CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 114|Reply: 0

Kerajaan bincang bantuan kepada Megasteel

[Copy link]
Post time 14-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KERAJAAN mungkin membantu Megasteel Sdn Bhd, iaitu pengeluar keluli tempatan yang dikatakan berdepan masalah saingan yang tidak adil daripada syarikat dalam industri berkenaan di negara jiran.\r“Kami mungkin bantu Megasteel dalam bentuk lain. Ia masih lagi dibincangkan dan belum dimuktamadkan lagi,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada media di luar majlis Persidangan CEO Global Forbes di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\r  Megasteel, anak syarikat Lion Group, adalah pengeluar keluli leper bersepadu tunggal dan yang pertama di Malaysia menghasilkan lingkaran bergulung panas dan sejuk.\r\r\n\n\n\n\n  Syarikat itu sebelum ini telah meminta perlindungan daripada kerajaan susulan operasinya yang terjejas ekoran pengimportan lingkaran bergulung panas.\r“Kita memang mengadakan pertemuan dengan mereka. Mereka meminta perlindungan tambahan daripada kerajaan,” kata Mustapa.\rBagaimanapun selepas menimbangkan dengan teliti permintaan itu, beliau berkata: “Kita percaya, demi kepentingan negara, kita tidak boleh meluluskan permintaan itu.”\rKatanya, permintaan itu jika diluluskan, akan mempunyai kesan besar ke atas aktiviti huluan dan hiliran.\r\n\n\n\n\r“Megasteel dan Lion Group tentunya adalah pelabur besar di Malaysia tetapi pada masa sama, kita juga mempunyai beberapa aktiviti hiliran,” katanya.\rMustapa berkata, kumpulan itu meminta perlindungan tambahan 35 peratus dalam tarif import.\r“Jika kita buat begitu, sudah pasti pengguna akan kena bayar lebih. Malah, akan terdapatnya kenaikan dalam kos pembinaan. Kos pengeluaran di beberapa syarikat di Malaysia juga akan meningkat.\r“Demi kepentingan negara yang lebih meluas, selepas menimbangkan permintaan itu dengan begitu teliti, kementerian mengambil keputusan yang kita akan membantu mereka dengan cara lain. Kita sedang mengkaji cara apa yang kita boleh bantu mereka,” katanya.\rMengenai pengharaman eksport besi dan sekerap keluli yang diminta oleh kumpulan itu, Mustapa berkata: \"Kami masih lagi mengkajinya dan ia dalam peringkat perbincangan. Tiada lagi sebarang keputusan muktamad.\"\rSementara itu, Mustapa berkata, Perbadanan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan pelaburan bernilai RM31.7 bilion sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.\r\"Ia membabitkan pelaksanaan operasi baru dan pembesaran sedia ada syarikat,\" katanya sambil menjelaskan beberapa  syarikat sedia ada di Melaka dan Pulau Pinang melabur sehingga RM1 bilion dan menambah bilangan pekerja masing-masing kepada 1,700 orang.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048408 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list