CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** KARYA SENI **

  [Copy link]
 Author| Post time 21-8-2013 11:42 AM | Show all posts
chit_ana posted on 20-6-2013 03:47 PM
Tajuk: Rahsia Hati
Penulis: Azimah Lily
Penerbit: Karyaseni

aku pun suka sgt dgn bovel rahsia hati.
dia sanggup buat apa saja asalkan adik dia bahgia, selamat.
memang lain drpd yang lain.

novel evelyn rose yg kedua, 13jam a380 tu best berbanding novel pertamanya sebab takde unsur2 seks yg melampau. sebenarnya boleh jer hasilkan karya yang tidak perlu masukkan adegan seks yang melampau.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2013 09:56 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 20-8-2013 12:25 PM
Terima kasih bg yg sudi membaca Ya Maulana. Harapan lady, sudi2kanlah juga mendoakan kesejahteraan,  ...

masha Allah~! tersengih2 trus kuar nama Iqbal. Masih dalam proses membaca. Moga peroleh yang baik2 saja utk the real Iqbal.



**sambung tersenyum2 sopan**

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 04:23 PM | Show all posts
honey_d7881 posted on 21-8-2013 10:28 AM
Hehehe... Teruja ek?
Tapi tulah. Lain orang, lain rasanya. Cuma kalau tanya hati yang tulus ...

hahaha..... kena baca dulu la.... harap2 boleh jatuh suka mcm awak jgk....

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 11:24 AM | Show all posts
mijot posted on 21-8-2013 11:42 AM
aku pun suka sgt dgn bovel rahsia hati.
dia sanggup buat apa saja asalkan adik dia bahgia, selama ...

tq review...masuk list rahsia hati

jom rembat.mphonline ada sale
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 11:26 AM | Show all posts
mphonline ada sale

mypi ada offer 30% ,novel2 lain ada 20%.beli rm50 ke atas free pos
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 01:33 PM | Show all posts
Bukan Kerana Aku Tak Cinta (E-man Sufi)

Ini kisah rasa cinta Mastura pada Jebat, pekerja abang iparnya, Uwais. Pada mata Mastura, ada sesuatu yang menarik pada Jebat. Walaupun dia tidak mendapat layanan yang baik daripada Jebat, namun alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke penghujungnya. Sekali hati dah terpaut, apa pun cabaran sanggup diredah.

Jebat, lelaki yang ingin berubah ke arah kebaikan daripada sejarah silamnya. Siapa sangka, lelaki yang mempunyai parut dimata itu rupa-rupanya adalah orang yang sebelum ini terlibat dalam kumpulan kongsi gelap. Lelaki yang telah melakukan bermacam-macam kesalahan. Perempuan silih berganti ibarat baju.

Walaupun sering mengelak daripada Mastura, namun lama-kelamaan, terbit rasa sayang dalam diri Jebat. Dengan kedegilan Mastura, wujudnya bakal pengantin lelaki Mastura, Ary, kehadiran Airen, sepupu Jebat dan tentangan Tan Sri buat cinta mereka akhirnya bersatu dengan rahsia yang masih Jebat sembunyikan daripada Mastura. Rahsia sudah didedahkan, Mastura tidak boleh menerima. Bila keadaan membuatkan Mastura kembali kepada Jebat, Hannah, kakak Mastura pula mencari jalan untuk menjauhkan mereka. Konflik makin bertambah bila akhirnya Jebat ditembak oleh Airen, perempuan yang masih tidak dapat menerima kenyataan Jebat bukan lagi miliknya.

Macam biasa. Aku suka semua cerita2 E-man Sufi. Dalam novel nie, korang akan jumpa watak2 dari Suami Yang Kubenci dan Hikayat Si Pematah Hati. Jalan cerita pada aku ok. Tak rasa macam nak skip2 pun even tergeliat lidah nie sebab ada bahasa lain dalam nie (mandarin kot). Sebab Jebat nie kaum kerabat belah ayah dia adalah Cina. Tu yang terlibat dengan kongsi gelap segala. Makcik Sari macam biasa. Tetap memainkan peranan dia yang boleh buat aku tersenyum. 3 buku walaupun ada watak yang sama, ceritanya tetap berbeza. Masing-masing ada kelebihannya sendiri. So, E-man. Tahniah. Moga akan dapat hasilkan lagi novel yang akan buat aku jatuh cinta   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2013 10:52 AM | Show all posts
sellie003 posted on 5-8-2013 01:25 PM
Product: Ya Maulana               
Semenanjung : RM35
Sabah/Sarawak : RM38 ...

review sikit novel ya maulana ni...
iols beli novel tebal2 kadang2 tak bace sampai habis..
duduk la kat rak buku...
bosan satu hal...tak paham pun satu hal..tak boleh hadam satu hal..



Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi p popular niat di hati nak beli novel jodoh itu milikku tp tak dak pulak..
nampaak novel ya maulana dengan novel baru Evelyn rose tp tahan je kad popular tak bawak pulak:Q
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 12:42 PM | Show all posts
sellie003 posted on 5-8-2013 01:25 PM
Product: Ya Maulana               
Semenanjung : RM35
Sabah/Sarawak : RM38 ...

sedang baca buku ni 1/2 way.. for me, banyak sgt watak2. tak tahu bila nak habiskan

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2013 01:21 PM | Show all posts
baru saja baca 13 JAM A380.. evelyn rose nie novel pertama The Wedding Breaker tapi saya tak masuk sgt dgn novel tu..tapi bila saya baca novel terbaru nie memang best...ada unsur2 islamik dlm novel nie...saya bagi 4 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 01:50 PM | Show all posts
cin baru habis baca bukan kerana aku tak cinta..
oh superb cter ni..ending dia terbaik....huhu

ni la rasanya satu2 novel yg tak ada skip pun walau 1 page..
yang part gangster pun tak skip...
best saja baca..

sempoi saja..laki bini...laki bhskan diri aku kau..
mmg gangster pungg...

tp buku ni baca sewa dr kawan..
so nak beli gak buku ni utk buat koleksi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 01:59 PM | Show all posts
Yang Manis - Marissa (Novelis Teduhan Kasih)

Pelanggaran kecil berlaku antara Iman dan Raees beri persepsi yang berbeza antara kedua-duanya. Pada Iman, hatinya tersentuh sehingga menitiskan airmata melihat beg, pakaian dan bekalan makanan Raees yang terjatuh akibat pelanggaran mereka. Sudah tentu Raees datangnya dari kampung dan mungkin juga makanan yang terjatuh itu adalah makanan terakhir Raees. Rasa bersalah buat Iman sering memikirkan tentang Raees.

Mereka dipertemukan kembali bilamana Raees rupa-rupanya adalah pekerja papa Iman. Iman yang dikerah untuk bekerja jika inginkan wang saku, pada mulanya langsung tidak berminat berubah menjadi bersemangat bila tahu Raees ada di situ. Sikap Raees yang sering melayannya dengan baik, yang sering menegurnya dengan kata-kata yang elok, buat Iman membuat keputusan untuk memikat Raees. Walaupun dilabelkan tidak elok oleh kawan baiknya, namun Iman tetap teruskan juga apa yang dihajati.

Raees tahu Iman orangnya seperti mana. Jujur, lurus dan berfesyen bermake up seperti Lady Gaga. Senang cerita semuanya mengikut peredaran masa. Walaupun rakan sekerja mengatakan Iman gadis yang gedik, pelik tapi bagi Raees sikap itu unik pada penilaian dirinya. Lagipun Iman tidak sombong. Tidak salah sekiranya Iman dijadikan salah seorang senarai kawan dalam hidup Raees. Perubahan demi perubahan dalam diri Iman buat Raees semakin sayang pada gadis itu.

Bila pertunangan Tengku Badrul, sepupu Iman putus, Iman pula diminta menjadi pengganti pengantin perempuan memandangkan tarikh perkahwinan telah hampir tiba. Papa, mama dan abang Iman berusaha supaya Iman tidak dijadikan galang ganti. Bila terdesak, Iman dicari. Bila bahagia, Iman dilayan seperti orang yang tidak ada perasaan. Humairah, ustazah yang sering berusaha untuk mendapatkan Raees buat keadaan makin berserabut. Ditambah lagi dengan Bahiyah yang memang dari dahulu tidak sukakan Iman.  Tapi kalau dah namanya jodoh, datang apa pun, pasti itulah jodoh mereka

Novel nie pada aku sweet, sama macam tajuk. Yang manis. Jalan cerita memang manis-manis jer aku rasa baik pada Iman, ataupun pada Raees. Santailah senang cerita. Kalau korang nak carik part yang mencabar kewibawaan, tak ada kot pada aku. Sebabnya apa jadi, then settle dengan cepat. Part2 orang yang menyakitkan ati tu tetap ada. Takkan jalan cerita nak manis sampai abis kan. Hehehehe.... Pada aku ok, manis. Cuma ada part aku rasa dalam ati nie, 'eh! nie buku ketiga ok'. Faham tak maksud aku tu? Tapi apa-apa pun, Yang Manis tetap buat aku tersenyum walau aku rasa senyuman tu tetiba mati sekejap, then datang balik   





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 02:10 AM | Show all posts
Haritu baca novel pelakon cinta dan mr.g karya anabella

Sumpah aku menyesal, jalan cerita mcm cilaka
Baru sampai bab 5 aku dah hempas buku tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 01:34 PM | Show all posts
rayna_raynes posted on 12-9-2013 02:10 AM
Haritu baca novel pelakon cinta dan mr.g karya anabella

Sumpah aku menyesal, jalan cerita mcm cil ...

