CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16596|Reply: 21

Prosedur beli rumah sub sale

[Copy link]
Post time 19-10-2011 09:59 PM | Show all posts |Read mode
Sy nak beli rumah dr saudara t'dekat..kira direct ownerla..so minta advice n share experience dari otai2 yg pakar b'kenaan beli umah sub-sale ni..Rumah yg sy nak beli ni double storey..owner letak harga RM160k dpt tawar harge saudara mara RM155K..dah byr deposit RM10K..So sy nak pencerahan dr otai2 sume b'kenaan:

(1) Step2 yg perlu sy lakukan dr A-Z
(2) Brape kos lawyer s&p etc bagai
(3) Brape lama proses tukar nama geran
(4) Bank mane yg bleh bg fix rate, islamic n low interest rate

Tq otai2 suma..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2011 04:26 PM | Show all posts
Salam,

Saya cuba bantu mana yg sy mampu bantu.

(1) Step2 yg perlu sy lakukan dr A-Z

memandangkan TT dah byr deposit, maka TT boleh mohon sesalinan S&P dari tuan rumah untuk bawa salinan S&P ini ke bank untuk mohon home loan. Bank yang mana paling bagus, TT hendaklah cuba apply ke beberapa bank dan tunggu offer dari pihak bank. antara conventional atau islamic bank, terpulang lah pada TT. sebab interest rate adalah berbeza dari satu bank ke bank yang lain.

Jangan risau, tidak menjadi satu kesalahan bagi TT untuk cuba apply banyak bank, so nanti bila dapat offer dari bank-bank tersebut, TT boleh buat perbandingan offer mana yang paling bagus.

Dan selalunya, untuk subsale, margin pinjaman hanyalah 90% sahaja.

(2) Brape kos lawyer s&p etc bagai

KOs lawyer adalah bergantung kpd lawyer tersebut tapi dari pengalaman saya, bagi rumah berharga kurang dari RM200k, kos guaman untuk S&P adalah sekitar rm1.5-2k manakala bagi kos Memorandum of transfer (MOT) dalam lingkungan rm1-2k juga. untuk pengetahuan TT, bagi pembelian rumah yang kurang dr RM350k (utk pembelian pertama sahaja), maka TT layak memohon pengurang MOT sebanyak 50%. Ini TT perlu maklumkan kepada lawyer agar dorank tidak cuba untuk berselindung bagi kadar pegurangan ini.

(3) Brape lama proses tukar nama geran

Tempoh tukar nama agak makan masa. Bagi rumah di KL, lazimnya proses tukar nama di geran atau lebih senang utk paham, proses bagi jual beli ini selesai adalah lebih kurang 6-8 bulan, manakala kalau rumah di Selangor atau negeri lain adalah lebih kurang 4-6 bulan dan ini semua bergantung kepada kecekapan bank dan lawyer dalam menguruskan proses jual beli ini. Kalau salah satu lembab, maka makin lama lah proses tukar beli ini.

(4) Bank mane yg bleh bg fix rate, islamic n low interest rate

Seperti yang saya nyatakan diatas, TT perlu buat home loan shopping terlebih dahulu, tapi sy syorkan amiklah bank yang boleh offer daily interest rate memandangkan interest rate sebegini lebih menguntungkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2011 04:57 PM | Show all posts
Salam,

Saya cuba bantu mana yg sy mampu bantu.

(1) Step2 yg perlu sy lakukan dr A-Z

memand ...
cheapmon Post at 20-10-2011 16:26



    Tqvm cheapmon..reply anda sgt terbaikk!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2011 05:00 PM | Show all posts
Salam,

Saya cuba bantu mana yg sy mampu bantu.

(1) Step2 yg perlu sy lakukan dr A-Z

memand ...
cheapmon Post at 20-10-2011 16:26



    Selain dari pembayaran s&p dan mot..stamp duty n loan agreement pun kena byr jgk kan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 07:48 PM | Show all posts
Salam,

Saya cuba bantu mana yg sy mampu bantu.

(1) Step2 yg perlu sy lakukan dr A-Z

memand ...
cheapmon Post at 20-10-2011 04:26 PM


Good Info {:4_182:}
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 08:13 PM | Show all posts
thanks for the info cheapmon!

