CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12869|Reply: 89

IBU! INTAN INGIN KE SEKOLAH (U)

[Copy link]
Post time 6-12-2011 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by kikuri at 6-12-2011 14:04

maaf masih baru nak menulis. kalo ade kekurangan harap dimaafkan. segala teguran akan diterima dengan hati terbuka


cerita dh ade dalam draft dan masih sangkut lagi.


ingt nak wat pendek je


tp dh jadi terpanjang


semoga terhibur



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2011 02:02 PM | Show all posts
1.        SEPASANG MATA CANTIK

Keadaan ketika ini agak nyaman sekali. Dengan angin bertiup sepoi – sepoi bahasa, lenggang pohon kelapa mengikut rentak angin, helang sesekali menyambar ikan di laut, suara hingar kanak – kanak bermain dan bunyi enjin bot menandakan nelayan telah pulang ke daratan.

Nun dikejauhan kelihatan seorang kanak – kanak berlari riang menuju ke pantai. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Mulutnya ramah menyapa orang disekeliling. Walaupun kelihatan agak mengah tetapi larian tetap diteruskan. Kanak – kanak berusia lima tahun itu terus berlari lagi, sehingga sampai di sebatang pohon kelapa yang mati, yang sudah tiada daunnya apatah lagi buah kelapa muda yang manis dan menggiurkan rasanya. Begitu menggoda.

Sampai sahaja dia terus bertinggung, membuang rasa lelah akibat berlari dengan agak pantas tadi. Rasanya sudah tidak sabar untuk berjumpa sahabat sepermainan, membawa cerita baru seperti selalu.

Angin nyaman terus bertiup. Ah….indahnya cuaca di bulan April ini. Musin tengkujuh juga baru sahaja berlalu. Jika tidak hujan pun, angin bertiup agak kencang, sukar bagi melayan – nelayan untuk turun ke laut untuk mencari rezeki.

Mata kanak – kanak itu tajam melihat laut. Ya….mata itu. Kanak – kanak itu memiliki sepasang mata yang cantik tersembunyi disebalik wajahnya yang kusam. Bulat dan bersinar. Mata yang penuh pengharapan, mata yang penuh dengan perasaan ingin tahu, mata yang menyembunyikan sebuah penderitaan yang masih belum dimengertikan sepenuhnya.

Matanya terus memerhatikan disekelilingnya. Sebuah perkampungan nelayan yang kecil di salah sebuah negeri di pantai timur. Walaupun kecil ianya kelihatan nyaman dan menyenangkan. Nafas ditarik panjang. Selesa menyedut bau garam laut. Bau yang digemarinya sejak kecil. Sememangnya anak yang dibesarkan di kawasan nelayan. Dia tersenyum senang.

Penat bertinggung, kanak – kanak itu berdiri pula. Masih sabar menanti. Menanti kedatangan sahabat. Menanti cerita lucu yang baru. Menanti apa pula pelajaran yang dibawa oleh rakannya itu kali ini. Begitu teruja sekali. Sesekali kanak – kanak itu tertawa apabila mengingatkan cerita yang diberitahu rakannya semalam. Rasa ingin tahu membuak – buak. Pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan kepada sahabat sehingga sahabat hampir menangis kerana tiada jawapan untuk persoalan itu. Dia tersenyum sendiri.

Matanya masih memerhati sehinggalah tertancap disebuah pondok kecil singgahan nelayan dan juga penduduk kampung untuk mengambil angin. Kelihatan beberapa orang lelaki tua bercerita sambil menyedut rokok. Mereka tidak lain tidak bukan orang – orang yang sudah lelah untuk kelaut. Hanya dapat membantu secara kecil – kecilan untuk mencari rezeki. Menjahit pukat atau jala yang koyak. Membantu bot – bot nelayan kecil naik ke darat. Maka upahnya, dua hingga tiga ekor ikan kecil untuk dibawa pulang bagi mengisi perut.

Beberapa buah bot nelayan kelihatan hampir ke pantai. Lelaki – lelaki tua yang galak bercerita segera berkerumun ke pantai untuk membantu. Bot – bot ditarik menuju kedaratan dan dibawa hingga menuju ke pondok tadi. Hasilnya, nelayan dengan murah hati akan memberikan ikan sebagai upah atas pertolongan mereka. Begitulah selalunya. Kerjasama antara nelayan dan lelaki – lelaki yang tidak lagi gagah untuk kelaut.

Sebaik sahaja bot sampai ke darat kelihatan beberapa orang yang lain melihat kotak – kotak berisi ikan yang segar. Mereka adalah peraih ikan ataupun hanya orang awam yang ingin membeli ikan segar dengan harga yang murah berbanding di pasar. Disitu mereka bebas memilih ikan segar dan masih baru.

Nelayan sesekali tersenyum melihat hasil tangkapan mereka. Didalam kotak berisi air, terdapat pelbagai jenis ikan seperti kembung, selar kuning, kerisi, tamban, pelaling, kerapu tamban dari saiz sebesar tapak tangan hingga sebesar lengan. Tidak ketinggalan juga sotong yang bernasib malang tersangkut di jaring nelayan. Semuanya itu memberikan rezeki kepada mereka.

Dikalangan lelaki – lelaki itu, kelihatan seorang lelaki yang hampir setengah abad berjalan terhincut – hincut menjijit plastik berisi ikan pelaling yang akan dibawa balik kerumah untuk menjadi juadah mereka malam nanti. Kelihatan juga seekor sotong kecil kegemaran anaknya yang akan digoreng bersama kunyit dan garam. Di dalam kepayahan lelaki itu berjalan menuju ke rumah. Senja semakin menginjak meminggirkan petang yang nyaman. Langit yang membiru perlahan bertukar ke warna jingga. Suara kanak – kanak yang girang bermain di persisiran pantai juga semakin berkurang. Menandakan mereka beransur pulang sebelum dihambat ibu atau bapa mereka.

“Intan…” tegur lelaki tua tadi apabila sampai di pohon kelapa mati tempat kanak – kanak itu menunggu sahabatnya. Mukanya kelihatan muram. Senja semakin menginjak datang. Dia kecewa, sahabatnya tidak datang seperti yang dijanjikan. Muka muramnya memandang lelaki tua itu. Lelaki tua itu hanya tersenyum

“Jom balik, dah nak malam sayang..”

Kanak – kanak yang bernama Intan itu merenung muka lelaki tua itu dan plastik yang dijinjingnya. Apabila melihat sotong didalam plastik itu dia tersenyum senang. Hilang sudah kemuramannya.

“ Siapa yang bagi sotong tu yah..?” Tanya Intan sambil membelek plastik didalam pegangan lelaki tua yang dipanggil ayah itu.

“Abang Lan kamu…tahu benar dia kamu suka makan sotong.” Jawab si ayah sambil mengusap kepala anaknya.

“Jomlah balik. Nanti lambat. Intan kena tolong ibu kalau nak makan sotong ni kan?”

Intan mengangguk. Hilang sudah rasa sedihnya kerana sahabatnya tidak datang seperti selalu. Tidak mengapalah Intan, esok masih ada. Dengan gembira Intan memimpin tangan ayahnya dan mereka beriringan pulang ke rumah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 02:35 PM | Show all posts
2.        SOTONG GORENG KUNYIT

Intan baru sahaja selesai mandi melihat ayahnya sudah membentangkan sejadah. Kelihatan ibu sibuk memakai telekung. Cepat – cepat Intan memakai baju untuk bersama – sama ibu dan ayah untuk solat maghrib berjemaah. Begitulah mereka setiap hari, namun sekali sekala ibunya tidak bersolat sama. Ayah hanya memberitahu ibu dapat cuti dari Allah.

“Abis tu ayah tak dapat cuti dari Allah juga ke?” Tanya Intan dengan mata yang membulat. Ayah hanya tertawa.

“Tak Intan, hanya perempuan yang dapat cuti. Nanti Intan dah besar pun akan dapat cuti solat, puasa dari Allah juga.”

