CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** KARYA SENI **

  [Copy link]
Post time 12-3-2013 01:54 PM | Show all posts


Novel terbaru bulan MAC 2013 - LELAKI EKSKLUSIF terbitan Karyaseni.

Tajuk: Lelaki Eksklusif
Penulis: Wan Awliya Rayqal
ISBN: 978-967-0246-43-7
Harga: RM18 (Semenanjung) // RM21 (Sabah & Sarawak)
Terbitan: Karya Seni.
Sinopsis:
NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.

“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”

“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”

“Serius?”

“Ngee, melampau bos ni.”

“Nora, saya serius ni.”

“Ya ke?”

Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.

Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.

Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.

Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 01:55 PM | Show all posts


Novel terbaru bulan MAC 2013 - CINTA BERSAIZ XXL terbitan Karyaseni. Novel dari penulis Aliesha Kirana - penulis novel LOVE YOU MR ARROGANT...

Tajuk: Cinta Bersaiz XXL
Penulis: Aliesha Kirana.
Penerbit : Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-44-4
Harga: RM19 (Semenanjung) // RM22 (Sabah & Sarawak)
Terbitan: Karya Seni.
Sinopsis:
“Awak dah nampak saya depan mata awak, kan? Saya tak kisah kalau awak nak tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala keputusan awak.”

“Percayalah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah.”

Nur Adeeba Addin - Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana. Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.Gara-gara saiz badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah, badak, tong dram, Doraemon, guni beras dan macam-macam lagi gelaran. Jadi mana mungkin lelaki sempurna seperti itu yang bakal dimilikinya?

Hadif Harith - Hatinya ikhlas memberi, kasihnya tulus menyinar meskipun sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun cintanya utuh buat pemilik tubuh XXL.

Sehinggalah akad dilafazkan… Adeeba akur dengan landasan cinta itu.

“Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba.”

“Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?”

Hadir pula Qaisara, sepupu Hadif yang tak henti-henti menagih cinta.

Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Adeeba kian curiga.

Benarkah masih ada ruang untuknya dicintai dan mencintai? Dan tak mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:25 PM | Show all posts
chit_ana posted on 12-3-2013 01:54 PM
Novel terbaru bulan MAC 2013 - LELAKI EKSKLUSIF terbitan Karyaseni.

Tajuk: Lelaki Eksklusif

yang ini npk menarik..ok sabtu nie lepas lunch ngan exboss singgah mph subang parade
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 03:34 PM | Show all posts
chit_ana posted on 12-3-2013 01:28 PM
chan rak ter ke?ramai yg bagi review best.kita lum baca lagi

yups...oklah sbb tgk ramai org yg review best
anyway tq


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 05:19 PM | Show all posts
nightwinkle posted on 12-3-2013 02:25 PM
yang ini npk menarik..ok sabtu nie lepas lunch ngan exboss singgah mph subang parade

rasa lum ada kt kedai lagi ni.stok novel ni baru sampai jumaat nanti.order online pun dibuka minggu depan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 01:30 PM | Show all posts
Hi, baru habis baca Jauh Dari Cinta dari Adah Hamidah..
Kisa Nysa yang telalu cinta pada Aqil ..sedangkan Aqil cintakan Lily..
Kemuncak cinta si nysa ni nak satukan Aqil dengan lily...Ishh..
Sakit hati jugak dengan kemuliaan dan kebiolan..(haha..geram) nysa.
Ending dia mestilah hero bersatu heroin yang berhati mulia tu..
..saya bagi 3 bintang utk cerita ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2013 12:37 AM | Show all posts
Tengah baca kau yg pertama dan terakhir.. Best banget...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 03:45 AM | Show all posts
chit_ana posted on 18-2-2013 10:25 PM
Semenanjung : RM24
Sabah/Sarawak : RM27
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )

citer neh..awal2 best gak nak layan..dh tgh2 tuh smpi konflik dian dh nak sembuh..meleret la plak..

tp yg bestnyer..awal2 bab dh dpt teka..sapa sakda yg bermusuh ngan karn tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2013 05:23 PM | Show all posts
Baru selesai baca One day youll be mine..Kisah cinta Fitri yang terlalu obsess
dengan bekas tunang si Nik yang disangka mati...dipaksa kahwin dengan kenalan lama Ehsan..lelaki sejuk beku
..tapi yang ni tak sama dengan kisah kahwin paksa yang lain..yang mana mereka hidup besama sekejap dan becerai..
Nik yang mati rupanya masih hidup....ishhh komplikated jugak nak di terang kan dengan ayat..
Jalan penceritaan yang tersangat detail..rasa rugi kalau di skip..tapi kekadang rasa penat nak hadam..
apapun saya suka si Ehsan..yang misteri...dan Nik jugak misteri..penulis pada pengamatan saya seorang yang teliti..
Kesimpulan keseluruhan cerita ni..saya suka..dan jatuh cinta jugak dengan si Ehsan yang dingin tanpa perasaan.
walaupun agak tebal..memang berbaloi..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 12:39 PM | Show all posts
Ingatkan citer omputeh bila baca tajuk "One Day Ypu'll Be Mine" pergghhh hahaha...masih tiada keberanian nak beli takut xberbaloi tp bila dah ada ulasan ni, in shaa Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 11:49 AM | Show all posts


Novel terbaru karya E-Man Sufi...BUKAN KERANA AKU TAK CINTA...

