CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EmakBonda

Salam Perkenalan... Bermulanya cerita EmakBonda

    [Copy link]
 Author| Post time 27-5-2012 10:59 PM | Show all posts
Salam sumer...
Seperti yang dijanjikan semalam, EB nak sambung citer EB yang tak habis semalam. Kang marah pulak Halim78 ehehe. Kita sambung yeh?

Subuh tu EB bangun seperti biasa, subuh, sediakan breakfast, baju2 them all. Malasnya nak gi kerja, tapi kena gi gak. Dalam pada tu, dok remind myself... I have to call atok. Jadi, on the way to office tu, EB pun call atok dan cerita pasal mimpi semalam. Atok senyap, tak macam biasa, kemudian hanya tanya beberapa soalan. Ada tak sahabat EB bagi salam, pakaian sahabat EB, suasana kat situ and a few lagi, tapi EB tak ingat. EB pun jawab seadanya.

Then atok tanya lagi, ada tak tanya nama dia? Ha'ah... EB pun tak tau kenapa, tapi EB dok panggil dia Megat. It's like, EB dah lama kenal dia kan? So, mmg dah tau nama dia, tak yah tanya pun. Atok senyap lagi. Soalan yang ditanya pun sebutir, sebutir. Very unlikely untuk atok jadi cenggitu. EB pun tanya, kenapa atok?

Pada pandangan atok, dia ni takkan lepaskan kamu. Yang lain, mana yang menumpang dan singgah tu semua dia dah halau. Dia ni bukan calang2 ni. Alasan dia nak lindung kamu, Kenapa dia pilih kamu, atok tak tau. Mungkin macam Cik Putih (kawan atok) pilih atok. Atok tak tau dari mana dia datang ni. Jarang ada nama Megat dari dunia dia. Macamana kamu boleh tau nama dia Megat.

Entah lah tok, nama tu tiba2 muncul bila bercakap2 dgn dia dalam mimpi.

Dia bercakap bahasa apa dalam mimpi tu?

Bahasa Melayu lar atok... Tapikan, bila pikir2 balik macam bahasa Melayu lama pun ada.

Sambil menghelakan nafas panjang, atok tanya lagi - Kamu ingat tak loket lama yang datang dekat kamu tu? Mana dia?

Dah hilang tok, puas saya carik tak jumpa.

Bukan hilang tu... Atok rasa dia dah balik. Kerja dia dah selesai.

Dah selesai apa tok? Kerja apa?

Itu bukan bahagian atok utk cerita. Belum lagi masanya utk kamu tau pun. Kalau sampai masanya, dia akan cerita. Tapi atok rasa niat dia baik, cuma dalaman badan kamu belum sedia. Lagi pun Bukan semua orang boleh terima ni. Bukan kamu yang panggil dia, dia yang datang pada kamu. Dulu masa kamu cerita, atok ingat sahabat kamu tu dari kawan2 sahabat atok. Tapi dari apa yang kamu cerita ni... Dia ni bukan, sebab sahabat atok jenis mengaji dan mengubat. Dia ni pulak hulubalang. Dia ni jenis perang nih.

Perang? Kenapa pulak jin perang nak berkawan dgn saya ni tok? Saya ni bukannya askar ke, polis ke, saya ni orang marketing... Takde kena mengena dgn perang.

Perang lar tu. Apa kamu ingat dunia marketing kamu tu takde perang ke? Cuba pikir baik2, kamu tu perempuan tapi semangat lawan kamu tu kuat. Dalam ramai2 cucu atok, daya lawan kamu tu paling kuat! Kamu tukan garang!

Paling kuat ke? Isk! Mana ada atok, saya ni kan ke asyik2 sakit jer... Kawen pun sampai dua kali. Seb baik yang kali ni boleh bertahan lagi walaupun byk betul dugaan.

Atok nampak kamu ni macam atok sebenarnya. Selalu teraniaya. Pasal tu ramai nak kawan.

Tapi kan atok, sahabat saya ni dah lama dgn saya. Ingat tak saya cerita, saya mula mimpi dia dari kecik dulu. Dah lama dia tak muncul, akhir2 ni dia muncul balik dalam mimpi. Lepas tu baru jumpa balik loket tu.

