CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

IBU! INTAN INGIN KE SEKOLAH (U)

[Copy link]
Post time 31-1-2012 08:52 AM | Show all posts
nasib baik INTAN dpt terima hakikat...
bilalah si mulut busuk tue nak terima balasan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2012 11:34 AM | Show all posts
ok...sambungan...kasik abih...dah sarat sangat ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 11:35 AM | Show all posts
23.        AKU TERIMA NIKAHNYA

Perkahwinan ibu akan berlangsung kurang dari dua minggu. Keluarga Ayah Lan mahu perkahwinan itu diraikan walaupun secara sederhana. Akad nikah akan dijalankan di Masjid dan kenduri kesyukuran akan diadakan dirumah Ayah Lan. Menurut panggilan Intan. Syukri sudah diberitahu mengenai perkara itu. Pada mulanya dia membantah tetapi setelah diberitahu cerita sebenar barulah Syukri menerimanya.

Ibu dan Ayah Lan sudah membuat surat rayuan bagi pelepasan sementara Syukri pada hari ibu diijabkabul nanti.

Hari ini Hajah Sarimah, emak Ayah Lan mengajak ibu kebutik pengantin milik rakannya. Mulanya ibu menolak. Tetapi Hajah Sarimah berdegil. Dia mahu ibu kelihatan cantik dan berseri di hari pernikahan itu nanti. Walaupun diadakan secara sederhana dia mahu acara itu meriah. Lagi pula dia memang menyenangi ibu.

Intan juga telah dibawa Haji Mahmud ke pasaraya untuk membeli belah baju baru. Gembira sungguh Intan kerana dia jarang ke bandar. Hari ini pula atuk dan nenek mahukan membelikannya baju baru.

Ibu mencuba kebaya labuh berwarna putih yang dipenuhi manik dan labuci. Tubuh ibu yang kurus itu terletak cantik dengan baju itu. Ibu terkenang kenangan saat dia bernikah dengan ayah. ibu memejamkan matanya. Ayah adalah masa silam dan akan terus jadi kenangan dimasa hadapan. Dia dan lelaki itu mencintai antara satu sama lain. Dan kini ibu harus ikhlas dan redha menerima Ayah Lan sebagai suaminya.

Ibu agak malu – malu bila dipuji bakal ibu mertuanya. Ibu masih berasakan tidak perlu untuk berhias cantik. Lagi pula dia sudah berumur. Malu juga jika kalau bernikah beria – ia seperti pasangan muda yang lain. Jadi ibu hanya memilih baju yang agak simple sahaja.

“Elok – elok aja Mah baju ni dengan bakal menantu kau ni. Tak payah nak di betulkan lagi.” Kata Aunty Harlina yang merupakan pemilik butik dan mak andam. Hajah Sarimah mahu Aunty Harlina sendiri yang akan menyolek ibu nanti dan bukan pembantunya.

Hajah Sarimah membelek – belek baju dibadan ibu. “Yelah cantik dah ni. Miah ada berkenan yang lain ke. Kalau tak kita cuba aja yang lain?”

Ibu menggeleng. “Saya rasa baju ni dah elok dah buat saya” makin segan ibu dibuatnya.

“Kalau dah bakal pengantin cakap macam tu, emak pengantin ikutkan ajelah” gurau Hajah Sarimah. Ibu hanya tersenyum.

“Wahhhh...cantiknya ibu” tiba – tiba kedengaran suara halus Intan. Melopong mulutnya melihat pakaian yang cantik ditubuh ibu. Intan mengelilingi ibu.

“Macam bidadari” puji Intan sambil mengangguk – anggukkan kepalanya.

Hajah Sarimah ketawa. Pipi  Intan yang mungil dicubitnya perlahan.

“Pergi kemana dengan atuk tadi?”. Intan sudah disuruh Hajah Sarimah memanggil mereka atuk dan nenek. Ibu juga memanggil pasangan itu abah dan emak.

