Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
12Next
Return to list New
22171
View
27
Reply

10 Tanda-Tanda Anak Anda Bijak

[Copy link]

Author: IntanBaiduri       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-11-2011 11:35 PM | Show all posts |Read mode


Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius.  Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah  bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi  seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.
10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :-


1. Mengekalkan Maklumat
  • Jika  kanak-kanak biasa bagaikan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan  apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu  menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
  • Minda  kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan  diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar  anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
2. Minat yang meluas
  • Minda  anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik  di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula  angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah  seterusnya.
3. Membaca dan Menulis di awal usia
  • Anak  anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan  menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.
4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik
  • Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.
5. Menunjukkan Konsentrasi
  • Kanak-kanak  biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh  panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan  konsentrasinya terhadap sesuatu.
6. Mempunyai ingatan yang baik
  • Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.
7. Susun kata yang maju berbanding usia
  • Kanak-kanak  yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya  menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan  cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
  • Misalnya  anak-anak berusia 2 tahun akan berkata Itu kucing, sebaliknya  anak-anak bijak ini akan berkata Itu Kucing yang garang yang suka  membuat bising di rumah kami. Berbeza bukan?
8. Memberi perhatian yang terperinci
  • Kanak-kanak  yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di  sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di  tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu  berubah kedudukan dan sebagainya.
9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya
  • Kanak-kanak  di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya  mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya  kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa  yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah  dirinya.
10. Memahami konsep yang rumit
  • Kanak-kanak  yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit,  melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
  • Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

p/s  C Berbanggalah dengan anak-anak anda. Semua kanak-kanak adalah bijak,  terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya.

Kredit : (15 GAMBAR) : Makin Comel Engku Aleesya Kini ( Anak Erra Fazira)!!!

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2011 12:28 AM | Show all posts
semua kanak2 ada ciri2 tersebut...cuma utk mengekalkannya je yg susah coz bnyk anasir2 luar yg mempengaruhi fikiran anak2 cth. tv, citer kartun yg mangarut, ganas, suasana/keadaan sekitar semasa tumbesaran kanak2 itu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2011 01:58 AM | Show all posts
anak aku selalu pakai selipar terbalik ... yg kanan dipakai kaki kir ... yg kiri dipakai kaki kanan ... ????
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2011 02:10 AM | Show all posts
Reply 3# matabelalang


   hehheheh..rasa-rasanya smua anak kecil akan mengalaminya
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 11:18 AM | Show all posts
Jgn hantar anak masuk universiti umo 13 tahun dah lah
Biar dia merasa membesar & enjoy teenage life ngan teman2 sebaya kat sekolah menengah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 12:01 PM | Show all posts
Reply 3# matabelalang


    anak ang mmg bijokkk hahahahaa mcm aku kecik2 dulu hahahaah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 12:43 PM | Show all posts
anak sedara aku tak tau bijak ke hape.
tapi kecik2 dah pandai main computer game.
umur baru 3tahun, tapi main zombie vs plant & angry bird
lagi expert dari aku pulak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 12:52 PM | Show all posts
anak sedara aku tak tau bijak ke hape.
tapi kecik2 dah pandai main computer game.
umur baru 3tahu ...
ciklala Post at 17-11-2011 12:43



    tau xpe...anak sy 4 yrs..main agry bird kat iphone sy...dia plak ajar mama dia..sy sndiri xtau ade beza rupenye agry bird yg lain2 kaler nihh..


siap pandai google kat computer...on off sume dia reti...padahal x ajar pon..maybe dia slalu tgk abang dia la kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 12:59 PM | Show all posts
kajian jek..tak semestinye betul..kebanyakannya salah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 01:01 PM | Show all posts
Reply 8# MariaClara

tu la pasal..
budak2 sekarang membesar dengan teknologi..
ada baik ada buruk. tu mak saya risau kot2 cucu dia kaki game.
nanti taknak gi skolah pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 04:06 PM | Show all posts
Reply 7# ciklala

sama cam anak carly.... itu ler game nyer.... ari2 celik mata jer buka PC... sampai kalu carly nak guna pun jenuh nak berpujuk.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 04:37 PM | Show all posts
ermm betul ade  7 8 yg sama macam anak saya..sagt cerdik n bijak..i LOVE my doter
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 05:38 AM | Show all posts
nak share cikit sebab dr umo 3 taun asyik ngadap lappy or pc la awal dah kene paki spek..last 2 umo 40 power dah 700 or lebey..kanak2 sepatut nya kene beriadah dan mengenal alam..tak gitu ibu.lagik satu mak main laptop babah kaki tv..but anak suh baca buku.konpem tak boleh blah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 08:43 AM | Show all posts
nak share cikit sebab dr umo 3 taun asyik ngadap lappy or pc la awal dah kene paki spek..last 2 umo  ...
pisangxxx Post at 18-11-2011 05:38



