View: 83|Reply: 0
|
Selangor beraksi di Bukit Jalil
[Copy link]
|
|
Jadi gelanggang sendiri sehingga Stadium Shah Alam siap dibaik pulihSELANGOR bakal menggunakan Stadium Nasional di Bukit Jalil sebagai gelanggang sendiri bagi saingan awal Liga Super 2012 sehingga Stadium Shah Alam, siap dibaik pulih, April depan.Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Stadium Shah Alam kini sedang dibaik pulih Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).\n\n\n\n “Berdasarkan surat MBSA, kami dimaklumkan kerja-kerja membaik pulih padang, lampu, kerusi dan kemudahan asas lain dijangka siap sepenuhnya April depan.\n\n\n\n\n “Jadi untuk beberapa perlawanan awal Liga Super yang bermula 10 Januari depan hingga hujung Mac, kami akan gunakan Stadium Nasional,” kata Hamidin ketika ditemui selepas majlis penyerahan tajaan Triways kepada skuad futsal lelaki dan wanita Selangor di Shah Alam, semalam.Kualiti rumput di Stadium Shah Alam yang teruk menjadi bahan kritikan terutama ketika ia menjadi gelanggang pengganti bagi final Piala Malaysia 2011 pada 29 Oktober lalu berikutan kerja-kerja penukaran trek baru di Stadium Nasional belum selesai.Ditanya persiapan skuad Selangor kendalian jurulatih baru Irfan Bakti Abu Salim itu, Hamidin berkata, barisan 24 pemain yang didaftarkan termasuk dua awang import - Ramez Dayoub dari Lubnan dan Lelo Mbele dari Congo musim depan ‘lebih muda’.“Hanya tiga pemain melebihi usia 30 tahun iaitu Amri Yahyah, P Gunalan dan G Jeevananthan tetapi saya yakin persembahan Selangor di bawah kendalian Irfan Bakti lebih bermutu dan dapat menarik penyokong ke stadium,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|