“Pergi beli baju. Banyak baju atuk beli” cerita Intan dengan mata yang membulat.

“Hai penat atuk membeli baju dengan cucu yang sorang ni. Macam teman artis aja rasanya.” Kelihatan Haji Mahmud sedikit kepenatan.

“Intan susahkan atuk ya?” tanya ibu.

Intan hanya tersengih. “Banyak sangat baju cantik. Pening mata Intan nak pilih” terang Intan.

Hajah Sarimah tersenyum. Kasihan anak ini. Tapi sekarang dia berharap supaya anaknya Lan dapat menjaga Intan seperti anaknya sendiri. Tangannya membelai rambut Intan dengan penuh kasih dan sayang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 11:35 AM | Show all posts
Hari yang ditunggukan akhirnya tiba. Ibu sudah didandan cantik oleh Aunty Harlina. Ibu memakai kebaya putih yang dipilih hari itu dan dipadankan dengan tudung, veil dan tiara yang cantik. Berseri – seri sungguh ibu. Semalam ibu ke pusara ayah untuk melepaskan rindunya. Ayah akan menjadi kenangan abadi buat ibu. Angin yang bertiup tenang ketika ibu melangkah pulang seolah – olah lambaian terakhir dari ayah.

Syukri pula diberi pelepasan dengan diawasi dengan dua pegawai pengiring. Dia harus menerima hakikat bahawa ibu juga berhak hidup bahagia. Ketagihan Syukri juga sudah dapat dipulihkan. Dia kini lebih terurus dan lebih positif. Dalam masa setahun Syukri akan dibebaskan dan Syukri ingin menyambung kembali bersekolah.

Ayah Lan kelihatan segak dengan baju melayu, bersampin dan bersongkok tinggi. Dia sudah duduk kemas di hadapan kadi. Beberapa dokumen telah ditandatangani. Kini tangan Ayah Lan dipegang kejap tok kadi. Lafaz nikah dibacakan. Dengan sekali lafaz maka sahlah Ayah Lan menjadi suami kepada ibu. Doa dibacakan dan upacara pembatalan air sembahyang dilakukan. Ibu menerima sutas rantai tangan. Tangan Ayah Lan disalami dan dicium syahdu. Mulai hari ini ibu sah menjadi isteri kepada Roslan bin Mahmud dan bukan lagi isteri Nordin Jusoh.

Intan tersenyum melihat kecantikan ibu. Syirah juga ada disebelahnya. Kedua – dua mereka berpakaian cantik. Kelihatan beberapa orang saudara mara Ayah Lan berebut untuk mengambil gambar bersama. Syukri juga melihat ibu dari jauh. Cuma Syukri masih teragak – agak untuk menghampiri Intan. Ini kerana Intan masih ketakutan apabila melihat Syukri.

“Ingatkan tak suka. Tapi bukan main lebar tersenyum...”tiba – tiba satu suara yang agak kasar terdengar di belakang Intan. Intan menoleh dan melihat Hasanah hanya mencebik melihat ibu. Malas Intan melayan perempuan gila itu.

Tiba – tiba badan Intan ditolak dari belakang. Tidak kuat tapi menyebabkan Intan terdorong ke hadapan sedikit.

“Seronoklah engkau kan. Dapat bapak kaya. Tak sia – sia aku repot kat tok imam hari tu.” Hasanah terus memprovok Intan. Dia mengambil kesempatan ketika orang sibuk dengan hal masing – masing.

Syirah hanya menjeling Hasanah.

“Apa jeling – jeling. Juling nanti baru tahu” Hasanah memarahi Syirah pula.

“Ada apa – apa ke ni?” Syukri tiba – tiba menyampuk. Dia melihat dari jauh adiknya ditolak dan mulut Hasanah yang terkumat – kamit berkata – kata kepada Intan. Terkejut Hasanah melihat Syukri.