Salam,

(2) Brape kos lawyer s&p etc bagai

bagi rumah berharga kurang dari RM200k, kos guaman untuk S&P adalah sekitar rm1.5-2k manakala bagi kos Memorandum of transfer (MOT) dalam lingkungan rm1-2k juga
cheapmon Post at 20-10-2011 16:26



nak tanya boleh?
untuk rumah yg hampir 200k, mahal tak kalau bank tu charge legal fee hampir 5 ribu iaitu merangkumi stamp duti utk MOT, MOC, caveats, disbursement fee, discharge fee, reg fee dll?


ini tak termasuk S&P sebab bank cakap S&P tu sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-10-2011 11:18 PM | Show all posts
thanks for the info cheapmon!




nak tanya boleh?
untuk rumah yg hampir 200k, mahal tak kala ...
wanitajelita Post at 20-10-2011 20:13



    cam ok la kot cam seswai jer ngan rege umah tt 200k tue..maybe siap snp suma tak lebey 10k kot..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 02:43 AM | Show all posts
cam ok la kot cam seswai jer ngan rege umah tt 200k tue..maybe siap snp suma tak lebey 10k ...
tagas Post at 20-10-2011 23:18



    maknanya S& pon 5 ribu jugak ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 02:45 AM | Show all posts
apa aku taip S& kuar smiley gelak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 09:20 AM | Show all posts
apa aku taip S& kuar smiley gelak
wanitajelita Post at 21-10-2011 02:45



    Yup..dlm lingkungan tue la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 10:03 AM | Show all posts
Reply 4# tagas


A'ah, stamp duty on loan pun kena bayar jugak. 0.5% dari jumlah loan. Katalah loan RM100,000-00, so stamp duty = RM500.
Sebelum nak tau berapa lama proses tukar nama selesai, etc..kena tau samada rumah tu ada sekatan kepentingan atau x.
Kalau ada, maksudnya penjual kena apply kebenaran pindahmilik dari pihak berkuasa negeri yang masa proses jual beli akan amik masa lebih daripada biasa..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 10:22 AM | Show all posts
Reply  tagas


A'ah, stamp duty on loan pun kena bayar jugak. 0.5% dari jumlah loan. Katalah loa ...
anie_sa Post at 21-10-2011 10:03



   Umah tue freehold..so rase nye takde sekatan kot..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 10:51 AM | Show all posts
Reply 12# tagas

Oh, senangla camtu..procedure biasa akan complete dalam masa 3/4 bulan cuma nak amik title/geran kat pejabat tanah tu yang lambat sikit..kadang2 pejabat tanah cepat je register atas nama pembeli, kadang2 tunggu punya tunggu, follow up punya follow up pun x gerak2 gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 03:28 PM | Show all posts
Reply  tagas

Oh, senangla camtu..procedure biasa akan complete dalam masa 3/4 bulan cuma nak ami ...
anie_sa Post at 21-10-2011 10:51



    kena ari2 pi gegar pej tanah la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 04:25 PM | Show all posts
kalau tak silap saya (ini berdasarkan pengalaman sy)

Wang yang perlu disediakan oleh pembeli rumah sub sale selain 10% deposit adalah untuk :

a) Lawywer S& iaitu bagi:

i) kos perjanjian S& (ini akan termasuk stamp duty bagi perjanjian ini)
ii) Kos MOT
iii) kos caveats, tukar nama dan seangkatannya di  Pejabat Tanah (biasanya takde lah mahal sgt, dlm rm 300-500)

dan bagi kos2 di atas, selalunya lawywer akan kuarkan sekali dalam quotation dia. Sila bincang untuk kurangkan harga kos2 lain sepeti kos fotostat, penghantaran, telefon dan sebagainya sebab kadang kala ada lawyer akan mengambil kesempatan bagi kos2 sebegini)

Kesimpulannya, jumlah yang perlu dibayar kepada lawyer S7P bagi rumah bernilai kurang dari rm200k mestilah dalam lingkungan rm4-5k aja. Dan sekali lagi saya ingatkan untuk mintak lawyer dptkan sikaun bagi MOT supaya TT dapat kurangkan kos MOT tersebut.


b) Lawyer Loan Bank iaitu:

i) caj disbursement
ii) caj dokumentasi dari bank ke bank (iaitu sekiranya tuan rumah masih ada loan rumah dgn bank terdahulu)
ii) stamp duty
iv) etc, sy tak berapa ingat perincian nya

dan bagi kos seluruhan bagi pinjaman kurang dr rm200k, sy tak rasa ianya sampai rm5k. Kalau rm 2.5-3k adalah munasabah. Sebab sy pernah berurusan untuk pembelian rumah sy, klu tak silap saya, legal fee bg rumah sy pun tak smpi rm5k (ini bagi rumah yg berharga lbh rm200k).