Huish! Marah betul ko. Sabar, sabar.....
Inilah salah satu dugaan bila kita beli penulis yang kita tak penah baca. Samada akan jadi best, atau jadi mcm ko. Nak hempas, nak hempuk. Mcm aku, nak buang dalam laut segala. Aku pun penah rasa apa yang ko rasa.....
Sabar ok. Senyum sikit
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 11:32 PM | Show all posts
honey_d7881 posted on 17-9-2013 01:34 PM
Huish! Marah betul ko. Sabar, sabar.....
Inilah salah satu dugaan bila kita beli penulis yang kit ...

salah satu risiko beli novel ni..skang ni aku beli novel ikut penulis yang aku kenal dan tau kualiti penulisan die...kalau dulu main sebat je tapi byk kali kene novel indah kabar dari rupa tak boleh jadi...memilih jugak la skang ni..tp karyaseni jarang la promosi novel2 baru dia..tak mcm kaki novel aku tau tiap2 bulan keluar novel apa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 10:59 AM | Show all posts
siapa dah baca AKANKAH BAHAGIA ITU MILIK KITA? best tak cite ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2013 12:14 PM | Show all posts
cikuzz posted on 25-9-2013 11:32 PM
salah satu risiko beli novel ni..skang ni aku beli novel ikut penulis yang aku kenal dan tau kuali ...

Btul apa yang ko cakap nie. Senang citer mcm nie. Bukan semua penulis akan kuarkan novel yang akan buat kita puas ati. Tak kisah penulis lama atau baru. Cuma yang bezanya, kalau penulis lama, kita dah boleh selesa dengan cara penulisan dia. Tapi kalau penulis baru, memang susah kita nak agak novel itu best atau tidak. Lainlah kalau penulis baru tu kita dah kenal hasil tulisan dia melalui blog, penulisan2u, forum atau lain2. So, masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Jenis aku, kalau aku rasa best, tak kira penulis baru atau lama, aku akan kata best. Kalau tak, memang taklah kan aku nak kata best

Aku pun dah banyak kali terkena. Serius mmg baca tanpa ikhlas. Tak jahat kan? Hehehe... So, skrang nie mmg aku survey dulu especially kat forum nie. Tgk buku apa yang ramai bagi feedback yang baik, baru aku beli. Kalau penulis yang aku dah biasa, dia bukak pre order aku terus jek order. Samada citer best atau tak, settle baca baru boleh komen
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 12:19 PM | Show all posts
honey_d7881 posted on 26-9-2013 12:14 PM
Btul apa yang ko cakap nie. Senang citer mcm nie. Bukan semua penulis akan kuarkan novel yang akan ...

setuju dengan awak... tak kira penulis lama ke baru...kalau dah best tu best jugak!!

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 01:18 PM | Show all posts
honey_d7881 posted on 26-9-2013 12:14 PM
Btul apa yang ko cakap nie. Senang citer mcm nie. Bukan semua penulis akan kuarkan novel yang akan ...

betul..betul..skang ni kadang2 penulis baru idea dan garapan hebat2 jugak...cara aku senang baca komen dan riview orang pastu fikir2 baru beli dan follow beberapa blog penulis..ada beberapa penulis yang aku terus beli tak fikir mcm RM,Syamnuriezmil,MJ dan byk lagi la...dan ada jugak penulis lama yang karya dulu-dulu lagi masuk dalam jiwa berbanding sekarang...mungkin komitmen makin bertambah aku jadi teliti sikit kot rasa rugi beli buku mahal2 tebal tapi menghampakan..ape2 pun sini antara tempat aku review komen2 bila nak beli novel..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 02:12 PM | Show all posts
kacangpis posted on 26-9-2013 12:19 PM
setuju dengan awak... tak kira penulis lama ke baru...kalau dah best tu best jugak!!



Tapi saya penah frust tau dengan salah sorang penulis yang saya suka.
Tak sangka buku dia yang ke 5 atau 6 buat aku jadi harimau. Hehehehe....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.073489 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list