CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12513|Reply: 86

Mak Jah Pernah Jadi Jurusolek Produksi Rashid Sibir..

[Copy link]
Post time 27-10-2011 11:07 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon Maimunah Ahmad, 64, atau lebih dikenali dengan nama Mak Jah sering menghiasi drama dan filem tempatan, namun tiada siapa yang tahu dia pernah bekerja sebagai jurusolek di syarikat produksi Opera Klasik Sdn Bhd milik penerbit dan pengarah tersohor, Rashid Sibir.

Mak Jah berkata, dari situ dia mula berlakon dan kini sukar untuk untuk menolak setiap tawaran lakonan yang diberikan oleh penerbit itu walaupun watak kecil sekalipun.



“Saya mula menceburi bidang lakonan melalui kerja sebagai jurusolek artis dan waktu itu saya bekerja dengan Rashid Sibir. Waktu saya mengenalinya, umur saya dalam lingkungan 30-an.

“Sekarang ini, saya selalu berlakon di bawah arahannya dan selesa bekerja dengannya.



"Jadi memang susah untuk saya menolak jika dia mengajak saya berlakon apabila mengenangkan jasanya kepada saya dan dia merupakan kawan lama saya,” katanya dalam satu sidang media drama Tanah Kubur musim kedua di Rumah Malaysia, Bukit Jalil, Isnin lalu.

Jelas Mak Jah, walaupun watak yang diberikan tidak banyak babak melibatkan dirinya, tetapi kadangkala watak tersebut menguji cabarannya dan menarik.

“Saya tidak kisah watak apa pun yang diberikan. Walaupun watak sampingan, saya rasa agak menarik juga sekali sekala.

“Saya akui penonton lebih mengenali saya dengan watak bomoh atau bidan yang jahat. Pernah sekali pada tiga tahun lalu sewaktu saya ke Melaka, ada kanak-kanak yang takut dengan saya sehingga menjerit-jerit tidak mahu turun dari kereta.

“Puas bapanya memujuk tetapi akhirnya saya nekad terus pergi dari situ kerana tidak mahu menakut-nakutkan kanak-kanak itu,” katanya yang turut berpeluang melakonkan drama romantik komedi seperti Fatimah Juling, Halimah Jongang dan Awan Dania.

Menyentuh sedikit tentang kehidupannya, Mak Jah telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak serta 10 orang cucu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2011 11:08 AM | Show all posts
Mak Jahhh sembiluuu
Bila sheols nak blakun jadi heroin gamaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 11:10 AM | Show all posts
sendunya thread ni...
mak jah ni kalo blakon jd bomoh2 jaat,aku cukup suka
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 11:10 AM | Show all posts
30 tahun lampau...bila la mak jah nk berlakon jd datin plak..asiki jadik org gaji jer..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 11:11 AM | Show all posts
mmg ada bakat mak jah ni..antara supporting actress yg aku suka tgk lakonannya..

pernah nampak dia kt area umah aku..dia buat u-turn maut, sikit lagi nk berlanggar..ganas seh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 11:13 AM | Show all posts
tp apsl mak jah sendiri tak bersolek pun aku nengok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2011 11:15 AM | Show all posts
i looiikkkee mak jah..kalo jd jahat tu...nampak real je...motip nama manja sama ngn nama mak aku....hikhikhk
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 11:22 AM | Show all posts
kdg2 artis mcm nih la diperlukan utk menutup segala kekakuan n kesengalan pelakon utama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2011 11:27 AM | Show all posts
lakonan makjah ni natural... x nmpak mcm blakon tu yg best tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 11:28 AM | Show all posts
best dulu dia belakon jadi mak raksasa...ala cerita drama diana rafar tak silap aku..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 11:28 AM | Show all posts
tapi aku suke die ni..raut wajah macam org baik2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 11:37 AM | Show all posts
rs neh mmg baik..
selalu bg peluang pelakon2 berusia berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 11:37 AM | Show all posts
kellast mak jah mekap sendiri!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 11:41 AM | Show all posts
mek suker lakonan MakJah ni..
baru semlm tgk Cik Ah Cik Nin...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 12:57 PM | Show all posts
aku pon suke jgk mak jah ni...cite dia yg paling aku suke yg psl nenek2 main bola tu..nenek perkasa ..n paling aku suke mak jah ni sbb bile tgk dia mmg automatik aku teringat kt arwah nenek aku...mmg sebijik
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 01:01 PM | Show all posts
glamer betol watak mak jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2011 01:03 PM | Show all posts
mak jah mukanya kejam.... tapi hatinya baik. menyampah tgk dia dlm sembilu....terhegeh hegehkn si azlee.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 01:22 PM | Show all posts
lakonan mak jah memang best...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 01:31 PM | Show all posts
akhirnya ade gak gosip ttg mak jah ni..aku lg suka mak jah ni dr sapa tu normah damanhuri ke hape rambut mengerbang tu..asik nak berpesyen cam org mude je..
byk gak retis2 melesia hok dah kertu tp still nak tayang rambut memutih dengan leher yg dah kedut aruk bilalah nak insap pun xtau
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 01:36 PM | Show all posts
tp apsl mak jah sendiri tak bersolek pun aku nengok
dino Post at 27-10-2011 11:13



    mukanya memang camtu kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.070374 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list