Ye, atok rasa pun dia dah lama tunggu kamu. Apa kata kamu tanya dengan ustaz2 kamu tu dalam sehari dua ni. Atok tak boleh nak ke sana, minggu depan baru boleh.

Baik! Nanti saya tepon ustaz2 saya tu. Atok, atok kata dia ni dah lama dgn sayakan?

Ha'ah. Pada pendapat atok, dia ni dah lama dgn kamu. Macam atok, cik putih datang masa atok muda2 dulu. Dia ni... Atok tak boleh nak baca lah.

Atok, kalau cik putih tu jin dan Megat ni pun jin, derang ni jenis jin apa ek?

Owh... derang ni jenis PENDAMPING!

HAH? PENDAMPING? apa ni? Seram uoals... EB seraammm...

Apa2 pun, EB adjourn dulu citer ni. Sok EB continue lagi, time cam biasa yeh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2012 12:00 PM | Show all posts
Reply 170# EmakBonda

O0o0..
Isk3 bleh tak nak padan muka kan pompuan tu? hehe
Yelah dah kantoi pn nk eksyen akhir skali kena dkt dri sendri balik...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 12:15 PM | Show all posts
Reply 181# EmakBonda

Cepat2 smbung...Kyra tunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2012 05:41 PM | Show all posts
Reply  EmakBonda

Cepat2 smbung...Kyra tunggu
KyraKnightley Post at 28-5-2012 12:15


Insyaallah, EB sambung. Mentara tu, tunggggguuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 09:50 PM | Show all posts
Reply 184# EmakBonda

dah mlm dah nih............ x sabar nak tunggu sambungan.. nebes nih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 10:40 AM | Show all posts
wah..EB..bilo den baco cito ni dah rasa mcm baco novel pulak..
sambungan cito tu sgt menarik..
lopeh ni kalau dah habis atau tiada penghujung..elok la Eb terbitkan sebuah  buku
seronok diorg ni bacao nampak eh..termasuk den..hehee
bukan sonang nak jumpo org ado pengalaman cerito mcm ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2012 02:41 PM | Show all posts
Ni jogging sampai Perlis ker??
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 06:08 PM | Show all posts
EB!!!! *menyeru dgn sungguh2*
Mana menghilang? Kyra yang dh lama xon9 ble bkak balik benang ni msih tak gerak2..
Harap2 EB baik2 saja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2012 10:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by EmakBonda at 7-6-2012 22:50

Reply 188# KyraKnightley

Salam Sumer... Sori sgt2 sebab lama tak update. EB ada urusan2 penting yg perlu EB uruskan.
Malam ni EB citer pasal hubby n mimpi2 awal EB pulak supaya uoals boleh connect, kewujudan 'sahabat' EB tu.

Seingat EB, it was 5 years ago. This conversation memanglah akan EB ingat sampai bila2.

***

Dadi rasa tak sedap hatilah mami.

Kenapa Dadi?

Entah... Rasa tak best. Setiap kali pergi kerja mesti rasa panas. Pastu, rasa nak marah sumer org kat ofis. Pelik betul lah.

Sejak bila Dadi rasa camtu?

Yang Dadi perasan sejak dua menjak ni. Tapi itu pun lepas member2 kat ofis tegur. Derang kata dah sebulan lebih dah Dadi buat perangai camni. Siap ada yang tegur berapa lama Dadi tak dapat - maklumlah, awakkan baru lepas pantang.

Isk! Ke situ pulak derang!

*****

Klu uoals nak tau, itulah titik tolaknya mimpi2 pelik EB dan perkara2 pelik yg berlaku kat kami husband n wife. Klu tak salah, anak EB yg bongsu masa tu masih lg 2 ke 3 bulan. EB amik cuti lama lepas cuti bersalin 60 days. Kira habiskan cuti lah ni.

***
Malam lepas hubby EB balik kerja, kami sumer tdo awal. Anak2 masa tu kecik2 lagi.

Tuk tuk tuk... Bergema bunyi org ketuk pintu depan rumah.

(Eh, ada org kat luar pulak) Sapa tu?

