CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EmakBonda

Salam Perkenalan... Bermulanya cerita EmakBonda

    [Copy link]
 Author| Post time 18-12-2011 11:49 AM | Show all posts
lynlyn75... semoga anda dilindungi olehNya dari sebarang gangguan yang tidak diingini. Amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2011 12:15 PM | Show all posts
Salam Semua
Pagi ni, sebelum EmakBonda nak mula bertapa buat case study yang sepatutnya dah siap dah...,
EmakBonda nak citer pasal mimpi saya sebelum jumpa Ustaz Faisal sehari selepas Atuk saya tgkkan saya.
Adapun... nak dijadikan kisahnya, lepas EmakBonda tepon Ustaz tu kan, malam tu mimpi di bawa jauh ke pergunungan oleh sahabat saya.
Mulanya saya dibawa ke sebuah pintu kayu, dan bila lalu jer pintu tu nampak satu pergunungan, cuacanya best sangat. Sahabat saya bawak tour tempat tu. Katanya dah lama tunggu saya. Terdapat bala tentera berkuda tgh berlatih, sonok sgt saya dibawa gi di bawa jalan2. Sat lagi saya dibawa satu tempat rumputnya berbunga2 dan wangi tapi kena hati2 sebab ada duri-duri rumput. Nanti boleh melekat dekat seluar. So terpaksalah saya melompat2 sikit. Sahabat saya bawa saya ke tempat orang tgh bercucuk tanam, katanya herba-herba. Banyak sangat jenisnya. Siap boleh petik-petik dan bau - wangi uoals. Tapi kena bagi balik kat sahabat saya tu mana2 yang saya petik sebab, saya tak boleh bawak balik. Nanti buruk padah katanya. And then, saya dibawa ke tempat derang simpan barang-barang berharga. Ada banyaks sangats... Sahabat saya suruh pilih ambil satu. Eh! EmakBonda pun rambang mata, tapi ada satu cincin tu memang dah bertakhta di hatiku. Sat lagi bila nak ambik jer, kaki kena sentap dek something. Terus saya terjaga! Potong stim betul. Haish!
... Tapi kan uoals, masa nak mandi pagi tu kan EmakBonda perasaan kat seluar ada kemuncup.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 03:10 PM | Show all posts
Reply 62# EmakBonda

Lagi-lagi dan lagi....Nak taw lebih lanjut..nanti EmakBonda update yerk??

P/S : Cantik avatar EmakBonda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2011 10:50 PM | Show all posts
7teen... Lawakan avatar EmakBonda?

Anyways... meh meh EmakBonda citer mimpi seterusnya yeh...
Isk! Sebab dah malam ni kan? So here goes, Bismillahirrahmanirrahim... Saya bercerita ni untuk berkongsi pengalaman, tiada niat untuk membangga diri. Amin...

Ok, mana kita tadi? Hah... EmakBonda pun rasa pelik lar kan pasalnya, cemana pulak kemuncup boleh lekat kat seluar tido saya ni? Pelik pelik? Sampai nak gi keje pun terlewat sebab dok pikir benda nih. Alkisahnya saya simpan lar seluar tu kat bilik pasal nak kongsi ngan family ngan ustaz Faisal bila nak berubat nanti tapi kan... lepas balik keje, seluarnya ada, kemuncupnya dah takde

Haish! patut saya bawak sekali seluar tdo tu dalam keta. Isk! nanti lain pulak jadinya, ada plk yg mengikut gi ofc nanti. Migrain pikir benda nih...

Anyways, malam tu lepas solat ishak satu family, EmakBonda pun tdo awal sebab besoknya ada sales conference. Entah nape, malam tu cepat betul lenanya... Mungkin pasal saya dah telan ponstan sbb migraine tadi kan? In an instant saya pun dibuai mimpi.

... Bunyi macam ada orang bagi salam. Saya pun jawab. Bukak pintu, sorang lagi sahabat  lama datang. Kali ni nak bertandang bawak baby bogel dia.
Eh, akak... apa khabar? Lama tak nampak - saya tegur dia.
Dia menjawab - Ha'ah, lama rasanya tak jumpa. Rindu pulak rasanya, pasal tu akak datang, nak tanya khabar.
Saya pulak jawab - Alhamdullillah sihat-sihat saja (sambil timang2 baby bogel dia)
Dia kata lagi - Semalam akak datang, adik takde, pegi mana?
Saya jawab - Oh, ada kawan jemput tgk kampung dia (sambil tepuk2 baby bogel tu)
Akak tu jawab - Kalau begitu baiklah. Seronok tgk adik sihat, akak risau kalau adik tak sihat jer. Kalau ada apa2 panggil jer lah ye. Akak tak jauh, dekat jer.
Lepas bersalaman akak tu balik dgn baby dia.

Pastu... terasa badan kena sentak. EmakBonda pun terjaga. Suasana bilik senyap sunyi, hanya kedengaran bunyi aircond jer. Husband tgh tdo sebelah...