Intan masih tidak berpuas hati. “Napa kena tunggu besar ayah? Sekarang ni Intan tak boleh cuti solat ye ayah?”

Ayah termenung jauh.

“Perempuan ada waktu uzurnya Intan. Nanti bila Intan dah besar ibu akan beritahu Intan.” Sampuk ibu tiba – tiba. Intan ingin membuka mulut bertanya tapi tak jadi sebab ibu sudah menjegilkan matanya. Intan mencebik kesal.

“Intan, cepat pakai telekung. Menung apa lagi” tiba –tiba ibu bersuara

Intan tersentak. Oh…rupanya dia berangan. Dia tersengih dan segera memakai telekung dan menuju ke sejadah untuk solat maghrib berjemaah.

Usai solat maghrib ibu menuju ke dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam. Intan pula belajar mengaji dari ayah. Melalui muqqadam yang kusam itu Intan belajar ali ba ta dan sekarang Intan sudah menghafal baris dua pula. Pelajaran yang mudah bagi Intan kerana Intan seorang anak yang agak pintar.

Dibawah lampu yang samar – samar Intan tekun belajar mengaji. Sesekali hidungnya diganggu dengan bau sotong goreng kunyit yang harum baunya. Kepalanya kerap menoleh kearah dapur.

“Intan…” tegur ayah “Abiskan dulu bacaan, baru makan. Sikit je lagi ni”

Intan tersengih malu. Tahu – tahu saja ayah yang perutnya lapar sebaik sahaja menghidu bau sotong yang digoreng itu.

Sebaik sahaja tamat mengaji Intan berlari menuju kearah dapur. Ayah hanya mampu menggelengkan kepala. Ayah menyimpan muqqadam yang ditinggalkan Intan diatas sebuah gobok buruk yang pintunya sudah tiada. Hanya kain yang dijahit seperti langsir sahaja digunakan untuk menutup isi perut almari tersebut.

Mata ayah memerhati sekeliling rumah yang tidak besar itu. Hatinya berasa sebak kerana sebagai ketua keluarga dia tidak mampu untuk memberikan kesenangan kepada keluarganya. Rumah itu hanya mempunyai satu bilik, ruang tamu yang kecil, dapur yang hampir roboh serta bilik air yang terletak diluar juga hampir roboh. Kalau disenggol lembu mengamuk rasanya bilik air itu akan ranap sekelip mata.

Namun ayah bersyukur ibu tidak pernah bersungut. Tidak pernah meminta – minta. Malahan ibu pula yang selalu member kata – kata galakan kepada ayah, seperti ibu yang memberikan kata – kata semangat kepada anak yang ingin mengambil peperiksaan besar. Ayah tersenyum. Kasih sayangnya tidak pernah luntur daripada isterinya itu. Sanggup bersusah bersama.

Pada mulanya kehidupan mereka tidaklah susah seperti sekarang. Hanya setelah dia disahkan menghidapi penyakit tibi dan ibunya pula mendapat kanser payudara kehidupan mereka berubah secara total. Segala kelengkapan nelayannya telah dijual untuk merawat penyakit ibunya yang sangat kritikal waktu itu. Isterinya pula terpaksa bekerja di kantin sekolah bagi menampung keperluan keluarga. Namun akibat daripada kekangan kewangan ibunya meninggal dunia, dan penyakit tibinya semakin teruk dan tidak mampu untuk membuat kerja – kerja berat.

Pernah dia terfikir untuk memberikan Intan kepada mana – mana keluarga yang mampu untuk dijadikan anak angkat namun ditentang oleh isterinya. Oh ya…dia juga mempunyai seorang lagi anak lelaki yang berusia 15 tahun yang kini agak liar perangainya. Sudahlah tidak bersekolah, anaknya itu juga sering membuat onar sampai memeningkan kepalanya.

Dia mengeluh perlahan. Merenung nasib anaknya Intan. Dia mengharapkan anaknya itu menjalani kehidupan yang lebih baik, tetapi anak itu tetap girang seperti biasa. Tidak pernah merungut lapar jika tiada makanan, tidak pernah merungut jika bajunya koyak dan tidak cantik seperti kanak – kanak lain. Tidak pernah menyusahkannya. Kesal dia kerana pernah berfikir untuk menyerahkan Intan kepada keluarga angkat.

Intan adalah permata hatinya. Intan adalah penghiburnya. Hidup matinya adalah untuk Intan. Sebab itu dia menyembunyikan penderitaan kerana dia tidak mahu kelihatan lemah di mata Intan.

“Ayah…” sergah Intan membuatkan lamunannya terhenti.

“Ibu panggil makan. Jom, ada sotong. Sedapppp…” Intan masih lagi tersengih memandangnya.

Ayah bangun. Memimpin tangan Intan erat – erat menuju ke dapur. Selagi ayah hidup ayah akan cuba bahagiakan Intan. Itu janjinya kepada dirinya sendiri.

Di dapur ibu sudah duduk bersimpuh sambil mencedok nasi. Malam ini mereka menjamu sotong goreng kunyit dan ikan pelaling yang dimasak singgang. Intan tetap sahaja tersenyum lebar. Sotong kegemaran ada didepan mata. Tertelan – telan air liurnya. Sudah lama rasanya dia tidak menikmati sotong. Esok dia mahu menunggu Abang Lan untuk ucapkan terima kasih.

Ayah menadah tangan dengan diikuti Ibu dan Intan. Selepas membaca doa mereka sekeluarga makan dengan tertib dan bersyukur dengan rezeki yang ada.

Intan pula semakin girang kerana dapat merasa sotong goreng kunyit. Terpejam – pejam matanya setiap kali sotong melalui kerongkongnya.

“Alhamdulillah..” ucap Intan apabila dia bersendawa besar. Ayah ketawa. Ibu hanya menggeleng kepala.

“Intan tolong ibu basuh pinggan ye.” Intan mengutip pinggan yang telah kosong dari ibu dan ayah. Gembira hatinya dengan sotong goreng kunyit buatan ibunya. Dan mengharap esok ada lagi sotong buatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 08:52 AM | Show all posts
3.        A FOR APPLE B FOR BANANA

Esoknya Intan tercongok lagi di pohon kelapa mati itu. Masih setia menunggu sahabat yang semalam mungkir janji untuk bertemu. Dari kejauhan Intan dapat melihat sahabatnya Syirah berlari sambil membawa sebuah buku.

Intan tersenyum riang. Bulat matanya melihat buku yang dipegang Syirah.

“Buku apa tu Syirah?” Tanya Intan tidak sabar lupa dia untuk bertanya kenapa semalam Syirah tidak datang.

Syirah menunjukkan buku itu kepada Intan. Terpegun Intan melihat isi buku itu yang berwarna – warni yang dihiasi pelbagai gambar yang menarik.

“Buku bahasa inggeris” jawab Syirah

“Hari ni cikgu agar bahasa inggeris. Seronok.” Bergoyang – goyang tocang Syirah apabila dibuai angin. Syirah adalah rakan sepermainnya sejak kecil. Mereka bermain masak – masak bersama, berkejaran di tepi pantai, melihat nelayan pulang dari laut dan sekarang Syirah akan membawa pelbagai jenis buku yang berwarna – warni untuk dikongsi bersama Intan.

Syirah seorang yang cukup bernasib baik. Ayahnya seorang penolong pegawai tadbir disebuah badan kerajaan manakala ibunya adalah kerani di pejabat peguam. Kehidupan Syirah adalah jauh lebih senang dari Intan. Dan yang paling beruntung pada usia lima tahun Syirah sudah dapat masuk ke tadika.

Intan sendiri berasa pelik kenapa dia tidak tadika bersama Syirah, sedangkan mereka sebaya. Nanti Intan akan bertanya kepada ayah.

