CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1831|Reply: 1

Persidangan Tokotrienol Menggalakkan

[Copy link]
Post time 8-9-2011 05:22 PM | Show all posts |Read mode


Bentang hasil penemuan kajian bagi pencegahan penyakit kronik

LAS VEGAS: Persidangan Antarabangsa Tokotrienol dan Penyakit Kronik Kali Kedua yang dianjurkan Pejabat Wilayah MPOB, Amerika Syarikat dengan kerjasama Ibu Pejabat MPOB, di sini, baru baru ini, mendapat sambutan amat menggalakkan.

Tujuan persidangan adalah bagi mempromosi tokotrienol minyak sawit dan membentangkan kebaikannya penemuan kajian bagipencegahan penyakit kronik seperti kanser usus, kanser prostat, kanser payudara, penyakit kardiovaskular, penyakit saraf dan inflamasi.


Persidangan dua hari itu berlangsung di Hotel Wynn. Seramai 31 penceramah dari 5 negara termasuk Malaysia, AS, Korea Selatan, Itali dan Turki membentangkan hasil kajian berhubung tokotrienol. 75 peserta menyertai persidangan ini.

Saintis dan Penyelidik MPOB juga turut membentang kertas kerja termasuk Dr Kalanithi Nesaretnam, Dr Fu Ju Yen, Dr Harrison Lau Lik Nang dan Puan Zaizuhana Shahrim.

Persidangan itu adalah usaha MPOB membantu industri sawit Malaysia mempromosikan tokotrienol berasaskan sawit di pasaran AS.

Syarikat Malaysia seperti ICOF (M) Sdn Bhd, SuperVitamins Sdn Bhd, Carotino Sdn Bhd, Mawang Sdn Bhd, Palm Neutraceuticals Sdn Bhd, Hovid Berhad dan Davos Life Science Pte Ltd (anak syarikat Kumpulan KLK) dari Singapura turut menyertai persidangan ini.

Persidangan tokotrienol 2 hari itu dibahagikan kepada 4 sesi yang membincangkan tajuk berhubung kait dengan Clinical Trials, Mechanistic Insight and Method of Analaysia, Role of Tocotrienols in Disease Prevention and Tocotrienols From Laboratory to the Market.

Antara saintis terkemuka membentangkan kertas kerja adalah Dr Chandan Sen (AS), Dr Bharat Aggarwal (AS), Dr Francesco Galli (Itali), Dr Ki Baik Halm (Korea Selatan), Dr Nesrin Kartal Ozer (Turki) dan Prof Yuen Ka Hay (Malaysia).

Persidangan turut membincangkan langkah perlu dilaksanakan bagi menjamin kejayaan proses pengkomersialan tokotrienol di AS.

John Low daripada PEMANDU yang membentangkan kertas kerja bertajuk Palm Oil: National Focus menjelaskan kepentingan produk berasas tokotrienol sawit sebagai penjana pendapatan kepada industri dan ekonomi negara.

Beliau berkata, di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) yang menjadi teras kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP), 12 sektor industri dipilih Kerajaan Malaysia sebagai penjana pertumbuhan penting termasuklah industri minyak sawit.

Di bawah NKEA, industri sawit disasar menjana Pendapatan Kasar Negara sebanyak RM178 bilion menjelang tahun 2020 berbanding RM52.7 bilion pada tahun 2009.


http://usahawanhovid.com/persidangan-tokotrienol-menggalakkan/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2012 09:05 AM | Show all posts
Tocotrienols and tocopherols are members of the vitamin E family, sporting the characteristic structural features of a chromanol “head” and isoprenoid “tail”. However, the isoprenoid tail of tocotrienols is unsaturated while that of tocopherols is saturated.

Like tocopherols, tocotrienols can exist either in the alpha-, beta-, gamma-, or delta- form called “isomers”. Therefore, the vitamin E in the foods that we eat can have any combination of these 8 possible vitamin E isomers.

Tocotrienols are a more potent form of antioxidants as compared to tocopherols. And if you go to any pharmacy outlets and ask for Vitamin E, you will most probably get tocopherols unless you specifically request for Vit E tocotrienols....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.053456 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list