CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

'Jadi malas kalau selesa'

[Copy link]
Post time 16-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ally Iskandar cabar pengacara muda sentiasa asah taring\rBAGI penonton dan persepsi orang luar, melihat Ally Iskandar muncul dalam pelbagai program daripada bual bicara hingga hiburan dianggap sebagai penampilan yang agak berlebihan. \r\n\n\n\n\rMemang tidak dinafikan Ally adalah antara personaliti TV popular sehingga namanya tidak pernah lekang dalam senarai Top 5 kategori Pengacara TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang dipilih oleh pembaca Berita Harian yang juga mungkin peminat jejaka ini. \r\r\n\n\n\n\nMenggunakan e-mel sebagai pengantara untuk menemubual pengacara dan personaliti TV3 ini, bagaikan berada di hadapannya.\rSetiap soalan yang kadang-kadang berbau kritikan diterima secara terbuka. Malahan Ally memberikan kerjasama cukup baik apabila menjawab semua soalan yang dikemukakannya tanpa ada elemen bersifat defensive atau meletakkan dirinya saja betul.  \rPenuh peribahasa dan kata-kata pembayang, jejaka berusia 35 tahun itu membalas setiap pertanyaan dengan gaya tersendiri, selain diselang-selikan dengan unsur jenaka menyerlahkan sifat kelakarnya yang tidak terhad hanya ketika mengacara majlis rasmi.\rSepanjang kerjayanya di stesen TV, Ally pernah mengendalikan MHI, Anugerah Juara Lagu, Konsert Jom Heboh, program sensasi tiga episod Tiada Rahsia Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa, Singgah Sahur, ResQ, dan peringkat akhir Pesona Nona.\r\n\n\n\n\r“Saya umpama seorang guru yang dituntut mengajar, seorang doktor yang merawat (pesakit) dan seorang pegawai polis yang menjaga keselamatan yang mana tugas pengacara pula adalah tuntutan syarikat untuk digalas sebaik mungkin.\r“Saya bekerja sepenuh masa di Media Prima. Selain menggalas tugas Penerbit Eksekutif di Primeworks Studios, pengacaraan TV menjadi salah satu tugas hakiki saya. Walau apa program yang dipertanggungjawabkan, saya dituntut untuk  melaksanakan dengan sebaik-baiknya,” kata pemegang ijazah Sarjana muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem dari University of the Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.\rMenurutnya, pengurusan masa sangat penting dalam mengendalikan tugas yang pelbagai, apatah lagi apabila tanggungjawab itu juga membabitkan kerja di sebalik tabir seperti produksi dan penyuntingan.\r“Bebanan tanggungjawab bukan persoalan. Itu pegangan saya tatkala memutuskan untuk menceburi dunia penyiaran. Tiada istilah kerja senang dalam bidang media. Saya akui mengendalikan tugas pengacaraan yang berbeza-beza sangat mencabar.  \r“Saya terima cabaran itu kerana saya jenis tidak boleh duduk selesa. Bila selesa akan jadi malas. Bila malas akan hilang ‘competitive edge’. Itu bukan sikap yang sihat sebagai orang media,” tegasnya lagi.\rDitanya adakah dia sedar dirinya menjadi pilihan utama untuk menjadi pengacara dalam acara atau majlis berprestij stesen televisyen yang dinaunginya itu, Ally berkata, memang setiap kali menerima amanah itu, ia dianggap sebagai ujian yang kemampuan dirinya. \r“Saya lebih melihat tanggungjawab ini sebagai cabaran daripada pihak pengurusan ke atas saya, untuk menguji kemampuan saya mengendalikan program besar. Kekananan (seniority)i dan bakat itu persepsi orang. \r“Saya tidak pandai membuat penilaian terhadap bakat diri sendiri. Tapi saya memerlukan kepercayaan sesama tenaga produksi. Dengan sikap saling percaya akan kemampuan masing-masing, gunung pun boleh diangkat,” katanya.\rMenurutnya, menjayakan program TV adalah usaha bersama dan dia pasti  semua orang mahu bekerja dengan orang yang boleh dipercayai.\rAlly menjelaskan, tugas sebagai pengacara terdiri daripada dua aspek iaitu ‘pengikat’ kandungan dalam memastikan perjalanan program lancar dan ejen pencetus, pemangkin dan pengekal keghairahan penonton mengikuti program dari awal hingga ke penghujung. \r“Jelak dan jemu adalah hak khalayak. Sebelum memulakan tugas, rutin saya ialah mengingatkan diri akan dua perkara juga iaitu “program ini bukan pasal saya’ dan “program ini adalah untuk penonton’,” katanya penuh makna.