View: 210|Reply: 0
|
PLUS bayar dividen tambahan tak lama lagi
[Copy link]
|
|
PLUS Expressways Bhd akan membayar dividen tambahan kepada semua pemegang sahamnya pada satu tarikh yang akan diumumkan lembaga pengarah tidak lama lagi.\rSyarikat pengendali lebuh raya itu berkata, keputusan pembayaran dividen itu diputuskan hasil persetujuan bersama dengan UEM Group Bhd serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung cadangan yang dikemukakan PLUS pada 30 September lalu.\r\n\n\n\n\r “Berhubung permintaan PLUS supaya UEM Group serta KWSP menimbang membayar dividen kepada semua pemegang saham PLUS, tambahan kepada harga tawaran dikemukakan kedua-dua pembida bersama iaitu UEM Group dan KWSP menerusi surat bertarikh 4 November lalu, bersetuju membenarkan PLUS membayar dividen RM106.6 juta kepada pemegang sahamnya pada tarikh yang akan ditentukan Lembaga Pengarah,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam.\r\r\n\n\n\n\n PLUS berkata, dividen itu ialah tambahan kepada harga tawaran yang mana ia kurang daripada dividen satu tier awal 15 sen sesaham atau RM750 juta yang dibayar Plus Expressways kepada pemegang sahamnya pada 29 Julai lalu.\rBagi mengelak keraguan susulan pembayaran dividen tambahan itu, pengendali lebuh raya bertol terbesar di Asia Tenggara itu menjelaskan harga tawaran pengambilalihan bersama yang dikemukakan UEM Group dan KWSP sebelum ini kekal.\r“Untuk mengelak keraguan, tidak akan ada sebarang pelarasan kepada harga tawaran ekoran pembayaran dividen tambahan itu,” katanya.\r“Sehubungan itu, Lembaga Pengarah akan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengisytiharkan jumlah akhir dividen yang akan dibayar kepada semua pemegang saham PLUS pada tarikh yang akan ditentukan kemudian,” katanya.\r\n\n\n\n\rSelain persetujuan pemberian dividen tambahan, PLUS berkata, surat bertarikh 8 November yang dihantar UEM Group dan KWSP itu, mengesahkan bahawa semua syarat yang ditetapkan berhubung cadangan pengambilalihan syarikat itu turut sudah dipenuhi kedua-dua pihak.\r“Bagaimanapun, bagi memuktamadkan syarat yang ditetapkan berhubung cadangan pengambilalihan PLUS akan tertakluk kepada pengesahan bersama daripada UEM Group dan KWSP bahawa kedua-dua pihak berkenaan berpuas hati dengan terma baru hasil semakan semula perjanjian konsesi yang dipersetujui semua syarikat konsesi di bawah PLUS yang kini masih belum selesai.\r“Tertakluk kepada terma surat tawaran, keputusan akhir akan diperoleh dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh surat pengesahan yang diterima syarikat,” kata PLUS.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|