Sayalah... (suara perempuan)

Saya tu sapa?

Bukak lar pintu ni... (suara perempuan tu lagi) macam kengkawan jer...

EB bangun, tgk keliling bilik, hubby n anak2 nyenyak tdo.

Tuk tuk tuk! (pintu depan rumah diketuk lagi) bukak lah pintu ni. (pujuk suara perempuan tu)

Kejap! Kejap!
EB pun jalan laju2 ke arah pintu.

Tuk tuk tuk! Bukak lar pintu ni...

Akhirnya bila EB buka pintu tu, seorang wanita dgn babynya yg bogel sedang tersenyum dkt EB.

Eh comelnya baby ni...
EB pun timang2 baby tu. Baby bogel tu manja, besar sikit kot dari anak bongsu EB. Debab!

Kita dah lama nak jumpa awak, tapi byk betul halangannya - Perempuan tu bersuara. Klu nak tau, rambut dia panjang sampai menutup muka, bajunya putih cam baju tdo labuh.

Nak tak dia? Perempuan tu tanya EB pasal baby tu.
Ambil lah dia, nampaknya macam suka dekat awak.

Eh tak pe kot... Saya baru ada baby - EB menjawab spontan.

Serentak itu... Dia macam kena sedut keluar pintu sekali dgn baby tadi. Pintu tertutup berdentum kuat!!!

EB terjaga berpeluh2! Nafas turut naik sampai sesak nafas.
Suasana dalam bilik begitu tenang. Sumer tidur lena.
EB pun beristigfar dan continue tdo.

***

Assalamualaikum sahabat ku...

Wa'alaikum salam... Siapa kau? EB merenung wajah org yg bagi salam tu. Wajahnya bersih, bajunya pun bersih. Baju dia kejap macam kaler putih, kejap macam kaler hijau. segak orgnya.

Aku sahabat lama kamu.

Iyeke? Kenapa aku tak pernah jumpa kau?

Mungkin kamu sudah lupa, kita berkawan sejak kecil lagi.

Betul ke ni?

Betul... Kita membesar bersama. Tapi bila kamu pindah, kamu sudah lupakan aku.

Isk! Berat ni. Seingat aku, aku tak ingat dia ni. Lagi2 muka lawa cam ni.

Kenapa baru skrg kau jumpa aku?

Sebab aku nak selamatkan suami kamu.

Huh? Suami aku? Kau kenal suami aku?

Kenal... Anak2 kamu pun aku kenal.

Lelaki segak itu tersenyum. Manis betul rupanya.
Aku tau kamu ada byk soalan utk aku. Tapi aku mesti pergi. Nanti kita jumpa lagi. Bangun!!! Solat Subuh!

Zap... Aku pun terjaga. Azan subuh berkumandang...
Apa maksud dia nak selamatkan hubby aku?
Bila pulak aku berkawan dgn dia?

***

Pagi tu EB citer ngan hubby sebelum dia pergi keje.
Hubby suruh ignore. Sumer tu mainan tdo. So, tak yah nak layan.

Masa mak EB dtg rumah bwkkan lauk pun EB citer ngan dia. Dia pun nasihatkan yang sama dgn hubby EB.
EB pun putus asa. Mungkin betul kot, Mimpi tu mainan tdo.
Tapi EB tak boleh lupa mimpi2 EB tu. Takkan pelik sgt.

2-3 hari lepas tu, hubby EB cerita sesuatu lepas dia balik keje.

Mami nak tau, tadi kat ofis, kitarang jumpa sesuatu.

Huh? Apa dia?

Kami jumpa limau kat setiap cubicle kitarang.

Limau? Cemana boleh jumpa?

Entah! Dadi terasa dari pagi tadi, macam di suruh jenguk kat bawah meja dadi. So, dadi tgk ah... Dadi nampak limau siap macam dah tumbuh pucuk.

Isk! Pelik betullah! Pastu dadi buat apa?

Dadi pun, panggil lah geng2 lain tgk. Yg peliknya ada sorang dua jer ada limau tu.

Isk! Jangan2 ada yg tak baik ni tak dadi?

Entahlah... Kena bagitau atuk awak ni mami.