Uoals, bilik EmakBonda wangiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 08:46 AM | Show all posts
sambung laa lg emakbonda...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 11:45 AM | Show all posts
oooo...baru sayer faham bile bace thread emakbonda kat sini...kat masalah peribadi 2 dah leh close kut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2011 01:56 PM | Show all posts
seram.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 03:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by ayudress at 19-12-2011 15:59

baca cerita makbonda ni teringat ngan mimpi saya...

ada makcik nak bg saya cincin emas... leh tahan lawa gak cincin tu... tebal dan besar jugak la cincin tu...

Makcik tu dh sarungkan dh kat jari saya.... tp saya bukak balik cincin tu....

saya kata kat makcik tu.. saya tak nak sbb bukan hak saya...

ye la... napa lak tetiba nak bg cincin kan... kat saya... bukan saya kenal pun makcik tu...

cincin emas pulak tu...

tapi Makcik tu duk pujuk2 lagi saya.... tetap saya kata tk mo....

Makcik tu try sarungkan kat jari manis saya.... tp besar pulak cincin tu ngan saya.... pastu try pulak kat jari antu saya...

Muat pulak.... tapi saya bukak blk cincin tu and serahkan blk cincin tu.. tetap kata tak mo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 04:46 PM | Show all posts
huhuhu.. seram gak mak bunda... tapi seronok dengar kawan nak tolong tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 04:47 PM | Show all posts
huhuhu.. seram gak mak bunda... tapi seronok dengar kawan nak tolong tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 09:07 PM | Show all posts
Seronak n leh amik iktibar.
Semoga family emakbonda sejahtera selalu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 09:21 PM | Show all posts

RE: Salam Perkenalan... (Siri mimpi2 dan rawatan EmakBonda)

Reply 70# hest

Salam sumerMalam ni EmakBonda nak bercerita pasal sesi rawatan ngan Ustaz Faisal.
Seperti biasa... Bismillahirrahmanirrahim, niat saya bercerita di sini untuk berkongsi pengalaman dan bukan untuk membangga diri. Amin...

Harus diingatkan, cerita ini telah diedit dan dipendekkan atas sebab2 tertentu. Ok, kita mula ye.
So, lepas siri2 mimpi EmakBonda dan perjumpaan dgn atuk, EmakBonda pun berubat dengan Ustaz Faisal. Kalau yang pernah membaca cerita EmakBonda awal-awal dulu, pasti tau Ustaz Faisal ini bukan ustaz pertama mengubat saya. Adapun hari yang dijanjikan pun tiba... EmakBonda dan suami pun menjemput Ustaz Faisal di tempat yang dijanjikan.

Ustaz Faisal pun membuka cerita -Semalam masa akak telefon saya tu, kenapa ye tak nak buat mandi ais?

EmakBonda yang masa tu terkuap2 menguap sambil berlinang2 air mata - Entahlah, tetiba saya rasa nak cakap cenggitu.
Entah kenapa, EmakBonda rasa takut dengan Ustaz Faisal tu. Seram sejuk badan rasanya.

Aik? Dah ngantuk dah. Kita belum mula lagi kak... Some how or rather pandangan Ustaz Faisal tu bagaikan lembing menusuk jantung saya. Takut lah.

Sampai kat rumah, selepas mengambil wuduk, sesi rawatan pun bermula. Himpunan ayat2 Ruqyah pun berkumandang. Mak dan ayah pun ada. Tetiba, EmakBonda menangis... sayu sangat. 'Jangan, jangan pisahkan aku dengan dia' Mak Ayah, tolong along... panas nyaaa... saya merayu. tapi itu bukan saya yang merayu tu, saya tahu.

Ustaz Faisal menyapa lembut tapi tegas - Kenapa kau huni badan manusia ini. Kau dah keluar dari fitrah kau.

Masa ni suami saya kata muka saya berubah jadi garang, badan saya menggeletar, saya membuka jurus seakan ingin bersilat, suara garau berkata- Kau sibuk kenapa? Aku nak kawan dengan dia, bukan kau! Aku ada tentera, aku boleh lawan kau! Jangan kacau aku!

Ustaz Faisal tertempik - Cis! Kau memang lupa diri ni! Kau dah lupa perjanjian kau dengan Nabi Allah Sulaiman. Hari kiamat nanti, apa kau nak jawap dengan Allah taala. Kau islam ke kafir?

Aku kata jangan kacau aku lar bodoh! EmakBonda tetiba kuat, 3 orang lelaki kena pegang saya masa tu, ayah, suami dan ustaz.

Suami kata - Mami, mengucap mami. Saya terus tendang suami saya! Uoals... saya tendang suami saya??? Suami saya tinggi dan besar orangnya itu terkebelakang akibat tendangan saya. Saya sedar tapi tak boleh nak lawan. Masa itu pada pandangan mata saya, boleh nampak cahaya dekat muka sapa2 dekat ruang tamu rumah kami itu. Wajah suami saya gelap, wajah mak ngan ayah keemasan dan wajah ustaz Faisal bercahaya putih.

Along, ni ayah ni... lawan long, lawan dia!

