CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Angkatan Tentera Malaysia FA (The Gladiator)

[Copy link]
 Author| Post time 13-10-2012 12:21 PM | Show all posts
Final : ATM janji juang habis-habisan




12 Oktober 2012



PASUKAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berjuang berhabis-habisan bagi membawa pulang Piala Malaysia, kata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata tiada yang mustahil bagi ATM untuk menjuarai piala berprestij itu musim ini, selepas penantian selama 46 tahun.

" Kita akan mempersiapkan diri untuk menghadapi final Piala Malaysia dan saya tidak mempunyai keraguan langsung di atas semangat serta iltizam pasukan bola sepak ATM untuk menjuarai kejohanan Piala Malaysia ini. Mereka akan berjuang berhabis-habisan, " katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Pegawai Tugas Ikhtisas Siri 77/2012 di Institut Latihan Angkatan Tentera, Kem Terendak.

Zulkifeli yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak ATM mengucapkan tahniah kepada pemain dan pihak pengurusan ATM kerana berjaya ke pusingan akhir selepas kali terakhir melakukannya pada 1966 ketika kejohanan Piala H.M.S. Malaya.

ATM layak ke final setelah mengalahkan Lions X11 5-4 menerusi sepakan penalti, setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga masa tambahan dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama di Singapura Jumaat lalu, kedua-dua pasukan turut terikat 1-1.

Mengenai ganjaran sekiranya ATM menjuarai Piala Malaysia, Zulkifeli berkata itu adalah perkara kedua yang perlu difikirkan dan menambah anak didik B.

Sathianathan itu tidak bergantung kepada ganjaran sema-mata untuk beraksi cemerlang pada final.




- Bernama / Sinar Harian -




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2012 12:26 PM | Show all posts
ATM tak kira siapa lawan di final





Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my



TANPA mengambil kira siapa lawan sama ada Selangor atau Kelantan pada perlawanan akhir kempen Piala Malaysia nanti, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaungkan janji untuk mempamerkan aksi paling bertenaga dalam misi mereka untuk menjulang piala berprestij itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, berdasarkan prestasi yang dipamerkan pada perlawanan menentang Lions XII kelmarin, beliau percaya bahawa ATM akan memberikan persembahan yang lebih mantap pada perlawanan akhir nanti.

Menurutnya, ATM telah bermain dengan penuh semangat dan iltizam sehingga berjaya mengakhiri penantian selama 46 tahun untuk layak ke final Piala Malaysia selepas kali terakhir pada 1966 ketika kejohanan Piala H.M.S. Malaya.

" Barisan pemain ATM telah mencipta sejarah apabila berjaya menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan saya begitu percaya bahawa ATM bakal memberikan persembahan yang penuh bertenaga dalam perlawanan akhir nanti, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Pegawai Ikhtisas Kor Kesihatan Diraja Siri 77/2012 di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka semalam.

Mengulas mengenai pemberian ganjaran sekiranya pasukan ATM menjuarai Piala Malaysia, Zulkifeli berkata, soal ganjaran itu adalah perkara kedua, sebaliknya anak-anak didik jurulatih, B. Sathianathan perlu melaksanakan tugas untuk menggapai impian bergelar juara pada 20 Oktober ini terlebih dahulu.

" Ganjaran memang ada tetapi saya mahu pemain tidak terlalu mengharapkan imbuhan dulu kerana yang penting mereka perlu tunjukkan aksi paling ampuh dan mantap untuk bergelar juara, " katanya.

Menurutnya, sekiranya pemain terlalu mengharapkan ganjaran, pemain mungkin hilang tumpuan kerana peluang beraksi ke perlawanan akhir adalah peluang yang hadir sekali selepas 46 tahun.

Katanya, ATM akan memikirkan habuan terbaik untuk pemain sekiranya mereka merealisasikan impian untuk merangkul piala paling berprestij bola sepak negara.



- Kosmo -



Last edited by HangPC2 on 13-10-2012 01:19 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2012 12:58 PM | Show all posts
Sathia’s confidence in old hands pays off as Forces close in on Cup




Posted on October 13, 2012





Oct 10 picture by Star's SHAHRUL FAZRY ISMAIL shows Sathianathan, some of the players and some armed forces personnel



PETALING JAYA : The soldiers have pulled it off again.

