CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2740|Reply: 3

morning sickness

[Copy link]
Post time 13-12-2011 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Apakah tanda seseorang tu dikatakan sbg morning sickness?Bagaimana nak atasi nyer...ada caranyer tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 08:58 PM | Show all posts
Apakah tanda seseorang tu dikatakan sbg morning sickness?Bagaimana nak atasi nyer...ada caranyer tak?
Tanda2 wanita mempunyai morning sickness adalah dia :
Akan sering muntah muntah
Rasa loya
Rasa mual
Tiada selera makan
Selalu rasa pening
Selalu rasa letih

Time morning sickness ini akan melanda seseorang wanita yang mengandung antara 1-3 bulan awal kehamilannya. Namun ada sesetengah orang akan berlanjutan morning sicknessnya ke bulan 4-6 atau kes kes yang jarang sekali sampai 9 bulan.  

Simptom paling ketara mengenai morning sickness adalah muntah muntah dan tiada selera makan. Walaupun seseorang mengalaminya, dia tidak seharusnya ponteng makan atau tidak makan langsung atas kerisauan memuntahkan makanannya semula.

Kenapa morning sickness berlaku adalah kerana keadaan didalam badan sedang bertukar hormon untuk menerima janin.

Cara mengatasi morning sickness adalah dengan mengamalkan pemakanan yg bersaiz kecil tetapi kerap. Paling penting adalah supaya perut tidak dimasukki angin so rasa muntah/mual itu akan berkurangan. Jika hanya makan 3x sehari, pastinya akan muntah keluar kerana hidangan saiz itu besar dan susah dihadamkan. Minumlah susu panas atau milo panas untuk tenaga dan makanan yg berkhasiat. Walaupun makan kerap, kurangkan makanan seperti berikut supaya tidak merangsangkan perut utk muntah. Makanan yg patut dihindari adalah seperti:
Makanan yg berangin (kangkung, timun, lobak putih, kekacang)
Makanan yg sejuk (air sejuk, air ais, air beku)
Makanan yg pedas (memberi rasa kurang elesa pd perut akan menyebabkan muntah2)
Makanan yg berminyak (sama seperti makanan pedas)
Kurangkan pengambilan gula dan garam semasa mengandung

Amalkan makanan berikut tetapi dengan saiz kecil dan kerap:
Minunam panas (milon atau susu panas)
Makanan yg kukus / stim
Makanan protein tinggi utk tenaga
Bubur panas
Sup yg panas
Rempah ratus yg dapat mengeluarkan / mengurangkan angin dalam badan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 04:56 PM | Show all posts
sori ye kalau tanya soklan ni..
morning sickness ni jadi sebelah morning je ke? atau bebila masa..?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:24 PM | Show all posts
sori ye kalau tanya soklan ni..
morning sickness ni jadi sebelah morning je ke? atau bebila masa..?
riss_1688 Post at 15-12-2011 16:56


Morning sickness ini boleh melanda bila bila masa sahaja lalinks, tak kira siang atau malam. walaupun ia paling kerap sering berlaku apabila seseorang ibu bangun dari tidur, kerana tahap gula dalam darah biasanya yang paling rendah selepas semalaman tanpa makanan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.323491 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list