“Syirah belajar bahasa inggeris….wow…jadi Syirah dah pandai cakap inggeris?” tanya Intan dengan penuh perasaan teruja. Intan tidak tahu apa itu bahasa inggeris dan bagaimana mahu bercakap bahasa inggeris. Dia hanya berasa teruja sahaja.

Syirah mengangganguk sambil ketawa. “Nanti Syirah ajar Intan ye. Lepas tu kita sama – sama pandai cakap bahasa inggeris. Tapi ada syarat?”

Intan mengerutkan dahinya. Syarat. Kenapa ada syarat pulak ni

“Apa syarat Syirah?” Intan mula berdebar – debar

“Jangan tanya banyak sangat. Nanti Syirah tak tahu nak jawab. Syirah kan baru je belajar” ujar Syirah sambil membuat muka sedih.

Intan ketawa. “Intan minta maaf. Sebab Intan tak tahu banyak benda. Kan Syirah pegi sekolah, mesti Syirah tahu banyak benda kan?”

Syirah mengangguk. “Memanglah, tapi Syirah pon baru je belajar. Banyak lagi yang nak kena belajar. Cikgu Syirah cakap ilmu ni luas. Kita kena tahu sikit- sikit. Lepas tu barulah kita tahu banyak perkara”

Intan turut mengangguk. “Yelah, nanti Intan tak tanya banyak. Kalau tak tahu nanti Intan tanya ayah dengan ibu je”

Syirah ketawa gembira. “Oklah, meh Syirah ajar Intan bahasa inggeris nak?”

Intan mengangguk laju. Rambutnya yang panjang dan tidak diikat kelihatan serabut di mukanya kerana diterbangkan angin kuat. Mereka sama – sama duduk diatas batu yang satu masa dulu dijadikan kubu untuk menangkis serangan laut dari tentera Jepun.

“Harini cikgu ajar Syirah perkataan inggeris dari ABC”

Bulat mata Intan mendengar penerangan Syirah. Perasaan semakin melonjak – lonjak untuk mengetahui perkataan inggeris tersebut.

“Cepatlah Syirah, Intan nak dengar”

Syirah membuka buku. Semakin membulat mata Intan melihat gambar – gambar yang berwarna – warni didalam buku tersebut

“Intan dengar ye. A for apple, B for banana, C for Chicken”

“Wahhh…pandainya Syirah. Epal tu Intan tahu, tapi banana dengan chicken tu apa ye?” tanya Intan sambil merenung Syirah

“Ni kan ada gambar. Banana tu pisang, chicken tu ayam”

“Pisang ? Ayam ? sedapnyaaaaa….” Terpejam – pejam mata Intan apabila mengingatkan kedua – dua makanan itu. Pisang sudah selalu dimakan kerana ibunya ada menanam pokok pisang. Ayam pula hanya dapat sekali sekala. Itupun kalau ada yang beri seperti ibu Syirah. Selalu menghantar lauk ayam kerumahnya.

“Apalah Intan ni, tahu makan je.” Syirah menepuk peha Intan. Intan ketawa riang.

“Bahasa inggeris ni banyak makanan ye Syirah?” tanya Intan

“Kenapa Intan kata gitu?” tanya Syirah tidak mengerti

“Yelah Apple, Banana, Chicken kan ke tu makanan”

Syirah ketawa gelihati mendengar jawapan Intan.

“Apalah Intan ni…ada banyak lagi. Dengarlah Syirah baca ni”

Intan tersenyum. “Ok Syirah bacalah, Intan dengar.”

Angin terus meniup membawa bau garam yang nyaman. Kedua – dua kanak – kanak itu kelihatan girang bersama. Hanya selepas kelihatan warna jingga senja semakin meluas barulah mereka bergegas pulang dan berjanji akan berjumpa semula esok petang seperti biasa.

Intan berasa puas. Hari ini dia telah pandai beberapa perkataan inggeris. Dia berazam yang dia perlu kesekolah supaya dirinya juga pandai dan tahu banyak hal seperti Syirah. Malam ini dia akan bertanya kepada ibu dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 11:20 AM | Show all posts
tersentuh nye wana...huuuhuhuh....naseb baen intan ada kawan cam syirah...both pon bijak berkata2....ermm..mtk2 la persahabatan kekal sampai beso yek...jgn gado2 yea....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 10:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by kikuri at 8-12-2011 10:28

4.        JANGAN MENANGIS IBU

Selesai sahaja makan malam dan solat isyak, Intan menempel dengan ibunya yang sedang menampal seluar ayahnya yang koyak sambil menonton televisyen. Televisyen dirumahnya adalah televisyen lama. Warna televisyen pon sudah hilang , hanya ada warna hitam dan putih sahaja. Itupun hanya dapat siaran 1 dan 2 sahaja.

Sesekali televisyen itu perlu ditepuk dengan kuat barulah nampak gambarnya. Kadang – kadang televisyennya hanya keluar suara sahaja. Ayah tiada dirumah malam ini kerana ada ceramah di masjid. Jadi tinggal Intan sahaja berdua dengan ibu.

Baru Intan teringatkan abangnya Syukri. Sudah beberapa hari dia tidak melihat Syukri. Intan lagi suka jika abangnya itu tiada dirumah. Jika ada dirumah Syukri suka membuli Intan. Kadang – kadang rambut Intan yang panjang ditarik abangnya, kadang – kadang kepala Intan juga akan ditunjal oleh Syukri. Bila Syukri dimarah ibu atau ayah, Intanlah yang menjadi mangsa melepaskan kebengangan Syukri. Intan hanya diam sahaja tidak berani untuk beritahu ayah atau ibu. Takut akan disakiti Syukri.

Ibu setia meneman Intan disebelah. Membiarkan televisyen membebel seorang. Entah apa rancangan yang ditunjukkan, Intan tidak berminat. Di kepalanya hanya ada beberapa perkataan inggeris yang berusaha dihafalnya supaya tidak lupa. Die tersengih keseorangan.

Ibu menjeling kearah Intan. “Senyum sorang tu kenapa Intan? Teringat Abang Lan ya?” Usik ibu.

Ibu tahu Intan gembira lagi hari ini kerana Abang Lan telah memberi  Intan 2 ekor sotong yang agak besar dan juga beberapa ekor ikan kembung untuk dibuat lauk malam ini. Abang Lan juga memberikan beberapa ekor ikan pelaling yang baru tetapi sudah pecah perut dan putus kepala kerana tahu ibu Intan akan membuat ikan masin untuk simpanan apabila mereka keputusan lauk.

Intan memuncungkan bibirnya. “Mana ada ibu ni. Intan kan budak kecik mana boleh bercinta. Abang Lan tu orang besar lah”. Muncing Intan bertambah 1 inci lagi.

Ibu ketawa.

“Mana ada ibu cakap Intan bercinta dengan Abang Lan. Ibu cakap Intan teringat kat Abang Lan ke?.” Usik ibu lagi.

Intan terus bangun dari pembaringan. Muncungnya bertambah panjang

“Mana ada. Intan teringat dekat Syirah la ibu”. Kata Intan sambil menggentel hujung rambutnya yang panjang melepasi bahu.

Ibu memandang pelakuan Intan. Rambut Intan cantik walaupun tidak pernah disyampu. Mereka tidak pernah membeli syampu. Suaminya hanya bekerja kampong yang upahnya tidak seberapa dan sesekali menolong nelayan menarik bot mereka. Sejak mendapat penyakit tibi suaminya tidak mampu untuk bekerja lagi.

Ibu pula hanya membuat kuih karipap jika ada tempahan. Kuih ibu memang sedap. Ada juga sesekali ibu menghantar ke kedai Makcik Limah untuk dijual digerainya. Dapatlah juga menampung kehidupan mereka. Dulu ibu bekerja di kantin sekolah berhampiran kampong mereka tetapi selepas pengusaha kantin mendapat tender di sekolah lain ibu tidak bekerja lagi. Lagi pula pengusaha kantin baru telah mempunyai pekerja yang cukup.

