabila melihat reaksi Shahila.

**********************************************

Shahila menyusun makanan yang terhidang di atas meja. Ibu bapanya akan datang pada tengahari ini. Hakimi pula hanya berehat di ruang tamu. Dia sudah tidak lagi ke pejabat seperti biasa dan memohon cuti tanpa gaji. Setengah jam kemudian,En Aziz dan Pn Hanim tiba di rumah itu dan disambut Shahila dengan penuh ceria. Mereka terus melangkah ke meja makan.

“ adik sihat hari ni?” soal En Aziz. Mereka mengetahui berita gembira itu selepas diberitahu Hakimi.

“ sihat..Cuma abang Kimi jela tak sihat sangat” jawab Shahila. Dia memberitahu keadaan Hakimi yang sudah sebulan begitu.

“ Hakimi tak pergi jumpa doctor?” soal En Aziz kepada Hakimi pula. Berkerut dahinya apabila mengetahui keadaan menantunya.

“tak payah ayah.. abang Kimi taknak” Shahila mencelah. Dia sudah malas memujuk suaminya.

“mana boleh macam tu.. esok pergi check doctor..bahaya biar macamni” arah Pn Hanim.
Hakimi hanya diam. Pasrah dengan apa yang akan berlaku jika rahsia penyakitnya akan diketahui.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2011 01:04 AM | Show all posts
Deringan jam loceng membuatkan Shahila tersedar dari lena. Sudah masuk waktu subuh, bisiknya. Dilihat Hakimi masih lena di atas katil. Dia bersandar sebentar sambil memerhatikan wajah Hakimi. Comel sungguh. Beberapa minit kemudian, dia ke tandas untuk membersihkan diri dan selepas itu mengejutkan Hakimi. Shahila menggerakkan tubuh Hakimi beberapa kali namun tiada respon dari suaminya.

“ abang.. bangunlah.. dah masuk waktu subuh ni” ujar Shahila. Tangannya tidak henti menggerakkan tubuh Hakimi namun masih tubuh itu kaku.

“ abang.. abang..” Shahila bersuara separuh jerit. Dia menjadi panik dan macam-macam perkara sudah dibayangkan di mindanya. Tangisan mula kedengaran dari bilik itu.
Pn Ara dan suaminya yang baru selesai solat subuh bergegas ke bilik Hakimi apabila mendengar tangisan itu. Shahila menceritakan apa yang berlaku. Tanpa membuang masa, papa Hakimi terus membawa Hakimi ke hospital dan diiringi Pn Ara dan Shahila. Sepanjang perjalanan, Pn Ara tidak berhenti memujuk Shahila dari berfikir yang bukan-bukan.

Setibanya mereka di hospital, Hakimi terus dimasukkan di pusat kecemasan. Shahila memberitahu keluarganya tentang Hakimi. Setelah sejam menunggu, seorang doktor lelaki keluar dan berjumpa Shahila lantas mereka beriringan masuk ke bilik doktor.

“ encik Hakimi dah stable sekarang.. tapi..” doctor itu bersuara. Dia tidak sanggup untuk meneruskan ayatnya apabila memandang wajah Shahila.

“ tapi apa doctor? Suami saya sakit apa sebenarnya?” soal Shahila bertalu-talu. Dia sudah tidak sabar untuk mengetahui penjelasan lanjut dari doctor itu.

“ actually En Hakimi menghidap leukemia di tahap yang kritikal. Buat masa ni dia stabil tapi penyakitnya boleh menyerang bila-bila masa dan kemungkinan boleh membawa maut” jelas doctor itu. Lega terasa apabila sudah memberitahu kenyataan yang memeritkan itu.

“ hah? Leu..leukimia doctor? Ya Allah.. boleh saya jumpa dia?” air mata mula mengalir di pipinya. Dia tidak sangka selama ini sakit yang dialami Hakimi adalah symptom-simptom kepada penyakit kronik.

“ seeloknya biar pesakit rehat dulu..mungkin petang ni awak boleh melawat dia” ujar doctor itu lagi. Shahila hanya mengangguk perlahan dan meminta izin untuk beredar. Air mata Shahila semakin deras mengalir di pipi. Kakinya sudah tidak berdaya untuk melangkah. Longlai tubuhnya apabila mengetahui keadaan Hakimi. Dia tidak bersedia untuk kehilangan Hakimi dalam waktu yang terdekat ini.

“ mama.. mak..” Shahila bersuara dalam tangisan sambil memeluk ibu dan mak mertuanya.

“ Kimi macamana?doktor cakap apa?” soal Pn Hanim. Pn Ara disebelah menanti penjelasan Shahila. Air matanya juga mula menitik mengenangkan keadaan anaknya. Menyesal juga tidak dibawa ke klinik awal-awal.

“ abang Kimi sakit leukemia mak.. adik tak sanggup..adik takut” rengek Shahila. Pn Ara yang mendengar tergamam. Betulkah apa yang dia baru dengar? Dia juga terkejut mendengar berita itu. Dia juga tidak mahu kehilangan anak tunggalnya itu. En Aziz dan papa Hakimi juga terdiam. Mereka tidak menyangka penyakit Hakimi boleh membawa maut. Suasana di bilik kecemasan itu diselubungi dengan bunyi tangisan mereka sekeluarga.

