CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Sime Darby tak perlu buat MGO

[Copy link]
Post time 12-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
      SC buat keputusan selepas analisis  urus niaga saham Eastern & OrientalSIME Darby Bhd tidak diperlukan membuat tawaran am mandatori (MGO) bagi membeli baki saham yang tidak dimilikinya dalam Eastern & Oriental Bhd (E&O) susulan langkahnya membeli 30 peratus kepentingan dalam syarikat hartanah itu baru-baru ini.\n\n\n\n  Ini diputuskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) selepas ia  menyelesaikan kajiannya berhubung urus niaga berkenaan.\n\n\n\n\n\n  Dalam kenyataannya di Kuala Lumpur semalam, SC berkata, selepas ia menganalisis semua bukti, pihaknya mendapati bahawa pembelian Sime Darby itu tidak mewujudkan kewajipan bagi konglomerat itu untuk membuat MGO seperti yang ditetapkan di bawah Kod Pengambilalihan dan Penggabungan 2010.“Dalam melaksanakan kajian itu, pihak yang terbabit dalam urus niaga berkenaan telah ditemubual dan dokumen yang berkaitan juga telah diambil.“Kajian itu turut meliputi penilaian kemungkinan wujudnya hubungan antara pihak yang terbabit. Kajian terhadap kes terdahulu di negara ini, serta amalan dan peraturan di negara lain berhubung isu yang sama turut dikaji.“Selepas menganalisis semua bukti, SC mendapati pembelian 30 peratus kepentingan E&O oleh Sime Darby itu tidak mewujudkan tanggungjawab membuat MGO di bawah Kod Pengambilalihan dan Penggabungan,” tegas badan kawal selia pasaran modal tempatan itu dalam kenyataan berkenaan.\n\n\n\nSC berkata, sejajar peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, siasatan berhubung urus niaga itu telah diketuai Ahli Suruhanjaya bebas paling kanannya, iaitu Datuk Francis Tan dan Datuk Gumuri Hussain.Sementara itu, Sime Darby dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berhubung perkara berkenaan berkata, ia telah diberitahu oleh SC semalam bahawa kajian badan kawal selia itu mendapati bahawa konglomerat itu dan Datuk Terry Tham Ka Hon, iaitu pemegang saham E&O bukannya pihak yang bertindak secara bersama, justeru tidak timbul sebarang keperluan untuk membuat MGO.Konglomerat itu menegaskan, SC dalam suratnya itu bagaimanapun berkata, keputusan itu boleh dikaji semula jika adanya fakta baru yang berkaitan dengan urus niaga berkenaan.Kaunter Sime Darby dan E&O digantung urus niaga pada sesi pagi semalam bagi memberi laluan kepada pengumuman berkenaan.Pada 29 Ogos lalu, Sime Darby mengumumkan ia memeterai perjanjian pembelian saham dengan tiga pemegang saham utama E&O, iaitu Datuk Tham Ka Hon yang juga Pengarah Urusan dan pengasas Kumpulan E&O; Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah dan GK Goh Holdings Ltd bagi membeli 30 peratus kepentingan ekuiti strategik dalam syarikat hartanah berpangkalan di Pulau Pinang itu pada harga RM766 juta.Ia membabitkan 273 juta saham E&O dan 60 juta saham pinjaman bercagar boleh tukar tidak boleh tebus (ICSLS) syarikat hartanah itu, pada hargaRM2.30 sesaham, atau premium 58.6 peratus berbanding harga penutup E&O sebelum digantung urus niaga menjelang pengumuman itu pada 26 Ogos lalu, pada RM1.45 sesaham.Sementara itu, Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata keputusan SC itu adalah positif bagi Sime Darby kerana MGO itu akan membabitkan kos yang tinggi kerana ia perlu membuat tawaran sekurang-kurangnya pada harga sama ketika ia membeli 30 peratus kepentingan syarikat hartanah itu sebelum ini.Pada penutup semalam, harga saham Sime Darby naik 10 sen kepada RM8.50 manakala E&O ditutup tidak berubah pada RM1.36.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 1.393445 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list