“Kenapa teringat dekat Syirah pula?” tanya ibu.

Tiba –tiba Intan tersenyum. Mata bulatnya bersinar. Ibu pelik melihat kelakuan Intan.

“Tadi Intan belajar bahasa inggeris dengan Syirah.” Beritahu Intan dengan mata yang membulat.

“Seronok la ibu, Syirah pandai cakap inggeris. Macam – macam Syirah ajar Intan tadi.” Sambung Intan lagi.

Ibu tersenyum. “Iya…cuba Intan ajar ibu pula.”

Intan merenung ibunya. “Ibu tak tahu berbahasa inggeris?” tanya Intan lurus

Ibu menggeleng. “Ibu hanya tahu yes, no, fish, ok sahaja.”

Tiba – tiba Intan ketawa gelihati. Ibu memandang Intan hairan.

“Kenapa? Intan ejek ibu ya sebab ibu tak tahu berbahasa inggeris.” Rajuk ibu.

Intan serba – salah. Cepat – cepat dia memaut lengan ibunya.

“Bukanlah ibu. Tadi ibu cakap , ibu tak tahu berbahasa inggeris. Tapi tadi tu ibu tahu cakap. Apa tadi, yes, no…apa ibu?”

Ibu ketawa. “Itu bukan pandai sayang. Ibu tahu sikit-sikit je. Bukan tahu banyak. Cuba Intan beritahu ibu, apa yang Syirah dan ajar pada Intan.” Kata ibu sambil mencuit hidung intan yang kecil dan comel.

“Tadi Intan belajar A for Apple, B for Banana, C for Chicken, D for….” Intan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Lupa pula die D for apa.

“Kenapa tergaru-garu tu Intan?” Tanya ibu

“Kejap Intan lupa D for apa. Emmmm…oh..dah ingat D for Duck, E for Elephant” Sambung Intan.

Ibu tersenyum melihat Intan. Dia tahu Intan anak yang baik dan juga cerdik. Perasaan ingin tahu sentiasa membuak dalam diri Intan. Ibu juga tidak jemu – jemu melayan kerenah Intan yang sentiasa dipenuhi perasaan ingin tahu.

“lagi?” tanya ibu

Intan tersengih menampakkan gigi yang tidak berapa putih. Ada kehitaman di bawah gigi manakala gigi depan bahagian atas sudah gugur dua batang.

“Lagi Intan lupalah ibu. Esok Intan tanya Syirah balik. Banyak sangat tadi Intan belajar. Kalau ada buku macam Syirah senanglah Intan nak hafal.” Lancar sahaja Intan berkata

Ibu terdiam. Perasaannya menjadi sebak. Maafkan ibu anakku. Ibu tak tahu dan ibu juga tak mampu. Ibu tersenyum hambar pada Intan.

“Nanti Intan tanya pada Syirah ya apa yang Intan lupa. Nanti Intan beritahu ibu. Ibu pun mahu belajar juga.” Kata ibu sambil menyembunyikan perasaan sebaknya.

Intan mengangguk laju.

“Ibu…” panggil Intan perlahan

Ibu memandang Intan penuh kasih.

“Bila Intan nak pegi sekolah macam Syirah ibu. Intan pun nak belajar macam Syirah?” tanya Intan perlahan.

Sekali lagi ibu tersentap. Rasa ingin menangis tetapi ditahan air matanya. Ibu senyum sehabis manis kepada Intan.

“Nanti bila dah sampai masa Intan kesekolah jua” jawab ibu dengan suara yang hampir tidak keluar.

Intan menggigit bibirnya.

“Bila ibu, Syirah kan lima tahun macam Intan. Dia dah pergi sekolah pun. Dah tahu baca ABC, belajar bahasa inggeris, ada kawan ramai. Nanti Intan tak pandai macam Syirah” tanya Intan lagi.

Ibu meneruskan jahitannya. Intan kecewa bila melihat ibunya tidak menjawab pertanyaanya. Tak mengapa nanti Intan tanya ayah pula. Tekad hati Intan. Sedetik suasana kembali sunyi hanya kedegaran bunyi televisyen sahaja.

Tiba – tiba kedengaran pintu diketuk kuat. Hampir roboh pintu yang senget itu. Lekas – lekas ibu membuka selak pintu. Selepas itu tersembulah kepala abang Intan, Syukri dengan muka yang menyinga.

“Tak boleh ke ketuk pintu tu elok-elok?” tanya ibu yang marah pada pelakuan Syukri.

Syukri hanya menjeling ibu.

“Ibu masak apa, laparlah” tanya Syukri kasar.

“Kau kemana, hari ni baru nampak muka?” pertanyaan Syukri dibalas pertanyaan juga oleh ibu.

“Ah…sibuklah ibu ni. Kalau duduk rumah pun apa yang aku dapat. Apa pun takde” jawab Syukri kasar. Matanya menjeling Intan. Intan kecut perut terus merapatkan badannya ke dinding.

Intan tidak suka perangai Syukri yang sentiasa kasar dengan ibu dan ayah. Selalu membahasakan aku sahaja kepada ibu. Abangnya sudah lama tidak bersekolah. Sepatutnya tahun ini akan mengambil PMR tetapi abangnya telah dibuang sekolah tahun lepas kerana pelbagai kes disiplin yang dibuat. Abang dibuang kerana telah menumbuk guru disiplin sekolah tersebut. Ayah dan ibu dipanggil dan penyudahnya abangnya dibuang sekolah. Sejak itu Syukri selalu tiada dirumah. Intan tidak tahu kemana abangnya pergi dan dia juga tidak mahu ambil tahu.

“Ibu masak apa? Aku lapar ni.” Tanya Syukri lagi.

“Pandai pulak lapar balik rumah. Tadi cakap dekat rumah ni apa pun takde” bebel ibu sambil menyambung jahitannya yang terbengkalai tadi.

Syukri mendengus kasar. Terus berlalu ke dapur.

“Tinggal sikit dekat ayah kau. Dia belum makan. Dia pergi masjid” laung ibu dari ruang tamu.

Kedegaran bunyi pinggan dan periuk dihentak kasar. Ibu hanya menggeleng. Intan merapati ibunya. Takut juga dia kalau tiba – tiba Syukri akan memukulnya seperti selalu. Intan merenung ibu. Mata ibu bergenang. Intan turut muram. Intan menggosok belakang ibunya. Ibu tersenyum hambar memandang Intan. Intan turut sebak. Air mata ibunya dilap dengan hujung jarinya yang kecik. Terus ibu menyambar Intan dan memeluk Intan.

“Ibu jangan nangis. Intan tak suka tengok ibu nangis, sebab nanti Intan pon sedih”. Intan cuba memujuk ibu.

Ibu senyum dan terus memeluk Intan erat.

Seperti biasa selepas kenyang Syukri terus keluar rumah tanpa berkata apa – apa. Si ibu hanya mampu memandang perlakuan si anak yang kurang ajar. Intan terus menggetap bibirnya. Nantilah kau abang, kalau aku jadi polis aku tembak kau. Rungut Intan didalam hati. Geram melihat kelakuan abang yang tidak bersopan.

Ibu meluru kedapur. Dia tahu Syukri kadang – kala berhati busuk. Ibu terduduk apabila melihat tiada lauk yang ditinggalkan Syukri kepada ayah. Ikan masak kicap dan sotong goreng kunyit habis licin dibedal Syukri. Yang tinggal hanya sejemput nasi dan juga semangkuk kecil sayur bayam.

