CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** KARYA SENI **

  [Copy link]
 Author| Post time 19-4-2013 04:22 PM | Show all posts
Lilach posted on 27-12-2012 09:50 AM
"Kannn...Tajuk novel macam lah kerjaya si Ariana ni memusnahkan wedding orang...

Se ...
  1. Dah tajuk omputih..nama pena pun sepesen, buat orang confius. Sah2 omputih yang tengok ingat novel dia.
Copy the Code
yang setuju sgt. sebab pernah nampak depan mata org putih amik buku sebab tajuknya tapi apabila baca sinopnya hah amik ko tak paham sepatah apa. lepas tu dia tanya kt salesgirl buku ni versi english atau melayu.
sekian aku tgk org putih tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2013 02:23 PM | Show all posts
baru je abis baca Lelaki ekslusif oleh wan awliya rayqal

jalan cite biasa2 je.ntah mananya ekslusif lelaki tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 11:54 AM | Show all posts
chit_ana posted on 20-4-2013 02:23 PM
baru je abis baca Lelaki ekslusif oleh wan awliya rayqal

jalan cite biasa2 je.ntah mananya ekslus ...

Oh ye ke?
Ingat baru nak masuk dlm list .....

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 02:13 PM | Show all posts
chit_ana posted on 20-4-2013 02:23 PM
baru je abis baca Lelaki ekslusif oleh wan awliya rayqal

jalan cite biasa2 je.ntah mananya ekslus ...

Sama la kita..mula2 tu ok jer..teruja nak baca lg tp lepas ja depa kahwin tu lahaiiii...
So,rasanya xde la ekslusif sgt pn
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 03:43 PM | Show all posts
qimi08 posted on 22-4-2013 11:54 AM
Oh ye ke?
Ingat baru nak masuk dlm list .....

yup betul .kak x beli pun xpe

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 05:15 PM | Show all posts
chit_ana posted on 22-4-2013 03:43 PM
yup betul .kak x beli pun xpe

Ok terima kasih kasi info......

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2013 08:37 AM | Show all posts
CINTA BERSAIZ XXL best x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 03:08 PM | Show all posts
dah abes baca bukan kerana aku tak cinta - e-man sufi
bagi 3.5 bintang.

syabas kpd e-sufi, boleh aku katakan bahawa ni adalah novel terbaik dia berbanding dgn 2 buah novel sebelumnya. kalau nak dijadikan koleksi sgt berbaloi.

kisah penghijrahan jebat dr dunia gangster ke arah kebaikkan. berpindah ke kg untuk mulakan hidup baru. diburu oleh mastira yg gilakan dia. walaupun jebat banyak kali menolak mastura, tapi mastura ni degil org sampai sggp mogok lapar sebab nak kan si jebat . jebat menolak sbb dia ada kisah silam yg buruk dan takut org akan ungkit kisah silam dia.

akhir mereka kawen jg.mulanya diorg bahgia tapi kemunculan airen dan tiger telah membuat jebat serba salah. takut yg kisah silam dia terbongkar. akibat didesak oleh mastura, jebat berterus terang tapi pada mulanya mastura tak boleh terima. akhirnya mastura dapat terima kisah silam jebat. byk lagi halangan/masalah yg jebat hadapi disebabkan kisah silam dia. tapinakhirnya mereka bahgia.

dlm novel ni, watak novel pertama dan kedua penulis byk diceritakan semula. bg yg mengikut dr novel pertama, tiada masalah nak tgkp watak tu watak dr nvl mana, tapi bg yg baru baca mungkin akan terganggu sikit. apa2 pun makcik sari memang terbaek lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2013 03:11 PM | Show all posts
qimi08 posted on 22-4-2013 11:54 AM
Oh ye ke?
Ingat baru nak masuk dlm list .....

kak, saya pun setuju dgn adalia dgn ana.
saya tak boleh masuk langsung dgn novel ni.
nasib baik pinjam, kalau beli rasa menyesal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 04:00 PM | Show all posts
mijot posted on 23-4-2013 03:11 PM
kak, saya pun setuju dgn adalia dgn ana.
saya tak boleh masuk langsung dgn novel ni.
nasib baik  ...

baru nak masukkan dalam list;
nampaknya cancella..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 07:15 PM | Show all posts
chit_ana posted on 20-4-2013 02:23 PM
baru je abis baca Lelaki ekslusif oleh wan awliya rayqal

jalan cite biasa2 je.ntah mananya ekslus ...

alamak...dah terbeli....cett...tak  mo baca lah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 10:03 PM | Show all posts


Tajuk: My Precious Iris
Penulis: Melur Jelita
Penerbit : KARYASENI
ISBN: 978-967-0246-48-2
Harga: RM35 (Semenanjung) // RM38 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:
Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!


Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN

“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN

“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS

Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 10:03 PM | Show all posts


Tajuk: Yang Manis
Penulis: Marissa
Penerbit : KARYASENI
ISBN: 978-967-0246-47-5
Harga: RM19 (Semenanjung) // RM22 (Sabah & Sarawak)
Sinopsis:
IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga.

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Apa?”

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.”

Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah paling layak menemani hidupnya.

RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya.

“Perempuan macam tu yang hang pilih?”

“Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.”

Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 11:26 AM | Show all posts
Stress rs bc yang manis..
Sampai part iman blk kpg ngan raees tu..
Page ilang..
Nk kena g tukar plak...

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 01:27 PM | Show all posts
chit_ana posted on 23-4-2013 10:03 PM
Tajuk: My Precious Iris
Penulis: Melur Jelita
Penerbit : KARYASENI

check ing...
alolo.. dah cari buku ni kat kedai buku tp, xkeluar lagi
nak p pesta buku xsanggup bersesak...
kena order online la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 03:49 PM | Show all posts
baru abis baca MyPI...fuh puas ati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2013 05:37 PM | Show all posts
mijot posted on 23-4-2013 03:08 PM
dah abes baca bukan kerana aku tak cinta - e-man sufi
bagi 3.5 bintang.

apa tajuk novel pertama ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 11:05 PM | Show all posts
kenari7117 posted on 2-5-2013 05:37 PM
apa tajuk novel pertama ?

1. suami yg kubenci
2. hikayat cinta si pematah hati.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 10:49 AM | Show all posts
mijot posted on 2-5-2013 11:05 PM
1. suami yg kubenci
2. hikayat cinta si pematah hati.

mijot, baca cinta bersaiz xxl x? komen please.

novel e-man, baca yang 1st je. lg 2 blom baca. nak beli yg latest, yg tgh blom bace. kang bersangkut, susah nak paham cerita pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 03:01 PM | Show all posts
EllaJepp posted on 8-5-2013 10:49 AM
mijot, baca cinta bersaiz xxl x? komen please.

novel e-man, baca yang 1st je. lg 2 blom baca.  ...

Yg no2 x bc pon xper
x berkait sgt..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.072375 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list