CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Malaysia hab bahan kimia industri

[Copy link]
Post time 17-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BASF SE berminat tambah pelaburan, kukuh kerjasama dengan PETRONAS\rBASF SE, syarikat kimia terbesar dunia yang berpangkalan di Jerman, bercadang menambah pelaburannya di Malaysia, sekali gus menjadikan negara ini sebagai hab pengeluaran dan pembekalan bahan kimia industri terbesarnya di rantau ini.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusan BASF (Malaysia) Sdn Bhd, Daniel Loh, berkata kumpulan memperuntukkan dua pakej pelaburan khusus untuk rantau Asia Pasifik iaitu 2 bilion euro untuk tempoh 2009 hingga 2013, manakala tambahan 2.3 bilion euro lagi bagi tempoh 2011 hingga 2015.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, kedua-dua pakej itu membuktikan komitmen pelaburan berterusan BASF di rantau ini dan Malaysia disenaraikan sebagai antara negara penerima peruntukkan pelaburan terbesar.\r“Sumbangan jualan Malaysia kepada kumpulan sekitar 2.7 peratus kerana terdapatnya pasaran yang lebih besar seperti China, India, Korea dan Jepun, namun lebih penting kami bukan sekadar meninjau pasaran Malaysia tetapi mahu menjadikan Malaysia sebagai hab membekalkan keperluan bahan kimia di pasaran Asia.\r“Keputusan meningkatkan pelaburan di Malaysia adalah berdasarkan kejayaan kerjasama BASF dengan PETRONAS dan ia meyakinkan BASF SE yang Malaysia adalah lokasi terbaik untuk kumpulan pertimbangkan pelaburan baru di negara ini,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rBeliau ditemui selepas taklimat BASF Kids’ Lab 2011 yang bakal dianjurkan di One Utama Shopping Centre (1Utama) selama lima hari bermula 9 November ini.\r\n\n\n\n\rLoh berkata, daripada pelaburan 2.3 bilion euro untuk Asia Pasifik, kira-kira 600 juta euro diperuntukkan di Malaysia bagi kerjasama BASF dengan PETRONAS membangunkan kemudahan penghasilan bahan kimia khusus di negara ini.\rSementara itu, beliau berkata, bagi mengukuhkan operasi dan meningkatkan pengeluaran di Malaysia, syarikat akan turut mempertimbangkan peluang penggabungan dan pengambilalihan (M&A) syarikat tempatan yang berpotensi.\rKatanya, ia adalah sebahagian daripada pelan pengembangan operasi syarikat untuk mengukuhkan lima segmen perniagaannya iaitu bahan kimia industri, plastik, produk kimia berprestasi, penyelesaian kimia berfungsi serta minyak dan gas (O&G). \r“Kami akan putuskan sebarang M&A apabila memperoleh syarikat yang bersesuaian dengan operasi kami dan mampu melengkapkan operasi di Malaysia.\r“Jika bukan di Malaysia, kami mungkin akan melihat peluang pengembangan operasi di negara lain dalam rantau ini yang mampu memberikan potensi dan peluang pengembangan di rantau Asia Pasifik,” katanya.\rMengulas kesan krisis zon euro, beliau berkata, ia dijangka memberikan kesan yang minimum kepada syarikat berikutan BASF SE turut beroperasi di beberapa negara lain yang menggunakan mata wang lebih kukuh.\rNamun, katanya, syarikat turut mempertimbangkan secara menyeluruh kesan krisis zon euro yang dijangka berterusan dan krisis ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang berupaya menjejaskan operasi syarikat. \r“Bagi separuh pertama tahun ini kami berjaya meningkatkan jualan kepada 19 peratus berbanding tahun lalu, namun kami diingatkan untuk lebih berhati-hati bagi suku kedua ini kerana tempoh ini dijangka lebih mencabar dan berada pada garisan berhati-hati,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 1.959299 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list