Air mata ibu semakin melebat. Intan hanya mampu melihat ibu menangis dari pintu dapur. Intan tidak mampu memujuk ibu kerana dia juga sedang berduka kala ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2011 12:32 PM | Show all posts
bace tajuk, terus tingat my doter...name die lain, tp nenek die panggil Intan....selalu die ckp dgn wan (nenek) nak gi sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 03:28 PM | Show all posts
ala tak tulis habis...  huhuhuhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2011 03:45 PM | Show all posts
Reply 8# want2bhappy

erk...sbb ada sambungan dia...sbb tu tak abis...tgh berusaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 04:01 PM | Show all posts
bile smbungan ni.. best jgk layan ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2011 09:51 AM | Show all posts
5.        SEMINGGU BERLALU

Sudah seminggu kejadian abangnya yang menghabiskan lauk terjadi. Ayah yang pulang dari surau tidak berkata apa – apa. Mungkin rezeki mereka sekeluarga pada malam itu kerana ayang membawa balik tiga bungkus nasi dagang yang tidak habis oleh jemaah masjid pada hari itu. Jemaah masjid mengadakan sedikit jamuan bersempena ceramah tersebut dan terdapat sedikit baki yang dibawa pulang oleh jemaah.

Walaupun sudah kenyang, Intan terus sahaja menjamah nasi dagang itu. Tidak tahan die mencium aroma menggoda nasi dagang tersebut. Agak gelojoh cara Intan makan hingga ditegur oleh ibu. Seperti biasa Intan hanya tersenyum menampakkan gigi yang rongak. Dan malam itu Intan tertidur kekenyangan.

Hari ini seperti biasa dia setia menunggu Syirah dibawah pohon kelapa mati yang hanya tinggal batangnya yang pendek. Pokok kelapa itu mati kerana dipanah petir. Kasihan. Pohon kelapa itu tidak lagi mampu mengeluarkan buah kelapa muda yang airnya manis, isinya lembut. Dia sudah mati dan hanya tinggal sekerat batangnya sebagai kenangan bertapa berjasanya pohon kelapa itu kepada nelayan.

Sudah dua hari mereka tidak bertemu kerana Syirah demam. Jadi Intan hanya meneman ayahnya menarik bot – bot nelayan sahaja. Sesekali dia mendengar celoteh para – para lelaki tua yang tidak lagi gagah. Bercerita mengenai kehidupan masaing – masing. Isu semasa, dan sesekali menyalahkan pemerintah yang dikatakan tidak tahu menjaga Negara. Ah pakcik…senang saja kau bercakap sedangkan ketua kelas pon kau tak pernah jadi ini kan pula ketua Negara.

Ada juga lelaki yang tidak segan silu bercerita mengenai isteri masing – masing yang garang dan juga kuat meleter. Di pondok itu mereka berapi –api marahkan isteri masing – masing. Tapi apabila dirumah mereka hanya menikus kerana masing – masing takutkan isteri.

Ada juga yang bercerita mengenai anak – anak yang Berjaya. Yang banyak membantu keluarga. Pakcik – pakcik ini hanya mahu menghabiskan masa sahaja bersama teman – teman sambil mengutuk pemerintah dan memendekkan usia masing – masing dengan kepulan asap rokok.

Ada juga sang bapa yang merungut anak – anak yang langsung tidak mahu membantu. Anak – anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, dibelai penuh kasih sayang, diberikan pendidikan yang baik akhirnya membiarkan ibu bapa sendiri mereput tua di rumah. Kasihan…ibu bapa dapat menjaga sepuluh anak, tetapi sepuluh anak tidak mampu menjaga ibu bapa yang sudah tua dan uzur.

Semalam Intan kerumah Syirah. Untuk melawat sahabat yang sakit. Tapi nampaknya Syirah semakin kebah. Dan berjanji akan berjumpa hari ini. Intan juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila ibu Syirah memberikannya beberapai helai baju buatnya dan ibu. Baju kakak Syirah yang sudah tidak padan dan juga baju ibu Syirah yang tidak mahu dipakai lagi kerana sudah out of date. Kata ibu Syirah. Intan hanya tersenyum tidak faham apa itu out of date.

Ibu hanya tersenyum melihat pakaian itu. Ibu dan ibu Syirah memang baik sejak mereka berpindah kerumah pusaka atuk Syirah. Mereka dahulu tinggal di Kuala Lumpur sebelum ayahnya memohon untuk pulang ke Kuantan kerana ingin menjaga ayah yang sakit. Setelah atuk Syirah meninggal, merekah tetap tinggal disitu kerana mengikut amanat atuk Syirah yang mahukan anaknya itu menjaga rumah tersebut.

Intan tersenyum apabila melihat Syirah berjalan perlahan menuju kearahnya. Muka Syirah juga sudah kelihatan kemerah – merahan. Syirah tidak berlari seperti selalu. Mungkin masih lelah dengan demam yang menyerang.

Syirah duduk disebelah Intan. Sesekali Syirah menyedut hingusnya yang meleleh.

“Hari ni Syirah tak pergi sekolah lagi. Mak tak kasi” Syirah memulakan bicara

“Kenapa, Syirah demam lagi” tanya Intan prihatin. Dia tak suka jika sahabatnya itu sakit. Kerana Intan tiada sahabat lain melainkan Syirah. Hanya Syirah sahaja yang sudi berkawan dengan anak miskin sepertinya.

Syirah menggeleng. “Syirah tak demam dah. Tapi mak nak suruh Syirah berehat je kat rumah.” Jawab Syirah sambil tersenyum.

“Jadi hari ni Syirah tak dapat nak bagitahu Intan apa yang Syirah belajar”

Intan memegang tangan sahabatnya itu. “Takpe Intan tak kisah. Nanti bila Syirah dah masuk kelas, Syirah ajar Intan ye. Tapi hari ni kita nak buat apa ya?” tanya Intan

“Kita duduk-duduk tengok laut jelah. Mak tak kasi Syirah pergi ke pantai”

Intan mengangguk. Walaupun mereka dibesarkan di kawasan persisiran pantai tetapi ibu bapa masing – masing menegah mereka bermain berhampiran laut. Dikhuatiri lemas lagipun tiada pengawasan orang dewasa. Intan dan Syirah sentiasa simpan kemas nasihat ibu bapa masing – masing.

“Intan tahu tak masa Syirah demam, mak Syirah buatkan bubur ayam sedap sangat. Sebab tu agaknya Syirah cepat sihat” cerita Syirah tanpa diminta.

Intan hanya menelan air liur mendengar ceria Syirah. Ibunya juga rajin membuat bubur jika demam ataupun ketika bekalan beras hampir nazak. Tetapi ibu hanya mencampurkan bubur dengan sayur bayam atau kangkung.

“Sedap?” tanya Intan. Terbayang –  bayang dia bagaimana rasanya bubur ayam itu.

“Haah sedap.” Jawab Syirah sambil mengganguk laju. Terbuai – buai tocangnya yang diikat dua itu.
“Intan tak pernah makan bubur ayam.” Perlahan Intan bersuara.

Syirah memandang Intan “Tak pernah. Abis tu kalau demam Intan makan apa?”

“Makan panadol je. Kadang – kadang ibu buat juga bubur tapi tak bubuh ayam”

“Owh. Takpalah. Ibu Intan masak sedap. Syirah paling suka kalau ibu Intan buat karipap”

Intan tersenyum lebar. Kehebatan ibunya membuat karipap memang tidak dapat disangkal lagi. Tetapi ibu hanya buat jika ada tempahan sahaja. Intan ada juga bertanya kenapa ibu tidak buat karipap hari – hari untuk dijual. Ibu hanya menjawab ada orang yang tidak suka. Intan tidak tahu siapa dan kenapa. Karipap ibu adalah paling sedap didunia. Kenapa pula ada yang tidak suka. Ibu bapa Syirah selalu sahaja membuat tempahan untuk jamuan dirumah atau dipejabat. Semua memuji – muji karipap ibunya. Ah..tidak faham Intan kenapa.

