Post Last Edit by tudung_bawal at 28-10-2011 13:52
@ ATW V13
Cara Permainan
Pemberi Soalan akan memberikan SATU PERKATAAN dan para pemain dikehendaki membuat ayat menggunakan perkataan yang telah diberikan. Ayat –ayat tersebut mestilah mempunyai 3 patah perkataan sahaja.Para pemain akan diberikan masa selama 7 MINIT untuk membuat seberapa banyak ayat yang boleh.
Sebagai contoh:
Perkataan yang diberikan: BUKU
Ayat – ayatnya:
Itu buku saya.
Ibu belikan buku.
Buku sudah terkoyak.
Harga buku mahal.
Syarat Permainan
1. Hanya satu perkataan yang boleh diberikan pada satu-satu masa (penggunaan bahasa rojak tidak dibenarkan)
2. Ayat-ayat yang dibuat tidak boleh mengandungi perkataan yang kesat, tidak sopan dan berbaur lucah.
3. Sekiranya terdapat persamaan, peserta yang terlebih dahulu menghantar ayat tersebut akan di kira
4. Jumlah minima pemain adalah 2 orang tidak termasuk pemberi soalan.
5. Para peserta mestilah memulakan permainan dengan membuat post ‘ count me in’ bagi memudahkan pemberi soalan
mengira jumlah pemain sebelum soalan diberikan.
6. Penggunaan perkataan yang sama (berulang) sebagai soalan adalah dilarang sama sekali
7. Pemain hanya boleh membuat satu ayat di dalam satu post.
8. Tidak perlu menulis nombor soalan.
9. Hanya ayat penyata & ayat perintah akan diambil kira dalam pemarkahan.
10. Ayat yang tidak logik & berulang2 tidak akan diambil kira.
|