“Tak ada apa – apa aku cakap kat Intan ni beruntunglah emak kau orang semua. Nasib dia terbela jugak akhirnya. Yelah susah hidup menjanda ni. Biarlah ada yang jaga kamu semua. Eh makcik ke sana dululah” buru – buru Hasanah berlalu pergi. Risau juga dia kalau – kalau ditumbuk oleh Syukri.

“Intan” panggil Syukri perlahan. Intan memegang erat tangan Syirah seolah – olah meminta kekuatan.

“Ab..abang nak minta maaf dekat Intan.” Intan hanya diam membatu.

Syukri sudah melutut dihadapan Intan. Tangan adiknya diraih. Intan ketakutan dan terasa ingin menangis. Tetapi bila melihat muka Syukri yang redup itu tiba – tiba ketakutannya hilang. Dia merenung Syukri.

“Abang minta maaf ya dik. Abang bersalah pukul adik hari tu. Abang tak sengaja dik.” Meleleh air mata Syukri.

“Abang dah tak marah Intan?” tanya Intan perlahan.
“Tak. Abang tak pernah marah Intan. Abang memang jahat. Intan tak salah dengan abang”

Intan tersenyum. Air mata Syukri diseka dengan jari halusnya. Kelembutan Syukri dapat mencairkan ketakutan Intan selama ini. Syukri benar – benar rasa lega dan bersyukur kerana Intan dapat menerimanya. Tubuh adiknya didakap erat. Ibu yang melihat dari jauh tersenyum. Dia berpandangan dengan Ayah Lan yang turut melihat situasi itu. Hatinya benar – benar lega. Ibu berdoa semoga kehidupannya selepas ini lebih baik dan mengharapkan kebahagiaan untuk anak – anaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 11:35 AM | Show all posts
24.        TETAMU JAUH

Kenduri kesyukuran dijalankan dengan meriah sekali. Hajah Sarimah berkata mahu mengadakan secara kecil – kecilan. Tetapi kenduri itu sudah menjadi besar pula. Malu pula ibu. Sudahlah perkahwinan itu terjadi akibat dituduh berkhalwat tetapi disambut secara meriah pula.

Hajah Sarimah menyatakan dia gembira apabila Ayah Lan mendapat isteri baru. Sudah ada yang akan menjaga anaknya. Lagi pula ibu memang disayangi Hajah Sarimah, jadi lagilah berbesar hati Hajah Sarimah menerima ibu didalam keluarganya.

Hasanah juga sengaja dijemput Hajah Sarimah untuk menunjukkan dia tidaklah ralat menerima ibu sebagai menantu. Malahan dia bersyukur. Hajah Sarimah mahu Hasanah berasa malu dengan tindakkannya. Tetapi Hasanah bukanlah perempuan yang tahu erti malu. Laju sahaja dia ke rumah Hajah Sarimah untuk makan kenduri. Siap minta dibungkus lagi untuk anak – anaknya.

Mata Ayah Lan sekejap – sekejap memandang kearah jalan. Dia kelihatan resah. Tetamu istimewa jemputannya masih belum sampai. Ibu perasan muka Ayah Lan yang kelihatan gelisah itu.

“Kenapa?” tanya ibu.

“Tunggu tetamu jauh” jawab Ayah Lan.

“Siapa?” tanya ibu.

Ayah Lan tersenyum “Adalah”

Intan sudah berlari – larian dengan kanak – kanak yang lain. Seronok benar Intan hari ini. Tidak kelihatan penat walaupun sudah seharian dia berkejaran. Syukri pula telah dibawa pulang ke pusat serenti. Berbagai pesanan ibu buat Syukri. Dan yang paling menggembirakan Syukri, Intan memeluknya dan mencium pipinya sebelum dia pulang dan berjanji akan melawat Syukri.