Hari sudah semakin petang. Dari jauh ibu Syirah sudah melambai – lambai kearah anaknya supaya pulang. Mereka berpisah lagi pada hari itu dan berjanji untuk bermain keesokkan petangnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 12:14 PM | Show all posts
6.        HARI MINGGU YANG MENAKUTKAN

Hari ini hari minggu. Tetapi bagi Intan setiap hari adalah sama sahaja. Tiada beza. Kerana setiap hari perkara yang dilalui Intan adalah sama sahaja. Setiap hari hanya berkejaran dengan ayam jiran – jiran. Membantu ibu membuat kerja – kerja rumah. Mengaji dengan ayah atau hanya berguling – guling sahaja di rumah.

Hari ini ibu mendapat upah kerja mengopek ikan bilis. Mak Leha jiran sebelah yang mengajak ibu menyatakan tauke cina di kampong hujung mahukan pekerja untuk mengopek ikan bilis untuk dijual. Upahnya tidaklah seberapa hanya RM30 sehingga siap kerja mengopek. Ayah juga tiada dirumah. Membantu kerja – kerja orang yang mengambil upah membuat rumah. Ayah tidak pandai bertukang. Hanya sekadar membantu membancuh simen, menyusun bata dan lain – lain kerja ringan. Upahnya juga tidak mahal seperti tukang yang lain. Ayah tidak kisah. Asalkan isteri dan anak – anaknya tidak kelaparan.

Intan tidak mengikut ibu pada hari itu. Entah kenapa malas benar dia mahu kemana – mana. Ingin ke rumah Syirah, Syirah tiada pula. Mengikut keluarga bercuti ke Terengganu. Seronok sungguh Syirah kerana selalu berjalan – jalan. Intan paling jauh pun hanya ke Bandar Kuantan itupun setahun sekali kerana ayah mengajak Intan untuk membeli baju baru untuk menyambut raya.

Sedang Intan duduk bersantai ditangga rumah kelihatan abangnya Syukri berjalan pulang ke rumah dengan lemah. Intan menelan air liurnya. Sudah empat hari Syukri tidak pulang. Menyesal pula dia tidak mengikut ibu tadi ke kilang bilis. Intan lekas – lekas masuk ke rumah.

Syukri masuk – masuk sahaja ke rumah terus terlentang di ruang tamu tanpa berbaju. Dadanya kelihatan berombak. Muka Syukri juga kelihatan cengkung. Matanya dipejamkan. Sesekali menyiruk hidungnya seolah – oleh terkena selsema. Intan mengintai Syukri di sebalik langsir yang juga berfungsi sebagai pintu bilik yang sudah lama tercabut dan tidak diganti – ganti kerana tiada wang.

Intan terus terperuk di bilik. Tidak tahu mahu melakukan apa. Dia begitu takut sekali dengan abangnya itu. Lebih – lebih lagi kedua ibu dan ayahnya tiada dirumah. Intan memeluk lututnya. Berpeluh. Tidak berkutik. Dia risau jika abangnya itu tahu dia berada dirumah.

Tiba – tiba kedegaran bunyi bising didapur. Mungkin Syukri mencari makanan. Intan terus mendiamkan diri. Tiba – tiba…

Pranggg….!!!!!

Bunyi pinggan yang pecah.

“Bodoh…!!!!” kerasa suara Syukri

Didapur, pinggan dihempas Syukri ke lantai keras. Perutnya benar – benar lapar tetapi yang tinggal hanya lempeng kelapa dan sambal bilis. Hidungnya tersiruk - siruk lagi.

“Ibu……!!!!” jerit Syukri dari dapur.

Intan semakin berdebar. Lututnya dipeluk erat ketakutan.

“Ibu….!!!!” Jerit Syukri lagi.

“Aku lapar ni….tak masak ke….?” Jerit Syukri makin kuat.

“Mana pulak pergi orang tua ni…mana semua orang? Dah mampus ke?” kedengaran Syukri merungut keras.

Intan hanya terkaku didalam bilik.

Kedengaran bunyi tapak kaki Syukri berjalan keras menuju ruang tamu. Suasana sepi.

Seketika tiada berbunyi Intan memberanikan diri mengintai di ruang tamu. Dia melihat Syukri sedang mengoyakkan sesuatu dari plastik yang kecik. Kemudian Intan melihat abangnya memasukkan serbuk berwarna putih kedalam hidungnya dan kemudian disedut nikmat.

Intan mengerutkan dahinya. Gila kah abangnya itu. Tidak dapat makan tetapi menyedut tepung. Intan tertawa kecik. Tetapi terus menekup mulutnya kerana bimbang didengari Syukri.

Syukri tersentak apabila mendengar bunyi ketawa yang halus. Hantukah itu. Berdebar – debar jantungnya. Ah mungkin khayalan aku agaknya. Mana ada hantu siang –siang.  Syukri ketawa sendiri. Ah…bagai berada di kayangan. Syukri mula membebel seorang akibat kesan penggunaan serbuk putih tersebut.

Matanya semakin layu dan layu.

Intan yang melihat kejadian itu mulai risau. Matikah abangnya itu. Kerana sejak abangnya menyedut tepung itu abangnya kelihatan tidak bermaya. Abangnya juga terbaring tidak bergerak – gerak. Intan mulai was – was. Perlukah dia melihat abangnya. Bagaimana kalau abangnya hanya tidur dan kalau didapati habis Intan dikerjakan.

Tapi kalau abang mati macam mana? Apa Intan hendak buat. Risau juga dia. Walaupun Syukri jahat terhadapnya tetapi dia tetap sayang akan abangnya itu. Dengan perlahan – lahan dan berjingkit – jingkit Intan merapati abangnya.

Kelihatan dada Syukri turun naik dengan perlahan. Mulut Syukri ternganga dengan lelehan air liur di tepi bibir. Syukri tengah matikah itu. Intan menyepak perlahan kaki Syukri. Tiada tindakbalas. Intan menendang dengan lebih kuat. Syukri bergerak sedikit.

Oh masih hidup. Intan menarik nafas lega. Perlahan – lahan die berjingkit ke arah pintu untuk keluar dari rumah.

“Kau dari mana?” tiba – tiba terdengar suara Syukri

bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 08:54 AM | Show all posts
ARGHHHH SAJER JER....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 09:08 AM | Show all posts
kesian INTAN...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2011 10:33 AM | Show all posts
ok sambung balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2011 10:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by kikuri at 16-12-2011 10:38

Intan tersentak. Terangkat bahunya akibat terkejut. Lantas menoleh kearah abangnya. Syukri sedang memandang Intan dengan pandangan tajam ditambah pula dengan matanya yang merah membuatkan Intan bertambah kecut perut.

“Bilik” jawab Intan lurus.

“Kau buat apa dalam bilik. Kau tak dengar ke aku panggil tadi?” Tanya Syukri keras.

Intan terasa seperti mahu kencing.

“Tadi abang panggil mak. Bukan Intan” jawab Intan takut – takut berani.

Tajam pandangan Syukri. Intan semakin mahu kencing. Rasanya dia perlu cepat – cepat keluar sebelum Syukri mengapa –apakannya.

“Abang lapar ke? Kan kat dapur ada lempeng mak buat. Abang tak makan? Kenapa abang makan tepung pulak?” Tanya Intan lurus dan bendul.

Pandangan Syukri makin menyinga. Tak guna, budak ni nampak pulak. Pelbagai kata – kata kesat bermain di dalam hatinya. Syukri tiba – tiba bangun.

Intan terkejut dan cuba untuk lari tetapi terlambat. Lengannya sudah dicengkam oleh Syukri.

“Kau nampak apa aku buat?” tanya Syukri keras. Cengkaman semakin kuat

Intan menyeringai kesakitan.

“Sakitlah abang. Lepaslah. Kenapa marah Intan tiba – tiba” Intan mahu menangis

“Aku tanya kau nampak apa aku buat tak?” tanya Syukri keras sambil menampar pipi Intan. Intan menggosok pipinya yang pedih. Air mata mulai keluar.

“Intan nampak abang sedut tepung je. Kenapa nak marah?” Intan sudah tersedu sedan. Pedih dirasakan pipinya.

