CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Tingkat pengeluaran di Malaysia

[Copy link]
Post time 13-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
F&N pastikan bekalan   lancar selepas kilang di Thailand terjejas banjirFRASER & Neave Holdings Bhd akan meningkatkan keupayaan pengeluaran di negara ini bagi memastikan tiada gangguan bekalan produk tenusunya susulan penutupan sementara kilang pengeluarannya di Rojana Industrial Park, Ayutthaya, Thailand berikutan banjir di negara itu.\n\n\n\n  Ketua Eksekutifnya, Datuk Ng Jui Sia, berkata pihaknya sedang merencanakan pelan sokongan termasuk meningkat keupayaan kilang F&N di Petaling Jaya, selain mempercepatkan pembinaan kilang memproses produk tenusu di Pulau Indah.\n\n\n\n\n\n  “Semalam air memasuki kilang F&N Dairies (Thailand) Ltd di Ayutthaya yang memaksa kami menutupnya untuk  sementara. Berikutan kami adalah sebahagian daripada Kumpulan F&N global, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk merangka sesuatu bagi membantu kesulitan yang dihadapi di sana,” katanya sambil menambah F&N Dairies (Thailand) mengeluarkan 10 juta kotak susu dalam bentuk cecair merangkumi susu UHT dan kondensat.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika lawatan media ke kilang pengeluaran minuman F&N di Shah Alam semalam.Lawatan media itu diadakan bagi meninjau operasi barisan pengeluaran baru monoblok 3-dalam-1 F&N Beverages Manufacturing Sdn Bhd bernilai RM42 juta.Ng berkata, barisan pengeluaran monoblok pertama di Asia Pasifik itu berupaya meningkatkan pengeluaran minuman ringan berkarbonat dalam botol plastik polietilena tereftalat (PET) sebanyak 30 peratus berasaskan keupayaan pengeluaran kira-kira  672,000 botol sehari.\n\n\n\nIni katanya, menjadikan kemudahan F&N di Shah Alam satu daripada barisan pengeluaran terpantas di rantau ini.“Beroperasi pada kapasiti penuh sejak Ogos lalu, barisan pengeluaran baru itu terbukti menambah baik keberkesanan operasi sebanyak lima peratus.“Kami juga menyedari ia memberi penjimatan kos pengeluaran sebanyak lapan peratus susulan penyimpanan dan pembaziran stok  lebih rendah,” katanya.Ng menyifatkan pelaburan dalam barisan pengeluaran baru itu selaras usaha syarikat meningkatkan penghijauan kilang kerana ia memberikan  penjimatan air sehingga 15 peratus dan mengurangkan penggunaan elektrik sekitar lapan peratus berbanding barisan pengeluaran biasa.Katanya, F&N Beverages akan terus menawarkan pelbagai pilihan produk baru bagi menyokong portfolio jenama popular seperti 100PLUS, F&N, Seasons, Fruit Tree dan Ice Mountain.“Kami menjangkakan satu jenama minuman baru akan diperkenalkan di pasaran tempatan selewat-lewatnya minggu depan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.226936 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list