CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69288|Reply: 137

(Kongsi) kenangan gedung Globe Silk Store, Jalan TAR

  [Copy link]
Post time 11-11-2011 01:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Percival at 29-5-2018 02:36 AM

Saya mulakan dengan dua artikel saya jumpa di internet. Artikel di bawah tak ada kaitan dengan thread, cuma sebagai mengimbau kenangan waktu dulu. Saya tahu ramai forumer Cari ada kenangan zaman 80-an atau 90-an dulu dengan GSS nii..hehe.. Sementara tunggu berbuka Ramadan nie, jom kite nostalgia ckit.. share cerite masing-masing.

.

.


Ini cerita saya;

Pada tahun 1996, saya baru je berumur 6 tahun, belum masuk sekolah dan agak nakal.,biasalah.. Ibu saya bekerja sambilan dengan mengambil upah menjahit pakaian di kampung. Suatu hari, saya menggunting plastik kecil yang saya dapat entah dari mana, sampai lunyai.. ibu saya nampak, dan lepas tu memarahi saya sebab katanya dia sangat sayang plastik tu.. katanya plastik mahal.. saya blur..


Saya have no idea lagi, itu kan cuma beg plastik biasa? Bila saya agak mumayyiz sikit, baru saya tau tentang Globe Silk Store ni, satu pasaraya sangat popular di Kuala Lumpur.  Rupa-rupanya, pasaraya GSS ni sangat 'berprestij' sampaikan tayang plastik beg dengan logo GSS pun, boleh buat jiran cemburu berkurumun datang nak tengok langsir GSS.. Memang padan muka lah kena marah. Ni cerita tahun 90-an ye..







Pemilik Globe Silk Store diberi 48jam bayar denda RM200,000

May 25, 2010

PUTRAJAYA, 25 Mei — Mahkamah Rayuan hari ini memberi tempoh sehingga Khamis ini untuk bekas pemilik gedungmembeli-belah, Globe Silk Store, Tan Sri Kishu Tirathrai dan keluarganya membayar denda RM200,000 kerana menghina mahkamah atau berdepan dengan hukumanpenjara tiga bulan.


Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin,yang mengetuai panel tiga hakim, membenarkan rayuan keluarga itu untukmengenepikan hukuman penjara tiga bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menggantikan dengan denda RM50,000 setiap orang atau hukumanpenjara tiga bulan.


Kishu, 69, isterinya Puan Sri MonaKishu, 67 dan dua anak lelaki mereka — Vinod, 40, dan Bushan, 37, dikenakan hukuman penjara tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi KualaLumpur pada 12 Julai, 2007, kerana campur tangan dan menghalang perintahpenjualan bangunan membeli-belah itu.


Abu Samah dan Hakim Datuk RamlyAli dan Datuk Mohamed Apandi Ali, bagaimanapun, membenarkan permohonan untukmenangguhkan perintah itu sehingga pukul 3 petang pada Khamis ini.


Peguam keluarga Kishu, T.Gunaseelan, memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan perintah itu untuk seminggu bagi membolehkan mereka mendapatkan jumlah wang itu.


Katanya Kishu dan isteri diisytiharkan muflis manakala kedua-dua anak lelaki mereka turut mengalami nasib yang sama tetapi mendapat perintah mahkamah untuk menangguhkan perintah muflis tersebut.


Peguam Bank HSBC, Benjamin Dawson,berkata pihaknya tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan keluarga itu untuk menangguhkan perintah itu.


Terdahulu itu, Gunaseelan memberitahu mahkamah anak guamnya memohon maaf dan tidak mahu meneruskan rayuan terhadap sabitan tetapi sebaliknya hanya mahu memohon kepada mahkamah untukmengenepikan hukuman penjara.


Dawson berkata pihak bank tidak akan mendesak untuk hukuman penjara terhadap empat ahli keluarga itu jika mereka insaf, bertaubat dan memohon maaf serta tidak meneruskan dengan rayuan tersebut.


Keempat-empat mereka kini bebas dengan jaminan RM10,000 setiap orang dengan seorang penjamin sementara menunggu penyelesaian kes rayuan itu.


Globe Silk Store, yang diasaskan pada 1930, telah mendirikan bangunan 12 tingkat di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pada 1977.


