CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Cukai keuntungan hartanah dikaji semula

[Copy link]
Post time 8-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KADAR cukai keuntungan hartanah (RPGT) akan dikaji semula bertujuan membendung kegiatan spekulasi yang menyebabkan kenaikan keterlaluan harga rumah.\rPerdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak berkata di bawah kajian semula itu, bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga dua tahun, kadar RPGT adalah 10 peratus.\r\n\n\n\n\r  Bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun pula, katanya RPGT dikekalkan pada kadar lima peratus sementara bagi hartanah yang dilupuskan selepas lima tahun pula, RPGT tidak dikenakan.\r\r\n\n\n\n\n  Saya yakin, kadar RPGT yang masih rendah ini tidak akan menjejaskan pemilik hartanah tulen dan sekali gus dapat mengawal aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah, katanya.\rNajib menjelaskan kadar tetap RPGT yang rendah ketika ini iaitu lima peratus didapati tidak begitu berkesan untuk membendung aktiviti spekulasi dalam pasaran hartanah yang mana jika tidak dikawal akan memberi tekanan kepada harga hartanah.\rSituasi ini dalam jangka panjang  menjejaskan kemampuan golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.\rBagi menggalakkan lagi pelaburan dalam bidang perhotelan setanding dengan hotel terkemuka di dunia, Perdana Menteri berkata, pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf empat dan lima bintang di Semenanjung  diberi galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun.\r\n\n\n\n\rKerajaan juga, katanya akan memperbadankan Malaysia Healthcare Travel Council bagi membangun dan mempromosi negara sebagai destinasi utama penjagaan kesihatan di rantau ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.044181 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list