Dadi tu, kan ke mami dah kata pasal mimpi mami tu.

Hujung minggu ni kita balik kg jumpa atuk awak ye mami. Dadi tak sedap hati lah.

***

Okeh, setakat ni aje ek. Sok EB nak keje. Panjang umur murah rezeki, kita ketemu lagi.

Assalamualaikum sumer...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 12:51 PM | Show all posts
sambunglah crita tu? whats next?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 05:35 PM | Show all posts
erm....mimpi baby tu...selalu ditafsirkan sbg gangguan jin kalu ta silap
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 11:00 PM | Show all posts
Salam...selama ni sy SR je..hhehe..

EB, nanti sambung stori mori yea..bnyk pengajaran yg sy dpt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 05:03 PM | Show all posts
Last edited by EmakBonda on 23-7-2012 09:40 PM \n\nSalam Sumer... Lamanya tak meluahkan kisah EB di sinikan? Sebelum tu, belum lewat kiranya utk EB ucapan selamat menyambut Ramadhan yg mulia kepada semua. Semoga kita memperoleh keberkatanNya dalam segala ibadah kita sepanjang bukan Ramadhan ini. Amin...

Ramai juga yg PM bertanya khabar, terima kasih... EB Dan keluarga sihat Alhamdullillah. Ada juga yang minta pandangan pasal diri mereka. Minta maaf byk2, Belum tahap diri ini untuk menilik apatah lagi mengubat. Ilmu yang tak seberapa ini masih terlalu sedikit dan masih tercari2 erti persahabatan EB dan Megat. Entah ada entah tidak, tapi bila berjumpa ustaz2, memang ada... Entahlah.

Pengalaman yang akan EB kongsikan kali ini agak pelik kerana ianya mengenai perjalanan ke tempat Megat. Niat EB adalah utk berkongsi pengalaman dan tidak ada niat lain.

Kita mula ya...
*******

Perjalanan pulang ke rumah atok tak lama. Mungkin kerana bukan EB yang memandu agaknya. Sedar-sedar dah sampai. Kelihatan atok di depan pintu menyambut kami, mungkin boleh dgr bunyi enjin kereta tadi.

Macamana perjalanan tadi? Tanya atok sambil menyambut salam kami.

    Kita tak sedar Tok, kita tertidur tadi. Sedar2 dah sampai dah.

    Ada jugak rasa kereta berat sekali-sekala, tapi saya tak nak bagitau takut dia ni risau - hubby mencelah. Agak mengejutkan EB lar jugak.

Bagus. Jangan tunjukkan kita takut. Cicit-cicit atok tak ikut sekali?

    Tak, tinggal rumah emak. Lagipun skrg ni tgh musim sekolah. Kita tak bagi ikut.

Elok jugak tu, kita ada mcm2 nak buat. Malam ni lepas Ishak kita mula ye?

Mata atok tajam melihat di luar rumah.

********

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 05:52 PM | Show all posts
Lepas Ishak, keadaan rumah atok sunyi sepi, bagaikan tau kita ada urusan penting.

Bermula dengan Salam, atok teruskan dengan membaca ayat2 suci Alquran. Bacaannya yang mendayu-dayu itu menyentuh hati, tanpa disangka2 airmata ini bercucuran. Sampai habis bacaan atok, EB yang bersila di lantai masih tersedu-sedan menangis. Sayu sangat mendengar bacaan atok, tak semena-mena badan mula bergerak dalam putaran anti-clock wise.

Kau menangis kenapa? Apa kau rasa? Garang atok mengapa EB.

    (diam)

Aku tanya, kenapa kau menangis? Apa kau buat dalam badan cucu aku!

    (diam)

Kalau kau tak jawab, aku akan musnahkan kau! Apakah kau sudah lupa perjanjian kau? JAWAB!!! JAWAB SYAITAN!
   
    Jangan! Jangan kamu gelar aku panggilan itu. Aku bukan syaitan. Aku bukan kafir, aku Islam.

Kalau kau bukan syaitan, buat apa kau duduk dalam badan cucu aku?

    Aku melindunginya!

