CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Pasaran ditutup lebih tinggi

[Copy link]
Post time 9-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga kini lebih berhati-hati apabila krisis kewangan menular ke ItaliHARGA saham di Bursa Malaysia ditutup meningkat sedikit semalam berikutan momentum pembelian di dalam kaunter yang berpilih-pilih, kata peniaga.   Bagaimanapun, kaunter kewangan mengalah kepada tekanan jualan yang sejajar dengan sentimen pasaran berhati-hati di pasaran serantau.  \n\n\n\n   Bursa Asia yang lebih meluas menunjukkan prestasi bercampur-campur berikutan dagangan berhati-hati apabila hutang zon euro menular ke Itali.      FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.95 mata kepada 1,480.46.  Ia dibuka 5.77 mata lebih tinggi kepada 1,483.28.\n\n\n\n\n\n   Indeks Kewangan turun 27.25 mata kepada 13,257.59 sementara Indeks Perladangan meningkat 10.83 mata kepada 7,557.72 dan Indeks Perusahaan bertambah 4.79 mata kepada 2,706.49.  Indeks FBM Emas naik 17.489 mata kepada 10,089.64, Indeks FBM Mid 70 meningkat 13.95 mata kepada 10,856.71 dan Indeks FBM ACE ditutup 20.84 mata lebih tinggi kepada 4,220.78.Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 408 kepada 329 dengan 279 kaunter tidak berubah, 456 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung. Perolehan dicatatkan merosot kepada 1.812 bilion saham bernilai RM1.538 bilion daripada 2.302 bilion saham bernilai RM1.512 bilion pada Jumaat lalu.\n\n\n\nDi kalangan saham aktif, waran Hibicus Petroleum meningkat 13 sen kepada 41.5 sen, Karambunai Corp tidak berubah pada harga 20.5 sen, Sanichi Technology meningkat 0.5 sen kepada 9.0 sen dan Hibiscus Petroleum meningkat 11.5 sen kepada 76.5 sen.Antara saham berwajaran tinggi, Maybank rugi satu sen kepada RM8.22, CIMB merosot empat sen kepada RM7.32, Sime Darby tidak berubah pada harga RM8.80 dan Petronas Chemicals Group meningkat 10 sen kepada RM6.41. Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.258 bilion saham bernilai RM1.471 bilion daripada 1.387 bilion saham bernilai RM1.390 bilion pada Jumaat lalu.Perolehan di Pasaran ACE turun kepada 467.556 juta saham bernilai RM59.185 juta daripada 838.05 juta unit bernilai RM115.45 juta pada Jumaat lalu.Waran meningkat kepada 83.188 juta unit bernilai RM7.229 juta daripada 68.38 juta unit bernilai RM4.51 juta pada Jumaat lalu.Berasaskan sektor, produk pengguna mencatatkan 48.6 juta saham, produk perusahaan 282.1 juta, pembinaan 47.4 juta, dagang dan perkhidmatan 251.9 juta, teknologi 88.15 juta, prasarana 14.52 juta, kewangan 85.8 juta, hotel 931,100, hartanah 184.9 juta, perladangan 28.8 juta, perlombongan 72,200, REIT 1.742 juta dan tertutup/dana 71,800. – BERNAMA   

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.048806 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list