***************************************************************

Gerakan jari Hakimi mengejutkan Shahila dari lena. Sejak dari petang tadi dia menunggu Hakimi sedar dan tengah malam itu baru Hakimi tersedar. Shahila segera membelai wajah yang dicintainya itu.

“ Ila miss u so much abang” ucap Shahila. Rindu terasa apabila hampir seharian Hakimi pengsan.

“ maafkan abang sayang.. abang..” kata-kata Hakimi terhenti di situ apabila melihat mata Shahila sudah berkaca. Air mata yang bertakung hanya tunggu untuk melimpah. Mata Shahila juga kelihatan bengkak akibat terlalu banyak menangis.

“ Ila faham abang.. abang rehat ye.. Ila ada kat sini” ujar Shahila sambil mengesat air mata yang sudah mengalir. Kesedihan yang ditahan dari tadi sudah tidak tertanggung lagi.

“ Ila jangan nangis sayang.. nanti baby kita sedih.. kesian kat dia” pujuk Hakimi. Dia sedikit risau apabila Shahila tidak henti menangis. Dia teringat pesan mamanya agar tidak membuat Shahila bersedih dalam keadaannya yang sedang hamil.

Shahila mengesat air matanya. Hakimi mengenggam erat tangan Shahila untuk memberikan semangat dan sedikit kebahagiaan untuknya. Kepala Shahila disandarkan di tubuh Hakimi dan masing-masing melayani perasaan sehingga terlena hingga keesokan harinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2011 01:56 AM | Show all posts
Selepas tiga hari di hospital, Hakimi pulang ke rumah. Walaupun kesihatannya masih belum pulih, namun dia berdegil untuk tinggal di rumah sahaja. Dia berasa sangat bosan apabila berada di hospital. Malam itu, Hakimi  hanya memerhati Shahila yang sedang khusyuk melipat baju yang sudah kering. Ada yang perlu dikatakan kepada isterinya kerana merasakan ajalnya sudah hampir tiba.

“ sayang” Hakimi bersuara lemah. Dia membuat isyarat kepada Shahila supaya datang ke katil. Tanpa berlengah, Shahila hanya menurut.

“ abang mintak maaf pada Ila. Sebenarnya abang dah lama tahu penyakit abang, sebab tu abang nikah dengan sayang cepat-cepat..abang takut tak sempat..abang nak hubungan kita berakhir dengan ikatan suami isteri” luah Hakimi. Dia merenung tepat ke mata Shahila.

“ abang happy bila kita akan dapat anak tak lama lagi..tapi..abang tahu masa abang tak lama.. sayang jaga kandungan elok-elok ye.. maafkan abang tak dapat jaga Ila sebaik mungkin” luah Hakimi lagi. Kali ini air mata lelakinya mula mengalir. Walaupun tidak sanggup untuk berkata demikian, namun dia terpaksa.

“ abang..please jangan cakap macamni.. Ila yakin kita akan jaga anak kita sama-sama.. yang penting abang kena rehat puas-puas” Shahila bersuara. Dia juga menangis apabila mendengar kata-kata suaminya.

“ abang nak sayang tahu yang Shahila satu-satunya cinta abang.. cinta Ila buat abang jadi kuat.. kalau abang pergi, abang redha..abang akan pergi dengan hati yang tenang sayang” ujar Hakimi. Dia mahu meluahkan segalanya. Dia tahu Shahila tidak suka apabila dia berbicara tentang soal mati.

Shahila hanya mengalirkan air mata. Dia diam seribu bahasa. Ada benarnya kata suaminya itu. Dia tunduk mengenangkan keadaan suaminya. Lidah Hakimi kelu melihat reaksi Shahila. Dia tahu isterinya sedang bersedih.

“ sayang tidurlah.. mesti sayang penat kan..” ujar Hakimi bersuara semula apabila diam seketika. Shahila membaringkan tubuhnya sambil memandang wajah Hakimi. Air matanya mengalir lagi tanpa henti.

“ agak-agak baby kita boy or girl.. kalau girl mesti comel macam sayang” Hakimi mengubah topic perbualan. Dia tidak mahu Shahila bersedih lagi. Dia mengusap perut Shahila yang masih tidak berubah bentuk.

“ and kalau lelaki mesti sekacak papa dia.. abang nak namakan apa nanti?” soal Shahila. Dia juga tidak mahu bersedih. Tangannya diletakkan bersama tangan Hakimi yang asyik mengusap perutnya. Masih dua bulan usianya jadi perutnya masih seperti biasa, fikirnya.

“ kalau boy.. abang nak namakan Iqram Haikal.. girl pula Nuralia Shafika..camne?” soal Hakimi. Nama itu memang dia sudah lama fikirkan sejak dia baru bergelar suami.

“ erm..sedap nama tu abang.. sayang suka sangat” balas Shahila. Beberapa minit kemudian, dia menguap lalu dia memejamkan matanya dan terlena.

Hakimi melihat wajah Shahila yang sudah terlena. Dia mahu tidur lambat dan menemani Shahila malam itu.

“ anak papa, jaga mama bila papa dah takde nanti..jangan buat mama sedih ye” bisik Hakimi perlahan di perut Shahila. Dia seperti memberi pesanan kepada anak di dalam kandungan Shahila.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 01:04 PM | Show all posts
pesanan terakhir ke tu??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.408245 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list