Ayah, along takut, derang ni jahat... tetiba saya menggeletar. Saya jadi sombong, mata saya memperlekehkan Ustaz Faisal tu, sambil menjeling saya bertanya, mana kawan kau? Takut dengan aku? Heheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee saya mengilai panjang. Sesekali saya memperbetulkan rambut saya. Ayah kata, saya macam betulkan sanggul.

HEI SYAITAN!!! KELUAR DARI BADAN MANUSIA INI!!! (ayat2 suci berkumandang)

Hehehehehehehhhhhhhhhhhhhhehehehehehheeeeeeeeeeeeeeeeeeehehehehhhhhhhhh. Dan kau nak buat apa? Sambil tu saya buntangkan mata dekat Ustaz Faisal tu. Lidah saya panjang saya julurkan. Tak macam ustaz amin, ustaz faisal melawan balik pandangan saya. Tetiba saya takut... saya menggeletar dan duduk terjelepuk.

Jangaaaaaannnn... jaaaangaaan pisahkan aku...!!! saya menangis. sayuuuuuuuu sangat.

KELUAR AKU KATA! KAU MEMANG LUPA DIRI! (berbisik dengan suami) Ayat-ayat suci Alquran berkumandang.

Saya yang masih lagi menangis2 meronta2, diangkat suami ke bilik air untuk mandi ais.

Jangaaaaaannn! Panaaaassss! Dadi, sian kan mami dadiii... (Suami saya menangis sambil mandikan saya) sampai habis satu besen besar air ais. Saya muntah, saya menangis, saya melolong, suami saya terus kan jugak sampai selesai.

Uoals, sesi rawatan suami isteri tu mengambil masa selama 2 jam lebih. Ustaz Faisal kata yang ada dekat dalam EmakBonda ramai. Yang dia nampak main character ada yang mengaku diri dia panglima, ada 'perempuan' yang sombong dan sangka dia lawa, ada jin pemisah dan ada 'seekor' ular. Buat masa ni, dia kata derang keluar kejap. Kalau EmakBonda tak kuat dan melanggar ibadah, derang dtg balik. Eh... boleh datang balik lar pulak!

Bila nak habis ni Ustaz?

Akak, akak kena sabar ye. Rawatn ini bukan habis dalam sehari dua. Kadang-kadang bertahun2 sebab dia dah lama dala badan akak ni. Abang kena hati2 jugak. Ada jin pemisah involve ni. Ada yang nak pisahkan rumahtangga akak ngan abang.

Uoals... sama kan ngan apa tuk EmakBonda pesan kan?
Naper ni? sape yang dengki ni? sapa sapa sapa?
N nape EmakBonda rasa cam nak tampo orang sekarang ni?

Malam ni mesti mimpi lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 09:42 PM | Show all posts
Salam EmakBonda... cer wat singkatan 'EB' for EmakBonda...
convenient to Silent Reader macam Sha ni...
Kasihani pembaca macam Sha, low processor nak go thru EmakBonda, EmakBonda.

Bolehla user friendly sikit kan?

Bergulung2 otak Sha nak men'digest' EmakBonda, EmakBonda.. panjang betul
takpun guna Bonda jer, okay gaks...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2011 06:19 AM | Show all posts
Ok, sya_sugar-sugar. noted
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 07:15 AM | Show all posts
Reply 54# EmakBonda


  maafla..tak boleh tahan gelak besar...kesian suami kena tampar waktu tengah tidur
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 07:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by hest at 21-12-2011 07:56
Reply  hest

Salam sumerMalam ni EmakBonda nak bercerita pasal sesi rawatan ngan Ustaz ...
EmakBonda Post at 20-12-2011 21:21



   emak bonda.. kadang-kadang.. orang yang bermanis muka.. yang selalu tolong kita.. dengar masalah kita.. itu yang menjadi punca semua kak... kadang-kadang kita rasa.. semua orang rapat dengan kita.. tak de pun yang menarik muka. masam.. abes siapa yang buat?? orang yang rapat dengan kita selalunya.. dia rapat pun.. dia nak nak tengok penderitaan kita.. nak tgk sejauh mana hasilnya... saya bukan nak suruh akk tuduh sesiapa.. tidak.. cuma.. berhati-hati dengan manusia di sekeliling kita... yang baik itu tak semestinya baik.. yang jahat itu tak semestinya dia berniat jahat...

amalkanlah doa pelindung surah as-syura ayat 14 yang pernah kawan-kawan kongsi kat mps ni.. hest pun baru jer amalkan..  hest rasa sedikit tenang dan kekuatan dalaman selepas di aniaya kawan yang memang nak pedajalkan kita...

makbonda cubalah ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2011 11:10 PM | Show all posts
Reply 75# noor2

noor2. sian my hubby. kena tampo masa tido lar, kena tendangan jurus lar... siaaannn dia.
Seb baek dia sabo. Sayang EB kat dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2011 11:11 PM | Show all posts
Reply 76# hest

hest. timaseh. Nanti EB cuba insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 07:51 AM | Show all posts
nak lagi, nak lagi e.Bonda.... sambung la lagi e.Bonda... thanks memahami..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 10:03 AM | Show all posts
Reply 77# EmakBonda


   


teruskan cerita emak bonda...best baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.062531 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list