Bank HSBC telah memulakan prosiding menghina mahkamah pada 2004 terhadap syarikat keluarga itu,Tiratharai Sdn Bhd dan empat pengarahnya apabila mereka ingkar perintah mahkamah dengan meletakkan empat kaveat, satu cubaan injunksi dan dua perintah injunksi ‘‘ex-parte’’ ke atas bangunan Globe Silk Store.


Kaveat dan perintah menghalang itu semuanya berkuatkuasa dalam masa beberapa hari selepas cadangan lelong oleh bank berkenaan, menyebabkan proses lelong ditangguhkan sebanyak empat kali. —Bernama




"
Bercerita tentang Tan Sri Kishu Tiratrai tentu orang biasa tak kenal tetapi bila sebut Globe Silk Store siapa tak kenal gedung itu. Pusat kain-kain yang pertama naik megah di Bandar Raya Kuala Lumpur suatu hari dulu. Selepas baik dari kemalangan kereta yg menyebabkan kedua-dua kaki Jamil patah ,dan juga sebelum reformasi kes DSAI sementara menunggu dapat kerja. jamil membuat apa sahaja yang boleh mendatangkan wang, berlakon, ambil gambar, dan pemandu atau pengawal peribadi kontrak. Sewaktu Tan Sri Kishu membuat majlis perkahwinan anak lelaki beliau Jamil dapat berkerja sebagai pemandu peribadi kontrek selama seminggu. Bukan Jamil seorang malah beliau mengambil 20 orang pemandu peribadi kontrek dengan bayarn RM80 sehari.

Majlis perkahwinan anak beliau di buat selama 5 hari 5 malam, dan memakan belanja hampir 7 juta ringgit. Boleh di katakan hampir semua hotel 5 bintang di Kuala Kumpur di buat, antaranya Shangri-La , Hilton Kuala Lumpur , Sunway Hotel, JW Marrriot , Regent Hotel, beliau mengunakan banyak pemandu kerana beliau menjemput hampir 500 orang kenalan dari India dan Sri Lanka.

Jamil di tugaskan memandu pengantin yg mengunakan kereta Mercedes S Class 320 , kami kerja dari pagi hingga tengah malam. Memang Jamil tengok kemewahan mereka tak terhingga. Tak ingat langsung. Coklat-ciklit untuk tetamu di import dari London. Setiap tetamu di beri sebakul coklat. Tak silap Jamil sebakul berharga rm 350/ sebab kami yg membungkus dan menyediakannya di rumah nya di taman Tasik Titiwangsa.


Kemewahan di bazirkan demi untukmenujuk-nunjuk, antara tetamu vvip-vvip yg jamil jumpa timbalan Perdana Menetri Dato Seri Anwar Ibrahim, Tun Shuhaila Hussein, dan banyak lagi tokoh-tokoh koperat. Setiap tetamu dari luar negara hotel disediakan.


Setiap pembelanjanaan mereka ditanggung oleh Globe Silk Store. Sebab itu habis sampai 7 juta untuk satu majlis perkahwinan, di buat style cara orang Hindi kahwin walaupun mereka berbangsa Tamil. Biasalahkan orang India ni kalau dah kaya mereka akan cuba membuang budaya dan adat India. Mungkin malu agaknya.


Dan kerana suka menunjuk-nunjuk,belagak, orang yg tergolong sebagai salah seorang terkaya di malaysia akhirnya di iktiraf muflis. Bila kaya di hormati, di sanjungi, di kelilingi ramai kawan, gelak ketawa, hilai setiap masa, senyuman kawna kawan ceria selalu, bodyguard keliling pinggang, driver pakai walkie talkie, bodyguard pakai walkie talkie. Tapi bila dah papa muflis, paham-paham je lah kan, bermacam-macam dugaan,masaalah akan datang. Waktu ini who are going to help and support this kind of people.,"









http://bbcatlover.blogspot.com/2010/05/kishu-tirattrai-globe-silk-store.html


Chairman & ManagingDirector Globe Silk Store
Tan Sri Kishu Tiratai

GLOBE Silk Store was perhaps theearliest memories of a departmental store for most Malaysians and an integralpart of their childhood. It was also one of earliest stores to engage in pricetagging and offering of gifts for purchases.
It is no wonder that the store, inits heydays, received 20,000 visitors a day.