Ibu melayan tetamu – tetamu yang hadir. Beberapa penduduk kampung mengucapkan tahniah. Ada yang meminta maaf kepada ibu kerana mereka tersalah sangka dengan tuduhan Hasanah. Ibu hanya tersenyum. Tiada dendam dihatinya. Hilang sudah marahnya.

Sebuah kereta mewah berhenti tidak jauh dari khemah kenduri. Keluar sebuah keluarga yang sememangnya ditunggu Ayah Lan. Ayah Lan memanggil ibu dan menarik tangan ibu menuju kearah tetamu istimewa itu.

Terpegun seketika ibu melihat tetamu itu. Seorang wanita yang anggun dan bergaya menanggalkan kaca mata hitamnya. Air mata ibu bergenang. Sudah lama dia tidak melihat wanita itu. Hampir sepuluh tahun rasanya. Wajah wanita pertengahan 40-an itu masih dikenalinya.
Meluru ibu kearah wanita itu. Mereka berpelukan. Intan hanya memandang tanpa berkelip dan tertanya – tanya siapa wanita yang kelihatan kaya itu. Manakala Abang Lan tersenyum penuh kesyukuran. Satu lagi permintaan ayah berjaya dipenuhinya.

Ibu memimpin wanita itu dan mereka duduk di satu sudut khemah. Ayah Lan membiarkan sahaja ibu melayan tetamu istimewa itu. Suami dan anak – anak wanita itu dipelawa untuk menikmati jamuan.

“Kak Ita kemana selama ni. Lama sungguh kita tak jumpa lepas kematian emak dan ayah” ibu memulakan bicara.

Wanita yang bernama Ita itu tersenyum. Dia masih memegang erat tangan ibu. Ita adalah kakak ibu yang telah terpisah lama kerana mengikuti suaminya yang berkerja di Singapura. Kali terakhir mereka jumpa sewaktu kematian ibu bapa mereka akibat kemalangan. Sejak dari itu mereka terputus hubungan. Mujurlah Ayah Lan berusaha menjejaki kakak ibu.

“Akak ke Singapura ikut abang kamu kerja kat sana. Ada juga akak cuba hubungi Miah kat kampung. Tapi Miah dah pindah ikut arwah suami Miah. Akak pulak tak tahu rumah suami Miah tu yang sampai sekarang kita tak jumpa” terang kakaknya. Ibu gembira melihat kakaknya yang semakin senang itu.

“Akak dah dengar semua cerita Miah dari Lan. Berusaha juga dia cari akak. Katanya alamat terakhir akak ada disimpan arwah suami kamu dulu. Itu alamat rumah kami dekat Johor sebelum pindah Singapura. Senang abang kamu nak ulang alik kalau dah duduk sana. Kebetulan akak melawat jiran disana. Tahulah akak yang dia sedang mencari akak” cerita Ita.

Ibu mengangguk. Menyesal pun ada kerana tidak berusaha mencari kakak kandungnya. Sejak beberapa tahun ini kehidupan ibu yang agak mendesak menyebabkan dia tidak bersungguh – sungguh mencari tahu mengenai kakak kandungnya itu. Tapi sekarang mereka telah berjumpa.

“Anak – anak akak semua dah besar. Tiga orang saja kah anak akak?” kata ibu sambil melihat Ayah Lan yang ramah melayan birasnya itu.

Ita tersenyum. “Empat. Seorang dah masuk universiti di Autralia.”

“Pandai – pandai anak akak” ibu berasa kagum.

“Eh mana anak kamu yang kecik tu. Akak nak jumpa. Syukri rasanya pon dah besar kan. Dulu akak jumpa dia masih kecik lagi.”

Ibu memanggil Intan. Berlari Intan mendapatkan ibu. Ibu menyuruh Intan menyalami ibu saudaranya itu. Ita mengusap rambut Intan.
“Comel rupanya anak sedara mak long ni. Umur dah berapa?” tanya Ita mesra.