Eh! Buat apa kau nak lindungi dia? Kau tak percaya kepada kuasa Allah taala? Allah yang melindung segala hambanya. Kau tak perlu bantu!

    Kamu tak faham, aku kena lindungi dia.

Apa sebab! Ini cucu aku! Aku tak pernah izinkan mana2 Jin mendampingi cucu aku tanpa persetujuan mereka. Sekarang kau berambus!

    Janganlah kamu putus hubungan kami. Seumur hidup aku, aku lindunginya. Aku lahir sama waktu dengannya. Dia adikku, dan aku   
    abangnya!

Apa yang kau cuba seleweng ini syaitan? Dia ini cucu pertama aku, sebelum dia, dia tak ada abang... Mana mungkin ada kembar?

   Jangan panggil aku syaitan!!!

Serentak itu... Badan EB makin rancak bergerak ikut anti arah jam. Makin laju! Sehingga EB boleh dengar bunyi 'ngiiiiiiiii' semakin kuat.
Kedengaran atok bertakbir Allahuakbar! EB boleh rasa hubby cuba menahan EB tapi kekuatan ketika itu agak luarbiasa.

*******
Keadaan gelap-gelita...




Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 11:57 AM | Show all posts
EmakBonda posted on 23-7-2012 05:52 PM
Lepas Ishak, keadaan rumah atok sunyi sepi, bagaikan tau kita ada urusan penting.

Bermula dengan  ...

nak lagi mak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2012 06:05 PM | Show all posts
****
Namun... keadaan gelap gelita itu tidak lama. Perlahan-lahan udara berat menjadi ringan. Udara semakin segar. Wangi. Bau rumput pagi-pagi. EB buka mata perlahan-lahan. Kalau uoals boleh imagine, EB sekarang sedang duduk di atas buaian bawah pokok rambutan. Inilah tempat EB selalu main masa kecik-kecik dulu. Rindunyaaa... rasa nak nangis. EB hayunkan buaian itu. Peliknya, kenapa buaian ini tidak ada di memori EB ye?   

Assalamualaikum...
    senyap...

Assalamualaikum...
   suara itu menyapa lagi dari belakang.
   Wa'alaikumsalam. Megat?

Ye.
   Megat. Kenapa aku di sini?

Ingat lagi buaian ini?
   Ingat... Ini tempat aku selalu bermain masa kecik-kecik dulu.

Tempat aku selalu bermain juga. Kamu ingat rumah di hadapan itu?
   Ingat... Itu rumah aku dulu. Kenapa aku macam ingat-ingat lupa ada kebun dekat belakang kita?

Kamu betul. Memang ada kebun dekat belakang kita. Ingat lagi apa ada dalam kebun itu?
   Tak ingat lah Megat. Apa ada di dalam kebun itu.

Oh... jauh sungguh aku tinggalkan kamu. Sebenarnya, dalam kebun itu adalah dunia aku.
   Kenapa aku tak ingat? Dan kenapa kau tinggalkan aku?

Panjang ceritanya dan sesungguhnya aku tidak tahu mana aku patut mula.
   Tak mengapa, apa kata aku tanya soalan, kau jawab. Boleh?

Baik. Tanyalah.
   Kenapa aku ada dekat sini?

Sebab keadaan sedang kucar-kacir.
   Apa yang kucar-kacir?

Keadaan.
   Isk! Aku tak faham lah. Aku keliru. Tolonglah jelaskan pada aku apa yang sedang terjadi.

Di dunia kamu, kehidupan kamu sedang kucar-kacir. Aku ambil keputusan untuk bawa kamu ke sini untuk menjernihkan kekeliruan kamu. Mungkin dengan cara ini, kamu akan ingat bagaimana kita mula bertemu.
   Jawapan kau buat aku lagi keliru. Ok, lagi soalan aku nak tanya. Aku ada banyak mimpi pelik-pelik, kau ke punya keje?

Kalau mimpi perjalanan yang jauh, mimpi aku datang jumpa kamu, mimpi lelaki - itu adalah aku.
   Kalau mimpi perempuan rambut panjang dan bayi bogel?

Itu anasir jahat yang cuba menguasai kamu.
   Kenapa aku?

