CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** KARYA SENI **

  [Copy link]
Post time 9-12-2011 12:06 PM | Show all posts


[ AKAN DATANG DARI PENERBIT KARYASENI DISEMBER 2011 INI ]

PABILA CINTA MEMANGGILKU ~ SYAMNURIEZMIL
SM : RM19 / S&S : RM22

Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Cinta itu lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak berani menyatakan cinta itu!

Blurp :

Yang Ayesha, seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, yop dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.

Yang Ayesha : “Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya, adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam ataupun awak.”

Adam Harith, seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.

Adam Harith : “Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau Yang sayang Irfan lebih daripada Adam? Yang suka semua ini berlaku, Yang? Dua orang serentak menyayangi Yang?”

Amirul Irfan, seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta, terutamanya cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.

Amirul Irfan : “Awak ni memang degillah Sya… tapi tak apa. Kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti....”

Di antara Adam Harith dan Amirul Irfan, siapakah yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2011 12:07 PM | Show all posts


[ AKAN DATANG DARI PENERBIT KARYASENI DISEMBER 2011 INI ]

ERTI CINTA ~ CAMELLIA
SM : RM19 / S&S : RM22

Mana saya punya cinta?

Blurp :

ANIS hanya mahukan sebuah tempat tinggal yang aman. Dia bersama sahabat baiknya, Maria berpindah meninggalkan kediaman kolejnya untuk tinggal di sebuah rumah sewa di tingkat 7, sebuah flat.

Namun ketenangan yang diharapkan tidak kesampaian. Pertemuannya dengan Danny dan Joe telah membuatkan hidupnya tunggang-langgang. Hatinya terpaut kepada Danny pada pandangan yang pertama namun Joe terus menghantui setiap langkahnya.

“Dia handsomelah… cair hati aku.”
“Handsome macam mana pun, bukan mata kau seorang aje yang nampak tau. Berduyun lagi girls dalam Kuala Lumpur ni yang nampak. Jangan hati kau cair masuk longkang, sudahlah.”

“Hish! Cair masuk longkang katanya. Tak kisahlah tu. Yang pentingnya, tak pernah hati aku cair begitu cepat macam tu. Inilah first time aku rasa, aku jatuh cinta pandang pertama.” Dia menyembamkan muka ke tilam, malu pula mengaku begitu. Nasib baik dengan Maria, kalau dengan orang lain… mana nak letak muka?

“Lain kali jangan nak pakai kawan aje kalau tak pasti. Entah-entah budak datang hisap dadah kat flat ni,” bebel Joe lagi. Wajahnya makin garang.

Darah Anis menyirap. “Danny lelaki baiklah. Kalau kau tak kenal, janganlah kau tuduh-tuduh pulak. Macamlah kau tu baik sangat.”

Joe menggeleng. “Sudahlah, dah nak senja. Naiklah cepat.”
“Eh! Joe, kenapa kau suka suruh kami naik bila senja hah? Kau tak ada kerja ke selain jaga kami?” Anis makin menyinga.

Maria terlopong.
Joe mengangkat bahu. “Aku tak paksa. Kalau kau nak berkhemah di tangga ni pun boleh.” Joe berpaling dan melangkah balik ke kafenya dengan muka yang merah padam.

Anis tergamam, hanya matanya saja merenung setiap langkah Joe. Kalau boleh hendak ditolak-tolak biar lelaki tu jatuh tersembam. Pandai-pandai tuduh Danny budak dadah. Heee… hatinya membentak.

Namun siapakah sebenarnya Danny yang penuh misteri itu? Mampukah Anis menerima hakikat yang sebenarnya? Kenapa Joe sentiasa memerhatikan Anis? Sanggupkah Maria berkorban dan mengalah? Semuanya akan terjawab di dalam novel ini. Empat erti cinta yang mesti diselesaikan…. Siapakah yang akan bahagia? Setiap bab yang pasti membuatkan debaran jantung berdegup kencang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 02:45 PM | Show all posts
Reply 121# chit_ana

Threndlah pulak adik beradik lelaki nak rebut satu perempuan hu hu hu
bln november novel hezzy dan hani ( november)
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 07:58 PM | Show all posts
Reply  chit_ana