“Lima. Tahun depan nak sekolah dah” jawab Intan ramah.

Ita meletakkan Intan diribaannya. Comel sungguh Intan. Geram dia melihat mata Intan yang bulat dan bersinar itu. Kecomelan Intan diserikan lagi dengan gaun putih yang dipakainya serta cekak rambut yang berbulu juga berwarna putih.

“Akak ada dengar juga pasal Syukri. Akak harap Miah baik – baik saja. Dan akak berdoa semoga Syukri akan jadi anak yang baik lepas ni”

Ibu hanya tersenyum. Sudah hampir empat bulan Syukri menjalani pemulihan. Kelihatan anak itu juga sudah semakin positif. Sudah tiada barannya. Dia seperti melihat Syukri yang baik dan manja sewaktu kecil dahulu.

Ibu menjemput kakaknya itu makan setelah menyedari mereka hanya berborak sedari tadi. Hari ini ibu benar – benar bersyukur. Bersyukur dikurniakan lelaki yang akan terus menjaga ibu, Intan dan Syukri yang sudah berdamai, dan bersyukur apabila berjumpa dengan kakak kesayangannya. Ibu tersenyum. Wajah ayah bermain dimatanya.

Abang walaupun Miah tidak dapat menjadi isteri abang di akhirat, tetapi Miah bahagia menjadi isteri abang didunia. Miah tidak akan lupakan abang. Kenangan bersama abang tetap bersemadi didalam hati. Abang adalah kenangan buat Miah. Manakala Lan pula adalah masa kini dan masa hadapan Miah. Semoga abang bersemadi dengan tenang. Doa ibu didalam hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 11:36 AM | Show all posts
25.        AKHIRNYA INTAN KE SEKOLAH

Tahun sudah berganti. Kini hari baru telah dimulai. Cuaca hari ini agak cerah setelah hujan turun selama beberapa hari. Dirumah peninggalan ayah suara riuh rendah kedengaran. Ibu meminta kepada Ayah Lan untuk menetap dirumah ayah selepas mereka berkahwin. Ayah Lan bersetuju. Beberapa bahagian rumah telah diperbaiki. Dan Ayah Lan bercadang mahu membesarkan lagi rumah itu. Cuma masa belum sesuai kerana cuaca muram dengan kehadiran hujan musim tengkujuh.

Riuh mulut ibu membangunkan Intan dari tidur. Hari ini Intan akan kesekolah. Ayah Lan akan memasukkan Intan ke tadika yang sama dengan Syirah. Bagi mengenang jasa ayah, duit peninggalan ayah digunakan untuk membayar yuran pertama Intan dan untuk membeli beberapa barangan sekolah. Kerana duit itu memang untuk kegunaan persekolah Intan. Ibu tidak mahu pengorbanan ayah menjadi sia – sia.

Terpisat – pisat Intan bangun dari tidur selepas diingatkan ibu bahawa hari ini merupakan hari pertama persekolahan Intan. Terus aja tuala dicapai dan Intan berlari untuk mandi. Baju kurung jahitan ibu tersarung kemas ditubuh Intan. Hari ini cikgu akan memberikan seragam tadika kepada Intan dan pelajar lain untuk dipakai pada hari persekolahan.

Rambut Intan ditocang dua dan dipakaikan reben merah. Beg sekolah berwarna pink dan bergambar Barbie itu digalas penuh semangat oleh Intan. Bermacam – macam alat tulis dibeli Ayah Lan buat Intan sehingga ibu terpaksa menyimpan separuh daripadanya. Kelihatan Ayah Lan lebih teruja dari Intan. Kasut sekolah putih disarung di kaki Intan. Kini hanya perlu menunggu ibu yang sedang bersiap untuk menghantar Intan ke tadika.