Kerana syaitan akan sentiasa cuba menguasai manusia.
   Isk! Macam tu sekali jawapan kau Megat. Bersungguh-sungguh pulak.
   Maksud aku, kenapa pulak aku, punyalah banyak orang lain.
   Lagi pun, aku ni bukannya orang-orang besar, aku sederhana aje.

Hahaha... bersungguh-sungguhkah? Hmm... begini, biar aku terangkan. Tarikh, hari dan detik kamu dilahirkan, adalah kebetulan sama dengan aku. Cuma tahun saja yang berlainan.  
   Eh? Iya ke? Maknanya kita kembarlah kan Megat? Tahun bila kau lahir?

Beratus-ratus tahun dahulu.
  HAH?! Maknanya, umur kau dah beratus tahun dah? Kenapa kau nampak macam baya aku?

Kurniaan Allah taala. Mungkin lelaki memang lambat tua agaknya.
  Lawak pulak kau ni Megat... eh, lagi satu aku nak tanya, nama penuh kau apa? Megat Terawis ke, Megat Zainuddin ke?

Kamu lupa? Nama itu kamu yang bagi. Kata kamu, kamu ada 2 orang sahabat karib. Satu Eddie, satu lagi Megat. Tapi Megatlah sahabat paling baik dengan kamu, jadi kamu namakan aku Megat.
   Eh, ha'ah... memang masa kecik2 dulu aku ada dua orang kawan nama Eddie dan Megat. Mana derang agaknya ye. Dah
   berkeluarga kot. Ok, ok, teruskan kenapa ada perempuan rambut panjang tu nak kacau aku.

Dia hanya melalui kawasan kamu. Itu namanya ingin menumpang. Alang-alang menumpang, dia berkenan sama kamu dan ingin serahkan sesuatu pada kamu.
   Isk! Aku tak nak! Aku Tak nak! Aku bukannya sapa pun nak pakai saka bagai nih! Isk!

Dengan ibadah yang sempurna, tidak mungkin dia dapat menghampiri kamu dan keluarga kamu. Aku juga akan bantu.
  Lagi satu... kenapa kau nak bantu aku?

Itu satu soalan yang ringkas tetapi panjang jawapannya. Bersabar... sedikit masa lagi, akan aku terangkan satu per satu.

****
  







   









Last edited by EmakBonda on 24-9-2012 06:09 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2012 06:30 PM | Show all posts
EmakBonda posted on 24-9-2012 06:05 PM
****
Namun... keadaan gelap gelita itu tidak lama. Perlahan-lahan udara berat menjadi ringan. Udara ...

Makkkkkk, nok denga cito lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2012 07:42 PM | Show all posts
Sabar ye kengkawan... EmakBonda bukan apa, experience ni dah agak lama berlaku. Jadinya, cam kena ingat2 kan balik - ala2 flash back gitu. Imagine, EB type2 pastu pandang siling. Punya lah nak ingatkan balik. Anyways... let's continue. Meh imagine sesama, Fyi... EB masih dekat buaian tu lagi, depan EB & Megat ada rumah (ala2 rumah pegawai govt dulu2), belakang kami ada kebun yang luas. Ready?

********

Kamu ingat semasa kamu kecil, aku selalu datang rumah kamu?
    Tak lah Megat. Aku tak ingat.

Kamu ada adik lelaki yang kemudiannya meninggal semasa pembantu jaga kan? Ibu kamu terpaksa redha kerana ketika itu ayah kamu berada di luar negara kan?
    Iya betul. Tapi apa kena mengena? Bukan ke peristiwa itu sudah lama berlaku?

Pagi itu, aku sepertimana setiap hari akan ke rumah kamu. Pada waktu ini seperti biasa ibu kamu sudah keluar bekerja. Dari buaian ini aku dapat lihat ada kepulan asap hitam masuk ke rumah kamu, aku kejar, aku sangka asap itu akan mengganggu kamu. Ternyata aku silap. Sesampainya aku ke rumah kamu, kamu aku lihat masih tidur lagi di bilik tapi adik kamu sudah meninggal dunia akibat jatuh di dalam bilik air. Asap hitam itu ku lihat menyelinap masuk ke bilik kamu. Aku jerit! Aku kata jangan ganggu kamu! Dan asap itu kemudiannya hitam begitu saja. Pembantu ibu kamu sedang menangis tak henti2, memekik2 minta tolong. Kemudiannya jiran2 ada yang datang membantu. Aku, walaupun tiada yang boleh melihat aku kecuali kamu... Aku berlari pulang.
   Sedihnya. Kau boleh lihat keadaan ketika itu Megat? Adakah kita terpisah selepas itu?