Betul3... jgn rosakkan anak.. bagi dia main kejar2... nyuruk2.. main cikgu2 ke.. biar dia belajar bergaul dgn kawan2.. main game akan merosakkan anak.. contohnya anak sedara akk yang spek mata dah tebal macam professor.. baru tahun 2.. kesian.. otak cerdik.. muka cantik.. tapi bergantung hidup dgn cermin mata.. lagi satu jgn bagi anak2 minum rebina (camtu ke ejaan dia??).. bantutkan tumbesaran anak2.. kang anak jadi kerdil..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 10:40 AM | Show all posts
Reply 11# carly_lah

budak2 sekarang dah lain..
sume bijak pandai, kalo sekali bercakap tu macam bertih jagung.
kalo duk mengeluh tu macam orang tua..

rindu pulak kat anak sedara saya yang dua orang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 10:43 AM | Show all posts
Reply 14# azirahs007

betul ke x leh minum ribena? anak carly itu ler minuman fevret.... tgh malam terjaga minta air bena....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 02:22 PM | Show all posts
Ikut pengalaman adik akk aje ni.. anak lahir beso.. 3.7kg.. dek tiap hari minum ribena.. masuk sekolah.. beratur depan sekali.. sian anak.. dah ler lelaki..

anak2 yang lain tinggi2..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 05:10 PM | Show all posts
salam ibuk-ibuk

dulu, masa my anak2 masih kecik esp yg sulung....
mak nie suka btol carik infos pasal benda2 nie...

lama kelamaan...isu cerdik tak cerdik nie, dah jatuh ke tangga belakang dlm mendidik
attitude is everything in life....bak kata, zig ziglar, attitude will determine latitude in life

pastu pada ibuk2 yg anak2 suka sangat dgn segala jenis mainan berteknologi...
tolonglah pantau jika sayangkan anak2 kita....
kalo nak citer panjang lebar, jadi tolonglah pantau...
kalo rajin, carik infos berkaitan dengan kids and technology...
banyak kajian demi kajian menunjukkan kesan negatif anak2 yg macam nie..

dan bab makan, pantau pengambilan gula/garam dlm makanan...
ribena byk kandung gula, begitu juga dgn jus buah...
ajar anak2 minum air kosong....kalo mak ada veto cam ai, buat rule
no more air manis selepas 7pm.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 10:44 AM | Show all posts
anak saya baru berusia 3 tahun...sblm ni sy selalu baca al fatihah sambil2 tgk dia main..dengan harapan dia blh baca..tak di sangka2 last week, dia boleh baca hampir penuh al fatihah, kecuali 2 ayat terakhir yang dia lupa..saya sangat gembira bila dia mampu baca al fatihah..

sebelum ini dia pandai baca doa makan dan doa tidur sendiri..cuma mengucap belum boleh..sbb dia kata panjang sangat..dan percakapan dia memang macam orang tua..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 02:15 PM | Show all posts
lagi satu jgn bagi anak2 minum rebina (camtu ke ejaan dia??).. bantutkan tumbesaran anak2.. kang anak jadi kerdil..
azirahs007 Post at 18-11-2011 08:43


ade bukti2 yg sahih ke minum ribena nie mmebantutkan tumbesaran kanak2???minta penceramahan disini...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 02:45 PM | Show all posts
Reply 20# TapaiMasam

Bagi sesekali tak pe lah kot.. maksud akk ni.. yang minum mcm susu.. sehari sampai 4 -5 kali.. dah kenyang minum ribena.. tinggal lak susu yang lagi banyak khasiatnya tuh.. tapi terpulanglah.. ikut suka hati semasing..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 03:40 PM | Show all posts
permakanan yang berkhasiat ..juga boleh menjadi satu cara untuk mendapatkan anak yang cerdik.

Inginkan penampilan diri  yang  menarik di hadapaan suami serta mahukan kesihatan dalaman dan luaran yang berkekalan. ------->layari http://www.alwahida2u.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2012 12:50 PM | Show all posts
Anak laki suka minum air kosong jer... paling tidak pun air milo... me happy la biar pun ada la melaun2 mana ntah soh ajar minum manis...tapi tang makan dia cerewet.. tak mau makan sayur la pulak....  tapi my doter tak cerewet.. semua dia makan tapiii suka pulak minum yg manis... mcm2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 11:57 PM | Show all posts
Reply 14# azirahs007

betul ke tk sesuai bg anak minum rebina?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 09:54 AM | Show all posts
Seelok2nya anak2 ni jgn main game terlalu awal usia sbbnya dia akan jd agresif sbb kepala dia dah penat, kekurangan air dan boleh jd obeseti. Dah ada pengalaman dgn anak pertama sejak2 dia berhenti game ni ada perubahan sikap dia ke arah yg lebih baik, Alhamdullilah.

Pernah terbaca dlm FB ada org ckp final stage Angry Bird adlh meruntuhkan masjid, betul ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.215810s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list