Tiba – tiba tubuhnya yang kecil ditolak keras hingga terlanggar dinding kayu rumahnya. Bergegar sedikit rumah kayu yang usang itu.

“Kau ni memang celakalah. Kau nampak apa aku buat. Tak guna. Kau memang tak guna.” Syukri terus meracau – racau sambil berjalan ke hulu dan kehilir seperti komando yang sedang memberikan arahan kepada anak buahnya.

Intan terus terperuk di dinding rumahnya. Sudahlah pipinya sakit ditambah pula ditolak ke dinding rumah. Semakin sakit badannya. Air matanya semakin deras mengalir.

“Kau sama je macam orang lain. Tak guna. Semuanya tak guna. Kalau dah tak guna tu pergi la mampus tapi masih nak menyusahkan. Tak guna…tak guna…!!!” Syukri terus merapu seperti orang hilang akal. Itulah kesan penggunaan serbuk putih itu tadi.

Intan semakin ketakutan. Hingusnya meleleh – leleh tanpa dilap kerana dia benar – benar berasa takut. Melihat abangnya seperti orang gila membuatkan Intan tidak mampu untuk berbuat apa –apa.

“Orang tak guna tak boleh hidup…baik mampus je. Kah kah kah. Mampus cepat, mereput dalam kubur…mapus…mampus..mampus” Syukri masih lagi meracau – racau sambil berkawad kiri dan kanan.

Tiba – tiba Syukri memandang Intan dengan begis. Intan sudah terketar – ketar. Suaranya tidak mampu untuk keluar. Terasa basah seluarnya. Dia tidak peduli lagi. Sudah terbayang – bayang nasibnya.

Perlahan – lahan Syukri menghampiri Intan. Intan tidak mampu bergerak lagi kerana belakangnya dihalangi dinding. Tiba – tiba rambut Intan direntap dan kepalanya dihempaskan kea rah dinding kayu itu. Berdentum bunyinya. Intan semakin kuat meraung.

“Diam….diam la bodoh…bising” jerit Syukri sambil menampar – nampar muka Intan.

Intan terus meraung kesakitan. Selama ini walaupun Syukri agak kasar dengannya tetapi tidak sekejam ini. Tubuh kecil Intan benar – benar terasa lemah.

“Abang tolong Intan. Intan sakit. Jangan buat Intan macam ni. Ampunkan Intan abang” rayu Intan dalam sedu sedan.

“Kau dengan mak dengan ayah sama je. Menyusahkan. Baik korang mampus je” jerit Syukri

Intan menjerit gerun mendengar suara Syukri yang seperti kerasukan itu. Syukri tanpa belas kasihan menendang pula tubuh kecil adiknya itu. Intan semakin lemah. Yang hanya mampu dilakukan olehnya hanya merayu dan menangis.

“Abang tolong Intan abang. Sakit….” Rayu Intan

Syukri tiba – tiba ketawa berdekah – dekah. Seronok melihat adiknya yang seperti kertas yang dikeronyok yang boleh dilempar dan dibaling – baling.

“Sakit…?” Tanya Syukri

Intan mengangguk. Dengan tidak semena – mena kepala Intan dihantuk lagi ke arah dinding kayu rumah. Kali ini lebih kuat. Darah meleleh dari celah kepala Intan. Intan sudah tidak berdaya. Matanya berpinar. Seluruh badannya sakit.

“Ibu..ayah…tolong Intan. Intan sakit” Rayu Intan dengan suara yang perlahan. Dia benar – benar berasa lemah.

Melihatkan darah yang meleleh di kepala Intan membuatkan Syukri panik. Kelam kabut dia mencapai baju dan terjun dari pintu rumah dan terus berlari. Dalam keadaan yang kelam kabut dia terlanggar seseorang dan jatuh tergolek. Syukri tidak peduli. Kelam kabut dia bangun dan meruskan lariannya.

“Syukri..” jerit Abang Lan. Kebetulan dia mahu ke rumah Intan untuk berjumpa ayah Intan. Pelik dia melihat kelakuan Syukri itu. Hatinya berasa tidak sedap. Lekas – lekas dia kerumah Intan.

“Assalamualaikum…”

Berulang kali salam diberi tiada jawapan. Pintu terbuka luas. Tanpa banyak perkiraan Abang Lan masuk kerumah. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan Intan yang terbaring lemah disebalik pintu kayu rumah. Dia memangku Intan. Bertambah sedih hatinya melihat kepada Intan yang berdarah dan badannya yang lebam – lebam. Muka Intan bengkak sekaligus memudarkan kecomelan kanak – kanak berusia lima tahun itu.

Abang Lan segera ke luar rumah menjerit meminta tolong. Kebetulan pula Pak Jalil sedang lalu dijalan rumah Intan. Terus ditahan kereta Pak Jalil.

“Kau kenapa Lan. Kelam kabut je” Tanya Pak Jalil sebaik sahaja kereta diberhentikan. Beberapa orang jiran yang mendengar jeritan Abang Lan juga keluar.

“Intan Pak Jalil…Intan” Abang Lan termengah – mengah.

“Hah..kenapa dengan anaknya si Miah tu?” tanya Pak Jalil kehairanan

“Saya tak tahu Pak Jalil. Tadi saya kesini nak jumpa Abang Din. Tapi saya nampak si Syukri tu kelam kabut lari. Saya masuk tengok si Intan dan lembik dikerjakan dek Syukri tu agaknya” Abang Lan cuba bercerita dalam keadaan yang mengah.

Mendengarkan perkara itu terus Pak Jalil meluru keluar. Beberapa orang jiran juga mengikut Pak Jalil dan Abang Lan masuk ke rumah Intan. Alangkah terkejutnya mereka melihat keadaan Intan yang sudah lemah dan longlai itu.

“Astagfirullah…dah..dah…Lan tolong aku bawak si Intan ni masuk kereta. Kita ke hospital. Ada siapa – siapa tahu kemana si Miah dengan Din ni?” tanya Pak Jalil. Abang Lan segera memangku Intan.

“Kak Miah ke kilang bilis tadi dengan mak saya.” Jawab seorang anak perempuan Mak Leha.

“Kalau gitu kamu kesana. Bagitahu si Miah ni apa dah jadi. Aku nak bawak Intan ke hospital”

Gadis itu mengangguk dan terus meluru keluar. Pak Jalil dan Abang Lan tanpa bertangguh terus mengusung Intan untuk di bawa ke hospital.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2011 10:48 AM | Show all posts
sikitnyeee...huhuhuhuh.....br nak mula dah abih...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 03:31 PM | Show all posts
besttt3..... cepat2 sambung ya t_t{:4_181:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 09:56 AM | Show all posts
ok sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 09:57 AM | Show all posts
7.        MAAFKAN AYAH, INTAN..!

Tubuh ibu seperti melayang mendengarkan perkhabaran tersebut. Mujurlah Mak Leha cepat – cepat menyambut ibu. Air matanya meleleh. Seperti mahu meraung dia mendengar berita itu. Menyesal dia tidak berkeras untuk membawa Intan semasa keluar tadi. Anaknya itu beria – ia tidak mahu ikut. Bosan katanya.

“Macam mana dengan Intan, Faten?” tanya Mak Leha yang juga cemas.

“Tak tahu la mak. Tadi orang nampak dia berdarah – darah. Pengsan. Pak Jalil dengan Abang Lan dah bawa pergi hospital”. Jawab anak Mak Leha yang dipanggil Faten itu.

Semakin kuat tangisan ibu.

“Kenapa jadi macam ni. Ya Allah anak aku…kenapa la aku lalai…” ibu terus meraung – raung. Beberapa pekerja hanya mampu memandang simpati.

Terkocoh – kocoh tauke kilang menuju ke arah ibu.

“Apa pasal…kenapa nangis – nangis” tanya tauke tersebut. Dia turut panik.

“Anak dia sudah kena hantam sama abang dia. Sekarang ada di hospital” cerita Mak Leha bagi pihak ibu.