Thanks to former national coach B. Sathianathan’s faith in a bunch of “ old horses ” , the new-look Armed Forces team have marched into the Malaysia Cup final for the first time in 46 years.

Their dramatic win over the youthful Singapore Lions XII in the semi-finals (5-4 on penalty shootouts, 2-2 aggregate) showed that Sathianathan has a bunch of fighters who are playing out of their skin in the Malaysia Cup competition.

“ Age is never a barrier … as many seasoned campaigners have proven in professional football. Just look at Italy’s Paolo Maldini, Wales’ Ryan Giggs and England’s Paul Scholes … these players are considered past their prime but they still play important roles,” said Sathianathan yesterday.

He was commenting on the critics who had doubted his selection of players this season.

The soldiers are dubbed the “ Man­chester City of Malaysia ” due to their big-money signings.

But the signings have done their part in helping Armed Forces make history by winning the Premier League title for the first time this season.

Among the new signings were prolific goal-getter ‘ King ’ Marlon James, 35, midfield hard-man Rezal Zambery Yahaya, 34, talismanic striker Hairuddin Omar, 33, hard tackling left-back Irwan Fadli Idrus, 31 and playmaker Bruno Martelotto, 30.

“ I am glad to have silenced the critics, including a former national coach who said that I had gone overboard with the signing of the oldies – players like Marlon and company, ” said Sathianathan.



- The Star -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2012 01:11 PM | Show all posts
Dali confident luck will not desert soldiers now





Posted on October 13, 2012








“ I took to the field despite being ill ... I wasn’t going to let it stop me. I had five shots at goal and ... they either hit the post or were blocked by former international goalkeeper Chow Chee Keong. We were just unlucky not to win, ” recalled Dali, who began his football career with the Armed Forces youth team before returning to his home state Kelantan.



By ERIC SAMUEL


PETALING JAYA : Football legend Dali Omar  said a stroke of bad luck cost Armed Forces their first-ever HMS Malaya Cup title 46 years ago.

The 66-year-old Dali said the army team were fully inspired after he scored in their 1-0 semi-final victory over Malaysian Police in the semi-finals in 1966.

But, on Cup final day, he came down with fever. Undeterred, the then 20-year-old Dali took to the field against a power-packed Selangor side that included the late Abdul Ghani Minhat.

Selangor won 1-0.

“ I took to the field despite being ill … I wasn’t going to let it stop me. I had five shots at goal and … they either hit the post or were blocked by former international goalkeeper Chow Chee Keong. We were just unlucky not to win, ” recalled Dali, who began his football career with the Armed Forces youth team before returning to his home state Kelantan.

At 26 years old – and at the prime of his career – the national striker set out to make a name for himself in Australia in 1972.

He landed a year’s trial with First Division side Azzurri of Perth (now known as Perth Glory) and mesmerised them with his skill and tenacity.

He then turned to coaching, training Olympics Kingsway before finally settling down in Australia.

Twenty-nine years later, Dali returned home in 2000.

On Thursday, Dali was at the Selayang Stadium to witness the semi-final clash between Armed Forces and Lions XII. Forces won 5-4 on penalties after both teams were tied at 1-1 after extra time in the second leg of the semi-finals.

“ The game could have gone either way. Forces had chances to win the game in 90 minutes. Well, I hope Forces will go on to win the title for the first time in the 91-year history of the HMS/Malaya/Malaysia Cup, ” said Dali.

However, Dali has this advice for Malaysian footballers.

“ If you want to win matches, you must score goals. It’s time the national body introduce a striker coach to assist our budding talents. Yes, we have goalkeeper coach but what about the strikers ? , ” he said.

“ It’s a pity that we don’t have prolific goal-getters in the national team. And our ranking (No. 162) is poor. I am willing to offer my services to share my vast playing knowledge with anyone.

“ I was the first one to go out of Malaysia. At that time, I was the master at scoring goals, especially with my shooting and heading abilities. It was my mental toughness and good playing ability that made me an instant hit with the Australian club.

“ That’s why it is important to emphasise on scoring techniques. ”

Dali was a member of the Malaysian team who played in the Asian Youth Tournament in 1963 at the age of 17. He also represented the national team from 1963-1969.