Threndlah pulak adik beradik lelaki nak rebut satu perempuan hu hu hu
bln novem ...
qimi08 Post at 9/12/2011 14:45


haah la kak qimi.baru perasan dah jadi trend
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 08:17 PM | Show all posts
Reply  midar

Setuju dgn midar  tapi akak tetap habiskan membaca.
mungkin bkn taste akak sbb ter ...
qimi08 Post at 7-12-2011 22:09



smiley pun baca ASST sbb teruja dgn komen2 kat sini
smiley bagi 3.5 bintang, cerita yg menarik tp tak terasa nak ulang baca.
kalau kurangkan sikit cerita pasal kuda lagi best kot
tp smiley suka part yg Hilman hilang ingatan & jadi Damien - idea yg agak ori lah juga
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 03:42 AM | Show all posts
Reply 125# sang_arjuna

ainiz beli ASST pun sb teruja ngn komen kat forum ni..tp pas habis baca ainiz bg 3 bintang jek..mula2 bez tp tgh2 a bit bohsan sb jalan cerita yg meleret2...ikhlas kata novel ni tebal sb byk meleret2 Penulis lebih menghayal kepada sesuatu yg PERFECT dan TIDAK REALISTIK..oppsss sorilah kalau komen terlalu pedas..ainiz lebih suka pd novel yg simple but nice mcm bidadari hujan dimana semua org boleh saje mlalui apa yg diceritakan dlm novel..wat i mean is REALITY
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2011 09:36 AM | Show all posts
bab meleret-leret tu mmg ada setuju...
permulaan baca dah cukup cantik dah...kalau dikurangkan babak2 yg x perlu..x banyak berkisahkan pasal kuda segala tu pon dah ok....
rasanya bab kuda tu jer yg brapa mukasurat..tu belum masuk lg tentang lain yg agak remeh dan rasanya x perlu ada pon xpe...
tu sbb novel ni tebal..dan mahal harganya

dan ada perasankan,3,4 buah novel kebelakangan ni dr beberapa penerbitan jugak terlampau tebal tp jalan citer dier pi mai pi mai tang tu jugak
yg terbaru ni pon sampai ke sudah x abis baca
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 12:58 PM | Show all posts
Reply 127# adalia

frankly kata..ainiz agak mnyesal bli novel ni..
best lagi novel jaja dan din
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 03:25 PM | Show all posts
tebal kerana cite meleret-leret yg boleh saje dicantas...nasib baik tak beli..kalau tak sure
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 11:21 AM | Show all posts
Reply 129# AzzaleaKhaliq

ainiz dah selamat tolak kat kawan novel tu sb mmg tak brapa suka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 09:11 PM | Show all posts
selamat dapat novel ASST? dari midar...
den pinjam sajok...
komen pertama : dah hilang mood nak baca sbb berat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 08:19 AM | Show all posts
Reply 130# ainiz81


    akhirnya ye..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 08:20 AM | Show all posts
Reply 131# mijot


    Lea tunggu review mijot yg telus...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 08:58 AM | Show all posts
Reply 131# mijot

same 2 me..bcinta nak habiskan baca
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 09:46 AM | Show all posts
baru order ASST, x best ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 09:49 AM | Show all posts
Reply 131# mijot

dh start baca ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2011 02:02 PM | Show all posts
Reply 136# midar

dah setengah buku dah..
tapi memang spoil nak baca sbb tak larat nak pegang...
sakit tangan den....

tapi dah masuk fasa boring...
selepas pertemuan ke-3 intan dgn hilman, selepas 2 tahun hilman rejek intan...
boleh dikatakan penulis menceritakan perkara yg berlaku antara diorg setiap hari..
tu yg meleret2, pastu citer pasal kuda lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 03:28 PM | Show all posts
i loveeeeeeeee citer jaja n din... din sangat lembut, sopan, hensem, warak dan apa lagi.. banyak yang best tentang din.. pandai masak... hmmmmm
Dah ada ASST, tapi belum sempat baca, nak habiskan Fatimah Syarha - Sebarkan Cintamu dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 10:22 AM | Show all posts
Reply 138# liya71a


    Jaja n din ni tajuk buku ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 12:30 PM | Show all posts
Reply 139# duku


   ya..hasil tulisan noor suraya (js)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.371743 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list