Tauke cina itu tergeleng – geleng kepalanya.

“Sudah. Mari saya hantar pergi hospital. You tahu hospital mana?”

Mak leha berpandangan dengan Faten. Faten hanya menggelengkan kepalanya. Mak leha mengeluarkan telefon bimbitnya yang bermodel lama.

“Hah Jalil. Kau ade dekat mana” Tanya Mak Leha buru – buru tanpa memberi salam. Suasana diam seketika dan kelihatan hanya kepala Mak Leha yang tergangguk – angguk.

“Hospital besar” jawab Mak Leha sambil memandang tauke cina itu.

“Mari saya hantar. You ikut sekali” arah tauke cina itu.

Mak Leha memapah ibu yang sudah tidak berdaya berjalan itu. Mereka bersama – sama menuju ke kereta tauke cina itu dan terus menuju ke destinasi.

Faten hanya terkebil – kebil di tempat dia berdiri. Seketika dia berlalu setelah menyedari dia hanya berdiri tegak sahaja. Dalam hatinya berdoa supaya Intan selamat.


Ayah juga semakin cemas setelah dimaklumkan oleh seorang jiran. Nasib baik sahabatnya yang merupakan tukang rumah yang mengajak ayah berkerja, Munir sanggup membawanya ke hospital besar. Sepanjang perjalanan ayah tidak berhenti – henti berdoa. Menitis air matanya mendengar perkhabaran itu. Munir hanya mampu melihat ayah. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu memujuk ayah. Hanya mampu meminta supaya ayah bersabar.

“Ini semua salah aku Munir. Salah aku. Salah aku sebab tak dapat bagi kesenangan dekat keluarga aku” rintih ayah.

Munir menarik nafas panjang.

“Bukan salah siapa – siapa dalam hal ni Din. Tak ada siapa nak perkara ni jadi. Buat masa ni jangan kita salahkan sesiapa. Yang penting kita berdoa semoga Intan tiada apa – apa”

Ayah hanya diam. Terbayang kesakitan yang ditanggung Intan. Intan seorang anak yang comel dan pintar. Sentiasa senyum dan ketawa. Sakit hatinya bila mengetahui Intan telah diperlakukan sedemikian. Syukri harus dicari. Dia harus bertanggungjawab.

Setiba di hospital besar terkocoh – kocoh ayah menuju ke wad kecemasan. Di kaki lima wad dia bertemu ibu. Sudah kering air mata ibu menangis. Dia menuju ke arah isterinya. Melihatkan ayah ibu terus memeluk lelaki yang bertubuh kurus itu.

“Anak kita bang…anak kita…” ibu merintih sambil tersedu – sedu.

Ayah menggosok belakang ibu. Tidak tahu hendak berkata apa kerana dia juga sedang berhati walang.

Ayah memandang sekeliling dan hanya mampu menggangguk sahaja kearah Abang Lan dan Pak Jalil. Suasa sepi. Yang kedengaran sedu ibu sahaja. Seketika lampu di bilik pembedahan dipadam kemudian tidak lama muncullah seorang perempuan yang berpakaian serba putih sambil tersenyum.

“Siapa ibu bapa kanak – kanak yang ada dalam bilik bedah ni?” lembut suara sang doktor bertanya.

Dengan segera ayah dan ibu melangkah menuju kearah doktor muda itu.

“Boleh ikut saya ke bilik?”

Mereka menurut doktor ke bilik. Yang lain – lain hanya menunggu diruang menunggu. Tauke cina dan Munir beransur pulang. Kerana ada urusan lain. Tinggallah Mak Leha, Pak Jalil dan Abang Lan. Pintu bilik kecemasa dibuka. Diatas katil troli telantar tubuh Intan yang lemah. Kepala berbalut, muka yang bengkak, tubuh yang lebam – lebam mengundang kesedihan mereka. Sampai begitu sekali Intan diperlakukan.

Tadi Abang Lan sudah melaporkan perkara itu kepada pihak polis. Geram dia dengan perangai Syukri yang tidak habis membuat onar. Biar ditangkap dan tahu rasa.

Didalam bilik Dr. Noraini suasana sunyi selama lima minit kerana Dr. Noraini sedang membelek laporan pembedahan.

Ibu dan ayah gelisah.

“Sila bertenang encik, puan.” Dr. Noraini cuba menenangkan ibu dan ayah.

“Macam mana dengan anak saya doktor. Teruk ke kecederaan dia doktor?” tanya ibu buru – buru.

“Anak puan alhamdulillah. Takde apa – apa kecederaan yang serius. X-ray juga sudah dijalankan dan kita dapati tiada darah beku dalam otaknya. Anak puan Cuma mengalami kecederaan luaran. Mungkin akan trauma sedikit selepas ini. Oh ya. Kepalanya berjahit akibat terdapat koyakan dikepalanya.” Terang Dr. Noraini

Ibu dan ayah berpandangan. Terasa agak lega.

“Jadi anak saya....?” tanya ayah sekerat jalan.

“Hanya akan dipantau oleh kami selepas ini. InsyaAllah esok dia akan sedar. Sekarang ini kesan bius masih ada. Kalau keadaan baik kita boleh benarkan pesakit pulang dalam masa dua atau tiga hari” seperti memahani Dr. Noraini menjawab pertanyaan ayah.

Ayah mengurut nafas lega. Ibu mengucapkan syukur.

“Boleh kami lihat anak kami?” tanya Ayah

“Boleh. Nanti tanya nurse dikaunter ya”

Setelah mengucapkan terima kasih merek keluar untuk melihat keadaan Intan.




Luluh hati ayah melihat kepala Intan berbalut. Muka Intan  agak bengkak walaupun sudah surut sedikit. Ibu hanya menangis sambil memegang tangan Intan. Air matanya bagaikan tidak tertahan. Ayah juga sudah dimaklumkan laporan polis telah dibuat. Ayah tidak kisah. Biarlah kalau itu yang terbaik buat Syukri. Anak itu sudah tidak mampu dibentuk lagi.

Ibu menuju ketandas. Membersihkan muka yang dipenuhi air mata. Ayah mengambil tempat ibu. Tangan Intan dipegang. Nafas berat dilepaskan.

“Intan...” lembut ayah bersuara. Bunyi mesin oksigen tidak menganggu tumpuannya. Dada Intan berombak kecil.

“Ayah minta maaf Intan. Ayah tak dapat nak bagi kesenangan dekat Intan. Intan sepatutnya hidup dengan lebih gembira. Tapi ayah tak mampu nak...” rintih ayah.

“Ayah betul – betul tidak berguna Intan. Ayah tak mampu besarkan Intan dengan baik, ayah tak mampu membimbing abang Syukri. Ayah benar- benar ayah yang tidak berguna” lirih sahaja ayah berkata – kata. Air mata ditahan.

“Ayah tak layak untuk jadi ayah Intan. Ayah biarkan Intan dan ibu kesusahan. Ayah biarkan kamu semua hidup dalam kemiskinan. Ayah betul – betul tidak berguna” waktu itu ayah sudah tersedu – sedu.

“Maafkan ayah, Intan” ayah membenamkan kepalanya ke badan Intan. Disitu dia menangis sepenuhnya.

Ibu yang berada di pintu bilik juga hanya mampu menangis mendengar rintihan ayah. Apa yang ayah dan ibu tidak tahu, Intan mendengar semua rintihan ayah. Intan juga turut bersedih. Hanya doa yang mampu dilafazkan Intan.

Intan tidak kisah ayah. Intan tidak kisah hidup susah selagi Intan bersama ayah dan ibu. Intan sayangkan ayah dan ibu. Intan berdoa kepada Allah semoga diberikan kebahagiaan kepada ayah dan ibu. Ayah dan ibu selama – lamanya ayah dan ibu Intan.

Tanpa disedari air mata Intan mengalir perlahan.



bersambung.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.521040 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list