- The Star -



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 11:38 AM | Show all posts
Tiada belas kasihan



TIADA belas kasihan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bedil Kelantan habis-habisan.Jika ia berhasil, Kelantan boleh melupakan impian untuk muncul juara trebel dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

ATM pula mahu membuktikan bahawa mereka bukan pasukan yang boleh dipandang mudah oleh lawan, justeru mereka mahu membuktikannya pada final Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam malam esok.

Penjaga gol ATM, Farizal Harun sudah bersedia untuk tugasan penting itu dan dia tidak akan membiarkan lawan meloloskan diri.

Bagi merealisasikan hajat besar mereka itu, Farizal menuntut rakan-rakan sepasukan agar menyelesaikan perlawanan dalam tempoh 90 minit sekali gus menjulang piala berprestij itu dengan penuh bergaya.

Farizal menjelaskan, dia yakin dengan pengalaman beraksi sebanyak empat kali menentang juara Liga Super itu, ia bakal dijadikan satu pengajaran berguna buat skuad kendalian B. Sathianathan itu pada musim ini.

“ Kami sudah bertemu empat kali dengan Kelantan termasuk dua kali di peringkat Kumpulan B Piala Malaysia dan perlawanan persahabatan.

“ Kali terakhir (ketika menentang Kelantan), kami tewas 3-4 kepada mereka di Stadium Sultan Muhammad IV pada saingan peringkat kumpulan, ” katanya.

Farizal ditemui ketika bersama skuad bola sepak ATM menziarahi bekas pemain Selangor, Ezmi Md. Jan yang menghidap barah hidung di Kampung Sentosa Batang Kali, Hulu Selangor semalam.

Tambahnya, pemain kelahiran Negeri Sembilan itu juga menyifatkan The Red Warriors dilihat memiliki kelebihan sekiranya perlawanan akhir Piala Malaysia tersebut diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti.

Jelasnya, kekuatan mental bakal menjadi penentu kepada kedua-dua pasukan sekiranya perlawanan terikat sehingga ke masa tambahan.

“ Ramai mengetahui, Kelantan memiliki penjaga gol terbaik negara, Khairul Fahmi Che Mat dan pendapat saya, sepakan penalti dilihat memberi kelebihan kepada mereka.

“ Apa pun, kami telah bersedia dengan menjalani latihan tambahan dan sekiranya kami terpaksa beraksi sehingga ke penentuan sepakan penalti, saya berjanji akan menampilkan aksi terbaik.

“ Kalau boleh, kami nak selesaikan perlawanan itu kelak dalam tempoh 90 minit, ” katanya.



- Kosmo -



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 11:43 AM | Show all posts
Mampukah Sathianathan ?




Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my



DUA tahun lalu, B. Sathianathan merupakan watak penting pasukan Kelantan menamatkan kemarau trofi Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah sebaik menewaskan Negeri Sembilan di pentas final.

‘ Disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari ’ – jodoh Sathianathan sebagai jurulatih The Red Warriors

akhirnya terlerai ekoran digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula Januari 2011 gara-gara dilaporkan mengkritik skuad kebangsaan.

Begitupun, itu cerita lama. Kali ini, ‘ magis ’ Sathianathan sekali lagi ditagih tetapi kali ini bersama skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Malam esok, kredibiliti jurulatih berusia 54 tahun itu pastinya mengundang gerun ribuan penyokong fanatik Kelantan yang pernah menjadikan beliau sebagai idola satu masa dahulu.

‘ Resume ’ Sathianathan mengemudi ATM menempah slot Liga Super musim depan selepas muncul juara Liga Premier musim ini sewajarnya jangan dipandang ‘sebelah mata’ oleh Sang Kijang.

Enggan mendabik dada dengan kemampuan pasukannya melakar sejarah kembali semula ke pentas final sejak 1966, Sathianathan begitupun kekal menghormati Kelantan yang masih dianggap pasukan pilihan pada final kali ini.

Menurut beliau, Kelantan masih lagi kuat biarpun tanpa kehadiran dua tonggak utama, Mohammed Ghaddar dan Nor Farhan Muhammad yang terpaksa melupakan pentas final kali ini gara-gara penggantungan kad kuning.

“ Kelantan pasti menjadi pasukan pilihan dan kejayaan muncul juara Liga Super merupakan bukti kekuatan mereka yang begitu konsisten.

“ Sebenarnya, saya lebih suka sekiranya Ghaddar bermain kerana dia bermain secara individu dan saya tahu bagaimana untuk mengekangnya.

