View: 151|Reply: 0
|
Jepun cadang tingkat import komponen automotif tempatan
[Copy link]
|
|
RANCANGAN pengeluar kereta Jepun untuk meningkatkan import bagi komponen automotif bertujuan mengurangkan kos, menyediakan peluang perniagaan besar bagi pengeluar alat ganti dan komponen automotif di Malaysia, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).\rLangkah untuk mendapatkan komponen automotif dari luar negara adalah peluang bagi pengeluar alat ganti dan komponen di Malaysia untuk membentuk pakatan atau perkongsian dengan vendor Tier-1, Tier-2 dan Tier-3 Jepun untuk mendapatkan peluang perniagaan baru dalam sektor komponen automotif Jepun yang lumayan tetapi mencabar, katanya.\r\n\n\n\n\r Justeru, katanya, amat penting bagi industri komponen automotif Malaysia, sebagai sebuah badan, melaksanakan kempen berterusan untuk menarik perhatian industri kereta Jepun terhadap ‘kehadiran’ mereka dalam industri melalui penyertaan dalam pameran perdagangan dan penganjuran misi jualan, kata MATRADE dalam satu kenyataan semalam.\r\r\n\n\n\n\n Saranan MATRADE itu adalah susulan kenyataan Ketua Eksekutif Nissan Motor, Toshiyuki Shiga baru-baru ini syarikat itu menyasarkan meningkatkan nisbah komponen yang diimport kepada 40 peratus daripada 20 peratus sekarang, bagi kenderaan yang dieksport, yang mewakili 60 peratus daripada pengeluaran domestiknya.\rBagaimanapun, di Asia, pemerolehan tempatan sekarang adalah 70 peratus bagi sesetengah model dan Nissan merancang meningkatkannya kepada 90 peratus atau lebih tinggi.\rMATRADE berkata kenyataan itu wajar diberikan pertimbangan serius kerana kedudukan yen yang kukuh sekarang amat menjejaskan jualan kereta yang bergantung kepada eksport.\rMinat terhadap kandungan Malaysia telahpun dikemukakan kepada MATRADE oleh banyak peserta utama bagi produk seperti komponen kereta tuangan aluminium, foundri, bahagian logam hentakan, dan bahagian penyempritan plastik, kata agensi penggalakan perdagangan itu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|