View: 4121|Reply: 11
|
9 SIFAT CALON ISTERI PILIHAN SANG LELAKI
[Copy link]
|
|
MENCINTAI SEPENUH HATI
Lelaki mana yang sanggup memilih perempuan yang tidak menyintai sepenuh hati? Mesti akan terlintas difikiran untuk mencari seseorang yang benar-benar menyintai diri dia. Kebiasaannya pula dalam diri perempuan terdapat satu sifat yang mana kalau dia betul-betul cintakan lelaki tersebut, mesti dia akan cepat sesuaikan diri dengan lelaki tersebut. Sehinggakan benda yang kecil bagi lelaki itu pun akan jadi benda yang penting bagi perempuan. Insyaallah, kalau anda benar-benar sayangkan dia, dia tidak akan menghampakan anda.
MEMBANTU PASANGAN MENJADI LEBIH BAIK
Tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Namun, cinta itu mampu membuatkan diri anda lebih sempurna kerana sifat saling melengkapi itu mampu menutup kelemahan masing-masing. Jadi, amat penting bagi seseorang perempuan itu untuk membantu pasangan jadi lebih baik. Tapi jangan bimbang, perasaan ini akan lahir sendiri apabila anda benar-benar menyintai pasangan anda.
TAAT DAN PATUH
Seorang lelaki sentiasa mengharapkan seorang perempuan yang mampu mendengar katanya. Kerana didalam Al-Quran sendiri ada mengatakan bahawa syurga isteri itu terletak pada suami. Sekiranya ingar sang isteri itu terhadap suami, jangan haraplah untuk tinggal didalam syurga. Kerana sifat azali seorang lelaki itu ialah ego. Sekiranya anda ingkar terhadap suami, ini bermakna anda tidak menghormati suami anda.
RAPAT DENGAN KELUARGA
Lelaki juga suka pada perempuan yang rapat dengan keluarganya terutama ibunya. Oleh sebab itu jangan sesekali mengutuk ibu dia jika anda tidak mahu dia naik angin. Ini kerana lelaki tidak mahu seorang perempuan untuk rapat dengan dirinya saja, tetapi juga dengan keluarganya kerana ini menunjukkan anda menghargai orang yang penting dalam hidup dia.
PANDAI BERDIKARI
Seorang lelaki suka jika perempuan itu menunjukkan kematangannnya. Bagaimana dia menguruskan hidup dia sendiri tanpa terlalu bergantung kepada lelaki. Sebagai contoh, bukankah lebih baik jika seorang isteri yang tidak bekerja itu mengambil anak-anak pulang dari sekolah daripada mengharapkan si suami untuk keluar sebentar mengambil anak pulang? Ringan sikit beban si suami...
MENJADI PENDORONG
Pasti ada suatu ketika nanti si lelaki akan menghadapi masa-masa yang sukar untuk ditempuhi seorang diri. Jika anda sebagai seorang perempuan yang amat penting kepada diri dia, takkan anda sanggup untuk membiarkan dia sebegitu saja? Sudah semestinya anda perlu menjadi pendorong untuk dia menjadi lebih berjaya dalam hidup bukan?
WANITA BIJAK
Zaman telah berubah, begitu juga dengan perempuan. Perempuan zaman sekarang bukan lagi seperti dahulu kerana telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran. Sehingga ada suatu ketika negara dikejutkan dengan peratus pelajar perempuan yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki di universiti. Jadi lelaki juga mahukan perempuan yang berpendidikan kerana ia menimbulkan perasaan kagum dan hormat.
PANDAI BERHIAS
Sebut saja Rozita Che Wan, semua orang akan kata dia cantik walaupun umur bukan 20an lagi. Suami mana yang tak bangga kalau isteri cantik macam artis. Bila orang puji, tersenyum lebar je suami. Tapi kalau tak tahu berhias, jangan berlagak pandai kononnya nak buat eksperimen sendiri, silap-silap akan ditertawakan orang ramai. Cuba banyakkan membaca majalah fesyen dan berkaitan fesyen atau baca tips mekap di sini.
TAHU KAWAL SIFAT CEREWET
Akhir sekali, masalah biasa yang menyebabkan lelaki rasa bosan dengan seseorang perempuan itu ialah cerewet. Tapi kalau anda sebagai perempuan mampu mengawal pengai cerewet anda, tak mustahil kalau suami anda akan hadiahkan BMW 5 series sebagai tanda sayang dan cinta dia. Memang ada kalanya perangai lelaki ni akan buat perempuan hilang sabar, tapi cubalah tegur dengan cara yang lembut.
saya sudah jana RM1000 SEMINGGU BERSAMA KELAB JUTAWAN..anda bila lagi>....