Its history dates back to 1930when the late Tirathdas Jethanand began with a small general store measuring2.4m by 4.5m in Segamat.
By 1947, Globe had come to BatuRoad and was competing alongside giant retailers such as John Little, Robinsonsand Whiteways. Despite that, Globe remained the fastest growing.

A decade later, Don, which wasamong one of the country's first local brands of menswear, was born. And in1960, Tirathdas' only son, 19-year-old Tan Sri Kishu Tirathrai, joined hisfather after foregoing his dream of reading law.
Kishu took over the helm of GlobeSilk Store when his father passed away in 1972. His focus was to grow thebusiness.

From just a shoplot in JalanTuanku Abdul Rahman, Globe is now housed in a 10-storey building with eachfloor catering to the different needs of consumers ranging from men’s, womenand children's wear to home furnishing.

Along the way, the family boughtover Mona Industries in Melaka, a business which synergies with thedepartmental store concept.

“Most businesses over 50 yearstend to disappear. This happens when you do not manage change as theenvironment and circumstances force you to change.

“If you look at our business, wehave grown by eight-fold,” Kishu said.

His three sons help him run thebusiness and his younger daughter is toying with the idea of joining herbrothers. His eldest daughter manages the family jewellery business known as TheJewel Mine.  

Apart from Globe, the group haslandbanks and various other assets. Kishu is satisfied with the progress he hasmade and his motto is to “try and excel in everything we do (everyday).”

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2011 01:47 PM | Show all posts
hmmmm...gitu ker. baru ku tauk
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 02:12 PM | Show all posts
salam dr newbie..klu psl globe silk store ni, ade 1 kenangan yg aku plg igt..kenangan time tecit2..time pose mesti mak bwk p jln2 kat ctu beli kain utk pkai time raye..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 02:46 PM | Show all posts
aku plak..time beli baju sekolah baru kat globe {:4_237:}
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:13 PM | Show all posts
dulu beli baju sekolah kat globe...jenama don kalo tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 03:38 PM | Show all posts
Reply 5# kikuri
dayyum, you beat me to it, :@
dlu2 mse nk beli baju skolah ada dua pilihan, samada baju kamdar atau don, slalu aku mntak bju don sbb kualiti lbih bgus drpd bju kamdar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2011 03:53 PM | Show all posts
globe dulu setarap ngan sogo skrg la, apa2 semua pi cari kat situ, beg plastik pon balik tayang kat kampung rasa hebat sgt dah masa tu hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 04:59 PM | Show all posts
globe dulu setarap ngan sogo skrg la, apa2 semua pi cari kat situ, beg plastik pon balik tayang kat  ...
stroberikiut Post at 11-11-2011 15:53



    part beg pastik tu setuju..time tu beg pastik globe tu klu pkai kire glamer la..nk bg buah tgn kat org, bungkus pkai beg pastik globe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2011 05:01 PM | Show all posts
tp klu adik aku punye kenangan pasal globe ni lawak sketla..
time tu die kecik g..dlm darjah2 cmtu la..time tu die saket perot sgt2..tp xtaw nk p toilet kat ne..last2 akak aku blari la dukung die p sogo crk toilet..smpai skrg klu lalu area ctu, msti aku sound adik aku.."dik, ko x saket perot lg ke?" akak aku plak mesti ckp cmni : "aku igt lagi cmne nk sesak napas aku dukung die bwk p sogo"
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 06:27 PM | Show all posts
he he he Globe Silk Store..kenangan masa kerja kat sana dekat dua puluh tahun sudah  store boy gaji 475 ringgit,kira paling tinggi la dibanding kan dengan Hankyu Jaya ,Kerry ,Batu Road Supermarket....pompuan lawa lawa..yang body cantik lawa lawa kena jaga lift atau pun
customer service..yang kurang lawa jaga stor la
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 09:09 PM | Show all posts
dulu kat seremban ada globe satu...mmg popular la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 09:29 PM | Show all posts
dulu masa kecik2 kalu nk gi shopping mst wajib gi sini..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 09:59 PM | Show all posts
haa globe silk store ni aku suka mkn kat tgkt 6 kalau tk salah aku...dia punya puding hangus jadi makanan wajib pada aku setiap kali g sana..yum3
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 11:06 PM | Show all posts
Orang kampung kalau buat lawatan kat ke KL, GLOBE tu mesti ada dalam list....sbb tu blh nampak bila cuti sekolah, ada je bas persiaran turunkan ramai penumpang, rupanya nak shopping kat 'Globe....

