CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

Sensasi Tang Wei

[Copy link]
Post time 29-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bintang filem kontroversi dari China antara lima aktres bakal bergelar gadis Bond terbaruKEBERANIAN Tang Wei melakonkan aksi berahi ketika membintangi filem arahan Ang Lee, Lust, Caution, empat tahun lalu hampir membunuh kariernya yang pada saat itu sedang memuncak.\rKetika membintangi Lust, Caution, Tang belum mempunyai nama besar malah bakatnya cuma berlegar dalam penerbitan drama bersiri televisyen. \r\n\n\n\n\rNamun, pesona dimilikinya meyakinkan Lee untuk memilih Tang memainkan watak utama yang mencetuskan kontroversi, Wong Chia Chi.\r\r\n\n\n\n\nTang mengenepikan 10,000 aktres lain untuk menggalas watak itu. Menerusi Lust, Caution juga, pelakon kelahiran Hangzhou, Zhejiang, China ini dianugerahkan trofi pertama iaitu Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Golden Horse pada 2007.\rKemanisan yang diharap berpanjangan tanpa disangka membawa musibah besar apabila aksi berahi Tang itu mengundang kemarahan pihak berwajib di China. \rImpak daripada kecaman itu, nama Tang disenarai hitam daripada membintangi drama dan filem selama dua tahun, malah kontrak iklan menggunakan wajahnya juga ditamatkan.\rMeskipun Lee yang turut memberikan sentuhannya dalam satu lagi filem kontroversi, Brokeback Mountain memotong hampir tujuh minit daripada keseluruhan babak panas dalam produksi, ia tidak mengubah nasib malang Tang. \r\n\n\n\n\rNasib malang Tang, 32, yang ketika itu diramalkan bakal mencipta nama besar di China bertimpa kerana kehilangan kontrak bernilai lebih RM2 juta apabila namanya digugurkan bagi menghiasi iklan penjagaan kulit, Pond’s.\rBukan hanya aksi berahi Tang yang mencetuskan kemarahan, malah produksi filem yang tidak bersifat patriotik turut dikenal pasti sebagai punca utama kepada kontroversi Lust, Caution.\rLantaran tiada tawaran baru, Tang yang bercita-cita menjadi ahli arkeologi dan peguam namun menceburi dunia lakonan selepas bergelar model berpindah ke Hong Kong sebelum terbang ke United Kingdom selama tiga bulan.\rSepanjang kehilangannya itu, Tang memperkemaskan diri dengan mengambil kursus pendek drama dan bahasa Inggeris, malah turut terbabit dalam pementasan Shakespeare untuk projek graduannya.\r“Seseorang pelakon harus memiliki jiwa kental, selain berani membina benteng pertahanan diri yang kukuh. Mereka harus menjadi seperti rumput yang sentiasa degil untuk tumbuh tanpa sesekali gentar dipijak,” katanya.\rSelepas tiga tahun menyepikan diri, tahun lalu Tang kembali ke layar perak dengan filem romantik komedi, Crossing Hennessy menemukannya dengan penyanyi dan aktor popular Hong Kong, Jacky Cheung.\r“Saya tidak pernah mahu menjadi seorang bintang, ramai  juga yang maklum mengenainya. Tetapi masih ramai yang datang dan memberitahu: “Oh! Kamu sekarang seorang bintang”.\r“Hakikatnya saya tidak pernah tahu ke mana haluan saya. Saya cuma mengimpikan sebuah kehidupan ringkas namun membahagiakan.\r“Memang saya berubah tetapi perubahan itu adalah kerana tuntutan dalam kerjaya ini. Saya masih berusaha keras mencari ruang damai untuk diri sendiri,” katanya.\rTang berkata, kegembiraan yang dikecapinya hari ini datang daripada mereka yang berada di kelilingnya. Tanpa ragu, Tang mengakui keluarganya ialah insan yang penting yang membuatnya sentiasa ceria dan bertenaga.\r“Kegembiraan juga saya nikmati ketika bersama kru penggambaran. Mereka sentiasa mengambil berat, begitu juga dengan pengarah yang tidak mengabaikan keperluan saya.\r“Namun kebahagiaan sebenar datang dari hati paling dalam. Saya selalu mencarinya, malah sentiasa tertanya-tanya apa sebenarnya yang saya mahukan.\r“Saya bersyukur kerana mampu berdikari, malah berada dalam bidang yang paling saya cintai tetapi apakah itu kebahagiaan hakiki?\r“Apa pun juga saya percaya kebahagiaan sejati adalah di syurga. Di situ manusia hidup akan dalam keadilan dan percaya adanya syurga dan pembalasan mengubah hidup saya dengan pantas,” katanya. \rBakal jadi gadis Bond?\rBIARPUN sudah menyunting aktres Perancis, Berenice Marlohe untuk beraksi sebagai gadis Bond terbaru namun pengarahnya, Sam Mendes dan pelakon utamanya, Daniel Craig masih mencari satu lagi wajah eksotik untuk mendampingi aktor itu.\rTang dikatakan menjadi calon pilihan utama Mendes dan Craig, bersaing dengan Fan Bingbing, Li Bingbing, Shu Qi dan Josie Ho yang kesemuanya belum dikenali di Amerika Syarikat. Lima nama itu berada dalam senarai utama selepas produksi berkenaan menemubual lebih 100 aktres di sekitar Asia.\rTang disebut-sebut sebagai calon pilihan kerana penguasaan bahasa Inggerisnya yang baik. Dia menguasai bahasa itu selepas mengambil kursus pendek di University of Reading, United Kingdom ketika namanya dibekukan daripada lakonan. Media juga difahamkan, pengurusan Tang turut bertanggungjawab sebagai pelabur dalam edisi ke-23 Bond yang masih belum memiliki judul tetap.\rWatak itu menjadi rebutan ramai aktres Asia apatah lagi impak kemunculan Datuk Michelle Yeoh dalam Tomorrow Never Dies memperkenalkan namanya di pasaran antarabangsa. Jika berjaya, beliau akan menjadi pelakon Asia kedua untuk watak idaman ramai aktres dari seluruh dunia itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058182 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list