CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Tidur dua jam sehari

[Copy link]
Post time 8-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Aaron akui sukar jadi pelakon, pengarah serentakBERMULA sebagai model dan pelakon drama, kini nama Aaron Aziz semakin gah di persada seni apabila dia mula berjinak-jinak dalam bidang pengarahan pula. \n\n\n\nDengan pengalaman kira-kira sedekad beraksi di depan kamera, lelaki berusia 35 tahun ini, menerusi syarikatnya sendiri, Aaron Aziz Productions, bukan sekadar memberanikan diri menghasilkan telefilem pertama, malah bergelar pengarah. \n\n\n\n\nJika peminat sedia maklum bakat lakonannya hasil kemunculan lelaki ini di skrin kecil mahupun lebar, seperti Nora Elena, Jiwa & Lara, Akinabalu, Evolusi KL Drift 1 & 2, KL Gangster dan Pisau Cukur, bagaimana pula kemampuannya sebagai sutradara?Semuanya itu akan hanya terjawab apabila hasil tangan pertamanya, Kekasih Awal Dan Akhir, ditayangkan kepada penonton TV9 pada 9 November ini, jam 8.30 malam.Aaron yang turut berlakon dalam teater Badai Semalam bersama Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida, yang dipentaskan di Istana Budaya bermula 11 hingga November ini berkata, bidang pengarahan sememangnya jauh lebih mencabar.“Ini adalah karya penuh saya yang pertama kerana sebelum ini Aaron Aziz Productions lebih tertumpu di Singapura dan banyak terbabit dengan pembikinan iklan di sana.\n\n\n\n“Memang ia memenatkan dan banyak memberikan tekanan kepada saya. Bukan sekadar sibuk dengan lakonan dan pengarahan, malah saya juga menjalani latihan teater, menyebabkan saya tidak mempunyai waktu yang cukup untuk tidur. Namun saya berpuas hati dengan hasilnya,” katanya ketika ditemui di Mutiara Damansara baru-baru ini.Meskipun masa tidurnya hanya dua hingga ke tiga jam sehari, namun komitmen terhadap kerja lebih diutamakan dan sokongan daripada isterinya, Dayana Halik banyak membantu jadual kerjanya. Menguruskan produksi dengan Dayana juga memudahkan Aaron untuk meluangkan masa bersama isterinya.“Isteri saya banyak membantu dari segi pengurusan dan juga pemilihan pelakon, malah cerita asal telefilem ini adalah hasil kerja keras dirinya. Manakala pemilihan pelakon untuk telefilem ini pula adalah atas dasar perbincangan bersama TV9. Kami mahukan gandingan yang mantap serta selesa dengan watak,\" jelasnya.Aaron turut menjelaskan, pembabitannya dalam bidang pengarahan bukan dengan niat untuk menunjukkan kebolehan yang ada, sebaliknya menguji diri sendiri selain mencari kepuasan.\"Sebagai pelakon, kita ikut saja apa yang pengarah cakap. Tetapi apabila mengarah, banyak perkara yang kita kena fikirkan, untuk menjadikan karya kita menarik.“Paling saya takut adalah jika perlu melakukan penggambaran semula. Tetapi alhamdulillah, selama tujuh hari penggambaran, tiada masalah besar yang berlaku,\" katanya yang memberitahu, skrip Kekasih Awal Dan Akhir memang menarik minatnya untuk turut menguji keupayaan sebagai pengarah.Telefilem yang penuh dengan emosi dan dramatik ini mengisahkan Awal, lakonan Aaron, yang menjadi kegilaan ramai gadis di kampus. Dia mempunyai sahabat karib, Julia (Fouziah Gous). Mereka berdua sangat aktif melakukan pelbagai aktiviti kampus dan dari situ, Awal mengambil bahagian sebagai sukarelawan dalam sebuah kempen. Ketika kempen itulah dia tertarik dengan Akhirah (Siti Saleha). Menyedari hubungan rapat Awal dengan Akhirah, Julia yang menyimpan perasaan terhadap jejaka itu meluahkan perasaannya. Namun cintanya ditolak, membuatkan Julia bertindak membawa diri.Awal nekad untuk mengahwini Akhirah, namun malangnya ketika Akhirah mengandung tiga bulan, dia terbabit dalam kemalangan menyebabkan dirinya lumpuh seluruh badan. Demi kebahagiaan suami dan mengenangkan keadaannya yang lumpuh, Akhirah meminta awal mengahwini Julia. tetapi selepas berkahwin, Julia amat cemburu dengan Akhirah yang sering menjadi perhatian Awal dan bermulalah detik hitam buat Akhirah dan anaknya.“Pemilihan tajuk Kekasih Awal Dan Akhir ini dilakukan kerana ia mempunyai elemen poligami dan rumah tangga. Daripada kasih sayang kepada cemburu, dan banyak bermain dengan emosi,\" katanya.Watak lumpuh cabar Siti SalehaBEKERJASAMA dengan Aaron bukan perkara asing bagi Siti Saleha, malahan telefilem terbabit ialah gandingan ketiga mereka selepas Nora Elena dan Habil dan Qabil.Namun kali pertama berlakon di bawah arahan Aaron menjadi pengalaman baru buatnya, apatah lagi diberikan watak yang begitu mencabar. Sebagai Akhirah, dia perlu banyak bermain dengan emosi serta air mata.“Aaron tahu apa yang dia nak, dan dia juga tahu cukup atau tidak apa yang kita bagi padanya. Dia cukup teliti dan pada masa sama menerima pendapat orang lain, sehinggakan ada kalanya idea yang saya bagi diterima pakai.“Dia juga banyak mengajar serta bersabar. Ini watak wanita lumpuh pertama saya lakonkan, dan saya akui ia memang sukar kerana banyak menggunakan pergerakan tubuh untuk melahirkan perasaan dan berbicara,” katanya.Meskipun sukar, Siti Saleha banyak membuat kajian dan belajar melalui filem Talk To Her dan The Bone Collector, seperti yang disarankan Aaron.  Selain lakonan, Siti Saleha turut sibuk dengan pengajiannya, di samping tugas sebagai pengacara Gerbang Anugerah Industri Muzik (AIM).Sementara itu, Sepanjang November ini, empat telefilem akan disajikan kepada penonton TV9 di dalam slot Skrin Di 9. Selain telefilem Kekasih Awal Dan Akhir, turut disenaraikan ialah Si Tudung Tweet (16 November), Tongkah Arus Dosa (23 November) dan Bedah Tong Gas (30 November).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 2.416408 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list