View: 182|Reply: 0
|
Genting bina Resorts World Miami AS$3 bilion
[Copy link]
|
|
Genting bina Resorts World Miami AS$3 bilion2011/09/17\n\n\n\n\n\n\n\nGENTING Malaysia Bhd antara syarikat riadah dan hospitaliti terkemuka di dunia mengumumkan pelan induk bernilai AS$3 bilion untuk Resorts World Miami.\rDalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, resort yang berkeluasan 10 juta kaki persegi itu membabitkan pembangunan bercampur, sekali gus menjadikannya antara projek terbesar di Florida.\r\n\n\n\n\r“Resorts World Miami mempercepatkan evolusi Florida sebagai destinasi global. Matlamat kami ialah mewujudkan resort itu sebagai resort destinasi paling berjaya di Amerika,” kata Pengerusi dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay.\r\r\n\n\n\n\nDibangunkan di kawasan seluas 13.9 ekar yang kini menempatkan Miami Herald Media Company, Resorts World Miami terletak di tengah bandar raya Miami iaitu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Miami dan Pantai Miami. Ia termasuklah rangkaian siri empat hotel dengan 5,200 bilik.\r“Ke utara dan berdekatan dengan tapak Miami Herald ialah hartanah Omni Centre dengan Genting membeli semua gadai janji tertunggak,” katanya.\r\"Genting Malaysia akan bekerjasama dengan pemilik hartanah untuk menguasai sepenuhnya dan mengendalikan Omni Centre dalam tempoh beberapa bulan ini,\" kata Lim.\rOmni Centre termasuk ruang beli-belah berkeluasan 650,000 kaki persegi, ruang pejabat berkeluasan 350,000 kaki persegi, Hotel Hilton dengan 525 bilik dan 2,300 ruang garaj letak kereta.\r\n\n\n\n\rGenting Malaysia ialah syarikat dalam Genting Group yang mempunyai permodalan pasaran kira-kira RM20 bilion.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|