Tidak. Aku dan keluarga aku ada hadirkan diri sewaktu pengkebumian dan ketika keluarga kamu adakan kenduri arwah. Seingat aku, kami sekampung hadir. Kami juga bersedih. Ibu dan ayah aku juga bersedih. Seakan kami kehilangan kelurga kami sendiri. Tapi, dalam ramai yang hadir dalam keluarga kamu, atuk kamu boleh merasakan kehadiran kami.
   Atuk? Atuk aku? Atuk aku boleh nampak kau? Habis? Dia halau tak kau?

Tidak. Bahkan dia tunggu sehingga habis kenduri untuk berbual bicara dengan ayah aku. Di situ lah terbentuknya perjanjian.
   Hah? Isk! Perjanjian apa pulak ni?

Ayah aku menerangkan bahawa ada kepulan asap hitam masuk ke rumah kamu pagi itu. Atuk kamu kemudiannya mengerti. Sesungguhnya kawasan perumahan kamu itu memang ada pintu untuk kami masuk ke dunia kamu, dan begitulah sebaliknya. Ayah aku dan atuk kamu saling memahami, yang persahabatan kita bakal mengundang anasir lain yang jahat untuk ikut masuk pintu itu. Kamu sahabat aku, sudah tentu anasir itu tahu keistimewaan kamu juga. Maka pada masa itu, aku terpaksa berkorban untuk tidak lagi berjumpa kamu dan persahabatan kita demi keselamatan kamu.
   Megat... aku tak tau apa nak cakap... (Saat ini EB menangis... sayu EB dengar cerita Megat)...

Tapi ayah dan atuk kamu tidaklah sekejam mana. Aku masih boleh bertemu kamu cuma mimpi dan sesungguhnya itu adalah memadai. Itulah sebab, walaupun keluarga kamu berpindah, aku cuba cari kamu, berjumpa kamu walaupun dalam mimpi. Walaupun terhad waktunya, ianya memadai bagiku.
   Tapi... tapi... isk! Banyak betul aku nak tanya kau. Masa aku dengan suami pertama, kau tahu tak?

Aku tahu. Cuma aku tak boleh campur urusan kamu.
   Dengan suami kedua aku ni?

Lebih kuat persahabat kita jadinya. Kerana suami kedua kamu ini orangnya baik2. Aku sukakan dia, dia menjaga kamu. Tapi seperti perjanjian atuk kamu dan ayah aku, kalau aku boleh masuk ke dunia kamu, anasir lain yang jahat akan pasti mengekori aku. Awal2nya bukankah rumah tangga kamu sempurna. Namun ada yang mengganggu. Kerana itu aku cuba membantu.
  Membantu? Dengan tinggal dalam badan aku?

Tidak, tidak. aku cuma masuk dalam badan kamu untuk berinteraksi dengan ustaz2 yang kamu panggil itu, dengan atuk kamu. Aku tidak boleh menjelma di mata semua orang. Itu sudah melanggar fitrah aku. Lebih banyak buruknya dari baiknya sekiranya aku muncul.
   Kau sudah lama bersahabat dengan aku, tidakkah kau jatuh cinta pada aku?

Itu satu lagi soalan kau yang ringkas, tetapi agak sukar untuk aku jawab. Kerana aku sendiri tidak mengerti perasaan aku terhadap kamu...



****



   


   
Last edited by EmakBonda on 24-9-2012 07:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 12:46 PM | Show all posts
da mcm baca novel,siap ada flashback lg..hehehehehe..kalo bikin pelem mau box office...cepat la MB sambung cerite...saya siap menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 09:35 AM | Show all posts
tenks yaa emakbonda update cerita...
looking forward to more update

xixie nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.244052 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list