|
Perolehan sebelum cukai meningkat 17 peratus\rBANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2011 dengan meraih keuntungan sebelum cukai dan zakat RM1.5 bilion, meningkat 17 peratus atau RM218.1 juta berbanding RM1.28 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.\r\n\n\n\n\r Bank itu, dalam kenyataannya semalam berkata prestasi baik itu secara keseluruhannya dicapai berikutan peningkatan pendapatan pembiayaan sejajar pertumbuhan baki pembiayaan dan pengukuhan mutu asetnya.\r\r\n\n\n\n\n Pada masa sama, Bank Rakyat merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi RM1.2 bilion berbanding RM1 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu, menokok 20.3 peratus atau RM203.4 juta.\rPendapatan kasarnya meningkat 18.1 peratus atau RM621.9 juta kepada RM4.06 bilion berbanding RM3.44 bilion pada tempoh sama tahun lalu.\rSementara itu, pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit meningkat 9.6 peratus atau RM235.2 juta kepada RM2.69 bilion berbanding RM2.45 bilion pada tempoh sama tahun lalu.\rPendapatannya dari sumber pembiayaan meningkat kepada RM3.32 bilion berbanding RM2.99 bilion dalam tempoh sama tahun lalu, yang mana RM3.03 bilion atau 91.3 peratus disumbangkan oleh perbankan pelanggan. \r\n\n\n\n\rSegmen perbankan komersial pula menyumbang sebanyak RM290 juta atau 8.7 peratus daripada keseluruhan pendapatan pembiayaan.\rBank Rakyat juga merekodkan pendapatan berasaskan yuran bernilai RM61.8 juta dalam tempoh berkenaan. \rPendapatan komisen Takaful, wasiat dan yuran perkhidmatan ATM menyumbangkan 86.9 peratus daripada keseluruhan pendapatan berasaskan yuran.\rKenyataan itu berkata, jumlah aset Bank Rakyat meningkat 22.7 peratus atau RM13.28 bilion kepada RM71.8 bilion berbanding RM58.52 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.\r“Setakat akhir September 2011, pulangan atas aset terus mengukuh pada kadar tiga peratus,” katanya.\rDalam tempoh dikaji, Bank Rakyat merekodkan baki bersih pembiayaan sebanyak RM48.15 bilion, meningkat 9.7 peratus atau RM4.26 bilion berbanding RM43.89 bilion sepanjang tempoh yang sama tahun sebelumnya.\rBank Rakyat berkata, menuju ke depan, pembiayaan pengguna kekal sebagai fokus utama perniagaannya, yang menyumbang sebanyak 91.2 peratus daripada keseluruhan pembiayaan setakat sembilan bulan tahun ini. \r“Baki bersih pembiayaan pengguna meningkat 9.3 peratus atau RM3.71 bilion kepada RM43.52 bilion dalam tempoh itu, berbanding RM39.81 bilion pada tempoh sama tahun lalu. \r“Dari segi portfolio pembiayaan, sektor peribadi adalah penyumbang terbesar iaitu 85 peratus daripada keseluruhan pembiayaan pengguna,” katanya.\rMutu aset Bank Rakyat bertambah baik setakat akhir September 2011 apabila ia merekodkan nisbah pembiayaan terjejas kasar pada kadar 2.9 peratus berbanding 3.9 peratus setakat akhir September tahun lalu. \rJumlah deposit pelanggan pula meningkat 29.4 peratus atau RM13.35 bilion kepada RM58.82 bilion setakat akhir September 2011, berbanding RM45.47 bilion pada bulan sama tahun lalu. \rDana pemegang sahamnya meningkat 19.5 peratus atau RM1.21 bilion kepada RM7.44 bilion pada akhir September 2011 berbanding RM6.23 bilion pada bulan sama tahun lalu, berikutan peningkatan keuntungan bersih dan pertambahan modal berbayar.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|