Tajuk: Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Penulis: E-Man Sufi
Harga: RM24
Terbitan : Karya Seni
SINOPSIS


“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 05:04 PM | Show all posts
Dah habis baca novel Kau Pertama dan Terakhir dan The Wedding Breaker.
Komen Kau pertama dan terkahir...hmm..rasa menyesal  jugak beli..masih bertemakan
perkahwinan yang di atur oleh keluarga.Perkahwinan sebab rasa besalah atas salah
sangka pada ibu heroin..Hero ada pilihan sendiri..benci dengan isteri
yang baru dinikahi..ada kekasih yang gedik...berkahir dengan kebahagiaan..

Novel kedua The wedding breaker..pandangan peribadi saya..cerita ni agak menarik..
walau pun sama aja tema macam kat novel di atas nun. Jalan perceritaan yang buat tak sabar
nak tahu apa jadi lepas ni. Cuma masa lepas kawin tu agak boring jugak time hero dengan heroin
baru nak memulakan hubungan. Agak daring ..tapi masih terkawal..pandang peribadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 08:52 PM | Show all posts


Novel terbaharu karya Rehan Makhtar...SUAMI TAK KUHADAP...

Tajuk: Suami Tak KuHadap
Penulis: Rehan Makhtar
Harga: RM 28.00sm / RM 31.00ss
Terbitan: Karya Seni
Sinopsis: Jiwanya mati. Hatinya ranap. Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya. Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia tersisih dari perhatian dan tanggungjawab seorang ayah. Pemergiaan ibu tercinta membuatkan airmatanya kering dan tidak menitis lagi. Dalam hatinya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Usu dan juga Syed Ahmad Budriz apatah lagi setelah lelaki itu menghalau Faez dari dirinya yang sepi.

“Aku akan jadikan hidup kau lagi teruk dari neraka, Budriz! Aku akan pastikan kau kesal dilahirkan ke dunia ini. Aku akan buat bonda kau tersungkur melihat kecundangan kau di kaki aku!” - Nur Syaima

Syed Ahmad Budriz akur bila menerima kebencian daripada Nur Syaima, adik tirinya. Cinta yang terdetik di hatinya sejak pertama kali dulu ternyata tidak sirna begitu saja. Malah dia sudah terlalu mencintai adik tiri sendiri. Namun, kerasnya hati Nur Syaima tak mampu dibendung hinggakan dia nekad menikahi adik tirinya setelah dia memerangkap Syaima. Mahu tidak mahu, Syed Ahmad Budriz sanggup menerima cercaan dan maki hamun keluarganya kerana dia tahu, nendanya yang menjaga darah keturunan pasti membantah. Tapi, hati lelakinya berkata ya, lalu dia sanggup menjadi suami yang tak pernah dihadap bagi menghidupkan kembali jiwa isterinya yang mati.

“Abang minta maaf. Tapi, yakinlah dengan abang. Takdir kita bukan kita yang tentukan. Kita hanya perlu menerima. Sayang bantu abang. Bantu abang raih kasih sayang isteri abang sendiri…” – Syed Ahmad Budriz

Ada darah yang perlu dijaga, ada hati yang perlu bernafas dengan cinta, ada jiwa yang perlu dihidupkan dan ada dendam yang perlu dipadamkan. Adakah selamanya Budriz menjadi suami yang tak dihadap? Mampukah sebuah kehilangan membawa satu kebahagian?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 01:26 AM | Show all posts
Baru abis bc bukan kerana aku tak cinta..
Byk improvement dr author kali ni..
x meleret2 mcm 2nd novel tu..

Mcm biasa, watak makcik sari mmg best...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 08:37 AM | Show all posts
midar posted on 14-4-2013 01:26 AM
Baru abis bc bukan kerana aku tak cinta..
Byk improvement dr author kali ni..
x meleret2 mcm 2nd n ...

mesti gigih menghabiskan  
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 10:42 AM | Show all posts
Setuju dgn @midar

Novel eman sufi kali ni ada peningkatan..suka watak jebat..sama kuat dgn watak uwais(suami yang ku benci)
Tp paling suka watak mastura..bermatian-matian nak ngorat jebat
Best dan berbaloi untuk buat koleksi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 09:13 PM | Show all posts
midar posted on 14-4-2013 01:26 AM
Baru abis bc bukan kerana aku tak cinta..
Byk improvement dr author kali ni..
x meleret2 mcm 2nd n ...

makcik sari = makcik  mary

kan midar kan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 08:39 AM | Show all posts
kaypo posted on 15-4-2013 09:13 PM
makcik sari = makcik  mary

kan midar kan....

Kak....

dating jom...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 09:39 AM | Show all posts
chit_ana posted on 12-3-2013 01:55 PM
Novel terbaru bulan MAC 2013 - CINTA BERSAIZ XXL terbitan Karyaseni. Novel dari penulis Aliesha  ...

dah baca yg nie...not bad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 04:22 PM | Show all posts
Lilach posted on 27-12-2012 09:50 AM
"Kannn...Tajuk novel macam lah kerjaya si Ariana ni memusnahkan wedding orang...

Se ...
  1. Dah tajuk omputih..nama pena pun sepesen, buat orang confius. Sah2 omputih yang tengok ingat novel dia.
Copy the Code
yang setuju sgt. sebab pernah nampak depan mata org putih amik buku sebab tajuknya tapi apabila baca sinopnya hah amik ko tak paham sepatah apa. lepas tu dia tanya kt salesgirl buku ni versi english atau melayu.
sekian aku tgk org putih tu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.105773 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list