“Orang perempuan kalau bersiap memang lambat kan Ayah Lan” Intan sudah membebel. Sejak berkahwin dengan Abang Lan ibu sudah pandai berdandan dan bergaya. Itupun hanya ringkas sahaja. Tetapi ibu kelihatan lebih menarik dan cantik.

Ayah Lan ketawa. Sejak akhir – akhir ini anak daranya itu memang sudah kuat membebel. Mengalahkan ibu pula.

“Sabarlah. Nanti ibu turunlah tu”

Intan sudah bersandar di pintu kereta. Sudah tidak sabar untuk kesekolah.

“Lambat dah ni. Nanti Intan tak dapat duduk dengan Syirah” memuncung mulut Intan.

“Mestilah Syirah dah sediakan tempat untuk Intan. Kan Syirah dan berjanji dengan Intan nak duduk sama – sama.” Pujuk Ayah Lan.

Ibu sudah menampakkan wajahnya. Ayah Lan melihat isterinya itu. Cantik. Desis hatinya. Ibu memakai baju kurung ungu dengan tudung warna yang sama. Sedikit bedak dan lip gloss dicalit kewajah. Itupun sudah menampakkan kecantikkan ibu.

“Ayah Lan. Jomlah. Menung apa lagi” ajak Intan setelah melihat Ayah Lan tidak berkelip memandang ibu. Ayah Lan tersipu – sipu.

Pintu kereta dibuka dan enjin dihidupkan. Kereta meluncur perlahan menuju ke tadika.

Di tadika sudah kelihatan ramai kanak – kanak untuk didaftarkan. Ada yang menangis. Ada yang bermain. Manakala Intan sudah duduk disebelah Syirah. Riuh mulut mereka bersembang. Emak dan ayah Syirah sedang berbual – bual dengan ibu manakala Ayah Lan menguruskan pendaftaran Intan.

“Alhamdulillah. Seronok aku tengok Intan sekarang ni. Akhirnya dapat juga dia kesekolah” kata Ayu sambil merenung Intan dan Syirah yang sedang ketawa – ketawa.

Ibu tersenyum. Walaupun masih kekok dengan Ayah Lan namun bahagia tetap terasa. Ayah Lan benar – benar suami dan ayah yang baik. Walaupun Ayah Lan muda tiga tahun darinya tetapi Ayah Lan seorang suami yang bertanggungjawab.

“Rezeki Intan Ayu. Tercapai jugak hasrat dia nak kesekolah. Kalau tak setiap masa bertanya bila nak hantar dia kesekolah. Yelah dulu kami tak mampu. Tapi bukan salah arwah Abang Din. Dia pun sudah berusaha yang terbaik.” Ibu bersuara perlahan.

“Eh bukan rezeki kau jugak ke. Sekarang ni bukan main lawa lagi. Bila nak tambah anak?” gurau Ayu. Muka ibu memerah.

“Isk kau ni. Aku dah tua. Dah tak sesuai nak beranak”

“Alah..kalau dah rezeki tak kira la tua ke muda. Kau bukan tua sangat pun. Boleh lagi kalau nak bukak kilang”

Kedua – dua mereka ketawa. Rashid hanya menjadi pendengar sahaja.

“Eh kau tahu tak si Hasanah tu terkena strok” tiba – tiba Ayu teringatkan cerita Hasanah yang disampaikan Mak Leha. Laju sahaja berita sensasi sampai ke telinga Mak Leha.

Ibu mengerutkan dahinya.

“Bila. Teruk ke?” tanya ibu

“Dah seminggu rasanya. Masa tu aku dengar dia tengah tengok tv. Tiba – tiba aje terkena strok. Pelik jugak aku” cerita Ayu.

“Yelah muda – muda dah terkenak strok. Rasanya selama ni sihat aja” pelik ibu memikirkannya.

“Balasan la tu. Suka menjaja cerita orang, suka memfitnah. Anggap aje itu balasan dia. Aku dengar herot jugak mulut dia. Badan dah mati sebelah. Dok terbaring ajelah. Sekarang ni Manan tengah berusaha nak ubatkanlah.” Becok sahaja Ayu bercerita.

