CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

Analisis Saham: Harga saham susut mendadak

[Copy link]
Post time 11-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kejatuhan pasaran serantau sejajar kebimbangan krisis hutang EropahHARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan susut mendadak semalam apabila pasaran berpatah arah selepas meningkat dalam tiga hari, sejajar dengan kejatuhan dalam pasaran serantau ekoran krisis hutang yang semakin meruncing di Eropah.\rKebimbangan baru berhubung masalah hutang yang tidak kunjung selesai di Itali, yang memberi tekanan kepada negara itu untuk mendapatkan usaha menyelamat, menyemarakkan kebimbangan mengenai kesannya ke atas ekonomi zon Euro dan ekonomi global. \r\n\n\n\n\r  Jualan besar-besaran di kaunter berwajaran tinggi mendesak FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 16.99 mata kepada 1,472.65.\r\r\n\n\n\n\n  Indeks Kewangan turun 98.70 mata kepada 13,183.47, Indeks Perladangan susut 99.12 mata kepada 7,486.92 manakala  Indeks Perusahaan jatuh 30.19 mata kepada 2,696.05.\rIndeks FBM Emas turun 110.19 mata kepada 10,043.42, Indeks FBM Mid 70 merosot 107.63 mata kepada 10,803.40 dan Indeks FBM ACE jatuh 16.42 mata kepada 4,260.47.     \rSaham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 568 berbanding 227 manakala 212 kaunter tidak berubah, 468 kaunter tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung urus niaga.    \rJumlah dagangan mengecil kepada 2.644 bilion saham bernilai RM1.462 bilion daripada 2.677 bilion saham bernilai RM1.818 bilion kelmarin.\r\n\n\n\n\rBagi saham cergas, Patimas Computers baik dua sen kepada 7.5 sen, ES Ceramics Technology kekal pada 12.5 sen, Sumatec Resources mengukuh 5.5 sen kepada 19.5 sen dan SAAG Consolidated menokok setengah sen kepada lapan sen.\rAntara saham berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.24, CIMB turun 10 sen kepada RM7.26, Sime Darby jatuh enam sen kepada RM8.86 dan Petronas Chemicals susut sebanyak sembilan sen kepada RM6.39. \rJumlah dagangan dalam Pasaran Utama merosot kepada 1.977 bilion saham bernilai RM1.378 bilion daripada 2.008 bilion saham bernilai RM1.731 bilion.   \rPasaran ACE mencatatkan peningkatan jumlah saham kepada 583.086 juta unit bernilai RM75.397 juta daripada 545.409 juta unit bernilai RM75.479 juta sebelumnya.\rWaran mengecil jumlahnya kepada 78.253 juta saham bernilai RM6.507 juta daripada 116.867 juta saham bernilai RM9.543 juta sebelumnya.\rBarangan pengguna menyumbang 199.8 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 354 juta, pembinaan 34.9 juta, perdagangan dan perkhidmatan 718 juta, teknologi 222.4 juta, prasarana 21.8 juta, kewangan 73.8 juta, hotel 1.4 juta, harta 244 juta, perladangan 66 juta, REIT 4.3 juta dan dana tertutup 54,700. – BERNAMA     \r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.141981 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list