Ingat lagi masa setahun setelah aku kawin, sedara dari sebelah somi datang bertandang, tetiba tanya aku, "Globe tu kat mana?...cantik ke baju-baju dia?"...aku senyum simpul lah...
Tapi aku suka beli kain langsir kat situ dulu....curlast lah sikit di bandingkan tempat lain waktu tu  banyak pilihan....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 11:13 PM | Show all posts
ya teringat globe..naik lift ada pompuan globe tekan butang..nak tergelak pun ada time tu...sempit2 pun nak jaga lif juga..mesti bosan kerja dalam tu..duduk dalam lif ja
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 11:16 PM | Show all posts
Owh...jadi punca kejatuhan Globe adalah terlalu bermewah-mewah masa perkawinan anak dia iya?....Aku tertanya-tanya jugak, mengapa Globe ni blh jatuh....ingatkan sbb byk sangat persaingan.....

Pasal beliau menghalang mahkamah untuk menjual bangunan tu kita kena pahamlah....maklumlah, mereka sedih sgt sbb itulah hasil usaha mereka dari dulu tetiba terpaksa di lepaskan begitu sahaja....sesiapa pun tak boleh kawal emosi kalau tak kuat keimanan & semangat......Nasib baik mereka tak ambil jalan yang singkat spt bunuh diri ke...ada setengah2 orang yang tak tahan tekanan akan ambil tindakan drastik...kiranya mereka masih kuat semangat kan....

Semuga mereka boleh bangkit semula kerana jasa mereka pun banyak seperti menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai wargakota terutama kaum melayu.  Servis yang di berikan jugak bagus seperti ada penjaga lif untuk pelanggan.  Bermakna mereka mengambil kira kemudahan kepada pelanggan berbanding shopping complex di tempat lain....


Terima kasih TT atas info yang menarik......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2011 01:31 PM | Show all posts
Dulu memang suka gak gi Globe ni....baju jenama Don tu ade lagi aku simpan. Baju tu aku beli time bujang. Skang dah kawin, baju pun dah tak muat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 10:13 PM | Show all posts
rasanya kat globe je yg ada pompuan jaga lift.."tingkat 2..bahagian kanak kanak" ihiks..kalau time raya puasa..depa pakai baju kurung..kalau CNY pakai cheongsam..time deepavali mmg meriah laaa..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 11:08 PM | Show all posts
Dulu memang suka gak gi Globe ni....baju jenama Don tu ade lagi aku simpan. Baju tu aku beli time bu ...
apan Post at 12-11-2011 13:31








MONA INDUSTRIES MALAYSIA SDN BHD

185, Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur

Tel : 603-26922188
Fax : 603-26928585



DON, Globe's in-house label, has been providing fashionable apparel since 1951. DON's product's include menwear, ladies and children's clothings, as well as fabrics and furnishings.Throughout the years, DON has gone from strength to strength in concept, styling, image and presentation. As it ushers in the 21st century, DON offers a host of classic and contemporary merchandise as well as fashion collection throughout the year. In-house designers travel overseas to attend fashion fairs in order to broaden their knowledge and to keep abreast of the latest trends.Precision fit, comfort and fashion have always been hallmarks of DON. DON's range of gentlement's white shirts are a perfect example. A classic in anyone's book, their collars are double fused with high-grade interlining for durability. Generously cut in 14 different fabrics, they are suitable for business or leisure and complement any smart wardrobe. DON is manufactured by Mona Industries Malaysia Sdn Bhd and is exclusively available at Globe Silk Store.












Sources : http://semipurbastore.blogspot.com/




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 03:17 AM | Show all posts
teringat zaman kanak2 aku tahun 90an, kalau nak beli baju raya dan baju sekolah memang wajib pegi globe. Jenama DON tu la aku dok tayang kat kwn2 bangga pakai baju sekolah jenama DON.hehee.

skarang org kampung kalau dtg wajib nak shoping sogo sebagaimana zaman dedulu wajib ke globe kekdahnye..hihii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.089611 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list