“Isk kau ni. Tak baik cakap macam tu. Kesian anak – anak dia ya.” Ibu tetap berbaik sangka.

“Sudah nasib. Yelah kita pun tak tahu bahagian kita pula” sampuk Rashid. Kalau dibiarkan, panjang berjela nanti isterinya itu bercerita.

Ayu hanya tersengih sahaja.

Ayah Lan sudah menuju kearah mereka. Urusan pendaftaran sudah selesai. Baju seragam serta buku – buku sudah diagihkan. Gembira sahaja Intan melihat pelbagai jenis buku dihadapanya. Dari tingkap dia memandang kearah ibu dan Ayah Lan. Gembira dan terharu perasaan Intan diwaktu itu. Dan mulai hari itu Intan berjanji akan belajar bersungguh – sungguh dan menjadi seorang yang berjaya bagi membalas jasa ibu dan juga Ayah Lan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-2-2012 11:36 AM | Show all posts
26.        SELAMAT PAGI CIKGU

Keadaan sekolah hari ini bising. Kelihatan beberapa orang murid bermain kejar – kejar. Waktu persekolahan akan dimulakan beberapa minit lagi. Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan akan bermula.

Dia menuju kebilik guru besar dengan perasaan yang berbaur. Antara gementar dan gembira. Hari ini hari pertama dia akan mengajar disekolah itu setelah tamat ijazah pendidikan bahasa melayu. Sungguhpun begitu dia berasa sungguh bersemangat untuk mengajar anak – anak disekolah. Kerana itu adalah cita – citanya sewaktu kecil.

Hari ini dia berpakaian cantik. Baju kurung berwarna merah jambu bercorak abstrak. Hadiah daripada ibunya sempena dia mula bekerja dan menjadi pendidik. Tudungnya juga dihiasi manik – manik kecil.

Dibilik guru besar dia menyerahkan laporan mengenai dirinya. Dia juga diterangkan skop – skop sebagai pengajar dan beberapa perkara lain. Guru besar membawanya untuk berkenalan dengan guru – guru yang lain. Dia dah dua orang guru baru merupakan tenaga pengajar yang akan mula mengajar pada hari ini. Dia akan mula mengajar murid tahun lima dan enam dalam pendidikan bahasa melayu.

Begitu bersemangat dia melangkah menuju ke kelas. Dia mengekori guru besar menuju ke kelasnya. Setelah menunjukkan kelas guru besar meminta diri untuk menunjukkan kelas kepada dua orang guru lagi.

“Assalamualaikum. Saya guru baru kamu semua yang akan mengajar subjek bahasa melayu. Nama saya Intan Suhaiza binti Nordin. Kamu boleh memanggil saya cikgu Intan” dia mula memperkenalkan diri.

Ketua kelas bangun dan diikuti dengan pelajar – pelajar yang lain.

“Selamat pagi cikgu” ucapan selamat dilaung kuat oleh ketua kelas dan diiringi rakan kelas yang lain.

Intan tersenyum gembira. Bangga dengan gelaran guru itu. Diluar cuaca begitu terang menyinari alam. Burung – burung berterbangan menandakan keriangan mereka. Intan memandang keindahan diluar kelas.

Terima kasih ibu, terima kasih ayah, terima kasih Ayah Lan. Tanpa kalian, Intan tak mungkin berada disini. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian yang sentiasa disisiku. Doa Intan didalam hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 11:37 AM | Show all posts
tamat akhirnya......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 04:29 PM | Show all posts
terima kasih Kikuri

ingatkan ada cerita mengenai adik Intan
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 06:15 PM | Show all posts
alaaa ingat ke intan dapat la adik ... dah tamat ekkk.... rasa macam tak puas jep... cepat sangat tamatnye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.619473 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list