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tambah bole...perempuan yg berharta.... |
|
|
|
|
|
|
|
perempuan biasanya pas kawen selalu abaikan kecantikan? kenapa ar? ada mak sedara akak sedara pas kawen selekeh yang amat. Saya tengok pun tak selera macam mana lah suami menengoknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
1 more = tidak longgar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# awinpj
hahahahaha..... tesembur air yang aku minom ni...
tapi btol gak.. slalu tgk situasi pmpuan lgi kayo dr laki dijadikan pasangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
perempuan biasanya pas kawen selalu abaikan kecantikan? kenapa ar? ada mak sedara akak sedara pas ka ...
AzzaAzman Post at 30-11-2011 15:01
maybe lps kawen byk tanggungjawab yg menyebabkan perempuan x ada byk masa utk diri sendiri...
nak2 kalau dpt pasangan yg kurang membantu...
1. kena jg anak dan urusan anak- anta ambik anak sekolah
2. kena urus rumah - kemas, basuh baju, sidai segala...
3. urus laki - iron baju/seluar laki, msk mknn diorg...bla..bla..bla..
4. duit habis ke urusan anak dan rumah smpai x de balance utk beli brg diri sendiri...
kalau isteri bekerja x pe la ada gaji, yg suri rumah?....huhu....
hmm.. mcm2 faktor... setiap org mungkin ada alasan sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by AzzaAzman at 1-12-2011 02:06
Reply 7# airana
tapi yang saya perhatikan ni dia takde anak lagi.. baru setahun kawen. Harap jadi pengajaran kat luar sana. Tak suruh melawa pun tapi biar lah kemas. saya nak tegur saya muda lagi kawen pun belum tapi... hmm susah sangat ke nak sikat rambut, pakai tshirt luar kain baik (imagine pakai kain batik, tshirt tuck in dalam) mandi awal pagi, pakai bedak baby kat muka sikit,
diorang ni (kebanyakan melayu) beli kain sutera untuk buat kurung sampai rm400, tapi tak pernah beli walaupun rm30 baju tidur yang cantik sikit.dari pagi kemalam pakai tshirt yang sama... saya pelik saya pun tak selera apatah lagi laki diorang..
plz plz plz bini bini di luar sana...
maaf off topic jap... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply airana
tapi yang saya perhatikan ni dia takde anak lagi.. baru setahun kawen. Harap ...
AzzaAzman Post at 1-12-2011 02:05
saya setuju cakap awak..walaupon dah kawen.si isteri kenelah kelihatan kemas, cantik setiap masa..kalau kata org tak cun mana pon..klo kemas, cantik pandai bgaya blh jadi cun jugak.....sy pon ada sdara yg pas kawen tak melawa..msh zmn kapel2 jer melaram...mungkin sbb dah kawen so dah ada laki takyah lah melawa kan...hehhe..tapi sbnrnya dah kawen lah kene makin lawa2...jaga badan..jaga muka,jaga persenaliti,jaga luar dlm..barulah laki akan syg kiter...lagipon punca2 suami cari lain kdg2 dari kes2 camnih lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# Eyta4349
betul tu pas kawen lah nak kene melawa. Diorang ni melawa melawa gak tapi dok bersaing dengan rakan sekerja je. Melawa bila pg tempat kerja. Untuk suami, macam pakai nak pg kebun getah. Maaf kasar sikit tapi itulah yang saya perhatikan. Sedih tau. Islam suruh lain, kita buat lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Eyta4349
betul tu pas kawen lah nak kene melawa. Diorang ni melawa melawa gak tapi d ...
AzzaAzman Post at 1-12-2011 23:28
ada jugak yang mcm awak cakap tuh..persaingan kat opis...yerlah nama pon pompuan..mesti ada perasaan jeles tgk org lawo dari kiter...pemikiran dan hati tuh sendiri yang membentuk peribadi..maybe berfikir...melawa kat luar ada org tengok....ada attention..tapi kat umah sapa nak tgk kan....tapi sbnrnya melawa kat depan suami lah yg paling important...sebenarnya tak kira kat mana, dengan siapa kelihatan menarik dan kemas tuh penting.....para2 suami pon kenelah tegur penampilan isteri kalau suami rasa tak suker..perubahan ke arah kebaikan bersama jugak..manatahu isteri tak perasan selama ni...pastu belikanlah isteri tuh barang2 perhiasan..tak semestinya barang kemas, beli jamu ker..utk kecantikan....pastu pujilah isteri kalau dia kelihatan cantik kat umah..mesti semangat isteri nak lawo2 kat umah..hehhe...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# bluecatsus
bende tu bole cover |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|