|
Adlin, Amy Mastura pengacara baru Serasi BersamaSUKA mencabar diri melakukan sesuatu yang baru membuatkan Adlin Aman Ramlie teruja tatkala diajukan tawaran untuk mengendalikan Serasi Bersama (SB) musim dua yang berkonsepkan kekeluargaan.\rMalah jika diberikan peluang dan kepercayaan, bekas hos sebuah rancangan bual bicara itu sedia mengacarakan program berunsur Islamik atau menjurus kepada keibubapaan.\r\n\n\n\n\rMemang jika dilihat luaran saya nampak agresif dan dikatakan lebih sesuai mengendalikan program santai, sedangkan sebenarnya secara peribadi saya bersedia menggalas tanggungjawab untuk apa juga rancangan.\r\r\n\n\n\n\nSebaik saja diamanahkan mengacarakan Serasi Bersama, saya terus menerimanya kerana ia bercorak kekeluargaan dan pastinya cabaran juga berbeza apatah lagi bergandingan dengan Amy Mastura, katanya pada pelancaran program berkenaan baru-baru ini.\rAktivis seni yang baru mencecah 40 tahun itu berpasangan dengan penyanyi yang juga pelakon terkenal, Amy Mastura, mengacarakan musim baru program yang turut bermatlamat menyalurkan dana hasil kemenangan peserta kepada badan kebajikan.\rMenjanjikan segmen yang lebih padat dan gamat, Pengurus Saluran Astro Ria, \rRaqim Ahmad, berkata ketiadaan Aznil Nawawi dan Sharifah Shahira sebagai hos terdahulu tiada kena mengena dengan sebarang isu sebaliknya ia antara variasi \runtuk pilihan penonton.\r\n\n\n\n\rKetiadaan Aznil mahu pun Shahira tiada langsung berkaitan dengan isu tarik harga atau apa pun kerana mereka masih bekerjasama untuk program lain apatah lagi sejajar kehendak semasa, perubahan perlu untuk merangsang kelainan.\rTambahan pula Adlin dan Amy belum pernah digandingkan bersama sebagai pengacara, jadi kami sebulat suara mengamanahkan mereka mewarnai musim baru ini dengan cara mereka sendiri.\rNampaknya pengalaman masing-masing selain sikap selamba membuatkan kedua-duanya cukup serasi. Sejak rakaman episod terawal juga kita sudah nampak mereka saling memberi, katanya.\rMengenai pemilihan pasangan selebriti untuk musim terbaru ini, Raqim mengakui ramai pasangan selebriti yang menyerlah namun agak sukar mendapatkan penyertaan daripada selebriti yang baru mendirikan berumahtangga.\rPada musim kedua yang masih diadakan di Studio FINAS Hulu Klang, seramai 36 pasangan diuji dengan pelbagai soalan bersandarkan personaliti, keakraban selain melihat sama ada masing-masing mengenali teman hidup mereka sepenuhnya.\rPada setiap episod, tiga pasangan akan bertanding, manakala wang kemenangan akan terus disalurkan kepada badan kebajikan yang diwakili mereka namun ganjaran bukan objektif utama sebaliknya usaha mengeratkan hubungan dan membantu insan memerlukan lebih diutamakan.\rKali ini kami mengundang ramai pasangan yang masih boleh dilabel pengantin baru seperti Shuib-Sarah, Raja Farah-Megat Bashirun dan Zed Zaidi-Nelly Natalia selain mengundang pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek, serta model kesayangan ramai, Amber Chia.\rBagi peminat Man Kidal serta Datuk Jalaludin Hassan, kebahagiaan rumah tangga mereka tentu saja dapat dicungkil menerusi musim baru ini. Pastinya penonton juga tidak sabar melihat telatah selebriti lain dan pasangan mereka, termasuk Sazzy Falak, Zila Bakarin, Sharifah Sofia, Leina Hangat, Ezani, Nila Kurnia, Tam Spider dan ramai \rSoalan tetap ditapis\rDITERBITKAN sebanyak 15 episod, program hiburan ringan, kata Raqim, masih berlandaskan kesesuaian penonton di negara ini dengan mengambil kira aspek budaya dan sensitiviti selain tidak menjurus kepada soalan berbaur peribadi.\rProgram ini adalah hiburan ringan yang sesuai ditonton seisi keluarga untuk bergembira dan peserta selebriti bertanding juga untuk tujuan amal. Dipaparkan menerusi tiga segmen, soalan masih menjurus kepada rumah tangga termasuk memori perkenalan.\rWalaupun Adlin dan Amy diberi kebebasan menentukan cara mereka sendiri untuk menceriakan suasana, soalan masih ditapis dan nyata masing-masing memahami apa yang perlu diluahkan untuk menjadikan situasi lebih santai, katanya.\rBagi Amy Mastura, 40, apabila dikatakan bakal mengendalikan SB dengan Adlin terdetik rasa gugup memandangkan aktor berkenaan tampak agresif namun selepas mengenali lebih dekat hubungan mereka semakin akrab dek sisi humor lelaki berkenaan.\rKalau tak kenal memang Adlin tampak garang. Hakikatnya dia sangat peramah dan bijak mengawal situasi. Karakternya juga melucukan kerana ada saja idea mengenakan orang lain. Apa pun di set Adlin sangat cekap, katanya. \rProgram ini mula bersiaran pada 22 Oktober ini di saluran 104 setiap Sabtu dan Ahad, jam 10 malam.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|