Ini sekadar pengalaman sy...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 04:33 PM | Show all posts
proses di pejabat tanah mmg memakan sedikit masa, tetapi jika TT nak cepat, TT boleh call nak mohon secara baik kepada pegawai yang berkenaan. Saya sendiri punya pengalaman dgn pejabat tanah, di mana rumah yg sy beli (sub sale), lawyer developer tuan rumah saya hilangkan geran rumahnya (selepas tuan rumah buat pembyaran MOT, lawyer tersebut tidak memberi sesalinan geran rumah dan perkara ini tidak disedari oleh tuan rumah sehingga dia ingin menjual rumahnya). So, proses penjualan rumah tersebut menjadi begitu lama (hampir setahun setengah!!!!!) kerana untuk pejabat tanah isu geran yang baru, pejabat tanah perlu membuat siasatann dan sebagainya. Dan di sini lah saya memainkan peranan sy sebgi pembeli rumah tersebut dgn membuat rayuan. Proses yang sepatutnya makan masa 4-5 bulan dapat dicepatkan ke 2-3 bulan saja (biasalah, byk prosedur dan protokol yang perlu dipatuhi) dan saya bersyukur.

Namun, nasib sy kurang baik sebab lawyer S&P saya tersangatlah lembabp. Memang tiada etika dalam melayan pelanggan. Charge utk bil telefon kemain lagi, tapi nak call sy tersangatlah 'haram'. Dan yang buat saya geram, bila saya call dorank, asik lah tiada di tempat etc.

Tapi kini, segala kesakitan hati itu telah lenyap setelah proses jual beli rumah saya selesai.....phew....moga saya tak berhadapan dgn masalah sebegini lagi...hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2011 04:42 PM | Show all posts
kalau tak silap saya (ini berdasarkan pengalaman sy)

Wang yang perlu disediakan oleh pembeli ruma ...
cheapmon Post at 21-10-2011 16:25



    Tq..So roughly brape agak2 ye cost utk umah yg akan sy beli tue..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 04:45 PM | Show all posts
proses di pejabat tanah mmg memakan sedikit masa, tetapi jika TT nak cepat, TT boleh call nak mohon  ...
cheapmon Post at 21-10-2011 16:33



    great experience..cheapmon beli umah di mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 09:01 AM | Show all posts
terbaikkkk

kalau tak silap saya (ini berdasarkan pengalaman sy)

Wang yang perlu disediakan oleh pembeli ruma ...
cheapmon Post at 21-10-2011 16:25



    ala... ye ke... cheapmon... aku pon beli rumah 200k jugak tapi apasal legal fee bank aku mahal sangat


legal fee - 4,900
MRTA - 1,822
valuation - 690
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 11:30 AM | Show all posts
saya beli rumah di cheras, KL

kalau exact legal fee sy tak igt, nanti sy check dlm fail rumah saya
tapi MRTA sy mmg mahal...hehehe...dua nama plak tu kan...
valuation fee pun sy tak igt..tapi kos2 ni sy absorb dlm loan sbb rumah yg saya beli, market price rumah saya lagi tinggi dari harga belian sy, so dpt lah absorb semua2 kos tu ke dlm loan. sbb margin pinjaman is always at 90%
in fact benda ni merugikan sebab end the of the day kena bayar juga
unlike mcm dulu yg ada some banks offer zero entry cost, yang mana kos2 sebegini diabsorb 100% oleh bank cuma bezanya pada interest rate tu mungkin lebih dlm 0.1/0.2% dari orang yang tak pilih zero entry cost...(tp pi mai pi mai tang tu jugak kan..hehehe)

dan kerugian sy juga, pada tahun yg saya beli, it was 2009, to be exact, bulan yg saya sign offer letter offer (lewat dlm 2/3 minggu mcm tu aja), Bank Negara keluarkan rules baru mengatakan semua bank kena patut peraturan iaitu BLR-1.8% yang mana sebelum ni rata2 bank offer BLR-2.0 /2.2...
geram hati saya hanya Allah yang tahu...
dan buat sy geram lagi...rules ni tak lama
sebab 2011, Bank Negara dah tak kuatkuasakan rules tu
yang mana skg ni interest rate kembali mcm duu semula
which is depends pada bank itu sendiri nak offer interest rate yg macam mana
tak kisah lah BLR-2.0/2.2 depends pada kekuatan financil seseorang dan jumlah loan yang diorang pohon
selalunya lagi besar loan yang dipohon. lagi kurang interest rate dia...
grrrrrrrrrrrrrrrrr...............patutnya mcm loan yang saya buat dulu tu at least sy boleh dpt BLR-2.2%...grrrrrrrrrrrrr sekali lagi...
hahahahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.096359 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list