\rDia juga mempunyai pandangan tersendiri dalam menerima kenyataan jika kerap kali muncul dengan gaya pengacaraan yang sama.\r“Gaya pengacaraan seseorang hos ialah trademark atau ‘cap dagang’nya. Sama seperti suara seorang penyanyi. Saya percaya mustahil semua orang suka cara saya tetapi saya juga percaya semua orang akan suka program yang dikendalikan dengan baik,” jelasnya.\rDitanya soalan agak berbisa berkenaan akan hilang taring dalam menarik minat orang ramai menonton dirinya jika terlalu kerap pengacara, Ally memperlihatkan cukup bijak dan matang dalam berkata-kata.\r“Pengacaraan adalah tugas hakiki saya. Kekerapan peluang mengacara adalah hak pihak pengurusan. Saya sekadar menggalas amanah. Kalau saya mengelak, bererti saya lari dari tanggungjawab. \r“Hilang taring itu lumrah hidup. Jika pun benar saya ‘bertaring’, saya tahu ia takkan kekal. Justeru, selagi ada rezeki, saya berdoa agar terus dapat melaksanakan tugas sebaik-baiknya. Pada masa sama, saya anjurkan kepada ‘harimau-harimau muda’ lain untuk mula mengasah taring masing-masing dan belajar memburu peluang. Kasihan saya nanti jika masih terpaksa membaham dengan gusi disebabkan taring kalian masih tumpul.\r“Kijang tak akan datang menyembah sang harimau untuk dijadikan habuan,” kata Ally yang mencabar pengacara baru dengan kata-kata bidalan dan perumpamaan. \rCara berbeza, matlamat sama\rWALAUPUN sudah berpengalaman mengendalikan pelbagai program, tetapi Ally tidak malu untuk mengakui betapa perasaan berdebar dan rasa gentar tetap ada dalam dirinya. \r“Sehingga sekarang saya masa berdebar di hadapan khalayak atau kamera. Tapi rasa gentar dan gemuruh itu perlu ada. Perasaan sedemikian membuatkan seorang pengacara menjadi peka kepada persekitarannya,” jelasnya. \rBersoal jawab dengan Ally yang dilihatk gemar mengaitkan gaya penyampaiannya dengan setiap perempuan cantik dan mungkin tempoh gelak tawa penonton akan berakhir jika kerap kali digunakan, dia teguh dengan pendiriannya.\r“Saya orang media. Apa saja yang mempunyai daya penarik pasti menjadi penambat perhatian khalayak. Saya mengusik Neelofa di Anugerah Skrin sama seperti wartawan menulis gosipnya dengan Hans Isaac di surat khabar.\r“Pendekatan kita berbeza, tapi matlamat kita sama dan saya percaya selebriti pun tahu akan perkara ini kerana kita semua saling memerlukan. Apa yang penting adalah ia digayakan dengan berhemah.” katanya.\rKatanya lagi, ketika disoal adakah cukup  bersedia menerima kritikan peminat yang mungkin  sudah biasa dan dapat mengagak caranya yang mengaitkan artis wanita cantik sebagai bahan usikan ketika mengacara. \r“Kerja sebegini saya kena terima yang baik dan yang buruk daripada penonton. Kalau dikaitkan dengan wanita cantik, saya tiada masalah. Yang cantik wanita itu, bukan saya. \r“Sebenarnya, ketika di Anugerah Skrin 2011 sebagai contoh, banyak juga nama lain yang saya jadikan bahan usikan (David Teo, Aaron Aziz, Anuar Zain). Tapi subjek wanita cantik juga yang lebih mengesankan khalayak termasuk wartawan. Sebab itu anda tak bertanya soalan berkenaan ‘teori’ saya tentang faktor Aaron Aziz menjadi kegilaan wanita. Anda tak perasan barangkali,” katanya.\rKatanya lagi, pengacara yang melakukan tugas secara berpasangan perlu berupaya untuk saling menghormati, mengiktiraf dan meraih keupayaan masing-masing dan jarang kedapatan pasangan pengacara sama hebat. \r“Tahap keserasian adalah persepsi dan ‘pre-conception’ penonton. Bagi saya, sehebat atau selemah mana pasangan pengacara, tanggung jawab saya ialah untuk memastikan dia selesa bergandingan bersama saya agar kami dapat lakukan tugas dengan berkesan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.056187 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list