“ Ketiadaan Ghaddar pastinya menyebabkan jentera serangan Kelantan bertambah berbahaya kerana mereka pasti bersemangat memburu gol sebagai satu pasukan, ” kata Sathianathan.

Atas kertas, rekod pertemuan kedua-dua pasukan musim ini dilihat lebih memihak kepada Kelantan yang menang 4-3 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu ketika aksi Kumpulan B Piala Malaysia, September lalu selepas terlebih dahulu terikat 1-1 di Stadium Selayang sebelum itu.

Namun, Sathianathan enggan barisan perajurit ATM ‘ mengibarkan bendera putih ’ sebelum berjuang esok.

“ Pada permulaan musim sebelum ini, sasaran awal saya mahu membantu ATM muncul juara Liga Premier, lain-lain hanyalah disifatkan sebagai bonus.

“ Tetapi kami sudah berada sejauh ini dan melakar sejarah kembali semula ke pentas final Piala Malaysia dalam tempoh 46 tahun, ” katanya.



- Kosmo -




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-10-2012 05:22 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2012 05:15 PM | Show all posts
Selamat Petang kepada penyokong-penyokong ATM,

Untuk musim 2013, pasukan ATM telah pun menerima tajaan daripada sebuah syarikat yang terkenal di dunia dalam mengeluarkan pakaian sukan dan pasukan ATM merupakan pasukan pertama di Asia Tenggara yang menerima tajaan ini.

Jersi pasukan ATM akan dilancarkan pada 3 Januari 2013 dan salah satu matlamat untuk 2013 ialah untuk membuat 'football commercialization', dengan erti kata lain kita bersedia untuk mengeluarkan merchandise pasukan ATM untuk 2013. Salah satu hala tuju 2013 adalah untuk membuka sebuah kedai bola sepak ATM yang pertama di Kuala Lumpur. Dalam aspek 'commercialization of football' seperti yang berlaku di mana-mana kelab antarabangsa, setiap peminat sebenarnye menyokong pasukan mereka dengan membeli jersi yang original dan bukan tiruan. Namun begitu, kami memahami bahawa harga jersi yang mungkin tinggi menyebabkan ramai penyokong-penyokong membeli jersi tiruan. Sebagai sebuah kelab bola sepak yang prihatin terhadap pendapat-pendapat yang diberikan oleh para peminat, maka di sini kami ingin mengetahui jika harga jersi original yang dikeluarkan dan dipasarkan adalah berpatutan. Ini adalah kerana setiap jualan jersi sebenarnye membantu pasukan ATM dalam aspek kewangan mereka sendiri.

Selepas mengambil kira kos penghantaran yang di import masuk dari luar negara, cadangan yang akan dibuat ialah untuk menjual jersi replika ATM dengan harga RM35 yang merangkumi kos penghantaran. Saya berharap agar cadangan-cadangan daripada anda semua akan dapat diperoleh dengan secepat mungkin.

Untuk makluman anda, sebanyak 5000 jersi pertama akan dijual selepas perlawanan Piala Sumbangsih ATM vs Kelantan pada 5 Januari 2013.

Terima kasih kerana menyokong kami.




Sources : FB ATMFA



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2012 06:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2012 10:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2013 12:44 AM | Show all posts
2013 Macron ATM FA Shirt
























Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 02:19 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 01:29 AM | Show all posts
so happy that ATM won.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2013 12:45 AM | Show all posts
Liga Super 2013 Chart (12/1/2013)











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2013 11:46 AM | Show all posts
Darul Takzim FC Vs ATM FA (Liga Super 18/1/2013)



Result : Darul Takzim FC (2) ATM FA (2)




























Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2013 12:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2013 02:05 AM | Show all posts
Piala Presiden 2013 Chart (4/2/2013)




FT: Result Piala Presiden 2013


N.Sembilan 2-2 Terengganu
Melaka 2-1 Pahang
Kelantan 0-1 Sabah
Perak 2-0 SSTMI
Kedah 6-1 ATM
K.Lumpur 0-2 Selangor
PDRM 2-5 Perlis
SSBJ 0-3 P.Pinang
Sarawak 1-2 Johor







Piala Presiden 2013 Next Match (7/2/2013)








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2013 03:07 PM | Show all posts
Watsons Piala Malaysia 2013






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2013 04:55 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2013 03:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.434060 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list