|
PASARAN saham Asia kebanyakannya meningkat semalam disokong oleh belian murah kerana peniaga masih menunggu saat akhir mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka mengumumkan langkah monetari baru untuk merancakkan ekonomi negara itu.\rPengumuman yang amat dinantikan itu dijangka hadir di tengah-tengah kerisauan krisis hutang Eropah dan kebimbangan terhadap kegagalan Greece membayar hutang.\r\n\n\n\n\r Tokyo naik 0.23 peratus atau 19.91 mata kepada 8,741.16, Seoul naik 0.89 peratus atau 16.31 mata kepada 1,854.28, Sydney meningkat 0.78 peratus atau 31.6 mata kepada 4,071.8 dan Shanghai melonjak 2.66 peratus atau 65.20 mata kepada 2,512.96.\r\r\n\n\n\n\n Bagaimanapun, Hong Kong susut 190.63 mata kepada 18,824.17, iaitu paras terendahnya sejak Julai 2009.\r“Pasaran menjangkakan pelan rangsangan daripada (Pengerusi Rizab Persekutuan AS Ben Bernanke), jadi sekiranya ia tidak berlaku maka ia akan menjadi mimpi ngeri,” kata Penasihat Utama Pelaburan RBS Morgans di Sydney, Chris Macdonald. \rJangkaan semakin memuncak bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengumumkan langkah rangsangan baru selepas Bernanke membayangkan akan mengambil langkah itu dalam ucapannya bulan lalu.\r“Dengan kelemahan data ekonomi AS baru-baru ini, Rizab Persekutuan kini hampir pasti untuk melakukan sesuatu, tetapi ia masih kabur,” kata pakar ekonomi di Capital Economics, Paul Ashworth dalam nota penyelidikannya.\r\n\n\n\n\rDolar AS jatuh berbanding yen berikutan pengumuman daripada Rizab Persekutuan AS itu. Ia turut susut berbanding euro kepada AS$1.3680 daripada AS$1.3703.\rDi Tokyo, Toyota ditutup rendah 0.48 peratus kepada 2,672 yen selepas syarikat automotif gergasi itu berkata ia menutup sementara 11 kilangnya di Jepun berikutan taufan yang melanda negara itu.\rHarga minyak mentah bercampur-campur dengan kontrak minyak mentah utama New York, kontrak Oktober WTI Light Sweet susut 15 sen kepada AS$86.77 setong pada sesi dagangan tengah hari di pasaran Asia semalam tetapi minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran November naik 36 sen kepada AS$110.90.\rEmas naik kepada AS$1,811.90 seaun daripada AS$1,791.95 seaun kelmarin. \rDi pasaran lain, Taipei naik 0.57 peratus atau 43.03 mata kepada 7,535.88.\rTaiwan Semiconductor Manufacturing Co meningkat 2.13 peratus kepada Tw$72.0 sementara Quanta jatuh 2.63 peratus kepada Tw$55.5. Manila menyusut 0.37 peratus atau 15.53 mata kepada 4,204.29.\rSM Investments jatuh 2.1 peratus kepada 520 pesos, Energy Development susut 0.7 peratus kepada 6.02 pesos dan Alliance Global berkurang 0.9 peratus kepada 10.06 pesos.\rWellington meningkat 0.55 peratus atau 18.21 mata kepada 3,308.83. New Zealand Oil and Gas jatuh 4.3 peratus kepada NZ$0.67 sementara Telecom naik 1.2 peratus kepada NZ$2.60 dan Kathmandu tambah 0.5 peratus kepada NZ$2.20. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|